Wednesday, March 18, 2009

BEBENO KE YANG TEMAN NAMPAK?

Ari ni teman bawak mengkome ke satu destinasi yang teman rase memang tak terpikio oleh mengkome seme. Lokasinye memang strategik, teman gelorkan tempat ini sebagai kawasan "elit melayu" sebab ia terletak disebelah kampung melayu yang terbeso di Sungai Siput iaitu Kampung Bahagia. Arap-arap orang Kampung Bahagia beno-beno bahagia duduk bersebelahan kawasan "elit melayu" ini.
Mengkome cari le merate cerok kat Sungai Siput ni, mane ade kawasan perumahan macam nih. Tambah pulak tuh khusus untuk ogang Melayu. Ghumah aje dah 2 setengah tingkat. Regenye pulak tuh hampio 200 ribu. Fuyooooooooo. Hebat bebeno Melayu Sungai Siput nih.
Bile teman masuk ke kawasan ini memang berbangge bebeno teman tambah pulak tuh rama kekawan teman yang beli ghumah kat sini. Bila lagi nak merase yer. Sesape yang ade "loan" kerajaan tuh ambik ler. Teman pun teringin tapi dah ade ghumah, tak sanggup dah nak meminjam.
Bile nak masuk ke kawasan "elit melayu" nih teman seghoyo juge sebab nengok ade jaga kat pintu masuk kawasan "elit melayu" nih. Jaga 24 jam pulak tuh. Memang kaye-kaye mengkome yang duduk kat sini, patut ade jaga. Ade yang dah diduduki dan ade yang masih dalam pembinaan. Teman nak tanya, ade kosong ke lagi? Teman nak join "elit melayu" nih.
Ghumah kedai juge adelah untuk oghang Melayu, istimewa untuk anak-anak penduduk Kampung Bahagia. Fuyooooo. Hebat bebeno oghang Melayu Sungai Siput nih. Ade ghumah 2 setengah tingkat, ade ghumah kedai pulak tuh, 2 tingkat lagi. Ape-ape pun teman teringat aruah ADUN Lintang dulu peronah sembang dengan bahawa die nak bangunkan kawasan sebelah Kampung Bahagia dengan Kampung Sentosa untuk anak-anak penduduk Kampung Bahagia. Aruah ingin memertabatkan oghang Melayu di Sungai Siput dalam seme bidang termasukle kawasan petempatan melayu Sungai Siput. Itu kate-kate aruah mase teman masih bertugas di perantauan lagi. Sekarang, bile teman dah balik ke Sungai Siput, nampaknyer impian aruah akan menjadi kenyataan. Berbahagialah ogang-oghang Sungai Siput terutama oghang-oghang Kampung Bahagia.

No comments: