Tuesday, February 3, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (24)

5. Turun Gaji:-
"Turun gaji" memberi maksud gaji penjawat awam yang terlibat diturunkan atau dikurangkan mengikut segmen gaji dan berasaskan kadar kenaikan gajinya. Ini terkandung dalam Perintah Am 42, Bab D yang telah dipinda oleh P.U.(A) 301 bertarikh 8 Ogos 1992 dan berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
Penurunan gaji tidak boleh lebih daripada tiga kenaikan gaji dalam segmen gaji penjawat awam yang berkenaan. Tempoh turun gaji adalah tidak kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak melebihi tiga puluh enam bulan pada sesuatu masa tertentu.
Hukuman tatatertib turun gaji memberi kesan berikut:-
1. Pada akhir tempoh hukuman ini tarikh kenaikan atau pergerakan gaji penjawat awam yang berkenaan adalah kepada tarikh habisnya tempoh dia dikenakan hukuman tatatertib turun gaji.

No comments: