Thursday, October 15, 2009

MENGKOME FIKIO LE SENDIRI

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengarahkan pihak berkuasa kerajaan tempatan di negeri itu menukar nama jalan dan premis berunsur Inggeris kepada bahasa Melayu. Beliau mengakui beberapa bangunan milik anak syarikat kerajaan negeri yang baru beroperasi seperti Kelantan Trade Centre, Kota Baharu Trade Centre dan KB Mall menggunakan nama berunsur Inggeris. "Betul nama itu sengaja bubuh begitu, boleh jadi kerana nak popularkan nama itu untuk menarik perhatian umum di peringkat antarabangsa, seperti hotel, maka digunakan bahasa Ingeris supaya (pelancong) Inggeris tahu. Benda tu boleh kita kaji semula, tak jadi masalah," katanya selepas merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri Kelantan di sini hari ini.
Nik Aziz berkata, beliau tertarik dengan pendapat seorang tokoh bahasa Melayu, Prof Dr Teo Kok Seong dari Institut Akademi Tamadun Melayu, yang mempersoalkan nama kereta nasional berunsur Inggeris seperti MyVi, Exora dan Satria Neo. Beliau juga meminta pegawai kerajaan negeri supaya membiasakan diri menggunakan tulisan jawi dalam minit mesyuarat selain tulisan rumi. - Bernama
Teman idakler berkenan ngan artikel ini sebab dek kenyataan Nik Aziz. Yang teman berkenan bebeno tang pendapat seoghang tokoh bahasa Melayu tuh. Teman cerhoyer-cerhoyer rupernyer oghang ciner. Pade teman, pendapat Prof. Dr. Teo Kok Seong dari Institut Akademi Tamadun Malayu perlu diperatikan ngan penohnyer. Sampa bile nak agung-agungkan oghang puteh? Sampa bile nak agungkan bahase deme tuh? Sampa bile nak agungkan tulisan deme? Yer! Mengkome, sampa bile? Sampa bile? Yer mengkome jawab, sampa bile?
Mengkome sedor ker, kreter Melesia kalo nak dijuel kat luor negare kene tukor simbol. Tukor lambang mengkome oiii. Takde dah kat London tuh kreter berlambangkan bulan bintang. Takde dah kat maner yang adee kreter Melesia di luor negare yang lambangkan bulan bintang. Oghang luor pun tak kesior Melesia punye, tup2 kite pulak yang gile meroyan ngan deme. Kite pulak yang giler talak ngan deme. Teman kate giler talak sebab deme tuh peronah jejajah Melesia nih, jangan mengkome buat2 luper. Jangan mengkome luper daratan.
Pastu oghang Melayu buat tak sedor diri lagi bile tukor bahasa Melesia jadi bahase kebangsaan. Bahase Melayu dah leboh ntah kemane2. Bahase Melesia tuh bahase aper. Oghang Melesia pun tak ujud lagi camner pulak bahase Melesia dah ader? Tambah tak sedor bile ambik bahase omputeh ajor sains ngan matematik. Sape mengkome oii yang nukorkannyer tuh, Oghang Melayu mengkome oiii.
Tulisan jawi udah ilang pun saper yang buat mengkome oii. Oghang Melayu jugek. Asyik2 oghang Melayu. Oghang Melayu nih memang tak sayang ker rete bende deme? Bahase tuh rete bende ler. Tulisan tuh rete bende ler. Abis mengkome lingkupkan rete bende oghang Melayu. Itu belum tanah lagi. Isk, usah criter ler, sensitif pulak nanti mengkome tuh.

No comments: