Monday, April 29, 2013

ANTARA KETUA BAHAGIAN DENGAN WAKIL RAKYAT

Pemilihan UMNO tawon ini diaderkan selepeh Pilihan Ghayer Umum ke 13. Ini bermakner, agak teman ader persaingan lagi dikalangan pucuk tertinggi UMNO idak kigher bawah ke ateh. Kiter mincang dulu kepimpian UMNO Peghengkat Cawangan. Pader teman, Ketua Cawangan mungkin idak manyak beghubah, tapi di Peghengkat Bahagian mesti berlakunyer peghebotan keghosi. Ini termasok ler keghosi Ketua Bahagian sampai kepader jawatan kuaser bahagian.

Kat Bahagian Sunga Sipot nih memang amat menaghek perhatian umum. Selamer ini, maksud teman sejak Datuk Ahamad Pakeh Adam jadi  Wakil Ghakyat DUN Lintang, jawatan Ketua Bahagian di rampeh oleh Dato' Zulkifly Harun. Rampeh tuh maksudnyer adernya pertandingan dan Datuk Ahamed Fakeh Adam telah kecundang walopon beliau sebagei ADUN Lintang. Ini bermakner walopon jadi ADUN tapi gagel untok menjadi ketua bahagian Sunga Sipot.

Tetiber dalam Pilihan Ghayer Umum ke 13 nih, Dato' Zulkifly Harun sebagei Ketua Bahagian UMNO Sunga Sipot telah dicalonkan untuk bertanding mewakili Baghesan Nasional di DUN Lintang. Sekighernya Dato' Zulkifly Harun nih menang dan jadi Wakil Ghakyat DUN Lintang, ini bermakner dier pegang dua-dua jawatan yer itu ADUN Lintang ngan Ketua Bahagian UMNO Sunga Sipot sehingger ler Pemilihan UMNO tuh diaderkan.

Pader padangan teman, pemilihan tawon ini memang hebat. Keghosi Ketua Bahagian Sunga Sipot pastinyer paneh Zulkifly Harun mesti nak tahankan keghosinyer. Datuk Ahamad Pakeh Adam pon akan lawan nak ghebot keghosi tuh lepeh kecondang. Bekeh Ketua Pemuder Bahagian Sunga Sipot Encik Zamri Abdullah pon mesti nak ngembangkan sayap pengaghohnyer pon akan lawan. Yang laen takkan diam ajer. Sekoghang-koghangnyer mesti ader pertandingan tiger penjughu.

Kalo Dato' Zulkifly Harun menang dalam Pilihan Ghayer Umum ke 13 nih dan jadi ADUN Lintang, maker Datuk Ahamad Fakeh Adam ngan Encik Zamri Abdullah akan ngokor dinding. Aper idaknyer, Dato' Zulkifly Harun akan buat aper sajer untok pertahankan keghosi Ketua Bahagian Sunga Sipot. Aper tah lagi udah jadi ADUN Lintang. TAPI kalo Dato' Zulkifly Harun kecondang dalam Pilihan Ghayer Umum ke 13 nih, maker keghosi Ketua Bahagian Sunga Sipot mudah sikit nak dighebot.

Thursday, April 25, 2013

SARANA IBU BAPA - 2

BAGAIMANA MENGGUNAKAN SARANA?

Sarana bertujuan meningkatkan penglibatan ibu bapa (IB) dalam pembelajaran anak-anak. Tidak kira penglibatan anda minimum atau maksimum, masih ada ruang untuk peningkatan.

Sekiranya anda mahu, sertailah Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) PIBG sekolah anak anda untuk perkongsian yang lebih bermakna. Mungkin hasilnya, lebih baik. Untuk menjadi ahli KSIB PIBG adalah mudah dengan mengisi Borang A kepada PIBG sekolah anak anda. Kembalikan juga Boranhg B jika ingin membantu sekolah.

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) adalah saliran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa, muris dan sekolah. Melalui KSIB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku. Ini akan mewujdkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda.


Wednesday, April 24, 2013

SARANA IBU BAPA

PENGENALAN:-

Sarana ini ditujukan khas kepada ibu bapa (IB) dan boleh dikongsikan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk membantu IB melaksanakan tugas pertama dan paling penting, mendidik anak-anak mereka. 
 
Sarana ini mengandungi soal selidik untuk IB dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada IB menambah- baik dalam bidang-bidang tertentu. Sebenarnya IB telah melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masing-masing supaya anak-anak berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika dipertingkatkan, akan memberi kesan yang lebih besar. 
 
Amalan-amalan terbaik daripada IB, PIBG dan sekolah dalam dan luar negara dipaparkan untuk memberi gambaran bagaimana mereka mengatasi cabaran yang dihadapi. Adalah diharapkan amalan-amalan ini akan dapat menokok tambah kepada usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh IB.
 
Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini bukanlah satu senarai lengkap kerana setiap IB mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang  diambil oleh IB untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah
sangatlah dialu-alukan.
 
 Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka. 
 
KENAPA IBU BAPA TERLIBAT DALAM PEMBELAJARAN ANAK?

1. Faedah kepada anak:
• Mendapat markah dan gred ujian yang lebih baik.
• Mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi.
• Kehadiran ke sekolah lebih bagus.
• Kadar pelanggaran disiplin sekolah berkurangan.
• Keciciran persekolahan dapat dielakkan.
 
2. Faedah kepada ibu bapa:
• Boleh belajar bagaimana untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah.
• Ibu bapa dapat mengetahhui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah
• Dapat berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain.
• Anda akan dapati lebih mudah untuk menyediakan suasana rumah yang sihat
 
 

Tuesday, April 23, 2013






Penduduk Baram masih menanti BN tepati janji

Jofri Jaraiee, 23 Apr 2013
Menurut laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini lebih daripada 6,000 anggota masyarakat Orang Ulu dari lebih 350 rumah panjang di Tinjar, Baram pasti akan menikmati jalan yang baik apabila jalanraya yang bernilai RM101 juta sepanjang 35.7 kilometer siap pada tahun 2013 dalam kawasan tersebut.
Keratan akhbar “The Borneo Post” bertarikh 10hb Januari 2009 dengan tajuk “RM150 million allocated for Lapok road: Lihan” juga dirujuk.

Jalan Lapok dari Beluru Bakong ke Tinjar yang dinaiktaraf telah digunakan sejak tahun lapan puluhan lagi.

Keadaan jalan ini masih tidak banyak berubah dan masih dalam keadaan teruk seperti beberapa tahun yang lalu. Inilah satu-satunya cara perhubungan dan pengangkutan darat untuk masyarakat di Ulu Baram ke bandar-bandar di Sarawak.

Sudah bertahun-tahun keadaan jalan ini berlumpur, banyak lubang sebesar periuk dan mudah ditenggelami air semasa musim hujan.  Jalanraya rosak akibat kenderaan berat yang berulang-alik membawa barang muatan yang melebihi had yang dibenarkan.

Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini di parlimen mendapati projek membina dan menaik taraf jalan luar bandar di negeri Sarawak bermasalah malahan terdapat juga projek yang disifatkan sebagai “projek sakit” dan perlu diberikan perhatian.

Laporan itu juga mendapati projek pembinaan jalan yang telah siap tidak mengikut spesifikasi kontrak dan kualiti pembinaan jalan, keselamatan dan keselesaan jalan tidak memuaskan pengguna jalan raya hasil daripada maklum balas yang diperoleh dari orang ramai.

Menurut laporan tersebut lagi, “kebanyakkan projek yang tidak mengikut piawaian tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah seperti jalan terlalu berbukit, turapan bitumen nipis, jalan tidak rata, jalan cepat rosak dan berlubang.”

Sejak dua tahun kebelakangan ini, jalanraya ini telah menjalani kerja-kerja naik taraf yang dilakukan oleh beberapa kontraktor. Walaupun terdapat juga sebahagian jalanraya tersebut sudah dibaikpulih tetapi masih banyak lagi yang masih dalam keadaan yang tidak sesuai untuk pengguna jalanraya. Terdapat banyak jalan yang sempit dengan selekoh tajam dan laluan lorong kecil di sepanjang jalan dimana ianya licin, beralun, curam, banjir dan lubang periuk besar.

Walau bagaimanapun, perkembangannya agak perlahan dengan banyak halangan yang lain datang / timbul di sepanjang jalan di mana ianya sangat berbahaya kepada pengguna jalanraya sekiranya mereka tidak berhati-hati.

Penduduk harap kerajaan menepati janji

Menurut penduduk Baram yang tinggal di Ulu Baram, mereka amat menghargai usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menaik taraf jalan tersebut tetapi mereka mahu jalan tersebut siap secepat mungkin dan ini akan mempercepatkan perjalanan mereka yang memakan masa berjam-jam untuk sampai ke bandaraya Miri umpamanya.

Mereka mahu jalan raya tersebut siap secepat mungkin tanpa ada halangan-halangan baru yang diwujudkan, mereka mahu halangan tersebut dapat dikurangkan jika boleh atau perlu dihapuskan segera. Mereka sudah terlalu lama menderita akibat menggunakan jalan yang teruk selama ini. Janji mesti ditepati.

Kita menggesa agar pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan segera membina dan memperbaiki jalan raya tersebut untuk kemudahan penduduk Baram. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.

Penulis ialah Yang Dipertua PAS Miri, Sarawak.

*** ENAM JAM DUDUK DALAM HILUX DARI LONG SAN ULU BARAM KE MIRI. ITU KALAU CUACA BAIK. KALAU HUJAN BOLEH JADI SAMPAI 12 JAM DOK DALAM HILUX ITU. MEMANG MEMENATKAN.

Monday, April 22, 2013

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) - 3

Pelaksanaan PBS pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6).

