Tuesday, March 17, 2009

MAKKAH AL-MUKARRAMAH (3)

Tanah Haram makkah ialah jarak yang melingkungi Masjidil Haran dari segenap penjuru. Allah swt menjadikan hukum Tanah Haram sama dengan Makkah sebagai memuliakannya. Tanah Haram ini telah diharamkan oleh Allah swt semenjak dijadikan bumi sehungga Hari Kiamat. Lantaran itulah Makkah telah menjadi perhatian umat Islam sejak dahulu lagi.
Orang yang pertama dikatakan membuat tanda sempadan Tanah haram ialah Nabi Ibrahim as berpandukan petunjuk daripada Jibrail as. Selepas pembukaan Kota Makkah, Rasulullah saw telah melantik Tamim bin Asad Al-Khuza'i agar memperbaharui tanda sempadan Tanah Haram. Selepas itu khalifah dan pemerintahan Makkah sentiasa memperbaharui a'lam (tanda). Tanah Haram di setiap penjuru, di atas bukit dan tempat tinggi juga di lembah. Bilangan tanda yang dibuat telah sampai kepada 934 tanda. Kawasan Tanah Haram Makkah panjangnya 127 km dan keluasannya ialah 550 km dan 300 meter persegi.
Jarak antara Masjidil Haram dengan beberapa sempadan:-
1. At-Tan'im = 7.3 km
2. Adhaat = 16 km
3. Asy-Syara'i - 16 km
4, Al-Hudaibbiyyah = 22 km
5. Jabal Namirah = 15 km

No comments: