Wednesday, March 18, 2009

KEUTUHAN PERIBADI (2)

Tonggak 12
Nilai-nilai Tonggak 12 adalah dikembangkan oleh institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) berlandaskan ilham daripada Tan Sri Dato' Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara dalam Seminar Nilai dan Etika pada 2 Mac 1992.
Nilai-nilai yang tertera dalam Tonggak 12 adalah perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap anggota perkhidmatan awam, agar membentuk perkhidmatan awam yang beretika mulia serta berkualiti.
1. menghargai masa
2. ketekunan membawa kejayaan
3. keseronokan bekerja
4. kemuliaan kesederhanaan
5. ketinggian peribadi
6. kekuatan sifat baik hati
7. kewajipan menjalankan tugas
8. kebijaksanaan berhemat
9. keutamaan kesabaran
10. peningkatan bakat
11. pengaruh teladan
12. nikmat cipta

No comments: