Wednesday, March 25, 2009

MAKKAH AL-MUKARRAMAH (6)

sambungan..........
4. Orang kafir tidak dibenarkan masuk ke Tanah Haram:-
Firman Allah swt maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik (kafir) itu najis (jiwa mereka kotor kerana mempersekutukan Allah), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram selepas tahun ini (9 Hijrah)".
5. Pahala solat 100 ribu di Makkah (Tanah Haram) seluruhnya:-
Jumhur (kebanyakan) ulama' mengatakan pahala solat 100 ribu di Makkah ialah di Tanah Haram seluruhnya. Ada juga ulama' berpendapat 100 ribu hanya dikhususkan kepada solat di Masjidil Haram (Masjid Ka'bah) sahaja. Namun, solat di Tanah haram lebih afdhal daripada solat di tanah halal kerana ianya merupakan tempat terawal dibina untuk beribadat, ramainya bilangan ahli jemaah dan telah disepakati oleh ulama' akan pahala yang berganda di tempat ini dengan didak ada keraguan lagi.
6. Boleh melakukan solat pada bila-bila masa:-
Terdapat lima waktu yang dilarang daripada melakukan solat:-
a. selepas solat subuh hingga naik matahari
b. ketika naik matahari hingga naik meninggi sekadar 15 minit,
c. ketika matahari di tengah-tengah langit hingga tergelincir (masuk waktu zuhur)
d. selepas solat asar hingga terbenam matahari
e. ketika matahari hampir terbenam hingga terbenam sepenuhnya.
Imam Asy-Syafi'ie dan Ahmad berpendapat boleh melakukan solat sunat dan tawaf pada bila-bila masa di Makkah, tidak ada waktu yang dilarang, berbeza dengan tempat lainterdapat waktu yang dilarang, berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud: 'Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu tegah seseorang daripada melakukan tawaf di baitullah dan bersolat pada mana-mana waktu yang dikehendakinya, malam atau siang".

No comments: