Saturday, January 31, 2015

CERITA RAJA BERISTERI EMPAT

Seorang raja yang sangat kaya memiliki empat orang isteri. Semua isterinya tinggal di istana yang berasingan tetapi berdekatan diantara satu sama lainn. Seperti lelaki lain yang beristeri empat, raja cukup menyayangi isteri yang paling muda. Dia sering dimanja dan dibelai dengan kemewahan. Baginda juga sayangkan isteri ketiganya kerana rupa parasnya yang masih cantik walaupun sudah berumur.

Setiap kali berlangsung majlis rasmi, isteri nombor tiga itulah yang dibawa. Baginda cukup bangga apabila rakyat jelata dan sahabat handai memuji-muji kecantikan permaisurinya itu. Entah mengapa, raja sangat bimbang dengan isteri ketiganya yang sering mengugut akan meninggalkan baginda apabila berlaku sedikit perselisihan.

Isteri keduanya pula sangat baik dan sering bertolak ansur. Sering menjadi penasihat ketika baginda membuat keputusan. Malah baginda cukup mempercayainya melebihi para menteri. Manakala isteri pertama setianya melulu. Dia mencintai suaminya sepenuh hati dan sangup melakukan apa saja demi kesejahteraan rumahtangganya, namun raya kerap mengabaikannya. Bahkan adakalanya raja melupakan kehadiran isteri pertama itu kerana sibuk diulit tiga isteri lain.

Suatu hari, raja tiba-tiba sakit. Dari hari ke hari penyakitnya bertambah berat. Barulah baginda terfikir tentang sebuah kematian. Baginda mula menggambarkan bagaimana deritanya ditinggalkan sendirian dalam lubang kubur.

Baginda berkata kepada isteri keempatnya, "Kamulah isteri yang paling beta cintai. Beta berikan segala kemewahan dan perhatian." Isterinya itu senyum melirik mendengar kata-kata suaminya. Terhenti seketika suara itu. Diurut-urut dadanya. Kesakitan kian mencengkam. Sambil mengerutkan dahi, baginda nersuara perlahan-lahan, "Adinda, rasanya saat kematian semakin hampur. Mahukah sayang mati bersama kanda?" "Tak nak aiiih," spontan isteri keempat mennjawab lalu pergi meninggalkan raja sendirian.

Baginda memanggil pula isteri ketiganya. Salan yang sama ditanyakan. "Adinda rasa hidup terlalu menyeronokkan. Apabila kanda mati, adinda akan berkahwin lain," jawab isteri ketiganya. Raja bungkam. Airmatanya meleleh di pipinya mengenangkan betapa kejam iaterinya itu. Namun baginda tidak putus asa.

bersambung

Friday, January 30, 2015

KISAH RAJA BERISTERI EMPAT

Hari ini 30 Januari 2015 (Jumaat), majlis persaraan rakan sejawat. Meriah juga majlis ini diadakan. Seperti biasa, ada ucapan. Ada persembahan. Ada penyampaian hadiah. Ada acara bersalam-salaman. Ada acara lambaian perpisahan. Terpancar di wajah, lukisan-lukisan kesedihan. Ada linangan air mata. Ada esakan. Ada tangisan. Tapi tiada lukisan wajah kegembiraan. Pasti semuanya berada dalam kesedihan tapi tiada ratapan.

Masa acara penyampaian hadiah, aku turut memberi hadiah sebagai kenangan. Meskipun hanya beberapa hari aku di sini tapi kemesraan dapat aku lihat pada dirinya. Walaupun belum lagi bersara, aku turut menerima hadiah dari yang bersara. Aneh juga. Perkara sebegini jarang berlaku. Hadiah yang aku terima cuma empat helaian kertas. Namun, isi kandungan amat bermakna sebagai kisah dan teladan buat ingatan bersama.

Aku menerima satu nukilan cerita dari rakan yang akan bersara. Sebuah catatan yang merupakan kisah seorang raja yang beristeri empat. Penuh makna. Penuh sinis. Penuh teladan. Penuh sempadan. Penuh pengajaran. Dan penuh persoalan yang perlu dirungkaikan. Meskipun dalam Islam, seseorang lelaki itu boleh beristeri sehingga empat, namun ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi. Yang perlu diikuti. Yang perlu dilakukan.

Menarik kisah ini bila dibaca sehingga habis. Terima kasih sahabat kerana memberi kepada aku hadiah yang penuh makna meskipun hanya lembaran catatan di atas kertas A4. Akan aku salinkan kisah raja beristeri empat dalam blog aku di masa akan datang. Akan aku kongsikan cerita ini dengan kawan-kawan yang mengikuti blog aku. Yang aku harapkan ialah semua dapat bersabar. Kisah raja beristeri empat akan aku paparkan dalam blog aku pada masa akan datang.

Friday, January 16, 2015

LAGI MELEPASKAN KUCING TERSEPIT?

Malam kemaghen, teman nengor munyi anak kucing mengobak. Aiks, anak kucing pun pandei mengobak? Maksud teman anak kucing tuh mengiau kuat bebenor. Aper lagi teman pun kluor daghi ghomah. Teman nampak anak kucing tuh tersepit kat celah tong ges depan ghomah teman. Teman teghuis megang anak kucing tuh ngan tangan kanan. Tangan kighi pulak ngubah tong ges tu. Sibbaik tong ges kosong mudah bebenor ler tangan kighi teman ngangkatnyer. Kalo ader ges dalam tong tuh ngaser-ngasernyer meghaban teben jugak teman nak ngangkatnyer.

Biler teman megang anak ucing tuh, dier menghonter-nghonter sambil mengiau kuat-kuat. Tetiber, mak anak kucing tuh nyeghang teman. Dia ingat teman nak munuh anaknyer agaknyer. Mak anak kucing tuh teghuis ngeghoko tangan teman. Aper lagi jeghit pekit ler teman. Sakit bebenor ghasernyer. Teman nengok jaghi telunjuk teman udah berdaghah. Teman cepat lepehkan anak kucing tuh. Teghuis teman masuh tangan dan masuk dalam ghomah ngambek minyak angin. Teman teghuis capei minyak bughung unta. Pastuh sapu kat jaghi yang kene keghoko tuh. Sakit kat jaghi teman berkughangan. Darah pun idak dah kluor. Baguis jugak minyak bughung unta nih weh. Iklan pulak tuh.

Udah ghaser leger sikit teman pun kluor balek. Teman ngomel-ngomel kat kucing tuh. Gamaknyer demer takut teghuis laghi ke ghomah jighan teman. Oghang ghomah teman nyaborkan teman. Katernyer mak anak kucing tuh sayangkan anaknyer. Dier ingat kita nak muat aper-aper ke anaknyer. Betui jugak yer. Kucing pon sayang anak. Tapi, ader oghang yang muang anak. Ader oghang yang munuh anak. Ader oghang yang tahu berghanak ajer tapi idak tau meler anak. Maknernyer hewan lebih nyayang anak daghi oghang. Betui ker nih? Kucing pun pandei kempen penyayang.

Esoknyer, teman idak nampak dah kucing-kucing tuh. Tapi, teman boh juger makanan demer tuh kat bekeh yang teman sediakan. Teman setat keter teghuis pegi keghojer. Tempat keghojer pun udak dekat bebenor ngan ghomah. Lima minit ajer udah le sampei. Itu kalo kluor sebelum pukui tujuh. Kalo lepeh pukui tujuh boleh sampei setengah jam weh untok sampei tempat keghojer. Gituler manyaknyer keter kat sini. Pekannyer bukannyer besor sangat.

Petang tuh, biler teman balek daghi keghojer, teman nengok makanan kucing tuh idak beghusek. Aiks, meghajuk bebenor kucing-kucing tuh ker? Teman yang teghok kener kokak kat tangan demer pulak yang meghajok. Teman ceriter hei tuh dgan oghang ghomah teman. Oghang ghomah teman mujuk teman, sikit lagi mesti demer datang. Yang penting detak ajer makanan kat situ. Sediakan ajer makanan tuh. Lepeh ini demer mesti datang nak makan.

Wednesday, January 14, 2015

MELEPASKAN KUCING TERSEPIT?

Aghi nih teman nak citer sikit pasei kucing. Bukan nak citer pasei asel usul kucing. Juger bukan nak citer bagaimane nak meler kucing. Apatah lagi nak citer pasei habitat kucing. Idak sememe itu sebab sememe itu idak teman tahu. Idak teman faham. Aper tah lagi idak teman ambek peduli pon. Jadi aghi nih teman nak citer hei kucing yang jadi pendatang asing kat ghomah teman.

Muler aseinyer kucing yang datang ke ghomah teman tuh, semedang jer melangut kat pago ghomah teman. Muler-muler sekor pastu jadi duer. Biler teman dekat ngan demer, demer laghi pulak. Pastu datang baik melangut kat pago tuh. Teman kesian, ambek ler nasi ngan sekor ikan gogheng. Teman gaul-gaulkan ngan nasi pastuh teman detak dalam pinggan. Pingan tuh pulak teman derak kat pago.

Teman nampak idak ndak dimakannya nasi itu. Teman masuk ke ghomah pastuh teman ngintei-ngintei daghi dalam ghomah. Kesian teman nengok memang kebulor bebenor demer biler melantak. Biler teman kluor balik cepat-cepat pulak demer laghi. Pastuh teman masuk balek ke ghomah. Sejam kendian, teman nengok udah licor nasi tuh demer lantak. Kebulor bebenor demer yerk.

Mulei aghi tuh teman pon magi demer makan. Haghi-haghi teman meli sebungkus nasi dgan ikan goreng. Lepeh ler lapo demer. Oghang kat kedei makan tuh udah tahu. Biler teman nyinggah kat kedeinyer dibungkusnya nasi ngan ikan goreng. Gitu-gitu ller aghi-aghi.Kekadang tuh teman luper jugak. Biler luper kesian pulak teman nengok demer. Pastu teman bekeikan demer ngan makanan demer yang ader dijuei kat kedei ghuncit. Demer udah pandei makan makanan khas demer tuh.

Monday, January 12, 2015

KEMAAFAN BALASANNYA SYURGA

Pemaaf adalah sifat yang paling disanjung oleh Islam. Pemaaf bererti orang yang suka memberi ampun terhadap kesalahan orang lain terhadap dirinya. Ia juga tidak rasa benci atau sakit hati terhadap orang yang melakukan kesalahan pada dirinya. Ia juga tidak akan melakukan sesuatu untuk membalasnya pada hal ia mampu untuk melakukannya.

Kita juga hendaklah sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan mengamalkan sifat-sifat menahan marah. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;
"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahanya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
(A-Li'Imran: 134)

Islam tidak mengiktiraf seseorang itu sebagai pemaaf, jika ia berpura-pura baik dengan menyembunyikan kebencian terhadap orang yang dibencinya kerana ia tidak mampu membalas terhadap orang tersebut. Sifat ingin membalas kesalahan orang lain sama ada dari segi percakapan atau tindakan adalah menjadi penyakit utama di dalam pentadbiran. Namun begitu, bukanlah semuanya boleh dimaafkan.

Hanya kesalahan terhadap individu lain sahaja yang boleh dimaafkan. Kesalahan terhadap agama atau hak Allah seperti menyalahgunakan dadah, berzina, minum arak tidak boleh dimaafkan. Ini adalah kerana sudah ada ketetapan larangan ke atas perbuatan tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak memberi maaf terhadap pesalah yang berhubung dengan hak-hak Allah. Kalau kita memaafkan dalam hal seperti ini adalah seperti menghina terhadap hak-hak Allah.

Saturday, January 10, 2015

ISLAM ITU MEMUDAHKAN BUKAN MENYULITKAN

Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan kesejahteraan menusia dan seluruh isi alam ini; sesuai dengan sifatnya sebagai "rahmat" kepada sekelian alam. Untuk itu Islam sentiasa memastikan golongan yang tertindas, miskin, menderita dan kebuluran mendapat pembelaan sewajarnya. Islam menentang sebarang bentuk pertapaan, kerahiban dan pemujaan.

Selain dari itu Islam juga mengambil berat masalah anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang tua, orang-orang musafir dan orang-orang miskin kerana berjuang di jalan Allah s.w.t.. Begitu juga dengan orang-orang yang berusaha mendalami ilmu pengetahuan. Disamping itu, Islam melarang melakukan penganiayaan ke atas binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan yang boleh mendatangkan faedah kepada manusia.

