Thursday, February 19, 2009

TATACARA KES TATATERTIB (2)

Pelanggaran yang dilakukan sebelum 15.12.1993
Tatacara penyelenggaraan tatatertib yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (yang berkuatkuasa pada 15.12.1993) hendaklah dipakai bagi apa-apa pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1956 atau Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Oerintah Am Bab D) 1968 atau Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Perintah Am Bab D) 1980. Walau bagaimanapun pertuduhan hendaklah mengguna kan peruntukan Perintah Am yang berkuatkuasa masa pelanggaran itu dilakukan.
Bagi kes-kes yang berlaku sebelum 15.12.1993 dan prosiding telah dimulakan iaitu kes prima facie telah diputuskan tetapi keputusan belum dibuat maka kes tersebut hendaklah diteruskan dan diputuskan di bawah Perintah Am yang berkuatkuasa pada masa itu.
Tanggungjawab Ketua Jabatan
Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993:-
1. Pegawai atasan buat kawalan dan penyeliaan tatatertib orang bawahannya
2. Ambil tindakan yang sesuai kepada pelanggaran peraturan
3. Jika pegawai atasan gagal ia dianggap tidak cekap, cuai dan boleh dikenakan tindakan
4. Kaji dan siasat segera setiap laporan
5. Hasil siasatan kemukakan kepada ketua jabatan

No comments: