Saturday, October 24, 2009

SURAH IBRAAHIM

Surah Ibraahim ini turun di Mekah yang mengandungi 52 ayat. Surah ini diawali dengan penegasan tentang tujuan diturunkannya Al-Quran. Tujuannya adalah termasuk untuk menyelamatkan manusia dari kegelapan hidup. Bagi orang yang ingkar akan sesat dan jauh dari kebenaran dengan mengemukakan beberapa contoh dari kehidupan para nabi.
Ayat yang berikutnya menggambarkan betapa tidak bergunanya amal orang yang tidak beriman pada hari kiamat nanti, sedangkan kehidupan orang yang beriman penuh dengan kenikmatan secara khusus. Selanjutnya diungkapkan tentang cerita Ibrahim dan doa untuk keluarganya yang ditinggalkan di tanah gersang. Semua itu, merupakan peringatan bagi segenap manusia bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa.

2 comments:

chehassan said...

Terima kasih cikgu ziarah blog saya yang tak seberapa. Salam perkenalan semoga dirahmati Allah sentiasa.

amalhaj said...

ape kabor tuan? teman arap mike sihat selalu. camner ngan master? teruskan jangan terbantut tengah jalan. teman doakan mike sukses semedang.