Wednesday, March 4, 2009

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (2)



DASAR PENDIDIKAN MALAYSIA
Matlamat Pembangunan Pendidikan 2001 - 2010 adalah mengambil kira Wawasan Negara yang menumpukan kepada beberapa aspek:-
a. membina bangsa yang berdaya tahan
b. mewujudkan masyarakat yang saksama
c. mengekalkan pertumbuhan ekonomi
d. membangunkan daya saing antarabangsa
e. membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
f. memperkukuhkan pembangunan sumber manusia
g. meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan
Dasar Pendidikan Negara mewajibkan semua warganegara mendapat pendidikan selama 12 tahun iaitu dari pra hinggalah ke tingkatan 5. Ia akan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pelajar-pelajar diberi penekanan untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi. Disamping itu terdapat penekanan beberapa budaya:-
a. meningkatkan budaya ilmu
b. membudayakan Sains dan Teknologi
c. membudayakan pembelajaran sepanjang hayat
Pihak Kementerian Pelajaran akan berusaha untuk menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia dengan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
Teras Pembangunan Pendidikan:-
a. akses
b. ekuiti
c. kualiti
d. kecekapan

No comments: