Thursday, January 1, 2015

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN ADALAH KEPIMPINAN YANG BERKESAN

"Kepimpinan yang paling berkesan ialah kepimpinan melalui teladan"

Tugas kepimpinan menurut Islam adalah merangkumi semua tugas secara bersepadu. Segala sesuatu yang dilaksanakan oleh pemimpin adalah sentiasa terikat dengan nilai-nilai yang ditentukan oleh Islam bagi menjamin kebahagiaan umat di dunia dan di akhirat. Oleh itu, dalam proses pemilihan pemimpin atau pentadbir hendaklah dilakukan dengan adil yang berasaskan kepada kelayakan, kesesuaian kerja serta sifat kepimpinan yang ada pada seseorang calun itu. Contohnya berakhlak tinggi, bertanggungjawab, sabar, boleh merancang dan bijak melaksanakan tugas. Allah telah mengingatkan para pemimpin dan pentadbir dalam hal ini.

Setiap pemimpin sewajarnya memimpin ke arah kebenaran dengan berhikmah. Berikmah adalah pendekatan yang dibuat secara bijaksana. Pendekatan yang berhati-hati juga perlu dibuat oleh setiap pemimpin terutama yang berkaitan dengan penyeragaman undang-undang syariah. Alah berfirman yang bermaksud;
"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebuh baik."
(An-Nahl: 125)

Kebelakangan ini terdapat ramai pemimpin yang memimpin mengikut hawa nafsu sendiri. Peranan pembantu-pembantu sering diabaikan atau ditinggalkan. Ini akan mengakibatkan mereka yang dipimpin menjadi keluh kesah dan perasaan tidak puas hati akan wujud di hati mereka. Ini akan menimbulkan kepincangan dalam sesebuah organisasi. Pemimpin sewajarnya mendengar pendapat atau pandangan orang bawahan dalam mengurus atau mentadbir sesebuah organisasi.

Allah berfirman yang bermaksud;
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana mengetahui-Nya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglibatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian?) Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak mehu beingat dan insaf?"
(Al-Jathiah: 23)

Oleh itu, setiap pemimpin sewajarnya kembali ke jalan yang lurus. Jalan yang diredhai Allah dalam menjalankan peranan sebagai pemimpim. Contohi kepimpinan terbaik di zaman Rasulullah s.a.w. dan para khalifah. Rasulullah sendiri sewajarnya dijadikan contoh pemimpin yang terbaik. Allah berfiman yang bermaksud;
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyak (dalam masa usah dan senang)."
(Al-Ahzab: 21)

No comments: