Wednesday, March 11, 2009

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (6)

ICT DALAM PENDIDIKAN
Matlamat:-
Matlamat utama dalam dasar ini ialah untuk meningkatkan pembangunan insfrastruktur ICT dengan memperluaskan akses/ekuaiti dalam kemudahan ICT. Disamping itu juga kurikulum dalam bidang ICT turut diperluaskan oleh pihak Kementerian dengan mengintegrasikan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Melalui langkah-langkah yang diambil akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT kepada pelajar.
Isu dan Cabaran:-
ICT dalam Pendidikan akan meningkatkan lagi tanggungjawab kementerian dengan membekal kan kemudahan ICT yang cukup dan terkini. Melalui pengintegrasian ICT dengan Pengajaran dan Pembelajaran pada semua peringkat persekolahan akan mendedahkan murid ke arah celik komputer.
Apabila berdepan dengan peralatan-peralatan yang canggih sudah sewajarnya menghadapi masalah terutama dalam penyelenggaraan peralatan. Kekosongan pegawai dalam bidang teknikal perlu diisi setiap lompang-lompang yang ada. Penyelenggaraan komputer juga perlu dibuat berterusan agar perjalanan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
Strategi Pelaksanaan:-
1. Meningkatkan penyelenggaraan ICT supaya pembangunannya lebih bersepadu dan menyeluruh
2. Penyediaan infrastruktur dan perkakasan ICT mencukupi
3. Pengintegrasian ICT dengan pengajaran dan pembelajaran
4. Meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT
5. Perluasan e-pengurusan pada semua peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia

2 comments:

skylark said...

tujuan memang baik dan berguna kepada generasi muda kerana ict yang begitu penting sekali dalam dunia moden. akan tetapi pelaksanaannya terdedah kepada kelemahan yang pening kepala lu dan wa. taukah peralatan yang dibekal kebanyakan out of date dan cara penyelengaraan yang tidak praktikal langsung!

amalhaj said...

menghabiskan begitu banyak wang untuk poket...............