Monday, September 14, 2009

KAWAN MEMPENGARUHI HIDUP KITA

Apa yang boleh dijadikan ukuran ketika memilih kawan terdekat? Telah sering dikatakan bahawa kita dinilai oleh teman-teman yang ada di sekitar kita. Ungkapan lama itu mengandungi nilai, kerana karakter dan sikap kawan-kawan kita cenderung mempengaruhi hidup kita.
Kebanyakan manusia memiliki ramai kawan tetapi semua itu hanya mempunyai sedikit atau sama sekali tidak mempunyai erti sebab mereka bukanlah jenis orang yang dapat meningkatkan karakter. Kalau kita ingin maju di dunia ini, kita harus mempunyai pandangan dalam memilih kawan-kawan dekat kita.
Kita seharusnya bertahan terus untuk menjaga standart hidup kita tetap tinggi. Kita tidak akan dapat mencapai tempat tinggi di dunia jika kita dikelilingi kawan-kawan yang sentiasa meratapi nasib dan mencaci nasib buruk yang menimpa mereka. Dalam waktu yang singkat, kita akan merosot ke tingkat mereka juga. Pembawaan yang berbeza namun cukup akrab dalam berkawan, cenderung menghasilkan tingkat yang sama.
Peningkatan diri akan diikuti dengan suatu hasrat yang setia. Apabila hal ini disertai tindakan dan ditambah dengan dukungan kawan-kawan di sekeliling, akan mencipta suatu karakter lebih baik dan menjadi orang berprinsip, orang yang bermartabat, orang yang menciptakan kemajuan di dunia.
Contohnya apabila kita seorang petani, kita tentu tidak akan membiarkan musuh menyerang tanaman kita. Sebiji mangga yang ada ulat boleh dengan cepat menjadikan seluruh ladang mangga kita rosak. Oleh itu, kita seharusnya memiliki ukuran yang pasti untuk menentukan kawan-kawan kita dan kekayaan ekonomi bukanlah salah satu ukurannya. Ramai "pencari wang nombor satu" yang ternyata hanya "kelas tiga" dalam hal-hal lain termasuk dalam hal karakter dan prinsip,
Kelilingi diri anda dengan orang-orang yang ingin anda tiru dan anda akan menjadi demikian.

No comments: