di bibir-bibir langit
dan di pelusuk bumi
suatu kehalusan bersama suatu kedamaian
yang memaparkan darah-darah yang membeku
kini aku masih lagi mencari-cari

di sudut-sudut yang sukar diselami
namun cuma aku masih teraba-raba
kerana tiada berjumpa
detik-detik dan penentuan
tiada aku mengerti
bay

kian jauh melarikan diri
jauh di celah-celah tabir senja
dengan awan merah yang kian berkaca-kaca
aku terpedaya dan terus terlantar
kehausan dan keperitanterus menjamah diri
detik-detik merah terus menghampiri
dengan diri yang terkulai kelesuan
dan kini aku menanti kedatangan mereka
yang ingin memisahkan aku dengan keindahan
aninoor.a.m
teluk intan.
No comments:
Post a Comment