A. Pentaksiran Sekolah:-
1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil
5. Matematik
6. Sains
7. Reka Bentuk dan Teknologi
8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
9. Pendidikan Jasmani
10. Pendidikan Kesihatan
11. Pendidikan Muzik
12. Pendidikan Seni Visual
13. Pendidikan Islam
14. Pendidikan Moral
15. SejarahBahasa Arab
16. Bahasa Cina SK
17. Bahasa Tamil SK
18. Bahasa Kadazandusun
19. Bahasa Iban
20. Bahasa Semai

B. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum:-
1. Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum

C. Pentaksiran Psikometrik:-
 1. Ujian Aptitud Am dan Ujian Personaliti

D. Pentaksiran Pusat:-
1. Dilaksanakan bagi mata pelajaran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

Thursday, April 18, 2013

GUGURNYA PAHLAWAN TERBILANG UMNO PERAK

Sedeh jugak biler namer pahlawan ini idak di senaghaikan dalam PRU13. Masyarakat Sunga Sipot nih memang suker bebenor kepader pahlawan terbilang ini. Mudah bermegher. Mudah bergaul. Mudah segaler-galernyer. Oghangnyer memang "low profile". Itu kater demer yang cakap oghang puteh. Kalo cakap melayunyer suker "meghendah dighi". Oghang kampong memang menghaghap bebenor pahlawan terbilang ini dicalonkan semuler. Aperkan dayer. Oghang ateh udah nak calonkan oghang len.

Teman ngelorkannya "pahlawan terbilang" tuh bukan ke haper. Teman respek dia ni. Biler Pakatan Ghakyat meghentah Peghak, dia nih ler salah soghang yang demer ngater akan jadi katak yang suker melompat. Heboh meghater ceghok ngater dia nih udah jadi katak. Tup-tup, BN dapat ghampeh balek Peghak biler ader Wakil Ghakyat Pakatan Ghakyat pula jadi katak. Yang paling seghonoknya memuler tuh, heboh pasei Wakil Ghakyat BN yang udah jadi katak. Lompat ke Pakatan Ghakyat. Idak nunggu lamer lompat balik ke BN dgan Wakil Ghakyat PKR dan DAP. Maker teghampehler negeri Peghak kepader BN.

Tapi betui ker dier nih yang jadi "pahlawan terbilang" seperti maner yang teman ngelorkannyer? Mengkomer kenerler tanyer pada dier sendighi. Itu pader pandangan teman ajer. Kalo betui maker betuiler. Kalo idak maker idakler. Yang penting diernih bersamer Wakil Ghakyat yang udah jadi katak tuh. Dan, katak-katak tuh pulak kenei detak dik Najib kat bawah tempughong sebab idak dicalonkan semula. Kasihan katak-katak nih. Yang untung besor yang jadi calon kat Shah Alam. Siaper? Mengkomer pun udah tahu.

Monday, April 15, 2013

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) - 2

Jadual Pelaksanaan Komponen PBS:-

PBS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.Jadual di bawah menunjukkan komponen PBS yang perlu dilaksanakan di peringkat rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012.

Pelaksanaan PBS pada Tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 juga bergantung kepada:-
a) Pentaksiran Sekolah
b) Pentaksiran Aktiviti Jasmani. Sukan dan Kokurikulum
c) Pentaksiran Psikometrik
d) Pentaksiran Pusat

A. Pentaksiran Sekolah:-
Bagi Pentaksiran Sekolah, ianya dilaksanakan dengan meletakkan 19 mata pelajaran iaitu:-
1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil
5. Matematik
6. Pendidikan Jasmani
7. Pendidikan Kesihatan'
8. Pendidikan Islam
9. Pendidikan Moral
10. Pendidikan Seni Visual
11. Pendidikan Muzik
12. Dunia Sains dan Teknologi
13. Bahasa Arab
14. Bahasa Cina SK (Sekolah Kebangsaan)
15. Bahasa Tamil SK (Sekolah Kebangsaan)
16. Bahasa Kadazandusun
17. Bahasa Iban
18. Bahasa Melayu SJK (Sekolah Jenis Kebangsaan)
19. Bahasa Inggeris SJK (Sekolah Jenis Kebangsaan)

Wednesday, April 10, 2013

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) - 1

DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS):-
Empat perkara asas kepada dasar pelaksanaan PBS ialah:-
1. Punca Kuasa
2. Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah
3. Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah
4. Dokumen Rujukan

1. PUNCA KUASA:-
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan:-
1.1 Akta Pendidikan:-
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah:-
a. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;
b. Perkara 3(b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan
c. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

1.2 Mesyuarat Jemaah Menteri:-
Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan:-
a. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1Tahun 2011:-
Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun 2011 -KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22Februari 2011.
b. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011:-
Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 -KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011.
c. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011:-
Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.
d.Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011:-
Penggunaan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September2011.

2. KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH:-
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH:-
1. AKADEMIK:-
a) Pentaksiran Pusat (PP):-
 Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.Pelaporan dikeluarkan LP.

b) Pentaksiran Sekolah (PS):-
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.
i) Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz,senarai semak, laporan tugasan,  tugasan rumahdan ujian.
ii) Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

2. BUKAN AKADEMIK
a) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum:-
Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolaholeh guru berdasarkan penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.

b) Pentaksiran Psikometrik:-
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate abilitydanacquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.