Tuesday, September 1, 2009

MALU BERTANYA SESAT JALAN

Mengetahui sesuatu yang tidak diketahui melalui kebiasaan mengemukakan pertanyaan yang tidak adalah pendidikan. Suatu ketika seorang penceramah ditanya tentang di manakah ia menemukan semua bahan ucapannya yang menggugat dan seperti masih segar. Ia menjawab, "Saya tetap menjaga mata saya terbuka dan terus mengemukakan pertanyaan.
Kebanyakan manusia mempunyai pendapat yang mengelirukan dalam hal mengemukakan pertanyaan ini. Mereka merasa jika mengemukakan pertanyaan bererti mereka menunjukkan kejahilan mereka. Kemudian muncullah orang-orang yang ingin menonjolakn diri kepada orang lain seakan-akan tahu segalanya dan tidak berusaha mencari jawapan mengemukakan pertanyaan.
Marilah kita menghadapi kenyataan bahawa kita tidak mungkin tahu segala sesuatu. Dalam zaman yang serba fakar ini, tiadak ada seorang pun yang mengharapkan kita untuk menguasai segala masalah. Mengemukakan pertanyaan adalah suatu tanda yang meyakinkan bahawa kita sedang mencari pengetahuan, bahawa kita sedang menyelidiki kebenaran, bahawa kita mempunyai fikiran yang berorientasikan kemajuan.
Kebanyakan orang suka menjawab pertanyaan. Mereka suka menggambarkan pendapat mereka, suka menjadi pembicara. Mereka merasa disanjungi apabila anda menanyakan pendapat mereka. kebanyakan orang malah menganggap bahawa pemberikan pengetahuan kepada orang lain adalah suatu penghormatan.
Dalam soal ini, kita boleh lihat betapa orang yang paling bodoh pun mampu memberikan banyak kebijaksanaan yang boleh digunakan pada masa ini. Jangan takut untuk bertanya, sebab inilah salah satu cara untuk belajar, untuk meningkat pengetahuan umum anda tentang manusia dan berbagai hal. Setiap orang yang kita temui, apabila anda bersedia untuk mengemukakan pertanyaan sebagai kebiasaan. Malu bertanya sesat jalan.

No comments: