Wednesday, September 28, 2011

BAHAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

Segala bahan yang digunakan dalam masa pengajaran perlu disediakan dan dikumpulkan secukupnya sebelum memulakan tugas mengajar. Amalan yang bijak adalah dengan menyediakan bahan tambahan. Ini tidak merugikan kerana bahan yang tidak digunakan boleh diubah suai dan diperkenalkan dalam pelajaran berikutnya.

Sering kali bahan pengajaran diambil daripada buku teks yang ditetapkan. Lazimnya, kita perlu mendapatkan petunjuk dan maklumat tambahan daripada teks lain yang tidak didapati oleh pelajar. Selain itu, kita perlu ingat supaya menerapkan pelbagai mata pelajaran merentasi kurikulum.

Pilih secara teliti bahan yang boleh dikaitkan dengan mata pelajaran lain dan tunjukkan hubungan mata pelajaran yang diajar dalam suatu gambaran yang menyeluruh. Pelajar yang tidak gemar ataupun tidak begitu mahir dalam suatu mata pelajaran mungkin lebih tertarik dan berminat apabila memahami hubung kait perkara yang dipelajari.

Bahan pengajaran digunakan supaya dapat:-
1. Merangsang pembelajaran
2. Mengekalkan minat
3. Menambah kepelbagaian dalam pelajaran
4. Menggambarkan hubung kait antara subjek

Terdapat banyak bahan pengajaran sebagai kegunaan guru, sebahagiannya lebih mudah diperolehi di sesebuah negeri.

BUKU TEKS
Guru boleh mengajar tanpa buku teks, tetapi menghadapi lebih banyak kerumitan yang pasti menyebabkan pembelajaran kurang berkesan. Di banyak negeri, pemilihan buku teks tidak dilakukan oleh guru yang menggunakan teks itu. Oleh itu, guru tidak menghadapi masalah menentukan buku yang sesuai digunakannya di dalam kelas. Implikasinya adalah guru mesti cuba menggunakan teks yang bukan pilihan pertamanya itu dengan sebaik-baiknya.

Ada rutin yang boleh dituruti semasa pertama kali menggunakan buku:-
1. Membaca buku
2. Sediakan soalan bagi setiap bab semasa membaca
3. Sediakan bahan tambahan

BAHAN EDARAN
Bahan tambahan perlu disediakan apabila buku teks tidak meliputi setiap topik dalam sukatan peperiksaan. Guru mesti membuat kajian berkaitan bahan yang diperlukan, mengumpulkan nota untuk dibuat salinan dan mengagihkannya kepada pelajar. Gunakan spirit, dakwat pendua ataupun penyalin foto bagi membuat salinan yang diperlukan. Gunakan kedua-dua halaman kertas bagi menjimatkan perbelanjaan. Jika tiada mesin pendua, guru mesti menyediakan nota untuk ditulis pada papan hitam supaya dapat disalin oleh pelajar.

Bahan edaran juga boleh digunakan sebagai ringkasan pelajaran. Beritahu pelajar, nota ringkasan akan diedarkan jadi mereka tidak perlu mengambil nota. serta galakkan mereka mendengar dan menyertai perbincangan. Mengatur masa bagi mengedar bahan semasa pelajaran penting. Interaksi antara guru dengan pelajar akan terputus sebaik sahaja bahan edaran diletakkan di atas meja pelajar. Setiap pelajar menumpukan perhatian kepada edaran itu kerana ingin tahu apa yang diterima. Tiada faedahnya guru terus menyatakan, "Saya akan mengedarkan bahan pelajaran, tetapi jangan melihatnya sehingga saya beritahu kelak." Edarkan bahan itu hanya pada masa kita hendak menggunakannya.

Kualiti bahan edaran adalah sperti kejelasan, isi dan penyampaian. Ia perlulah yang terbaik. Pelajar, rakan-rakan serta keluarga mereka akan menilai kualiti guru melalui tahap hasil usaha guru yang ditunjukkan dalam sesuatu bahan edaran.

BUKU REKOD
Suatu aspek penting dalam pengajaran adalah untuk mengurus dan mengemas kini rekod kerja di dalam kelas serta markah dan kemajuan yang dicapai oleh setiap pelajar. Catatan khas berkenaan kerja rumah harus dibuat dan diletakkan bersama-sama rekod kerja kelas. Guru dapat menentukan kadar pengajaran berdasarkan rekod kemajuan kelas dan individu yang tepat dan jelas. Rekod ini juga dapat membantu guru menyedari bahawa perlunya bahan tambahan ataupun bahan lain dengan cepat.

Liputan setiap topik dalam sukatan boleh disemak dengan mengumpul dan sentiasa merujuk rekod kerja. Jika mahu, setiap topik boleh diperluaskan lagi sehingga mencapai keputusan yang memuaskan. Begitu juga dengan penyemakan, ia boleh dibuat berdasarkan kemajuan skema kerja.

BUKU DAFTAR KEHADIRAN
Kehadiran pelajar direkodkan dalam buku daftar kehadiran. Catatan boleh dilakukan sama ada sekali sehari, pagi dan petang ataupun pada setiap pelajaran. Tunggu seketika sebelum merekodkan kehadiran pelajar. Dengan cara ini, pembetulan dapat dielakkan apabila ada pelajar yang lewat sampai. Kadang kala rekod kehadiran pelajar diambil kira bagi penganugerahan sijil kelayakan. Ini bermakna, rekod kehadiran pelajar penting dilakukan dengan tepat dan betul.

Buku daftar pelajar adalah sumber rujukan yang berguna apabila kita bertemu pelajar kelas kita buat pertama dan masih belum tahu nama mereka. Buku ini membantu guru memilih nama pelajar untuk memberikan jawapan apabila tiada pelajar memberikan respons pada soalan yang diajukan.

PERPUSTAKAAN SEKOLAH
Semua sekolah perlu ada perpustakaan. Kini, perpustakaan adalah suatu keutamaan dalam rancangan pembinaan sesebuah sesebuah institusi pendidikan. Perpustakaan awam berhampiran dapat digunakan sepenuhnya apabila kemudahan ini tidak disediakan.

Perpustakaan ialah sumber terbaik untuk guru dan pelajar mendapatkan bahan. Besar manfaatnya bagi guru yang mengambil masa menerangkan kepada kelas baharu berkenaan lokasi, perkhidmatan yang disediakan dan manfaat yang dapat diperolehi daripada perpustakaan yang ada. Lebih baik lagi apabila guru dapat mengatur lawatan pelajar ke perpustakaan.

Terlebih dahulu, adakan perbincangan dengan perpustakaan berkenaan lawatan dirancang. Aturkan lawatan pertama pada permulaan tahun persekolahan. Lawatan seterusnya boleh meliputi bebarapa hari ataupun minggu. Sepanjang kursus, pelajar perlu diarahkan mengumpulkan maklumat khusus ataupun membuat rujukan di perpustakaan. guru mungkin dapat mewujudkan sebuah perpustakaan kecil sebagai rujukan di dalam bilik darjah yang hanya mempunyai empat ataupun lima buah buku yang sentiasa disimpan di dalam kelas bagi rujukan pelajar. Paling utama bagi perpustakaan kecil ini adalah senaskhah kamus.

Guru yang bijak akan cuba mencari maklumat berkaitan buku lama di perpustakaan tempatan, kedutaan dan sebagainya. Perpustakaan atau pusat sumber pertubuhan seperti ini sering kali menggantikan buku lama dengan terbitan terkini.

AKHBAR ATAU MAJALAH
Pelajar memang berasa seronok apabila dapat lepas daripada rutin kerana tertarik pada penggunaan bahan lain selain buku teks yang disediakan. Akhbar adalah alat bantu mengajar yang murah dan berkesan. sebagai pembaca tetap akhbar kebangsaan dan mungkin juga akhbar tempatan, kita tentu tahu adanya rencana tetap atau rencana khas berkaitan mata pelajaran diajar.

Arahkan setiap pelajar membawa satu salinan mana-mana akhbar pada tarikh yang ditetapkan dan jangan lupa ingatkan mereka pada hari sebelumnya. Akhbat lama juga berguna sebagai rujukan kelas dan mungkin boleh didapati secara percuma daripada perpustakaan ataupun pembekal. Sebelum masuk ke kelas, tandakan halaman dan sesuatu perkara lain sebagai rujukan dan buat catatan berkenaannya pada halaman depan.

Pelajar yang memulakan tabiat membaca akhbar setiap hari memperoleh lebih banyak manfaat. Oleh sebab ramai pelajar bergantung pada radio dan televisyen bagi mendapatkan berita, perkara ini hampir membunuh tabiat membaca akhbar ataupun buku. Kualiti tugas bertulis dapat meningkat dengan sendirinya apabila tabiat membaca dapat dikembangkan dalam kalangan pelajar. Selepas perhatian pelajar dapat ditarik kepada manfaat membaca akhbar, kita dapati pelajar mudah diyakinkan bahawa membaca dapat membawa keseronokan. Apabila perlu, berikan panduan cara menyertai dan menggunakan perpustakaan.

Guru boleh mencadangkan kepada pelajar supaya menyumbangkan akhbar masing-masing untuk digunakan bersama-sama kelas lain selepas selesai digunakan dalam aktiviti kelas mereka. Akhbar itu juga boleh dikumpulkan dan disimpan untuk digunakan dalam pelajaran akan datang.

HAK CIPTA
Terdapat undang-undang yang sah dan tegas dalam mengawal penggunaan bahan daripada buku, majalah dan akhbar. Kita perlu memahami undang-undang yang ada sebelum menyalin atau membuat salinan bahan daripada mana terbitan sebagai edaran dan penggunaan di dalam kelas. Biasanya pustawan sekolah ataupun perpustakaan tempatan mengetahui peraturan ini.

PERALATAN ICT
Kita perlu mengetahui aplikasi teknologi moden di dalam bilik darjah, walaupun teknologi ini masih belum disediakan di kebanyakan sekolah. Kemungkinan tidak berapa lama lagi kita berpeluang menggunakan kemudahan itu.

Kepelbagaian kaedah pengajaran menyeronokan pelajar dan mereka mengalu-alukan guru mengajar melalui ICT. Faktor baharu dapat menarik perhatian setiap pelajar dengan cepat dan perhatian mereka kekal sepnajang tayangan apabila filem yang ditunjukkan itu mempunyai kualiti yang tinggi dan disediakan secara profesional. Sebenarnya ada dua perkara berlaku dalam kaedah ini, iaitu pelajar melalui pengalaman yang menyeronokkan dan pada masa yang sama mereka juga belajar.

Guru pula mesti menonton terlebih dahulu setiap program sebelum ditayangkan kepada pelajar dan sentiasa ingat perkara berikut:-
1. Adakah berbaloi dengan masa yang diambil?
2. Nilai kandungan
3. Apakah idea utama yang dikemukakan?
4. Idea khusus
5. Kesesuaian bilik
6. Adakah kita boleh mengendalikan alat tersebut?

Tetapkan masa secukupnya bagi sesi perbincangan selepas menonton ataupun memberikan kerja rumah berdasarkan tayangan. Sebelum pelajar menonton filem, kita hendaklah menerangkan dengan jelas aktiviti yang dirancang selepas tayangan. Cara ini dapat mendorong pelajar menumpu sepenuh perhatian kepada filem yang ditonton.

Katalog sebarai filem, pita atau kaset berkaitan pendidikan boleh didapati di perpustakaan. Guru memerlukan lebih banyak bahan bagi mengemas kini, mengganti barang yang rosak dan sebagainya. Kita perlu sentiasa peka. Mungkin ada kelas atau sekolah lain yang sedang mengemas kini dan menghapus kira buku lama. Mungkin ada syarikat akan ditutup dan membuang fail dan alat tulis lama. Mungkin ada kenalan kita melanggan majalah dan akhbar yang dibuang selepas dibaca. Biasanya apabila diminta, orang akan memberikan bahan yang tidak diperlukan lagi dengan senang hati, terutama apabila ia untuk kegunaan pelajar.

Tuesday, September 27, 2011

PERANAN BILIK DARJAH DALAM PEMBELAJARAN

Persekitaran bilik darjah adalah suasana yang sudah sedia ada dan terpaksa diterima. Suasana penting bagi mewujudkan kerja berkualiti. Oleh itu, jika boleh dilaksanakan, kita perlu berusaha membuat sedikit perubahan bagi mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih memberangsangkan.

SUSUN ATUR BILIK DARJAH
Ada kemungkinan, kita sudah diberitahu secara tidak langsung supaya tidak mengubah susunan kerusi meja di dalam bilik darjah. Walaupun begitu jika ada kelonggaran, kita perlu menyusun semula kerusi meja bagi menghasilkan situasi pembelajaran yang lebih menggalak. Sebelum membuat perubahan, pastikan dahulu dengan pihak berkuasa supaya timbul masalah kelak. Jika disuruh, susun semula seperti keadaan asalnya pada akhir masa pelajaran, hari persekolahan, akhir minggu ataupun penggal.

Ada bilik darjah yang susunannya lebih selesa. yang penting adalah guru senang berbicara dengan pelajar seorang semi seorang. Apabila mengajar sesuatu kemahiran, penting bagi seorang guru memerhatikan pergerakan pelajarnya sesuai dengan apa yang dikehendaki. Ini hanya dapat berlaku apabila ada dua lorong yang sesuai.

PENGGUNAAN LORONG
Guru menggunakan sepnuhnya lorong yang tersedia ataupun yang baru disusun atur. Guru tidak perlu bergerak dari tempatnya apabila menggunakan kaedah kuliah. Berlainan pula apabila menggunakan kaedah mengajar kerana guru perlu tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh pelajar. Tempat guru hanyalah bagi meletakkan alat bahan mengajar yang diperlukan dan sudut yang digunakan sepanjang masa pelajaran.

Lorong pula membolehkan guru berinteraksi dengan pelajar serta mendapat maklum balas segera berkenaan pengajaran yang sedang dijalankan. Selain itu, lorong ini dapat membantu menghapuskan rintangan yang wujud dalam banyak situasi pengajaran, iaitu "jurang pemisah" antara guru dengan pelajar. Guru yang kurang berpengalaman mungkin berasa lebih selamat berada di belakang "rintangan" ini, tetapi sudah tentu ini adalah halangan untuk maju ke hadapan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara individu sangat mustahak. Sepanjang masa pelajaran, guru sering bergerak dan berulang-alik di lorong di antara tempat duduk pelajar bagi melihat apa sebenarnya yang dilakukan oleh setiap pelajar, melihat bagaimana pelajar mengurus dan menyelesaikan kerja dan berbicara dengan pelajar. Ini dapat membantu guru mengenali dan memahami pelajar, mengenal pasti keperluannya dan memberikan panduan yang sewajarnya. Pada akhir pelajaran, guru berpeluang berinteraksi dengan beberapa orang pelajar dan selepas dua ataupun tiga masa pelajaran, guru sepatutnya berinteraksi dengan setiap pelajar di dalam kelasnya.

Pelajar yang pemalu dan pemalas biasanya duduk di bahagian belakang ketika membuat kerja yang diberi oleh guru, atau seberapa jauh yang boleh daripada gurunya. Mereka berharap tidak diganggu dan dibiarkan membuat kerja sesuka hati mereka ataupun melakukan perbuatan yang mereka gemari seperti makan, berbual dan tidur. Peristiwa seperti ini memang sering berlaku, tetapi sayangnya tidak disedari oleh guru yang enggan bergerak dan mengawasi pelajarnya pada waktu mengajar. satu lagi faedah dalam kaedah penggunaan lorong ialah penjimatan masa dan penggunaan ruang yang berkesan, berbanding pelajar yang terpaksa berulang-alik ke meja guru.

KEADAAN FIZIKAL
Rutin pemeriksaan sebaik sahaja guru masuk ke kelas juga harus diamalkan. Rutin ini mengambil masa yang singkat sahaja. Periksa cahaya, suhu dan kualiti udara.

Keadaan fizikal ini mungkin di luar kawalan guru dan mungkin juga denganhanya memetik suis, membuka tingkap ataupun pintu, guru dapat memastikan adanya peredaran udara segar di dalam bilik darjah. Pembelajaran tidak dapat berlaku apabila pelajar kurang selesa dari awal lagi sebab terlalu panas atau terlalu sejuk atau kurang nampak kerana kurang cahaya. Sebenarnya, apabila melihat masalah yang dihadapi guru, ia sudah memadai dan tidak perlu ditambah lagi. Sudah menjadi kebiasaan, keadaan penghuni kelas terdahulu meninggalkan udara busuk untuk kelas selepasnya. Tidakkah guru sebelum itu menyedari tiadanya respons daripada pelajarnya yang mengantuk?

KELENGKAPAN BILIK DARJAH
Ada guru yang sebahagian besar masa mengajarnya dilakukan di dalam sebuah bilik darjah sahaja. Ada guru yang menggunakan bilik yang diagihkan mengikut mata pelajaran dan ada pula terpaksa menggunakan mana-mana bilik kosong bagi mengajar kelasnya.

Bilik darjah yang kosong dan lapang kelihatan muram dan menyedihkan. Suasana kelas seperti ini cepat mempengaruhi guru dan pelajar. Sering berlaku apabila guru terpaksa mencari sendiri bahan bagi menceriakan persekitaran kelasnya kerana tiada peruntukan wang disediakan. Satu cara menjimatkan wang kita adalah dengan meminta bahan untuk digunakan di dalam kelas daripada syarikat perniagaan dan juga sahabat.

Sunday, September 25, 2011

APAKAH PERLUNYA MEMBUAT PERANCANGAN?

Kita perlu tahu hala tuju bagi mencapai matlamat yang diingini. Bagi mencapai kejayaan, kita perlu merancang strategi kursus dan pelajaran. Sebelum merancang strategi pengajaran bagi mana-mana kursus, penting bagi kita memahami matlamat kursus dan mengumpul maklumat berkaitan pelajar kita.

Matlamat kursus adalah pengajaran topik yang ditetapkan dalam sukatan kursus, membantu pelajar menghadapi peperiksaan akhir atau membawa pelajar melalui program penilaian berterusan yang melayakkan pelajar menerima sijil kelulusan.

Lazimnya, salinan rekod akademik pelajar yang baru berpindah dari sekolah lain dikirimkan lebih awal lagi. Ini memudahkan guru membina profil setiap pelajar. Profil ini dapat membantu guru memahami keperluan setiap pelajar serta menilai potensi mereka.

SUKATAN KURSUS
Sukatan kursus memberikan panduan berkaitan perkara yang perlu selesai dipelajari dalam sesuatu jangka masa. Kebanyakan kursus berasaskan sukatan ditentukan oleh sebuah lembaga peperiksaan luaran. Pencapaian prestasi berdasarkan peperiksaan akhir tahun atau penilaian berterusan sepanjang kursus. Ada juga maktab dan sekolah yang menyediakan peperiksaan akhir dan program penilaian berterusan mereka sendiri.

SUKATAN PEPERIKSAAN
Bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan akhir, setiap topik perlu dibincangkan, diajar dan diulangkaji. Topik tambahan juga disediakan bagi memastikan kursus yang ditawarkan lebih seimbang.

PENILAIAN BERTERUSAN
Penilaian tugasan pelajar dilakukan berterusan sepanjang kursus, dan markah direkodkan. Sijil hanya dianugerahkan berdasarkan prestasi yang memuaskan. Pelajar dapat menulis semula tugasan yang kurang memuaskan bagi penilaian semula. Cara ini membantu kedua-dua pihak, iaitu guru dan pelajar menyedari tahap pencapaian dan kemajuan pelajar. Tekanan yang sering dirasai pelajar pada akhir kursus juga berkurangan kerana tiada peperiksaan akhir.

Sukatan yang disusun oleh pihak luar memberikan panduan berkaitan jumlah tugasan yang mesti dinilai serta kaedah pengiraan keputusan pencapaian. Apabila sukatan disusun oleh pihak sekolah, maka prosedur penilaian disediakan oelh kakitangan yang terlibat. Lazimnya mereka mengikut bentuk yang disediakan oleh pihak lembaga luaran. Sukatan yang disediakan oleh pihak sekolah sendiri mempunyai kelebihan, ia disusun supaya bersesuaian dengan keperluan kursus masyarakat setempat.

Sepanjang kursus, masa harus diperuntukkan bagi menyusun dan menilai sesuatu tugasan. Penilaian semula tugasan juga memerlukan masa dan pada masa yang sama perbincangan dengan pelajar hendaklah diatur supaya maklum balas tentang prestasi kemajuan dapat disampaikan dengan segera.

Pelajar juga memerlukan lebih masa bagi menyemaknya sebelum tugasan diserahkan. Tarikh untuk tugasan hendaklah dipatuhi oleh pelajar tetapi jika perlu, jadual penyerahan tugasan boleh diubahsuai mengikut keadaan. Walaupun bagitu, guru mesti memastikan semua tugasan diselesaikan sebelum kursus berakhir.

Hasil tugasan yang dinilai mesti dimaklumkan kepada pelajar sebaik sahaja selesai diperiksa kerana pelajar perlu mengetahui kemajuan mereka. Bahkan jika perlu, maklumkan keputusan penilaian dengan seberapa segera. Maklum balas segera mempunyai kesan terhadap pelajar. Selain kepuasan mengetahui kemajuan mereka, pelajar juga berasa yakin bahawa cara kerja guru mereka adalah tersusun.

Pengajaran juga boleh dirancang sehingga akhir kursus tanpa membuat persediaan peperiksaan akhir. Penilaian terakhir boleh dilakukan pada minggu akhir kursus dan keputusan dapat dikeluarkan dengan cepat. Jelas bahawa, perancangan awal adalah kunci kejayaan dalam semua jenis kursus, baik yang melibatkan peperiksaan akhir mahupun yang mempraktikkan penilain berterusan.

Perancangan awal terutamanya, dapat memastikan pengagihan tugasan yang seimbang dan mengelakkan perasaan terburu-buru ataupun panik dalam kalangan pelajar. Kemajuan yang stabil sepanjang kursus membuat pelajar berasa lebih selesa dan puas hati.

Pastikan semua pelajar menerima salinan sukatan kursus, terutama pelajar matang yang dapat memahami dan menghargai manfaat yang diperolehi setelah mengetahui sukatan yang diambil. Adakan perbincangan berkenaan sukatan kursus semasa pelajaran pertama pada awal kursus. jangan lupa membincangkan sukatan sekali sekala sepanjang kursus.

Thursday, September 22, 2011

BAGAIMANA MENGEKALKAN MOTIVASI?

MENGEKALKAN MOTOVASI
Kita perlu merancang dan menyediakan setiap pengajaran berlandaskan keperluan dan matlamat pelajar supaya keperluan ini dapat dipenuhi. Apabila pelajar diberi matlamat yang dapat dicapai, pelajar akan dapat 'menikmati' kejayaan dan pulang dengan rasa puas serta cuba meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran seterusnya.

Motovasi pelajar dapat dikekalkan jika minat mereka pada mata pelajaran itu tidak berkurangan. Pengajaran yang baik dapat meningkatkan minat pelajar. Tetapi, apakah yang dikatakan pengajaran yang baik itu?

Guru dihormati jika dia benar-benar bersedia dalam setiap pengajarannya, tepat mengikuti masa, sistematik dan prihatin terhadap pelajarnya. Dari awal lagi pelajar dapat mengenal pasti bahawa seseorang guru itu suka mengajar dan berusaha untuk memastikan semua pelajar menikmati mata pelajaran yang diajarnya. Guru memimpin dan seterusnya pelajar dengan rela hati menurut.

Ada baiknya kita mengenang masa persekolahan kita. Guru manakah yang kita anggap sebagai 'guru baik'? Apakah yang menyebabkan pengajaran mereka sering dikenang? Sebenarnya apabila difikirkan, kita akan dapati sebahagian daripada sebabnya sudah dinyatakan seperti di atas.

Minat pelajar tidak mungkin pudar jika kepelbagaian bahan dan aktiviti digunakan dalam suatu pelajaran. Oleh itu, tugas utama guru adalah untuk menentukan bahan dan aktiviti pengajaran dirancang dan disediakan selengkapnya supaya dapat mencapai suatu objektif pengajaran.

MENGENAL PASTI KEPERLUAN
Apabila kita ditugaskan untuk kelas harian, biasanya kita mengandaikan pelajar mempunyai banyak persamaan dari segi umur, pencapaian terkini dan peperiksaan yang dihadapi pada akhir kursus. Kemungkinan keperluan mereka juga banyak persamaannya. Lain pula dengan pelajar sambilan dan pelajar kelas malam serta pelajar pelbagai kursus latihan kerana setiap individu pastinya mempunyai keperluan yang berbeza.

Walau apa pun jenis kelas dan kumpulan pelajar, sememangnya amat penting bagi seorang guru mengetahui bahawa bilik itu dipenuhi bermacam-macam ragam manusia yang inginkan pengikhtirafan sebagai individu, dipanggil nama mereka serta mempunyai keperluan tersendiri yang perlu dipenuhi.

Seperkara yang dapat memudahkan usaha memahami pelajar kita adalah melalui profil ringkas setiap pelajar. Profil pelajar lazimnya mengandungi maklumat berkenaan kemajuan terkini serta pendapat guru terhadap pelajar itu. Maklumat latar belakang seperti ini boleh dijadikan permulaan bagi kita membina sati profil yang lebih terperinci. Ini juga yang boleh dijadikan panduan bagi memahami keperluan khusus seseorang pelajar.

Jika tiada maklumat latar belakang diperolehi, kita sendiri perlu memulakan profil palajar kita. Sebaik-baiknya berbincang dengan setiap pelajar pada permulaan kursus. hanya dua ataupun tiga minit diperlukan bagi seorang pelajar. Pengumpulan maklumat seperti ini dianggap sebagai serampang dua mata. Guru dapat merancang dan merangkumkan segala keperluan yang dikenal pasti ke dalam skema kerja. Ini dapat membantu meningkatkan motovasi pelajar kerana mereka menyedari usaha guru bagi memenuhi keperluan mereka.

GANGGUAN
Kejayaan semasa mengajar menuntut guru sentiasa berusaha mengekalkan perhatian dan minat pelajar. Oleh yang demikian, setiap rancangan pelajaran harus merangkumi pelbagai bahan, aktiviti dan kaedah pengajaran. Walaupun bagitu, wujud bermacam-macam jenis gangguan yang perlu diberi perhatian. Gangguan ini jika tidak dikesan dan dihentikan akan menganggu proses pembelajaran dan menggugat motovasi pelajar.

Antara gangguan yang lazim berlaku adalah:-
1. Suhu bilik yang terlampau panas atau pun terlampau sejuk
2. Lampu berkelipan atau punmentol terbakar
3. Bunyi nising dari bilik darjah lain atau pun dari luar sekolah
5. Peralatan rosak
6. Pelajar yang sentiasa resah gelisah, gemar berceloteh atau berbisik-bisik dengan pelajar lain di belakang bilik darjah
7. Pelajar yang datang lewat juga mengganggu kelancaran pengajaran

Segala kerosakan fizikal yang dilihat mestilak dilaporkan. Mungkin buku catatan perlu disediakan atau pun melalui laporan lisan yang diberi kepada pihak yang bertanggungjawab. Apa pun sistem yang digunakan, kita mesti mengambil tindakan yang sewajarnya. Kadang kala hal ini perlu dilaporkan berulang kali bagi memastikan kerosakan itu dibaiki.

Kita perlu sentiasa menyedari bahawa suasana yang tenang kelas secara keseluruhan adalah penting. Apabila gangguan itu dikesan, 'si penceloteh' yang suka berbual diberi amaran supaya menghentikan tabiatnya dan jika perlu, panggil pelajar itu supaya berjumpa kita selepas kelas. Kemungkinan besar, masalah seperti ini dapat diselesaikan apabila kita menegaskan kesan perbuatannya menjejaskan proses pengajaran serta pembelajaran dan perlakuannya tidak boleh dibiarkan.

Kebanyakan sekolah mempunyai sistemnya sendiri dalam menanggani masalah pelajar yang datang lewat yang benar-benar mengganggu. Pastikan kita memahami sistem yang sedia ada bagi memudahkan tindakan yang sesuai diambil apabila perlu. Jika ada pelajar yang lewat, cuba berbincang dahulu dengan pelajar itu. Mungkin kelewatannya tidak dapat dielakkan. Walaupun begitu, jika tiada sebab munasabah, kita mesti memberikan amaran tegas kepadanya supaya tidak mengulangi kesalahan itu.

Sekarang kita sudah maklum berkenaan motivasi dan peranannya dalam meningkatkan kaedah pengajaran kita. Kita boleh mendapatkan maklumat lanjut di perpustakaan kerana terdapat banyak buku tentang motivasi. Tanam dan kekalkan motivasi, pasti kejayaan akan menyusul. Ingatlah bahawa, tanpa motivasi pembelajaran tidak mungkin berlaku.

Tuesday, September 20, 2011

BAGAIMANA MENINGKATKAN MOTIVASI

Motivasi ialah suatu tenaga yang kuat, mungkin yang terkuat dalam setiap situasi pembelajaran. Apa yang penting ialah anda menggerakkan tenaga ini dalam melaksanakan tugas pengajaran. Oleh itu, sebagai faktor utama dalam setiap situasi pembelajaran, apakah sebenarnya maksud motovasi? Terdapat berbagai-bagai takrif. Antaranya;

".... proses dalaman yang meransang kita memenuhi keperluan tertentu."
(Dennis Child, Psychology and the Teacher)

"Pendorong yang disedari ataupun tidak disedari yang meransang tindakan ke arah matlamat yang diingini."
(Oxford English Dictionary)

"Kajian berkenaan motovasi adalah yang berkaitan segala desakan dan dorongan biologi, sosial dan psikologi yang menyingkir kemalasan dan menggerakkan kita, sama ada dengan penuh minat ataupun tidak, untuk bertindak."
(George Miller, Psychology - The Science of Mental Life)

Jadi, apakah yang kita dapat? 'Keperluan', matlamat yang diingini' dan 'gerakan untuk bertindak'. Guru mestilah bermotivasi. Seorang guru berkemungkinan ingin mendapat kepuasan dengan melaksanakan tugas dengan baik, mewujudkan situasi pembelajaran yang memberikan manfaat kepada pelajar, mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan diiktirafkan oleh rakan sejawat sebagai guru yang mempunyai standart profesionalisme yang tinggi. Pelajar mahu belajar. Mereka tahu apa yang dapat diperolehi daripada mata pelajaran atau sesuatu kursus. Ini dapat memudahkan tugas guru. Oleh itu, objektif utama guru adalah untuk mengekalkan motivasi pelajar.

