Saturday, September 19, 2009

SURAH AL-A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI)

Surah ini mengandungi 206 ayat yang diturunkan di Mekah, kecuali 8 ayat iaitu ayat yang ke 163 hingga ayat 170. Surah ini mencakupi berita tentang penciptaan manusia yang diawali dengan terciptanya Adam dan Hawa serta alasan mereka keluar dari syurga iaitu atas godaan syaitan. Dalam hal ini manusia diingatkan bahawa syaitan akan selalu menjadi sumber petaka baginya.
Disamping itu, dijelaskan pula cerita para nabi iaitu bagaimana mereka berjuang menegakkan kalimat tauhid yang selalu ditentang oleh kaumnya. Surah ini mengambarkan juga apa yang akan berlaku di alam akhirat, tentang ahli syurga dan neraka dan surah ini diakhiri dengan kisah nabi Musa dengan Firaun.

No comments: