Monday, October 12, 2009

KEGIGIHAN DAN KETABAHAN PUNCA KEJAYAAN

Kegigihan adalah tindakan menggenggam sesuatu dengan erat, untuk membuat suatu pekerjaan menjadi sempurna dan untuk terus berupaya agar tercapai matlamat. Ia juga adalah untuk bertahan agar terus bertahan. Hasil kerja terbesar bukan wujud dengan kekuatan tetapi dengan ketabahan. Wanita dan lelaki yang berjaya di dunia, dikenali kerana kegigihannya dalam menggenggam suatu tujuan.
Perkataan "cuba lagi" yang terpampang di pejabat seorang usahawan menjadi pendorong untuk mencapai kejayaan. Disamping itu, memahami ungkapan-ungkapan seperti, "tangan orang yang rajin akan menciptakan kejayaan" dan "Jangan merasa letih dalam mengerjakan sesuatu yang baik, sebab kamu akan memetik hasilnya bila kamu tidak mengendurkan usahamu", menjadi asas untuk kejayaan.
Kegigihan Edison yang telah gagal beribu-ribu kali telah mengarahkan kepada penemuan lampu pijarnya. Kegigihan dalam menjangkau tujuan dan bukannya kegigihan dengan cara yang mendadak. Oleh itu, kegigihan dan ketabahan akan menjanjikan kejayaan yang abadi akan kita perolehi.

No comments: