Wednesday, September 16, 2009

CATATAN 16 SEPTEMBER

Kalau ada zaman di dalam sejarah yang orang-orangnya harus diangkat dari tempatnya menuju ke tempat yang lebih tinggi, maka zaman itu adalah zaman kita ini. Berjuta-juta ringgit dihabiskan untuk mengadakan penelitian ke ruang angkasa tetapi hanya sedikit sahaja yang digunakan untuk membantu orang untuk menemui dirinya. "Yang dilakukan lebih dulu memang yang harus dilakukan lebih dulu" merupakan peraturan yang harus diterapkan saat ini.
Satu-satunya pembatasan yang ada terhadap diri manusia yang lebih tinggi iaitu hal akal, karakter dan semangat adalah pembatasan yang diberikan oleh orang itu sendiri.
Maha Pencipta tidak akan memberikan naluri kepada burung-burung di Amerika untuk terbang ke selatan pada musim dingin kelau di selatan tidak menyediakan kehidupan yang memadai bagi burung-burung itu. Dia juga tidak akan memberikan kita idea, kerinduan dan cita-cita bila kita tidak mempunyai kuasa untuk mencapainya.
Kesedaran kuat bahawa kita mampu mencapai sesuatu jauh lebih baik daripada yang pernah kita capai merupakan suatu tanda bahawa kesempurnaan adalah hal yang mungkin terjadi dan bahawa kita boleh mendapatkan waktu serta kesempatan untuk mengembangkan model kesempurnaan tersebut.
Tidak ada manusia sejati yang dapat hidup sebahagian sahaja, kalau ia secara murni telah menyedari bahawa hidup yang ia jalani hanya sebahagian. Sebahagian hidup lainnya iaitu sebahagaian yang lebih tinggi, tentu akan membayanginya terus.
Kita akan berhenri merindukan dan mengharap, selama kita masih hidup. Ada hal-hal tertentu yang kita rasakan sebagai sesuatu yang indah dan baik. Kita tentu ingin untuk dapat menikmati
semua itu.

No comments: