Wednesday, February 18, 2009

REHAT SEBENTAR - MALAYSIAKINI

Tersebutlah kisah. Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujud nya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal.
Guru tadika:- Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid:- Nampak cikgu.
Guru tadika:- Pen ada kan?
Murid-murid:- Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket bajunya. Kemudian bertanya lagi kepada murid-muridnya.
Guru tadika:- Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid:- Tak nampak cikgu.
Guru tadika:- Pen ada tak?
Murid-murid:- Tak ada cikgu.
Guru tadika:- Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid:- Tak nampak cikgu.
Guru tadika:- Tuhan ada tak?
Murid-murid:- Tak ada cikgu.
Guru tadika tersebut tersangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu telah berjaya. Namun begitu, dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang cerdik serta pintar. Budak itu bernama Aiman. Aiman pun mengangkat tangan.
Aiman:- Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika:- Boleh! Mari datang ke hadapan.
Aiman:- Kawan-kawan, nampak cikgu tak?
Murid-murid:- Nampak.
Aiman:- Cikgu ada tak?
Murid-murid:- Ada.
Aiman:- Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid:- Tak nampak.
Aiman:- Cikgu ada otak tak?
Murid-murid:- Tak ada.
Baru padan muka cikgu tu. Itulah jadinya apabila ingin mengajar perkara yang tidak betul kepada murid-murid.

2 comments:

skylark said...

seronok saje baca cerita pendik si guru tadika ini. dunia ini memang banyak cerita kisah betul salah. setiap orang ada pandangan berlainan, betul? nak tahu lebih banyak yang tidak tersiar dalam akhbar harian, malaysiakini pilihnya. hahaha......

amalhaj said...

Haiya taukeh besar!
Wa cari taukeh sudah lama maaaaaa.
Apa pasal taukeh tak mahu ajak wa pergi Jitra sama-sama?