Sunday, February 1, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (22)

3. Lucuthak Emolumen
Dalam bahasa mudahnya ialah "tiada kerja tiada gaji". Perintah Am 37(b), Bab D, hukuman lucut hak emolumen (gaji) berlaku :-
1. Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah
2. Digantung kerja kerana kes jenayah yang mengakibatkan dibuang kerja
Hukuman lucuthak emolumen boleh dikenakan mengikut jumlah hari tidak hadir. Pihak Ketua Jabatan akan membuat perakuan tentang ketidakhadiran penjawat awam itu bagi tempoh tersebut.
Prinsip "tiada kerja tiada gaji" juga disebut dalam Perintah Am 14(A), Bab C 1974 seseorang penjawat awam awam tidak berhak mendapat apa-apa gaji atau emolumen bagi tempoh ia tidak hadir tanpa cuti. Ia bukan merupakan suatu tindakan tatatertib tetapi perlu dipatuhi untuk proses memotong gaji dan emolumen penjawat awam yang berkenaan.

1 comment:

tok ki cheh said...

Salam boleh tahu lebih lanjut tak dr segi tempoh masa dan jumlah