Kecemerlangan sebenar seorang guru tidaklah boleh diukur pada keupayaan dan kemampuan mengajar semata-mata kerana fungsi sebenar guru bukan setakat melahirkan pelajar yang berjaya mencapai bilangan A yang banyak, tetapi juga yang berakhlak cemerlang.
Peranan yang perlu dilaksanakan guru untuk menjadi orang yang cemerlang:-
1. Guru sebagai pendakwah
2. Guru sebagai pendidik
3. Guru sebagai pemimpin
4. Guru sebagai pekerja
5. Guru sebagai pengusaha
6. Guru sebagai profesional
7. Guru sebagai pengikut
8. Guru sebagai pejuang
9. Guru sebagai penyokong
10. Guru sebagai orang yang produktif
Cahaya yang sentiasa menerangi bumi Allah. Ya Allah! Engkau terangilah hati hamba-Mu ini dengan hidayah-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahari pada siang hari dan Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya bulan pada malam hari. AMIN.
Thursday, April 26, 2012
Monday, April 23, 2012
RUMAH SAKIT JIWA DI MALAYSIA
Aper yang teman faham ader empat buah Ghomah Sakit Jiwer kat Mesia nih. Ghomah Sakit Jiwer nih dibeghi namer-namer yang teman ghaser istemewa bebenor.
1. Hospital Bahagia - Tanjong Ghambutan, Peghak - Tuboh pader 1910
2. Hospital Permai - Johor Bahghu, Johor -Tuboh pader 1916
3. Hospital Sentoser - Kuching, Seghawak - Tuboh pader 1958
4. Hospital Mesra - Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah - Tuboh pader 1971
1. Hospital Bahagia - Tanjong Ghambutan, Peghak - Tuboh pader 1910
2. Hospital Permai - Johor Bahghu, Johor -Tuboh pader 1916
3. Hospital Sentoser - Kuching, Seghawak - Tuboh pader 1958
4. Hospital Mesra - Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah - Tuboh pader 1971
Friday, April 20, 2012
MENAGHER CONDONG KAT MESIA
Pertamer kali teman nyejak kaki kat Telok Anson pader tawon 1980. Teman terkedu gak biler dapat soghat posting ngajor. Memangler posting kat pekan. Teman ngaterkan kat pekan sebab macer namer skolahnyer pon udah tawu. Biler sebot ajer Sekolah Ghendah Kebangsaan (SRK), mengkomer pasti faham detaknyer kat pekan. Mender yang memuler teman kagom nengoknyer yerler Jam Condong Telok Anson. Tughun ajer kat Stesen Bas Telok Anson teman teghuis nyeghoyer bas nak pegi Jalan Padang Tembak. Teman naik bas ke Jalan Padang Tembak tuh betui-betui depan Jam Condong Telok Anson tuh.
Ngikot ceghiternyer, Jam Condong tuh dibina pader tawon 1885 dan mulernyer digunerkan sebaga menagher untok tangki ayor. Menagher Condong Telon Anson tuh muler condong empat tawon selepeh dibina disebabkan ayor bah daghi Sunga Peghak.
Ngikot ceghiternyer, Jam Condong tuh dibina pader tawon 1885 dan mulernyer digunerkan sebaga menagher untok tangki ayor. Menagher Condong Telon Anson tuh muler condong empat tawon selepeh dibina disebabkan ayor bah daghi Sunga Peghak.
Labels:
sejaghah lamer
Saturday, April 14, 2012
PENDEKATAN PENGURUSAN YANG BERKESAN
Bentuk pengurusan yang baik dan berkesan kebiasaannya mempunyai dua elemen yang besar iaitu visi sekolah yang dikongsi bersama oleh semua warga sekolah dan keduanya wujud teamwork di setiap bahagian dalam struktur organisasi di sekolah berkenaan. Guru Besar akan sentiasa memastikan setiap peringkat dalam struktur organisasinya melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka secara optimum. Beliau akan menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah dalam pengurusan.
Friday, April 13, 2012
PERANAN SEBAGAI KEPIMPINAN INSTRUCTIONAL
Sekolah yang mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik selalu dikaitkan dengan pemimpin instructional yang berkesan iaitu Guru Besar. Sebagai orang pertama atau terpenting di sekolah, beliau bertanggungjawab memastikan proses pengajaran dan pembelajaran serta seluruh aktiviti akademik dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan baik. Penekanan tugas sebagai pemimpin instructional di sekolah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan baik dan teratur. Pengurusan akademik yang teratur akan memudahkan guru-guru melaksanakan tugas dan peranan mereka menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada murid-murid.
Monday, April 9, 2012
SIKAP POSITIF TERHADAP PENGGUNAAN ICT
Guru Besar yang hebat dan mempunyai pandangan yang jauh akan menggunakan segala kemudahan ICT bagi tujuan kebaikan sekolahnya. ICT bukan sahaja digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga menggunakannya dalam pengurusan secara optimum dalam melaksanakan aktiviti di sekolah sekiranya penggunaan ICT diselenggarakan dengan baik dan teratur.
Thursday, April 5, 2012
KEBERKESANAN RESOURCE INVESTIGATORS
Guru Besar yang berkesan bertindak sebagai resource investigators dengan mengambil inisiatif untuk membuat sesuatu penyelidikan yang dapat membantu tugas mereka. Pendekatan ini menggunakan sepenuhnya sumber dan maklumat sebagai kunci utama kepada kemajuan sekolah. Guru Besar juga seharusnya turut menggalakkan semua warga sekolah supaya memberi penekanan kepada kaedah penggunaan sumebr dan maklumat untuk merancang program dan melaksanakn aktiviti kerana pendekatan ini dijangka akan lebih berkesan.
Monday, April 2, 2012
GANDINGAN PIBG BANTU MEMAJUKAN SEKOLAH
Guru Besar yang bijak akan sentiasa berusaha melibatkan badan-badan di luar sekolah membantunya dalam usaha memajukan sekolah. Badan-badan tersebut boleh terdiri daripada PIBG, Lembaga Pengelola, NGO atau agensi-agensi yang berminat dalam bidang pendidikan. Sokongan dan kerjasama pihak luar sekiranya digunakan dengan baik akan memberi kekuatan kepada Guru Beesar dalam menguruskan sekolah. Bantuan dalam bentuk moral, material atau kepakaran sangat bermakna kepada sekolah terutama bagi sekolah-sekolah yang menghadapi kekurangan dari segi sumber-sumber berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)