Monday, March 23, 2009

DASAR-DASAR KERAJAAN (7)

Dasar Ekonomi Baru (DEB):-
Matlamat utama DEB ialah matlamat "serampang dua mata" iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Objektif utama matlamat ini ialah untuk mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.
Strategi Membasmi Kemiskinan:-
1. mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur
2. menambah daya pengeluaran dan pendapatan
3. memindahkan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan atau lebih produktif
4. mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah
5. memodenkan kehidupan di luar bandar
6. mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera
7. mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia
8. memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pendidikan, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan instrastruktur dan lain-lain lagi

No comments: