Saturday, March 21, 2009

DASAR-DASAR KERAJAAN (5)

Wawasan 2020:-
Pada 28.2.1991, Sempena Pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia, Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk, "Malaysia Melangkah Ke Hadapan". Ia merupakan satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.

"Matlamat terakhir yang kita sepatutnya cita-citakan adalah sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020."
Malaysia tidak seharusnya menjadi negara maju dari segi ekonomi sahaja. Negara mestilah maju dari semua bidang, ekonomi, politik, kerohanian, psikologi dan kebudayaan iaitu kemajuan sepenuhnya untuk mencapai perpaduan negara yang didorong oleh faktor-faktor seperti pertumbuhan ekonomi yang pesat, agihan kekayaan yang seimbang, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan yang cekap dan berkesan, mutu hidup yang tinggi, nilai sosial dan kerohanian disamping mempunyai rasa bangga dan keyakinanakan bangsa dan negara sendiri.
Matlamat pembangunan negara ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri dan pembentukan sebuah negara yang benar-benar kaju menjelang tahun 2020, menurut acuan kita sendiri.
Wawasan 2020 ialah wawasan strategik jangka panjang yang mempunyai arah tujuan dan sasaran negara untuk mencapai negara maju sepenuhnya dengan nilai-nilai positif tersendiri. Wawasan 2020 berobjektifkan negara maju dalam semua aspek kehidupan yang menjanjikan semua rakyat akan hidup dalam aman damai dan bersatu padu
Perspektif Wawasan 2020:-
1. Pembentukan satu negara bangsa Malaysia
2. Negara Perindustrian
3. Keadilan ekonomi dan sosial
4. Moral dan Etika
5. Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan
Mengapa perlunya satu "Vison"?:-
1. Mmeberi "Nasional Fokus"
2. Mendapatkan Konsensus Nasional
3. Satu perjanjian sosio-politik
4. Menyediakan garis panduan bagi agenda pembangunan nasional
5. Sebagai aspirasi yang memacukan negara maju menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang

No comments: