Friday, October 26, 2012

SALAM AIDILADHA

Teman ndak ngucapkan Selamat Haghi Ghayer Aji pader sememer kekawan yang ngikot blog teman nih. Teman juger mintak maaf pader mengkomer sememer kalo ader silap dan salah teman pader mengkomer.  Teman idak ler ader gambor aghi ghayer tapi untok mengkomer teman bohkan gambor sebuah ghomeh kampong yang ngusek ati teman. Mengkomer juger teman ghaser akan teghusek ati biler mengkomer nengok gambor ghomah yang teman boh kan blog teman nih. Aper-aper pon "Selamat Haghi Ghayer".

Saturday, October 20, 2012

PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)


Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran (P&) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P.

PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya.

PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

PS mempunyai ciri-ciri berikut:-
1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni
2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P
3. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid
4. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum

PS boleh dilaksanakan secara:-
1. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P
2. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun

Monday, October 15, 2012

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013 - 2025)

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.

Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kemneterian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, orang awam dan murid di seluruh negara.

Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.

Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha yang telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya. Kementerian akan mendapatkan maklum balas tentang laporan awal pelan ini daripada seluruh komuniti sebelum laporan akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012.

Monday, October 8, 2012

KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai:-
1. Aspek kognitif (intelek),
2. Afektif (emosi dan rohani) dan
3. Psikomotor (jasmani)
PBS selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS dapat dilihat mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Bidang Akademik:-
1. Pentaksiran Sekolah (PS) dan
2. Pentaksiran Pusat (PP)

Bidang Bukan Akademik:-
1. Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Pentaksiran Sekolah (PS):-
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.
1. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Instrumen yang boleh digunakan ialah:-
a) Lembaran kerja,
b) Pemerhatian,
c) Kuiz,
d) Senarai semak,
e) Laporan tugasan,
f) Tugasan rumah dan
g) Ujian.

2. Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah:-
a) Ujian bulanan dan
b) Ujian penggal.

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Pentaksiran Pusat (PP):-
Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK):-
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum.

Pentaksiran Psikometrik (PPsi):-
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Friday, October 5, 2012

PELAKSANAAN PBS DI SEKOLAH RENDAH

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mempunyai beberapa komponen. Komponen-komponen tersebut adalah:-
1. Pentaksiran Sekolah (PS),
2. Pentaksiran Pusat (PP),
3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan
4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Pelaksanaan pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 danTahun 3):-
 A. Pentaksiran Sekolah:-
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil
5. Matematik
6. Pendidikan Jasmani
7. Pendidikan Kesihatan
8. Pendidikan Islam
9. Pendidikan Moral
10. Dunia Seni Visual
11. Dunia Muzik
12. Dunia Sains & Teknologi
13. Bahasa Arab
14. Bahasa Cina SK
15. Bahasa Tamil SK
16. Bahasa Kadazandusun
17. Bahasa Iban
18. Bahasa Melayu SJK
19. Bahasa Inggeris SJK

B. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum:-
Tiada

C. Pentaksiran Psikometrik:-
 Ujian Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti

D. Pentaksiran Pusat:-
Tiada


Pelaksanaan pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6):-
A. Pentaksiran Sekolah:-
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil
5. Matematik
6. Sains
7. Reka Bentuk & Teknologi
8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
9. Pendidikan Jasmani
10. Pendidikan Kesihatan
11. Pendidikan Muzik
12. Pendidikan Seni Visual
13. Pendidikan Islam
14. Pendidikan Moral
15. Sejarah
16. Bahasa Arab
17. Bahasa Cina SK
18. Bahasa Tamil SK
19. Bahasa Kadazandusun
20. Bahasa Iban
21. Bahasa Semai

B. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum:-
Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum

C. Pentaksiran Psikometrik:-
Ujian Aptitud Am, Ujian Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti

D. Pentaksiran Pusat:-
Ditentukan mengikut format pentaksiran

Wednesday, October 3, 2012

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Bidang akademik terdiri daripada:-
1. Pentaksiran Sekolah (PS) dan
2. Pentaksiran Pusat (PP),
manakala bidang bukan akademik terdiri daripada:-
1. Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Oleh itu, PBS yang dilakukan di sekolah rendah adalah merangkumi:-
1. Pentaksiran Sekolah (PS),
2. Pentaksiran Pusat (PP),
3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan
4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Keempat-empat jenis pentaksiran di atas adalah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

1. Pentaksiran Sekolah (PS):-
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.
a) Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
b) Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

2. Pentaksiran Pusat (PP):-
Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK):-
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum.

4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi):-
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan
masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.