MENINGKATKAN MOTIVASI
Pada awalnya, pelajar mungkin mengambil sesuatu kursus bukan atas sebab yang wajar seperti:-
1. Mereka tiada pilihan dan mungkin dipindahkan dari sekolah lain
2. Ibu bapa menetapkan kehadiran ke sekolah itu
3. Mereka diberi maklumat yang salah
4. Tiada pilihan kursus lain

Jika guru tidak berusaha merangsang motivasi, kemungkinan besar pelajar seperti ini tidak dapat memperolehi manfaat sepenuhnya daripada kursus yang diikuti itu. Apakah yang dapat dilakukan? Semasa pertama kali bertemu dengan pelajar, perkara penting bagi seorang guru adalah untuk memberikan garis kasar tujuan kursus dan kaitan sesuatu mata pelajaran dengan kursus itu. Sebenarnya ini adalah usaha 'menjual' mata pelajaran itu dan menunjukkan potensinya.

Pelajar bermotivasi dapat mengetahui sesuatu yang baharu, manakala pelajar yang kurang berminat pula dapat memperolehi maklumat yang boleh meyakinkan mereka tentang manfaat yang diperolehi. Oleh yang demikian, pengenalan harus ditunjukkan kepada semua pelajar. Walaupun begitu, pada dasarnya aktiviti ini ditujukan kepada pelajar yang kurang maklumat berkaitan kursus itu.

Pengenalan yang berkesan memerlukan guru yang mempunyai segala butiran kursus, terutama matlamat dan tujuan kursus dan menyampaikan maklumat ini dengan penuh semangat. sebagai seorang yang tahu kebaikannya sudah tentu anda dapat menonjolkan kebaikan kursus itu. Setiap kursus mesti mempunyai matlamat:-
1. Jangka panjang
2. Jangka sederhana
3. Jangka pendek

Jelaskan kepada pelajar matlamat yang dapat dicapai pada akhir pelajaran pertama. Jelaskan juga kemahiran yang dapat diperolehi dalam masa beberapa minggu kelak ataupun pada akhir penggal pertama dan tahap pencapaian yang diharapkan pada akhir kursus itu. Biar pelajar faham akan matlamat yang ingin dicapai dan cara hendak mencapainya, serta yakinkan mereka tentang keupayaan mereka menjalankan tugasan akan datang. Pelajar yang memahami matlamat utama adalah pelajar yang bermotivasi dan sentiasa bersedia menghadapi pelajaran mereka.

Setiap pelajar inginkan kejayaan. Oleh itu, sentiasa pastikan matlamat yang ditetapkan adalah realistik dan dapat dicapai. Terangkan kepada pelajar yang lebih muda, mata pelajaran yang mereka pelajari adalah langkah pertama bagi tugas yang seterusnya serta betapa pentingnya mereka mencapai tahap yang memuaskan pada peringkat pertama ini.

Bagi pelajar termuda, maklumay seperti ini dapat melegakan hati mereka. gambarkan betapa riangnya pelajar yang masih mentah ini apabila mendapat tahu bahawa dalam bebarapa minggu sahaja atau mungkin boleh diberikan tarikh yang ditetapkan bahawa dia sudah dapat membaca, tentu dia tidak sabar-sabar berlari pulang untuk memberitahu keluarganya. bagi pelajar yang lebih dewasa, terutama yang mula menapak ke alam pekerjaan, pendekatan yang berkesan mungkin melibatkan soal 'wang'. Dengan pengetahuan dalam mata pelajaran yang sedang diajar, peluang pekerjaan dan potensi mendapat pendapatan yang lebih tinggi bagi mereka sudah tentu bertambah baik.

Selepas pengenalan seperti ini, mungkin masih ada lagi dua ataupun tiga orang pelajar merasakan kursus yang disediakan tidak sesuai untuk mereka. Perbincangan dan rundingan secara perseorangan perlu dilakukan oleh guru. Masalah seperti ini harus diselesaikan dari peringkat permulaan lagi, bukan untuk memudahkan tugas guru, sebaliknya menjamin pelajar dapat mengikuti kursus yang sesuai dengan keperluan mereka.

Monday, September 19, 2011

PENENTANGAN TERHADAP PENJAJAH

Walao pon demer yang bergelor Profesor2 tuh ngaterkan Mesia nih sebenornya idak pengonah di jajah, tapi teman belajor sejaghah ler nih ngan belajor tawarikh maser dedulu ader nyebotkan yang ramei tokoh2 yang nentang penjajah. Teman belajor yang peghonah jajah Mesia nih dedulu bukan ajer omputeh, malah oghang Belanda, oghang Portugis malah oghang Jepon pon peghonah jajah Mesia.

Ituler sebabnyer ramei bebenor tokoh2 perjuangan yang moncol teghutamer maser setiap bangser yang menjajah Mesia. Baik maser Portugis, maser Belanda, Maser British juger maser Jepon. Sebab itu ngaper mengkomer ndak ngaterkan yang Mesia nih idak penghonah dijajah oleh maner2 penjajah.

TOKOH-TOKOH TEMPATAN MENENTANG PENJAJAH
1. Raja Haji di zaman penjajahan Belanda di Melaka
2. Dato' Maharaja Lela di zaman penjajahan British di Peghak
3. Rentap di zaman penjajahan British di Saghawak
4. Tok Janggut di zaman penjajahan British di Kelantan
5. Mat Salleh di zaman penjajahan British di Sabah
6. Dato' Bahaman di zaman penjajahan Bristish di Pahang
7. Mat Kilau di zaman penjajahan British di Pahang

Sebenornyer ramei lagi tokoh2 perjuangan menentang penjajahan kat Mesia ini. Ramei daghi demer nih yang terbunoh dalam pertempoghan ngan penjajah nih. Dan yang heghannyer idakler pulak demer ndak ngangkat namer2 perjuang nih sebagei perjuangan kemerdekaan. Tut2 ader ler pulak yang ngaterkan Mesia nih idak peghonah kener jajah. Pastu pulak ader jugak yang ngater penjajah sememer tuh datang ateh undangan ato jempotan Raja-Raja Melayu. Ntah aper2 mengkomer nih.

Wednesday, September 14, 2011

BETULKAH TANAH MELAYU TIDAK PERNAH DIJAJAH?

KEDATANGAN KUASA LUAR
Tanah Melayu suatu ketika dulu telah menjadi perhatian kuasa-kuasa besar di Barat. Kuasa-kuasa Barat ini berlumba-lumba mencari tanah jajahan di Timur yang terkenal dengan kekayaan hasil buminya. Kesultanan Melayu Melaka adalah merupakan sebuah kerajaan yang terkenal dan termasyhur ketika itu yang sering menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar dari barat.

Kuasa luar yang pernah datang ke Tanah Melayu sebagai penjajah ialah:-
1. PORTUGIS (1511 - 1641)
Portugis telah menakluki Melaka pada tahun 1511 melalui serangan yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Sebelum serangan dibuat, Lopez de Sequeira telah dihantar ke Melaka untuk mengetuai perdagangan. Portugis berusaha menawan Melaka untuk menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara.

Disamping ingin menguasai perdagangan di rantau Asia Tenggara, Portugis juga berusaha untuk menyebarkan agama Kristian. Kedua-duanya telah berjaya dilakukan oleh Portugis. Penguasaan Portugis ke atas Melaka berakhir pada tahun 1641. Portugis menjajah Melaka selama 130 tahun.

2. BELANDA (1641 - 1824)
Belanda telah menawan Melaka daripada Portugis pada tahun 1641 iaitu selepas mengalahkan Portugis. Usaha menawan Melaka berjaya dengan pertolongan Sultan Johor. Melalui penaklukan Melaka telah menamatkan persaingan pelabuhan Melaka dengan pelabuhan Betawi.

Melalui penaklukan Melaka, Belanda juga ingin menguasai dan memiliki hasil bijih timah yang banyak di Perak. Oleh itu dengan menguasai Melaka secara tidak langsung ia menguasai Perak. Pemerentahan Belanda di Melaka selama 180 tahun berakhir setelah Melaka diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris - Belanda pada tahun 1824.

3. BRISTISH (1786 - 1945)
Orang Inggeris menakluki Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang pada tahun 1786. Pulau Pinang berjaya diduduki setelah Francis Light membantu Sultan Kedah daripada serangan Siam. Penaklukan Tanah Melayu adalah untuk menguasai perdagangan dan hasil bijih timah berikutan berlakunya Revolusi Industri di Eropah pada akhir kurun ke-18.

Selain itu, dasar British ingin meluaskan tanah jajahan kerana galakan daripada Putera Henry. Mereka juga ingin menyebarkan agama Kristian. Pada tahun 1824, British telah menduduki Melaka melalui Perjanjian Inggeris - Belanda. Manakala di Sarawak, James Brooke berjaya menduduki Sarawak sebagai gabenor.

Semasa pemerintahan British pelbagai corak pentadbiran diperkenalkan. Pada tahun 1826, British telah menggabungkan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura membentuk Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1876, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan digabungkan menjadi Negeri Melayu Bersekutu.

4. JEPUN (1942 - 1945)
Jepun adalah merupakan kuasa asing dari Asia yang menjajah Tanah Melayu. Jepun menggunakan slogan "Asia Untuk Asia" untuk membebaskan negara-negara di Asia daripada penjajahan British. Jepun menduduki Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 setelah mendarat di Kota Bharu, kelantan.

Pada 31 Januari 1942, Jepun berjaya menguasai Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Penaklukan Jepun adalah bertujuan untuk membebaskan negara Asia daripada penjajah barat. Disamping itu, Jepun juga ingin mencari pasaran dan menguasai bahan mentah seperti bijih timah.

Jepun telah memerintah Tanah Melayu selama 3 tahun 6 bulan. Jepun telah menyerah kalah kepada British setelah bandar Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh British.

Tuesday, September 13, 2011

PANDUAN MENGENAI MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA

PENYEDIAAN MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA
Penyediaan Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) memerlukan perancangan yang teratur dan teliti. Penglibatan pengurusan atasan amat diperlukan dalam penyediaan kedua-dua buku ini. Bagi memudah dan melicinkan penyediaan buku-buku ini, Ketua-Ketua Jabatan/Pejabat perlu melantik seorang pegawai kanan sebagai Penyelaras dan Pasukan Petugas perlu diwujudkan bagi penyediaan buku-buku ini.

Bagi menyediakan kandungan MPK, langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan:-
a) Tentukan objektif jabatan/pejabat
b) Sediakan carta organisasi jabatan/pejabat
c) Senaraikan fungsi-fungsi utama jabatan/pejabat
d) Senaraikan aktiviti-aktiviti di bawah setiap fungsi utama
e) Sediakan proses kerja yang terlibat bagi tiap-tiap aktiviti
f) Sediakan carta aliran kerja bagi tiap-tiap aktiviti
g) Senaraikan semua borang yang digunakan

Bagi menyediakan kandungan FM, langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan:-
a) Sertakan objektif jabatan/pejabat yang telah disediakan bagi MPK
b) Sediakan objektif bahagian/unit
c) Tandakan kedudukan bahagian/unit di dalam carta organisasi jabatan/pejabat yang disediakan bagi MPK
d) Sediakan carta organisasi bahagian/unit dan tandakan kedudukan pegawai di dalam bahagian/unit
e) Senaraikan tugas, tanggungjawab, kuasa dan hubungan kerja pegawai berkenaan

KANDUNGAN MPK
MPK mengandungi lapan perkara utama:-
1. Latar belakang jabatan/pejabat
2. Objektif jabatan/pejabat
3. Carta jabatan/pejabat
4. Fungsi-fungsi utama jabatan/pejabat
5. Aktiviti-aktiviti bagi fungsi-fungsi utama
6. Proses kerja aktiviti-aktiviti utama
7. Carta aliran kerja aktiviti-aktiviti utama
8. Senarai borang-borang yang digunakan

KANDUNGAN FM
FM mengandungi 14 perkara utama:-
1. Objektif jabatan/pejabat
2. Objektif bahagian/unit
3. Carta organisasi jabatan/pejabat
4. Carta organisasi kedudukan pegawai
5. Senarai tugas/kuasa dan hubungan
6. Peraturan-peraturan pentadbiran
7. Proses kerja
8. Carta aliran kerja
9. Senarai semak/checklist
10. Senarai undang-undang/peraturan-peraturan
11. Senarai jawatan kuasa yang dianggotai
12. Senarai borang-borang yang digunakan
13. Norma kerja
14. Senarai tugas harian

Monday, September 12, 2011

TEMPAT DETAK KENDEGHAAN YANG DEMER SALAH GUNER

Kalo mengkome pegi ke pekan ato maner-maner tempat yang kegheter mengkomer terpakser didetak kat tempat letak kegheter manyak mender yang mengkomer kener fikio. Tamanyer kener caghi tempat letak kegheter yang kosong. Pastu pulak nak 'parking' camaner? 'Side Parking' ker ato 'L Parking' ker. Taem nih ler kener manyak di fikiokan. Juger time nih ler kener manyak bersabor.

Yang paling teman getik biler kat 'parking' kegheter' tuh demer boh motosikal. Parking motosikal tuh pulak kat tengah-tengah petak idak ader ghuang pon nak masuk kegheter.. Payah nak celus. Kalo demer detak kat tepi-tepi sikit boleh ler tahan jugak. Bolehler pelan-pelan kiter masukkan kegheter. Ini idak, bantei dek demer tuh parking ikut dan demer ajer. Pastuh biler kiter 'hon' boleh demer nyeleng ajer.

Satu lagi yang demer nih suker bebenor parking motosikal meghater-ghater tempat. Udah ler kat 'parking' kegheter pun demer detak. Kat kaki lima kedei pon demer detak motosikal. Oghang nak lalu lalang kat depan kedei itu pon susah. Jalan kaki idak lancar. Pastu kener ngelak nanti terlanggor pulak motosikal demer tuh. Kut-kut jatoh maghah dek demer pulak. Sayang pulak demer kat motosikal demer tuh.

Satu lagi yang teman heghan, pihak majelis idak pulak ndak ngambek tindakan. Kalo ler kat kegheter yang idak pamerkan kopon cepat bebenor demer nak nyaman. Apa? Motosikal yang detak ikut dan tuh idak boleh ker demer nak nyaman? Gitu juger pihak poleh. Kalo keter beghenti kejap ajer kat line kuning ker atao line puteh panjang ker, cepat bebenor demer ngulor keghoteh saman.

