Sunday, September 30, 2012

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN, APA PERBEZAANNYA?

Dua perkataan yang amat mudah untuk disebut. Kepimpinan dan Pengurusan. Tapi apa perbezaannya? Memanglah dua perkataan tersebut lain sebutan bunyinya. KEPIMPINAN dan PENGURUSAN. Begitu juga lain ejaannya. Hanya yang sama adalah jumlah abjad yang membentuk kedua-dua perkataan iaitu sepuluh abjad.

Kepimpinan sering dikaitkan dengan arah atau tujuan. Dalam sesebuah organisasi ia berkait rapat visi, objektif, matlamat, isu-isu strategik, tranformasi, manusia dan komunikasi. Jelas kepada kita, kepimpinan merangkumi kebolehan menggunakan dua kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Satu lagi kemahiran ialah kemahiran memimpin.

Pengurusan banyak menumpukan cara-cara dan kaedah pelaksanaan. Oleh itu pengurusan banyak menjurus kepada proses pelaksanaan, isu-isu operasi, transaksional, cara dan kaedah, sistem dan keberkesanan pelaksanaan tugas. Pengurusan lebih mengutamakan kebolehan pengurusan elemen-elemen sesebuah organisasi.

Bagi organisasi pendidikan, kepimpinan merupakan elemen yang penting dalam pengurusan. Kepimpinan dan pengurusan diibaratkan sebagai 'lagu dan irama' yang tidak boleh dipisahkan Kedua-duanya saling bertindak dan berintegrasi antara satu sama lain.

Thursday, September 27, 2012

ROTAN KAEDAH TERAKHIR TEGUR KESILAPAN MURID

Satu isu pelaksanaan disiplin yang selalu hangat diperkata dan dibincangkan oleh masyarakat ialah mengenai hukuman dera ke atas murid. Isu ini timbul apabila murid atau ibu bapa serta waris mula mmepertikaikan hukuman dera yang dieknakan ke atas mereka, anak cucu atau jagaan mereka.

Guru-guru perlu sentiasa menggunakan budi bacara mereka dengan bijak dalam mengenakan hukuman yang difikirkan sesuai khususnya apabila murid melakukan salah laku. Mustahak bagi Guru Besar yang menurunkan kuasa hukuman dera kepada guru lain untuk mempertimbangkan hubungan antara murid yang akan dirotan dengan guru yang menjalankan hukuman itu.

Guru seharusnya menjalankan hukuman dera sebagai pilihan terakhir selepas tindakan amaran, nasihat dan kaunseling dibuat dan bukan sebagai pilihan pertama. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4/1997 dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 7/2003 adalah perlu dijadikan rujukan.

Tuesday, September 25, 2012

TINGKAH LAKU GURU PENGARUHI SIKAP PELAJAR

Perhubungan guru dengan murid sewaktu di dalam kelas memang tidak boleh dielakkan. Begitu juga perhubungan guru dengan murid ketika berada di luar kelas atau di luar sekolah. Sebenarnya perhubungan antara guru dengan murid ini banyak memberi kesan kepada murid itu sendiri.

Terdapat lapan tingkah laku negatif guru yang boleh menjejaskan pencapaian akademik dan sikap murid mereka.
1. Tidak menyukai murid
2. Tidak mengetahui atau mengenali murid
3. Melabel murid
4. Menyindir dan memperkecilkan murid
5. Mendera murid secara keterlaluan
6. Pagar makan padi
7. Terlalu garang
8. Pilih kasih


Thursday, September 20, 2012

PANDANGAN PELANGGAN TERHADAP SEKOLAH

Ibu bapa adalah merupakan sebahagian pelanggan sekolah. Ibu bapa atau pelanggan sekolah ini mempunyai pandangan dan pendekatan yang berbeza terhadap sekolah. Pandangan dan pendekatan mereka itu adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Faktor-faktor tersebut adalah:-
1. Nilai:-
Pelangan khususnya ibu bapa mempunyai nilai mereka sendiri terhadap sekolah. Ada ibu bapa menganggap atau berpendapat sekolah sebagai tempat pelaburan untuk masda depan anak-anak mereka. Ada juga yang menyatakan sekolah sebagai tempat mengembangkan potensi diri anak-anak. Juga ada yang menganggap sekolah tempat memberi pelbagai kemahiran dan tidak kurang juga yang menganggap sekolah tempat meletakkan anak-anak sewaktu mereka pergi bekerja.

2. Sikap:-
Pola sikap boleh terbentuk melalui manifestasi nilai. Ia berkaitan dengan pengalaman mereka masa lepas. Sikap ini terbentuk melalui pertuturan, perbuatan, penyertaan dan penglibatan mereka dalam aktiviti yang pernah dijalankan oleh pihak sekolah. Ia boleh membentuk sikap positif atau negatif kepada sekolah bergantung kepada pengalaman masa lalu.

3. Ekspektasi:-
Memenuhi ekspektasi pelanggan merupakan perkara penting dalam pengurusan kualiti. Ia sudah tentu ada kaitan yang rapat dengan kegembiraan anak-anak mereka belajar di sekolah dan kejayaan mereka dalam ujian atau peperiksaan.

4. Memilih Keutamaan:-
Pihak sekolah perlu memilih aktiviti yang banyak dijalankan di sekolah yang boleh menarik perhatian ibu bapa. Oleh itu, perlulah dibuat kajian tentang aktiviti yang perlu diberi keutamaan dan menjadi pilihan [elanggan mereka.

Monday, September 10, 2012

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Tup tap tup tap sok udah 11 aghibulan sembilan weh. Sok mengkomer yang neghader di Tawon enam akan ngambek UPSR. Enam tawon mengkomer ngaji kat skolah ghendah, sok ler yang nentukan hei mengkomer. Camaner pon mengkomer teman ghaser udah pon bersedia nak ngadap UPSR tuh. Teman nengok mak bapak mengkomer ajer yang pucat muker ghisor pasei mengkomer nak UPSR. Gitu juger ngan cekgu-cekgu mengkomer juger ngelabah ngan mengkomer nih.

Aper-aper hei pon sok ler tughunkan setiap ilmu yang mengkomer dapat. Sok ler mengkomer terjemahkan kat dalam keghoteh jawapannyer. Pastuh dua bulan lagi bihkughang aper yang mengkomer terjemahkantuh akan jadi kenyataan biler keputusan UPSR akan kluor. Maser nih baghu mengkomer nampak berpeloh belaker. Kerjap-kejap nak kayor. Kejap-kejap nak kayor.

Skang masernyer mengkomer banyakkan berdoa. Banyakkan semayang hajat. Banyakkan bertawakkal. Nak usaha ngan macer buku teman ghaser udah suntok bebenor. Pader teman, watper mengkomer ngelabah idak tentu kigher nih. Ituler dedulu sughoh belajor mengkomer tak sior. Ini ler padernyer. Aper-aper pon, teman ngucapkan "Selamat Menempoh UPSR 2012" kepader sesaper daghi mengkomer yang beghader di Tawon Enam tawon 2012 nih.

Wednesday, September 5, 2012

CIRI-CIRI GURU BESAR YANG BERKESAN

Sekolah adalah sebuah komuniti kecil. Guru besar pula adalah pemimpin dalam komuniti berkenaan. Oleh itu, sejauh mana kejayaan komuniti berkenaan bergantung kepada pemimpinnya iaitu guru besar.

Cara dan gaya kepemimpinan guru besar boleh memberikan inspirasi kepada guru atau mungkin juga mengecewakan mereka. Semua ini memberi kesan kepada tahap motivasi guru yang akhirnya akan turut menentukan kualiti pelajar yang dilahirkan.

Apakah kualiti semula jadi yang perlu ada pada seseorang guru besar yang memungkinkannya berperanan dengan berkesan? Apakah prasyarat kemampuan guru besar yang membolehkannya mengetuai kumpulan yang terdiri daripada guru, staf sokongan, murid dan pihak-pihak lain yang berurusan dengannya, serta menjadikan kepemimpinannya diterima oleh mereka?

Empat kualiti yang perlu ada pada seseorang guru besar untuk menjadi pemimpin yang berkesan. Empat kualiti itu ialah:-
1. Komitmen untuk berjaya
2. Menjadi agresif
3. Mahir berkomunikasi
4. Tegas dan tetap pendirian

Keempat-empat ciri berkenaan diperlukan untuk memastikan guru besar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan.

Monday, September 3, 2012

JABATAN PELAJAGHAN PEGHAK

Teman nih heghan bebenor biler nyebot pasei Jabatan Pelajaghan Peghak nih. Bukan aper-aper yang teman nampak bughok tapi naper udak lamer bebenor jawatan pengaghahnyer idak demer isi. Ghaser-ghaser teman udah lebeh setawon warger pendidek kat Peghak nih idak ader ketuernyer. Oghang ler nih kater udah lamer idak ader bos kat Jabatan Pelajaghan Peghak  nih weh.

Ader memacam ceghiter ngan memacam versi yang demer kater hei naper Jabatan Pelajaghan Peghak nih belum ader bos. Ader yang ngater politik udah masok ke jabatan ler. Ader yang udah dilantik tapi diadang pulak oleh oghang tertentu ler. Ader yang ngater calon yang dilantik ader oghang besor kat Peghak nih idak berkenan ler dan memacam lagi weh. Tak laghat teman nak nulehnyer.
Aper-aper pon usah ler mengkomer mempolitikkannyer. Takkanler hei-hei macam nih pon mengkomer nak politikkan. Kalo gitu mengkomer boh ajer calonnyer oghang mengkomer. Layak ker tak layak ker itu belakang kigher. Yang penting mengkomer tuh pueh ati biler oghang mengkomer dudok kat situ. Oghang mengkomer ajer yang mengkomer fikio handei mentadbir. Handei mengughus. Handei jadi pemimpin.