Berdasarkan kepada semangat ini, Islam memudahkan sesuatu perkara dan tidak mahu menyulitkan manusia khususnya dalam perkara agama dan dalam melaksanakan urusan seharian. Semua hukum-hukum Islam adalah mudah bagi mereka yang benar-benar beriman. Oleh yang demikian, pihak majikan atau ketua mestilah berusaha memudahkan kerja-kerja yang bukan tanggungjawab sebenar pekerja itu.

Ketua atau majikan perlu berusaha mengambil tahu tentang kerja-kerja yang sedang dilakukan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugas tersebut. Dengan ini akan lahirlah perasaan kasih sayang, hormat menghormati, harmoni dan suasana kerja yang indah dan mesra.

Ingatlah bahawa Allah akan memudahkan urusan orang-orang yang bertaqwa seperti mana firman-Nya yang bermaksud;
"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya."
(Al-Talaq: 4)

Sunday, January 4, 2015

BAGAIMANA MENGUKUR JUJUR DAN IKHLAS?

Perasaan ikhlas merupakan satu nilai yang melambangkan kesucian dan kebersihan hati seseorang. Nilai seperti ini sangat penting bagi seseorang dalam menjalankan amanah, tanggungjawab dan sebagaiya kerana ia boleh mewujudkan ciri-ciri yang mulia dalam sesebuah masyarakat. Sebaliknya pula sikap yang lahir daripada hati yang tidak ikhlas boleh melahirkan berbagai-bagai keburukan dalam perhubungan antara anggota sesebuah masyarakat dan berikutnya boleh menjejaskan perpaduan, pengeluaran dan sebagainya.

Sikap tidak ikhlas dalam sesuatu pekerjaan timbul akibat beberapa faktor diantaranya; kurangnya minat seseorang itu terhadap tugas yang diberikan, sikap keras hati, lemah pegangan agama dan suasana persekitaran yang tidak selesa. Oleh kerana semua kehendak setiap individu tidak mungkin dapat dipenuhi maka apa yang perlu ialah bersikap rendah diri, bertolak ansur dan berlebih kurang dalam hati setiap pegawai. hanya sikap-sikap yang mulia inilah yang akan mendorong keikhlasan kita membuat kerja.

Kejujuran dan keikhlasan hati seseorang itu hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Manakala setiap tindakan seseorang melalui rasa jujur dan ikhlas akan dicatat oleh dua malaikat yang mengawasi diri masing-0masing. Bagi tindakan yang tiada sifat-sifat keikhlasan dan kejujuran yang pastinya tidak diberi pahala malahan akan mendapat dosa pula.

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud;
"Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menununjuk-nunjuk kepada manusia (ria'). Dan mereka tidak pula beriman kepada Allah s.w.t. dan tidak juga beriman kepada hari akhirat."
(An-Nia': 38)

Disamping itu, Allah s.w.t. hanya akan menerima setiap amalan yang dilakukan oleh hamba-Nya dengan jujur dan ikhlas. Di dalam kita menjalankan tugas dalam pekerjaan mestilah kita melakukannya dengan jujur serta ikhlas. Kerja dengan jujur dan ikhlas adalah merupakan satu usaha yang baik dan diredhai Allah s.w.t.
"Usaha yang paling baik ialah usaha orang yang bekerja dengan jujur dan ikhlas."
(Riwayat Ahmad)

Friday, January 2, 2015

ANTAGER AYO BAH DGAN BANJIR ADER BEZER?

Biler masuk bulan dua belas (Disember) jer mesti bah. Bukan kat Kelantan ajer yang banjir. Negeri-negeri lain pun ikut samer. Dalam otak pemikiran teman yang bukan educated nih terfikio juga, udah tahu biler bulan Disember aje banjir ato bah, ngapa idak buat persediaan untuk ngelakkan banjir ato bah itu berlaku? Tapi demer kater kalo buat empang banjir ato bah idak akan berlaku. Betui ker? Tapi kalo kat Peghak memang manyak bebenor empangnyer kat Sungei Peghak tuh tapi banjir ato bah tetap juger berlaku. Ngape yer?

Tempat teman peghonah gak kene banjir ato oghang kampung teman nyebut bah. Pader tahun 1967, ayo bah melanda kampung teman. Mujor ghomah ayah teman ateh bukit idak ler kener ayo bah. Tapi, putus juger hubungan sebab ghomah ayah teman dan bebeghaper ghomah lagi udah dikelilingi ayo. Nak pegi kedei pon kene naik rakit ato pegho ato sampan. Mengkomer tahu ker aper itu pegho? Oghang Peghak mesti tahu.

Tahun 1967 tuh teman skolah ghendah lagi. Jadik masih ingat tentang ayo bah tuh. Ramei oghang kampung teman ngangkut baghang naik pegho mawak ke tempat ateh bukit dekat ghomah ayah teman. Jadi penoh ler ateh bukit tuh ngan pondok ato baghang. Ader yang demer detak bawah ghomah ayah teman. Ader yang demer detak bawah ghomah mak sedagher teman. Ader yang detak bawah ghomah jighan ayah teman. Gituler demer nak nyelamatkan baghang-baghang dari ghosak dek ayo bah.

Sekarang nih ayo bah sekali lagi melanda tanah ayo. Di Peghak nih yang dekat kampung teman, Kuale Kansor yang teghok kene ayo bah. Tapi kalo ngikut yang sudah-sudah, ayo bah dedulu sampei ke jam besor di Kuale Kansor tuh tapi kali ini idak sampei pon kat jam beso. Kalo teman kate tahun 1967, kampung teman kene ayo bah tapi kali idak pulak kene. Itu yang teman heran tuh sebab nak kata kali nih ayo bah yang besor tapi tahun dedulu lagi beso.

Ok pasnih teman akan ceghiter pengalaman yang teman tempoh bile ayo bah. Pengalaman-pengalaman tuh mungkin idak samer dengan mereka yang kene ayo bah kali ini. Aper-aper pon suasaner tetap samer. Bila ayo bah mesti ayo sungai yang melempah-lempah sampai ke maner-maner.

Thursday, January 1, 2015

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN ADALAH KEPIMPINAN YANG BERKESAN

"Kepimpinan yang paling berkesan ialah kepimpinan melalui teladan"

Tugas kepimpinan menurut Islam adalah merangkumi semua tugas secara bersepadu. Segala sesuatu yang dilaksanakan oleh pemimpin adalah sentiasa terikat dengan nilai-nilai yang ditentukan oleh Islam bagi menjamin kebahagiaan umat di dunia dan di akhirat. Oleh itu, dalam proses pemilihan pemimpin atau pentadbir hendaklah dilakukan dengan adil yang berasaskan kepada kelayakan, kesesuaian kerja serta sifat kepimpinan yang ada pada seseorang calun itu. Contohnya berakhlak tinggi, bertanggungjawab, sabar, boleh merancang dan bijak melaksanakan tugas. Allah telah mengingatkan para pemimpin dan pentadbir dalam hal ini.

Setiap pemimpin sewajarnya memimpin ke arah kebenaran dengan berhikmah. Berikmah adalah pendekatan yang dibuat secara bijaksana. Pendekatan yang berhati-hati juga perlu dibuat oleh setiap pemimpin terutama yang berkaitan dengan penyeragaman undang-undang syariah. Alah berfirman yang bermaksud;
"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebuh baik."
(An-Nahl: 125)

Kebelakangan ini terdapat ramai pemimpin yang memimpin mengikut hawa nafsu sendiri. Peranan pembantu-pembantu sering diabaikan atau ditinggalkan. Ini akan mengakibatkan mereka yang dipimpin menjadi keluh kesah dan perasaan tidak puas hati akan wujud di hati mereka. Ini akan menimbulkan kepincangan dalam sesebuah organisasi. Pemimpin sewajarnya mendengar pendapat atau pandangan orang bawahan dalam mengurus atau mentadbir sesebuah organisasi.

Allah berfirman yang bermaksud;
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana mengetahui-Nya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglibatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian?) Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak mehu beingat dan insaf?"
(Al-Jathiah: 23)

Oleh itu, setiap pemimpin sewajarnya kembali ke jalan yang lurus. Jalan yang diredhai Allah dalam menjalankan peranan sebagai pemimpim. Contohi kepimpinan terbaik di zaman Rasulullah s.a.w. dan para khalifah. Rasulullah sendiri sewajarnya dijadikan contoh pemimpin yang terbaik. Allah berfiman yang bermaksud;
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyak (dalam masa usah dan senang)."
(Al-Ahzab: 21)