Yang empunyer kedei pon lagi handei. Petak detak kegheter kat depan kedei demer tuh idak demer bagi kegheter masuk. Memacam cagher demer muat aseikan jangan ader kegheter yang masuk ngadang kedei demer tuh. Ader yangt detak tong sampah. Ader yang detak keghusi dan ader memacam mender lagi yang demer detak aseikan petak detak kegheter kat depan kedei demer tuh kosong.

Pader sememer empunyer kegheter ker ato motosikal ker, mengkomer kener ler patuh pader undang-undang. Kalo tempat detak kegheter, motosikal jangan masok. Gitu juger yang empunyer kegheter, jangan nak detak kegheter ikut dan ajer. Fikio sikit dengan oghang len yang juger ader hak. Jangan mengkomer nak fikio senangkan dighi mengkomer ajer dgan buat perkagher yang nyusahkan oghang len.

Sunday, September 11, 2011

UPSR PMR SPM STPM UPSR PMR SPM STPM

Maka udah bermuler ler musim peperiksaan kat Mesia nih. Kalo ler mengkomer nengok pader jadual pepegheksaan memang ler jap-jap tahon UPSR yang memuler. Pastu diikoti pulak ngan PMR. Lepeh PMR, calon SPM pula kener duduki peghekser. Las skali, demer yang nak ngambek STPM pulak. Sememer nih adeler pepegheksaan bagi sekolah ghendah, menengah ghendah dan menengah tinggi.

Pader sememer calon, teman nak ngucapkan "Selamat Menduduki Peghekser" teman doakan sememer calon baik UPSR, PMR, SPM mahupon STPM akan mencapei kejayaan yang cemegholang. Dudokilah pegehkser ini dengan usaha yang kuat, doakan mantap dan tawakkal kepader Allah s.w.t. Insya-Allah mengkomer sememer akan berjaya mencapai kejayaan yang mengkomer inginkan.

Teman ghaser keh-keh macam kat gambor ateh nih semedang ajer oghang muat laporan. Teman heghan jugak, udak dipantau masih ader lagi skolah yang muat keghojer macam nih. Kalo pon nak skor result yang cemegholang pun usah ler muat keghojer giler macam kat dalam gambor ateh nih. Silap-silap, Gughu Besor ato Pengetua kener tindakan tatatertib pulak. Kan ker nayer?

Suasaner gini memang rajen bebenor jadiknyer maser peghekser. Pengaweh Peghekser tuh kener ler ngabor maser peghekser, yang kiter jadi "tensen' tuh ngaper. Nampak bebenorler mengkome idak muat persediaan untuk ngambek peghekser. Yang Ketua Pengaweh Peghekser tuh pulak semedang ajer nyebot maser udah nak abeh.

Mengkomer janganler muat keghojer giler macam gambor karton kat ateh nih. Kalo mengkome udah bersedia buat aper mawak masuk "toyol" pulak. Kalo kener "tangkap" kan ker nayer ajer tak boleh ngambek peghekser. Pastu pulak kener "rekod" salahlaku maser peghekser. Kalo dapat markah tinggi pon idak ader gunernyer. Abeh sememernyer batel.

SIA-SIA AJER JEMAAT KALO NYEMBANG MASER KHATIB TENGAH MACER KHUTBAH

Le nih kalo mengkome pegi semayang Jemaat, ramei bebenor bebudak skolah yang ngikut semayang. Kalo demer dok kat asghama, demer pegi nek bas. Pihak warden akan ughuskan ngan pihak bas untok mawak bebudak asghama tuh ke mesejed untok semayang Jemaat. Kalo satu bas dah ader 40 oghang jemaah. Kalo dua bas, kalikan ngan dua jadi dah ader 80 oghang jemaah.

Ini idak teman ngigher ngan bebudak skolah ghendah lagi. Boleh dikaterkan kalo mesejed tuh kecek, hamper sepaghoh mesejed tuh penoh ngan bebudak tuh. Tapi, selalunyer demer pegi pon mesejed yang besor. Demer neh pulak suker bebenor dudok kat bagian belakang. Oghang kater dok kat saf belakang.

Biler demer dok kat saf belakang, jadi udak tentu demer tuh muat ingor. Demer bersembang ler, demer ngusek kekawan ker. Ngan memacam lagi cagher demer buat keghojer. Demer muat ingor tuh daghi memuler tok khatib macer khutbah hingger ler selesei khutbah. Yang heghannyer, biler maser doa tahu pulak demer diam nadah tangan.

Biler abeh ajer doa, masuk khutbah kedua, muler demer tuh muat ingor lagi. Ntah aper-aper yang demer tuh sembang idak pulak teman dengor. Semedang ajer biler demer muat ingor, aper yang tok khatib macer idak teman dengor. Teman ghaser ndak ajer teman lutu soghang-soghang demer yang muat ingor tuh.

Lagi teman heghan, ader yang ayah demer kat dalam mesejed tuh. Idak pulak demer takot. Si ayah tuh pulak idak demer nengok yang muat ingor tuh anak saper. Kener pulak anak demer tuh ader dalam geng kat saf belakang. Udah tentuler muat ingor samer. Udah pueh tok khatib tuh ingatkan "barang saper yang berkater-kater maser khatib sedang berkhutbah maker sia-sia ajer ler Jemaat demer". Itu pon idak peduli dek demer.

Monday, September 5, 2011

PAKAIAN DAN PERHIASAN YANG HARAM

1. SUTERA
Memakai pakaian yang dibuat dari bahan sutera hukumnya haram bagi kaum lelaki dan boleh kepada kaum perempuan.

Umar s.a. berkata:-
"Aku pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Janganlah kamu memakai pakaian sutera kerana orang yang memakai di dunia dan tidak akan memakainya lagi di akhirat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pakaian sutera hanya dibolehkan pada saat diperlukan kerana masalah kesihatan, sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah mengizinkan Abdurrahman bin Auf dan Zubeir bin Awwan untuk memakai sutera kerana ada luka di bahagian badannya.

Kalau pakaian sutera tadi diharamkan atas kaum lelaki dan dibolehkan bagi kaum perempuan, maka untuk kaum perempuan ada larangan memakai pakaian yang nipis sehingga nampak kulitnya, termasuk juga pakaian-pakaian yang terlalu ketat membentuk lekuk-lekuk tubuhnya.

2. EMAS
Emas termasuk perhiasan yang haram dipakai oleh kaum lelaki tetapi dibolehkan kepada kaum perempuan.

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. mengambil sutera lalu diletakkannya di sebelah kanannya, dan mengambil emas lalu diletakkan di sebelah kirinya, kemudian baginda bersabda:-
"sesungguhnya kedua-duanya ini haram atas kaum lelaki umatku." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sedangkan perhiasan selain emas, seperti perak dan lain-lain, hukumnya boleh.

3. BEJANA EMAS DAN PERAK
Telah dijelaskan bahawa kaum lelaki diharamkan memakai perhiasan yang diperbuat dari emas dan perak.

Rasululllah s.a.w. bersabda:-
"sesungguhnya orang yang makan atau minum dalam bejana yang diperbuat dari emas atau perak, maka akan bergejolak api neraka di dalam perutnya." (Hadis Riwayat Muslim).

Memang, biasanya orang-orang yang memakai bejana emas atau perak itu tidak terlepas dari sikap menyombongkan diri, suatu sifat yang sangat dibenci oleh Allah dan RasulNya.

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. melarang pemakaian bejana emas dan perak sebagaimana tempat makan dan minum, dan melarang juga memakai kain sutera serta duduk di dalamnya.

Baginda bersabda:-
"Semuanya itu untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia, dan untuk kita di akhirat." (Hadis Riwayat Bukhari).

Sunday, September 4, 2011

Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera

(Artikel ini telah tersiar di laman web Harakahdaily, 3 September 2011. Terdapat sedikit penambahan di dalam versi blog ini)

Mohamed Hadi al-Majwi

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.


Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasong Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang. Sumber yang saya utarakan ini pun bukannya daripada Wikileaks atau maklumat daripada kerajaan British, tapi berdasarkan buku terbitan Yayasan Warisan Johor. Johor tau, Johor, tempat Umno beranak, negeri Umno terkuat di dunia. Sumber satu hala ini pun boleh meraikan perbezaan, kenapa kita masih tak mahu mengerti?


Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

PERBILER KAPEI LAYOR YANG MASEH DEMER INGAT

Pader 1 September 2011 (Khamis) yer itu pader ghayer ketiger teman pegi ke ghomah abang teman pasei bukan ajer nak beghayer tapi ader majlis aqiqah cucunyer duer oghang. Nyembeleh kambeng demer tuh sampei duer ekor. Betui ler duer ekor sebab cucunyer duer oghang jadik kener ler sembeleh kambing duer ekor. Kalo nyembeleh keghobor ato lembu, sekor boleh aqiqah untok tujuh oghang.

Ramei jugak oghang yang demer nyempot. Daging kambeng yang demer korbankan tuh demer buat tige macam jeneh lauk. Sampeng tuh ader ayam gogheng. Yang idak ader, mungkin demer luper nak buat, gogheng ikan masin ngan ulam-ulam samer sambei nyor ato ghebos pucok paku ker, pucok ubi ker dan memacam jeneh pucok lagi. Mungkin demer luper kot ato maleh nak demer nyiapkan bebender tu.

Teman nak nyembang kat belog teman nih bukan pasei majlis aqiqah tuh tapi mender-mender yang tetamu sembangkan sesamer demer yang teman sesekali nyelah. Muler-muler pasei demer nyughoh teman balek kampong. Maksud demer teman pindah buat ghomah kat kampong dan pastu demer oper pulak jadi ketua kampong. Demer ingat senang bebenor nak oper-oper jadi ketua kampong tuh.

Mengkomer bukan idak tau. Kat sini, maksud teman kat ADUN kawasan teman, pasei lantek ketua kampong pon kecoh. Oghang kampong nak lantek si A, ADUN pulak nak kan oghang dier si B. Pastu Ketua Bagian UMNO pulak nak oghang dier si C. Yang teman nampak Ketua Bagian UMNO kat teman teman nih lebeh power. Sememer oghang dier dapat dilantek jadi Ketua Kampong. Usahkan calon yang oghang kampong ndak, calon yang Yang Berhormat pon melepeh.

Teman citer pader demer pasei ghebot-ghebot nak jadi Ketua Kampong nih. Memasing nak lobi ngan Yang Berhormat ato pon ngan Ketua Bagian. Nyudah-nyudahnyer, calon pebrit Ketua Bagian yang naik jadi Ketua Kampong. Ader jugak yang jadi Ketua Kampong tuh idak peghonah pon nyeghu ke mesejid. Macamaner oghang kampong ndak kenei? Pastu pulak yang demer lantik jadi Ketua Kampong tuh kroni-kroni demer juger. Habeh ler mengkome. Usah ler mengkomer haghap sesangat.

Ader seoghang tuh teman tuh cadangkan demer calonkan pader Yang Berhormat. Tapi idak demer bulor sebab yang teman cadangkan tuh demer kat puak kighi. Dalam UMNO pon ader puak kanan ngan puak kighi ker? Tanyer teman yang idak demer nak jawab. Teman ghaser oghang yang teman cadangkan tuh memang sesuei bebenor jadi Ketua Kampung. Nak jadi imam boleh, Nak jadi tukang bacer doa boleh, Nak nyembayangkan oghang mati pon boleh. Gheter pun banyak. Dah tentu gheter halei. Idak ler lepeh jadi Ketua Kampong dier buat gheter pulak macam oghang len tuh.

Demer nyughoh teman juger teghimer oper demer tuh. Teman kater, teman nih masih keghojer maner boleh jadi Ketua Kampung. Demer nih sebenornyer pandei nyawab. Tuh, si Polan si Polan tuh keghojer lagi udak demer lantik jadi Ketua Kampong? Pasei aper pulak miker idak boleh, hojah demer pader teman. Hebat juger oghang kampong teman nih pasei berhojah. Oghang kampung teman nih pasei berhojah memang hebat.

Teman kater kalo ndak jadi Ketua Kampong kene jadi ahli UMNO, teman maner jadi ahli pon. Demer kater, boleh isi borang jadi ahli UMNO. Bukannyer susah. Le nih cepat bebenor lulusnyer kater demer. Teman kater, idak nak jadi ahli maner-maner parti sebab teman keghojer dalam perkhidmatan awam. Demer nyawab, oghang len tuh boleh, naper miker pulak idak boleh. Bila teman nolak, demer muler ngater teman nih udah jadi ahli parti pembangkang. Susah bebenor nyembang ngan demer nih.

Aper-aper pon teman sengeh ajer. Nak kater ya, idak pulak teman jadi ahli maner-maner parti. Nak teman kata idak, idak percayer dek demer tuh. Jalan yang paleng selamat, biorler teman sengeh ngan diamkan dighi ajer. Demer nih kalo cakap mesti pasei UMNO. Demer nih udah kutei jadi ahli UMNO. Usah mengkomer koner-koner ke len-len parti yang penteng demer kater "daceng". Kekadang tuh ader jugak yang dah memang beteren tuh nyebot "kapei layor". Habeh apo nak dikato?

Friday, September 2, 2011

KALO MENGKOMER KENER APER MENGKOMER NAK BUAT?

Biler aghi ghayer sememer oghang nak balik kampung. Peghantau-peghantau akan balik ke kampung nak beghayer ngan sedagher magher di kampung. Kalo kiter nengok boleh dikaterkan jap-jap ghomah ader ajer keter-keter baghu idak kughang daghi duer buah. Ini menanderkan oghang kiter udah manyak beghubah. Keter le nih udah idak jadi baghang mewah lagi. Keter udah jadi baghang perlu atau baghang mesti.

Kalo mengkome nengok memacam jeneh keter ngan memacam kaler. Ader keter yang besor. Ader yang kecek. Teman nengok sememernyer keter baghu. Nombor pelet pulak tuh manyak yang bermuler ngan hughup W ator B. Ini menanderkan ramei peghantau yang balek ke kampung nih keghojer di Kolompor atau di Selangor ator di Putgherjayer.

Teman sebenornyer berbangger ngan nengok oghang kampung teman udah beketer besor. Beketer mewah. Tapi, teman ghaser idak pueh ati biler demer nih mawak keter. Bukan pasei demer mawak laju. Tapi demer nih idak pandei ngunerkan kemudahan yang ader pader keter itu. Keter tuh udak lengkap ngan memacam kemudahan. Yang demer susah bebenor nak nguner pader teman yerler lampu sigenal.

Teman peghonah nunggu lamer jugak nak masuk jalan besor sebab manyak keter yang lalu. Nunggu punyer nunggu, tut-tut keter-keter tuh melok nak masok. Sigenal tak sior demer masangnyer. Teman nih tertunggu-tunggu ler. Kalo idak udak boleh kluor ke jalan besor teman. Teman nengok keter tuh lengkap segaler-galernyer. Maklomler keter baghu.

Satu lagi kalo kiter ngikut belakang demer. Tut-tut keter depan tuh melok kanan ator kighi idak masang lampu sigenal. Lampu beghek pun idak mandang. Maner idaknyer udak melok tuh laju bebenor. Aper kater kalo mengkomer ngikut belakang tetiber ajer keter depan mengkomer idak bagi sigenal tetiber teghuis melok.

Kalo mengkomer kene macam teman aper yang mengkomer buat?