Friday, March 13, 2009

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (7)

Dasar Bersih, Cekap dan Amanah:-
Dasar ini diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahaun 1982. Dasar ini akan mewujudkan etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru kepada rakyat.
1. Bersih:-
Penekanan kepada moral yang tinggi, bertatatertib, tidak menyeleweng dan tiada rasuah. Sikap berkecuali ditekankan disamping tidak mementingkan diri sendiri. Perasaan khianat, hasad dan dengki perlu dikikis sama sekali dalam diri.
2. Cekap:-
Untuk menjadi cekap, kita perlu berani dan cepat membuat keputusan. Setiap masalah dihadapi dengan tenang dan mempunyai prinsip tegas. Mutu kerja perlu ditingkatkan lebih tinggi serta mempunyai keyakinan diri. Berfikiran di luar minda iaitu berpandangan jauh serta proaktif akan menjadi kita cekap disamping mempunyai pengetahuan, pengalaman serta kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.
3. Amanah:-
Sebagai orang yang diamanahkan perlu menjalankan tanggungjawab dengan gigih dan ikhlas. Mempunyai sifat luhur dan murni di mana perlu jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi yang diwakili.
Strategi dan Pelaksanaan:-
1. Mengadakan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja
2. Memperkenalkan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja
3. Memperbanyakkan pusat-pusat Pembayaran Bil Setempat
4, Kad Perakam Waktu
5. Pengistiharan Harta
6. Pemakaian Tanda Nama
7. Mengukuhkan peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR)
8. Laporan Juruaudit Negara disiarkan untuk tatapan umum
9. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
10. Peluang melanjutkan pelajaran
11. Ceramah bersiri

No comments: