Wednesday, March 30, 2011

BUKAN TEMAN NGATER TAPI APER YANG TEMAN MACER

HEI OGHANG-OGHANG POMPUAN

Mase teman nyelak-nyelak buku cadang-cadangnyer nak ngemeh ler, teman jumperler pulak satu buku. Mace punyer mace, teman tertaghek ler satu artikel yang ceghiter pasei oghang pompuan yang dinilei oleh ighang laki.

Oghang pompuan nih memang banyak peliknyer. Kaloler disenaghaikan kepelikan oghang pompuan nih boleh boleh jadi buku mengkome oiiii. Beh tebel daghi kamus dewan gamaknyer. Camaner pon mengkome peghatikan kelakuan pelik oghang pompuan di mater oghang laki.

1. Kalo oghang pompuan dapat kekawan ghapat, pegi melantak berduer, Pegi bersenam berduer. Semenyer akan berduer. Leh dikaterkan ke maner-maner pon deme berduer. Tapi yang teman nengok pelik bebenor tuh, nak ke tandeh pon berduer.

2. Oghang pompuan nih mudah bebenor cayor ngan puji-pujian. Biler oghang puji muler deme tuh senyum melepior. Padehei deme tuh tahu sesangat pujian itu hanye ler umpan namun deme tetap juger tertipu ngan pujian.

3. Oghang pompuan nih semedang ajer cakap terbalek. Deme tuh idak ler gemok tapi deme kate gemok. Kekadang tuh teman jumper oghang pompuan cantik dan teman puji ler cantik tapi deme kate idak cantik. Biler kite cakap deme tuh gemok ngan idak cantik, kecek ati pulak deme tuh.

4. Asei meghajok ajer beghi ler pader oghang pompuan. Megahjok nih dah sinonim ngan oghang pompuan. Ngaper oghang pompuan suker meghajok? Biler dah meghajok bukan men cakap tak nak dipujok, pade hei memang ndak sesangat deme tuh dipujok.

5. Asei namer oghang pompuan jer, mesti hobi nombor wahidnyer dah tentu shopping. Deme nih memang hebat bebenor keghaner sanggop ngan mampu shopping sehaghi suntok tanpa melantak ngan minum. Yang leceh bebenor, biler ngikot oghang pompuan buat window shopping.

Manyak lagi hei oghang pompuan yang teman ndak tuleh, tapi teman ghaser cukup ler seketike. Mengkome yang macer aper yang teman tuleh, boleh ler buat sikit penilaian, aderker beno aper yang teman tuleh nih?

Tuesday, March 29, 2011

SAKIT MATA LIHAT GELAGAT PELAJAR BARU AF?

"WAH, belum pun program realiti Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan, yang juga musim terakhir disiarkan, Cik Normah sudah menerima panggilan daripada peminat yang kononnya tidak tahan dengan sikap berangan dan suka menunjuk-nunjuk beberapa pesertanya yang baru saja diumumkan semalam".

Kat ateh nih aderler sebagian daghi komen yang teman macer dalam sughat habo. Naper pulak boleh jadi gitu? Sebenornyer pader pandangan teman, deme tuh buat laku cam gitu manyak sebab. Antare sebabnya, ituler kehendak pihak ateh.

Deme tuh kene nunjuk-nunjuk. Kene gedik-gedik. Kene buat ngelenyor. Kene pakei seksi-meksi. Caghi tukang jahir baju, bior baju tuh nampak saner, nampak sinun, nampak itu, nampak inin. Nampak bukit, nampak lughah. Nampak segale-galenyer. Deme kene buat peghangai oghang yang idak ader maghuah. Aper idaknyer bile terkinjer-kinjer camtuh.

Pastu pulak mengkome nengok deme yang dilantik jadi pengetuanyer. Memacam peghangei pengetua yang deme lantik. Ade yang ghambot panjang (jantanler tuh). Ader yang pakei subang kat telinger (jantan juger ler). Jadi kaloler dah pengetuanyer macam aper-aper, anak mughidnyer pon dah tentu macam aper-aper juger. Macam kat sekolah biase, kalo pengetue ato guru besornya buat memacam hei tentu ler mughidnyer buat memacam hei. Mengkome juger yang maghah ngater kalo gughu kencing berdighi, murid akan kencing berlaghi.

MENGKOME BACE PASTU MENGKOME FIKIOLER SENDIRI

Kekalkan haram loteri

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan mengekalkan pengharaman penjualan tiket judi ‘Big Sweep’ di dalam atau di luar premis selepas Penasihat Undang-Undang Negeri mendapati ia tidak bertentangan dengan Undang-Undang Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco semalam dan mendapati ia selaras dengan Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan di mana Kerajaan Negeri boleh memberikan arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melaksanakan dasar ditetapkan.

Menurutnya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju tindakan Kerajaan Negeri selepas melihat semula pengharaman itu dari aspek perundangan sebaik sahaja diarahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kerajaan Negeri mengambil keputusan tidak membenarkannya tiket itu dijual sama ada dalam premis atau luar premis,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, memiliki tiket judi bukan kesalahan dan tiga premis diserbu di kompaun dan mereka dibenarkan mengambil balik tiket loteri itu jika untuk kegunaan sendiri.
Takiyuddin berkata, pengharaman itu dikekalkan berdasarkan keadaan persekitaran di negeri ini dan tidak membabitkan negeri lain.

Dalam mesyuarat khas pemimpin dengan rakan daripada Pakatan Rakyat, Menteri Besar Kelantan menerusi Setiausaha Akhbarnya, memberitahu pemberita status penjualan loteri tanpa premis diteliti dengan merujuk kepada penasihat undang-undang.

Teman angkat tabek buat Keghajaan Negeghi Kelate yang mempunyai pendighian yang tegas dalam menegakkan syiar Islam. Teman aghap mengkome yang len tuh beghiler sokongan padu. Kalo mengkome nyokong idak payah ler ngantor sughat ker, memo ker ato aper-aper ajer sebab itu idak penting. Mengkome teman aghap ngikut ajer aseikan undang-undang Islam tertegak.

Monday, March 28, 2011

PEMBANGUNAN DAN PEMANTAPAN DISIPLIN

JENIS-JENIS DISIPLIN

3. DISIPLIN ARAHAN KUMPULAN
Disiplin arahan kumpulan diwujudkan di antara ahli-ahli dalam dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan dengan tujuan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.

Sebagaimana yang telah diketahui, dinamika kumpulan dibentuk berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Oleh itu, tingkah laku murid dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya. Proses penyesuaian mengikut norma satu-satu kumpulan akan berlaku, menghasilkan kawalan disiplin di antara ahli-ahlinya.

Murid yang tidak mematuhi norma dinamika kumpulan itu akan disingkirkan. Proses penyesuaian yang berlaku di antara ahli-ahli dalam dinamika kumpulannya menghasilkan disiplin arahan kumpulan. Guru yang cekap dalam pengurusan bilik darjah, biasanya boleh menggunakan dinamika kumpulan itu untuk mengawal setengah-setengah murid yang sering melanggar disiplin bilik darjah.

Bimbingan yang sesuai harus diberikan kepada ketua-ketua kumpulan mereka supaya norma dan kepercayaan yang diamalkan adalah sesuai, sihat dan setimpal dengan disiplin bilik darjah. Disiplin arahan kumpulan juga voleh diwujudkan dalam aktiviti kumpulan, misalnya semasa sekumpulan murid menjalankan aktiviti pengayaan atau melaksanakan sesuatu kerja projek.

Di dalam aktiviti-aktiviti tersebut, tugas kawalan disiplin murid biasannya diserahkan kepada ketua kumpulan mereka. Di bawah kawalan ketua kumpulan, murid-murid dapat melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik, teartur serta licin. Keadaan seperti ini boleh disamakan dengan kewujudan disiplin arahan kumpulan di kalangan murid-murid dalam kumpulan mereka.

Sunday, March 27, 2011

MENGKOME BACE DAN APER KATER MENGKOME?

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.

Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.

Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.

"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.

Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.

Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.

"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.

Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi. - Mkini

PEMBANGUNAN DAN PEMANTAPAN DISIPLIN

JENIS-JENIS DISIPLIN

2. DISIPLIN ARAHAN KERJA:-
Disiplin arahan kerja diwujudkan apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru perlu diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan. Disiplin jenis ini dibentuk berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut jadual.

Disiplin arahan kerja ini mempunyai ciri motovasi yang positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri. Sememangnya, tidak semua murid mempunyai disiplin arahan kerja dan mematuhi arahan guru supaya menyempurnakan tugasan mereka mengikut jadual. Mematuhi disiplin jenis ini bergantung kepada kematangan murid serta jenis tugasan yang diberikan.

Pada amnya, disiplin arahan kerja dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan adalah menarik, bermakna, boleh disempurnakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan, sesuai dengan umur dan keupayaan murid.

Saturday, March 26, 2011

ROGER FEDERER ROGER FEDERER ROGER FEDERER

Corak dan gaya permainannya adalah amat mengkagumkan. Permainan yang bersahaja, tenang dan tidak panas baran telah menarik ramai meminatinya. Kebelakangan ini banyak kekalahan yang dialami sehingga kini berada di ranking yang ke-3 dunia. Kalau dilihat corak dan gaya permainannya adalah sama. Mungkinkah faktor usia menjadi penyebabnya?

1. QATAR EXXON MOBIL OPEN (3 Januari 2011 - 9 Januari 2011):-
Roger Federer yang berada di ranking ke-2, telah memulakan tahun baru 2011 dengan menjadi juara dalam Terbuka Qatar Exxon Mobil dengan mengalahkan Nikolay Davydenko 6-3, 6-4.

2. AUSTRALIA OPEN (17 Januari 2011 - 30 Januari 2011):-
Hanya berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir sahaja. Roger Federer kalah kepada Novak Djokovic 6-7, 5-7, 4-6.

3. THE DUBAI TENNIS CHAMPIONSHIP (21 Februari 2011 - 27 Februari 2011):-
Dalam kejohanan ini, sekali lagi Roger Federer mengalami kekalahan kepada Novak Djokovic 3-6, 3-6 dalam peringkat akhir.

4. PASIFIC LIFE OPEN (9 Mac 2011 - 20 Mac 2011):-
Badi kekalahan Roger Federer kepada Novak Djokovic berterusan apabila beliau mengalami kekalahan sekali lagi kepada Novak Djokovic dalam peringkat separuh akhir 3-6, 6-3, 2-6. Kekalahan Roger Federer kepada Novak Djokovic kali ini telah meletakkannya di ranking yang ke-3 iaitu turun satu anak tangga.

PERSOALAN?
Apakah ini menandakan zaman kejatuhan jaguh tenis dunia Roger Federer akan bermula?

Friday, March 25, 2011

PEMBANGUNAN DAN PEMANTAPAN DISIPLIN

Mengikut Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:-
1. Disiplin Arahan Guru
2. Disiplin Arahan Kerja
3. Disiplin Arahan Kumpulan
4. Disiplin Arahan Diri

1. DISIPLIN ARAHAN GURU
Di dalam konteks pengurusan bilik darjah, mengawal didiplin murid-murid merupakan tanggungjawab utama guru. Sesebuah kelas yang mempunyai disiplin yang baik akan menjamin segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan-peraturan bilik darjah dan memastikan sentiasa dipatuhi oleh murid-murid dalam bilik darjah. Kerja guru seperti menentukan peraturan-peraturan, mengawal murid-murid supaya mematuhinya dalam bilik darjah, menghukum murid-murid yang melanggar disiplin merupakan jenis disiplin arahan guru.
JENIS-JENIS DISIPLIN
Disiplin arahan guru ini mempunyai ciri autokratik, iaitu guru mempunyai kuasa yang mutlak ke atas kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Murid-murid hanya mematuhi segalanya untuk menjamin kewujudan disiplin yang baik dalam bilik darjah.

Oleh kerana guru mempunyai kuasa mendenda murid yang melanggar peraturan, jenis disiplin ini juga mempunyai ciri menghukum.

Kedua-dua ciri disiplin arahan guru, iaitu ciri autokratik dan ciri menghukum telah menjadi amalan guru dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Dengan perkataan lain, di bawah disiplin arahan guru, murid-murid diwajibkan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Sekiranya terdapat murid yang melanggar disiplin, dia akan dihukum mengikut peraturan atau cara yang difikirkan sesuai.

Wednesday, March 23, 2011

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999

Sughat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 adela berkaitan dgan Penyediaan Ghekod Pengajaghan dan Pembelajaghan. Seme gughu mestiler mematohinya jangan idak. Penyediaan Ghekod Pengajaghan dan Pembelajaghan adele suatu yang mesti gughu-gughu kene buat. Mengkome bace aper yang tertuleh oelh teman kat bawah nih.

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

50604 KUALA LUMPUR


Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999

Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran


Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256:"Buku Rekod Mengajar Guru". bertarikh 1 Julai 1963.


2. Semenjak Surat Pekeliling Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapar amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan.


3. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.


(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN

Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.


4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.


5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua, Guru Besar dan Guru di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.


Sekian


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


DATO' DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.


Teman aghap bebenor agar seme gughu faham dan mematuhi surat pekeliling ini yang sememangnyer ader dicetak dalam Buku Persediaan Mengajar.

Tuesday, March 22, 2011

SAYU GHASERNYER ATI TEMAN BILE DEME NYEBOT NAMER ALLAH

Aghi nih teman berpeluang menghadirikan dighi ke Majlis Persaghaan Gughu Besor SJKC Sunga Buloh, Encik Loo Ah Kaw. Dalam aturcagha Majlis Persaghaan ader deme nyanyi Lagu Negaghaku, Lagu Negeghi Peghak ngan Lagu Sekolah. Pastu ader ucapan, ader Persembahan Mughid dan Persembahan Multimedia Biodata Gughu Besor.

Yang teman tertaghek bebenor, biler deme tuh nyanyi lagu Negeghi Peghak. Yang nyebabkan teman tertaghek bebenor, mengkome bacer lighik lagu tuh kat bawah nih.

"Dilanjutkan ALLAH, usianya sultan,
adil dan murah, memerentah watan,
ditaati rakyat kiri dan kanan,
iman yang soleh, ALLAH kurnia,
ALLAH berkati Perak Ridzuan,
ALLAH selamatkan negeri dan sultan".

Mengkome bacer beghaper kali deme nyebot namer Allah dalam lagu tersebot? Kalo sekali diaderkan perhimponan deme nyanyi nyebot empat kali namer Allah, maker seminggu ader empat kali. Sebulan 16 kali dan setahon 192 kali. Semedang jugak deme nyebot namer Allah yang teman ghaser ader oghang Islam sendighi yang idak peghonah nyebot namer Allah semedang itu.

Pastu, teman muler terfikio dalam ati teman biler nengor deme nyanyi dengan penoh semangat. Idak pulak deme tuh pelat nyebot namer Allah. Pastu idak pulak ader isu yang boleh jadi kontroversi biler deme disughoh nyebot namer Allah dalam lagu itu. Itu aghi-aghi deme nyebot. Mengkome fikioler bagaimaner pulak kalo deme yang makor buku tuh? Fikioler mengkome.

Sunday, March 20, 2011

MENGKOME NIH MEMANG SUKER BEBENO JADIK BEGHOK?

DNA 1 - Nik Aziz perlu desak Anwar serah DNA

KOTA BHARU - Perhimpunan aman bagi menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) berterusan apabila seramai 100 orang yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan berkumpul di pekarangan stesen bas Kota Bharu, semalam.

Perhimpunan yang berlangsung selama 15 minit itu antara lain meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak Anwar yang juga ketua pembangkang menyerahkan sampel bagi menyelesaikan perbicaraan tuduhan liwat yang dihadapinya kini.

Naib Pemuda Wira Perkasa Kelantan, Mohd Roslan Hassan berkata, adalah perlu Anwar menyerahkan sampel tersebut kerana ia menjadi tunjang utama bagi menyelesaikan kes yang sudah berlarutan sekian lama.

DNA 2 - NGO gesa Anwar telus

CHUKAI – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus didesak supaya bersikap telus dengan menyerahkan sampel DNA bagi menegakkan keadilan dan menghormati undang-undang negara.

Desakan itu disuarakan lebih 50 ahli daripada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam satu demonstrasi aman yang diadakan di pekarangan Kompleks Beli-belah Kemaman, dekat sini, semalam.

Pengerusi NGO Kemaman, Kamaruzaman Idrus berkata, desakan itu disuarakan atas dasar keperluan masyarakat dan bukan atas dasar kepentingan individu.

DNA 3 - Anwar digesa serah sampel DNA

KUANTAN – Seramai 50 ahli Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Kuantan berhimpun di hadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, semalam, mendesak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah.

Perhimpunan tersebut turut melibatkan Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (Pekida) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di daerah ini.

Pengerusi Perkasa Daerah Kuantan, Yusri Yusof berkata, Anwar tidak seharusnya takut sekiranya dia berada di pihak yang benar.

DNA 4 - Anwar didesak serah sampel DNA

SHAH ALAM - Kira-kira 50 ahli Persatuan Waris Malaya berhimpun di Dataran Shah Alam, semalam bagi mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau kepada mahkamah.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut mendesak pasukan peguam bela yang diketuai oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memberi kerjasama yang baik dalam kes liwat Anwar ini.

Pengerusinya, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad berkata, Anwar selaku pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menunjukkan contoh yang baik dalam usaha memberi kerjasama kepada pihak mahkamah.

DNA 5 - Desakan masih kedengaran

PERINGGIT - Lebih 50 ahli beberapa badan bukan kerajaan (NGO) negeri ini, semalam, mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel deoksiribonukleik (DNA).

Barisan NGO terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) serta Persatuan Sidang-sidang Negeri Melaka itu mengadakan perhimpunan di hadapan stesen bas Melaka Sentral, jam 1 tengah hari tadi.

Yang Dipertua Perkasa, Abd Rahim Osman berkata, perhimpunan itu bertujuan mendapatkan keadilan, bukan sahaja kepada mangsa, malah meminta supaya pihak terbabit bekerjasama bagi memudahkan proses pengadilan.

ATE? AJERNYER IDAK ADER AKEI KEGHOJER DEME NIH

Aghi nih teman cadang nak bedek-bedek ler pokok-pokok bunge teman tuh. Memang dah lamer bebeno idak teman belei bunge-bunge. Dalam coti skolah seminggu pon sebok? Memang iyer. Coti seminggu tuh bebudak skolah ajer. Cikgu-cikgu kene ler pegi skolah. Ader yang pegi mesyuarat. Ader yang keghusus. Ader yang pegi taklimat. Memacam lagi cikgu-cikgu nih kene buat walopon dalam coti skolah.

Menimbon sampah kalo udah lebeh seminggu idak deme kutip.

Teman ingatkan bebudak skolah ajer yang coti sampei seminggu. Ghoper-ghopernyer oghang MPKK pon ader yang coti sampei seminggu. Aper idaknyer, mase teman nyeghoyer caghi gunting nak motong bunge, teman tertengok tong sampah bukan ajer dah penoh, udak menimbon keliling tong tuh ngan sampah belum berkutip. Jadi, deme kat MPKK tuh pon ngikot coti ngutip sampah sampei seminggu.

Ntah kebetulan, tup-tup teman nengor bunyi loghi MPKK nak kutip sampah. Bile sampei depan ghomah teman, teman nanye kat oghang yang keghojer ngangkut sampah tuh ngaper lamer bebeno idak ngutip sampah? Deme diam ajer. Maghah kat teman kot? Pastuh diperdajelnyer deme kat teman. Aper idaknyer, deme peghes sampah tuh depan ghomah teman. Aper lagi membuak-buakler ayor sampah tuh kat ateh jalan depan ghomah teman. Teman teghus saont deme. Padei pulak mintak maaf. Pandei pulak kater nanti bau busuk. Pandei ler kater memacam.

Mengkome nengok ayor busok kluor lepeh deme pres sampah ateh loghi.

Saturday, March 19, 2011

NGIKAT KAIN MEGHAH NGAN DAUN SETAWOR KAT TIANG SEGHI

Sekali lagi teman angkat tangan beghi tabek pader dia nih. Betuiler cakap dia nih. Maner ader Menteghi Besor Peghak terlibat ngan ancak. Uish, mengkome pon satu, tak kenei maner satu ancak? Maner satu tepong tawor? Maner satu ghenjis-ghenjis tiang seghi? Yang mengkome tahu tepong talam. Tepong Bungkos. Tepong Ubi. Tepong Gandum. Memacam lagi jeneh tepong.

Sekaghang dia dah mintak bukti pulak? Maner mengkome nak caghi bukti yang Menteghi Besor tuh terlibat dalam upacagha ancak? Jenohler mengkome nanti. Tapi yang teman nak tahu upacagha detak daun setawor ikat ngan kain meghah nih memasa teman kecik-kecik dulu memang ler ader pastu idak pulak mandang lagi sebab oghang-oghang tua kater tak boleh buat.

Jadi pader faham teman upacagha macam Menteghi Besor Peghak buat tuh pon teman ghase salah ler. Ghoper-ghopernyer idak salah. Ini aper yang dia kater dalam beghiter kat Sinar Harian tuh. Pasni bolehler teman buat upacagher tuh kat ghomah teman.

Thursday, March 17, 2011

BERBANGGER BEBENO TEMAN PENDIGHIANNYER

Teman sememangnyer bangge bebeno ngan pendiriannyer. Kater-katernya memang menyentoh ati teman. Kalo ler ramei lagi oghang yang ader pendirian cam dia nih, maker akan tertegakler Islam di muker bumi Mesia ini. Mengkome bacer ler aper yang dia kater. Teman tabek ngan ketegasannya.

"Saya akan terus berjihad di jalan Allah dan apa sahaja yang pada pandangan saya tidak betul, saya akan tegur".

Pastu pulak teman terfikio pulak ngan gambor yang teman jumper dalam blog yang teman jengok. Kalo idak silap teman, ini berlaku kat negeghi Peghak. Idak pulak dia nih nak nenggornyer? Pade teman, maner ader dah oghang buat keghojer cam dalam gambor kat bawah nih. Mungkin pader pandangannyer keghojer deme kat dalam gambor di bawah nih betui, jadi idakler kene tegor.

Ngaper perlu ditepong taworkan tiang tuh. Dalam gambor tuh teman nampak cam dighejeh-ghenjeh gunerkan daun setawor. Ngaper perlu ader daun setawor? Ngaper perlu pulak ader kain meghah? Ngaper perlu ngikat kain meghah ngan daun setawor kat tiang?

"Teman ghaser dia dah tegor keghojer buat oghang dalam gambor kat ateh nih. Teman mikiokannyer cagher yang positif. Dia nih negor cagher yang berhemah".

Wednesday, March 16, 2011

MENGKOME BACE DAN APER KATER MENGKOME?

Guru perlu ubah lanskap politik negara
Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 16 Mac: Para guru termasuk pesara guru seluruh negara diminta melakukan perubahan drastik terhadap lanskap politik tanah air untuk menghindarkan daripada terus dihinggapi anasir pengkhianatan, kata bekas calon PAS pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman.

Perubahan itu jelasnya, amat penting kerana negara sekarang seolah-olah hilang kawalan penguasaan ekoran politik yang tidak menentu serta terlalu banyak campur tangan yang membawa kepada tiadanya kebebasan.

"Guru merupakan pendidik yang setia, maka buatlah perubahan ke arah yang lebih baik kerana landkap politik masa kini telah musnah kerana campur tangan pihak tertentu.

“Apa salahnya kita yang dididik mewujudkan keharmonian anak bangsa menjadi lebih dihormati lakukan sedikit lonjakan pembaharuan pada pilihanraya umum ke 13 kelak," terangnya pada majlis pidato bersama Cikgu Mala di perkarangan Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir. malam tadi.

Sebelum itu, beliau dijemput memberikan motivasi Menjana Kecemerlangan Pelajar Anak-Anak Ahli PAS di Dewan Haji Zabidi, Permatang Pauh dan sebelah petangnya menghadiri program Sepetang Bersama Cikgu Mala, bertempat di Balai Islam Berapit, Bukit Mertajam.

Pada rangka lawatan selama dua hari ke Pulau Pinang bermula semalam dan berakhir hari ini, beliau juga diajak bersama dalam program menjejaki pejuang muslimat anjuran Dewan Muslimat Permatang Pauh manakala sebelah malam nanti beliau sekali lagi berada di pentas pidato srikandi di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor.

Beliau yakin jika guru yang pernah menjadi pelopor politik satu waktu dulu boleh bangun kembali mengatasi golongan politik yang acapkali menggunakan kesempatan peribadi, masalah negara dapat diatasi.

"Dulu rata-rata golongan guru mempelopori politik di mana sahaja tetapi sekarang seolah lenyap begitu sahaja. Kenapa jadi begitu sebab kewujudan golongan yang tidak amanah sering mencari peluang untuk membina kekayaan," tambahnya.

Katanya, guru perlu membuang semua kerisauan bilamana politik berubah tangan kepada Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat nyata berjaya melakukan yang terbaik untuk rakyat contohnya di empat negeri yang dikuasai.

Tambahnya, banyak lagi tuntutan guru masih dibekukan tetapi apabila menjelang pilihanraya kecil, ia dimainkan semula seakan-akan 'durian runtuh' padahal jika disiasat, masih terpahat janji lama.

"Bila ada pilihanraya kecil, pasti terpancul keluar dari mulut Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddn Yassin kononnya jika rakyat atau guru memberikan kemenangan pada BN, masalah mereka akan dselesaikan," katanya.

Turut sama berceramah pada program malam tadi ialah Ketua Dewan Muslimat Permatang Pauh, Puan Suraya Saat dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri, Aida Yusuf Rawa.

SAMPEI BILER MENGKOME KAT ATEH TUH NAK BERTEKAK?

"Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong menyifatkan keupayaan Lee Chong Wei menumbangkan musuh utamanya, Lin Dan untuk merangkul kejuaraan Seluruh England, kelmarin, memberi isyarat bahawa dia boleh berjaya tanpa kehadirannya, Misbun Sidek".

Iniler kater-kater bongkak ngan sombong daghi seoghang Ketue Pengaghah MSN yang boleh mengeghohkan suasaner dalam BAM. Iyernyer berbezer bebenor ngan pandang Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek, Menteghi Belia dan Sukan Mesia yang mahu aderkan perbincangan lanjut ngan Misbun Sidek. Oghang akan ngaterkan,
"Abeh manis sepah dibuang".

"Lee Chong Wei masih memerlukan bimbingan Datuk Misbun Sidek dan berharap jurulatih itu membuat keputusan segera mengenai pendiriannya dalam BAM kerana mahu memusatkan perhatian hadapi Kejohanan Dunia Ogos depan dan paling penting Sukan Olimpik 2012".

Ini pulak saper yang ngaternyer? Aderker daghi mulot presiden BAM? Ato pon daghi mulot Datuk Lee Chong Wei sendighi? Pade teman buatle yang terbaek. Jangan ler lagi mengkome dok beghamok kat ateh nun. Aperker mengkome ingat nak jadi juagher tuh boleh dapat dalam sekelip mater ajer? Fikioler mengkome oiiii.

BETUI KER GUGHU KEROJER TEGHOK MACAM NIE?

BETUL KE GURU MULA KERJA PUKUL 7.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG?

DARI CETUSAN HATI SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar setiap hari (Isnin hingga Jumaat) 2. Menanda kedatangan murid/pelajar setiap hari (Isnin hingga Jumaat) 3. Menanda buku kerja murid. (1 murid = 3 buah buku, 1 kelas = 45 orang murid. Jumlah buku bagi 1 kelas = 135 buah buku. Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya lima kelas, oleh itu 5 X 135 = 675 buah buku). 4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat:- - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru sekurang-kurangnya ada dua panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program ada lebih dari enam program anjuran sekolah:- - Hari Guru - Maulidur Rasul - Maal Hijrah - Ulang Tahun Kemerdekaan - Bulan Bahasa - Hari Anugerah - Sekolah Selamat 5. Aktiviti kokurikulum:- - Seorang guru bertanggungjawab terhadap satu unit kokurikulum - Perjumpaan unit uniform dibuat pada hari Sabtu - Perjumpaan permainan untuk pertandingan - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu (hari Sabtu) 6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran 7. Mengisi pelbagai jenis borang:- - Borang keluar masuk & buku keluar masuk - Borang emis / hrmis/ label - Buku Hadir Kursus / balik dari kursus - Borang Fleksi PMR / SPM - Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku - Pemantauan / salah laku murid - Buku catatan relief guru - Buku tugasan mingguan - Laporan mingguan - Laporan keceriaan - Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan - Buku Kokurikulum murid - Borang permarkahan kokurikulum 8. Menghantar murid ke Klinik 9. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi 10. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri 11. Mengisi markah ujian/ peperiksaan 12. Mengisi data murid SMM 13. Menangani masalah disiplin murid / pelajar 14. Memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin 15. Melayani karenah Ibu Bapa / Penjaga 16. Mengecat sekolah (Sekurang-kurangnya bilik darjah masing-masing) 17. Membersihkan bilik / stor / bilik khas 18. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dan sebagainya) 19. Menyiapkan program Head Counting 20. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN 21. Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya 22. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan (Minyak kereta isi sendiri) 23. Mengendali masalah / kebajikan murid 24. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang. 25. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya 26. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) 27. Berniaga (seperti jualan Hari Kantin dan sebagainya) 28. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah 29. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dan sebagainya) 30. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian 31. Menanda kertas peperiksaan / ujian 32. Perkembangan staf 33. Mengendalikan perhimpunan murid 34. Gotong-royong:- (Guru perlu membawa semua alatan dan dibuat pada hari Sabtu)

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas, tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi pada hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA.

Tuesday, March 15, 2011

APE SEBENORNYER YANG MENGKOME ENDAAK?

Idak ader kerojer len ker? Dulu mengkome ngater yang suker buat demo tuh monyet. Le nih ler mengkome pulak nak jadi monyet. Pastuh pulak, mengkome nak buat aper ngan mender tuh?

Selughuh pelusok, seantero negare, meghater tempat dan dimaner-maner ajer mengkome ngimpon oghang buat demo. Hebat bebenor mengkome yerk? Idak pulak poleh pegi ngaco mengkome. Kalo belah yang mamkang teman geghenti dah kene sembah ngan ayor kuning tuh. Dah ader yang kene masuk loghi berkandang. Bertuah mengkome idak aper-aper.

Saturday, March 12, 2011

MALE PETAKE KALO MELANDE IDAK MENGIGHE SESIAPE

Lepeh satu, satu tempat yang kene musibah. Kite dulu peghonah kene tsunami same ngan Indonesia. Pastu manyak negare len pulak yang kene. Le ni Jepun pulak kene penangan tsunami. Dedulu sebelum kite kene tsunami, kite idak ambek igho sangat. Lepeh ajer negare kite kene, baghuler ader ghase simpati dgan deme yang mendapat musibah tuh.

Mengkome nengok abeh punah ghomah ngan bangunan-bangunan len.

Pasukan penyelamat sedia untuk membantu deme-deme yang ditimba musibah.

Ayo laut yang melande daghatan. Abeh ghomah, jalan dan penempatan yang lain musnah.

Keter ngan len-len kenderaan juge abeh musnah dibawak ayo.

WAN AZIZAH, ROSMAH DAN SESAPE YANG SEGHOPER NAMERNER

Aghi nih dah muler coti sekolah seminggu. Petang semalam, lepeh teman wat ughusan di Keda Telekom, cadang nak balek ghumah ler. Ujan pulak tuh lebat bebeno. Teman ceghoyer ler sesaper yang ader payong nak minjam kejap sebab nak ambek payong dalam keter. Tadi idak pulak ader tander-tander nak ujan. Tuh sebab oghang tue-tue kater, "Sediakan payong sebelum ujan".

Tengah teman nyeghoyer-nyeghoyer tuh ade soghang cikgu tengah minum kat restoren sebelah keda telekom tuh. Cikgu tuh pelawe teman minum same. Teman pon nyinggah teghus dudok kat keghusi sebelah cikgu tuh. "Nak balek pon ujan, meh kite minom dulu", kate cikgu tuh. Teman malu alah ngoderler kopi. Cikgu tuh nyughoh oder makan teman taksio sebab teman baghu ajer makan kat ghumah sebelum teman kluor tadi.

Dalam mase keme minom tuh, keme pon nyembang hel-hel semase. Memacam yang keme nyembangkan. Ramah jugak cikgu nih. Mungkin dia kenei bebeno ngan teman tuh sebab dia ghajin nyembang. Dalam nyembang-nyembang tuh, cikgu tuh ceghiter kenaan anak mughidnya. Ramei anak mughidnya yang dah berjaye. Ader yang dah keghojer besor. Ade yang tengah ngaji kat nubersiti. Ade jugak tengah ngaji kat asrama penoh dan memacam tempat lagi.

Aper yang teman tertarek dengor ceghiter cikgu tuh tentang delema anak-anak mughidnyer yang namer deme tuh samer. Muler-muler teman heghan jugak naper pulak susah ati bile namer seghuper? Ghuper-ghupernyer namer deme tuh seghuper ngan namer oghang besor-besor yang dah ternamer dan terkenei. Anak mughidnyer yang delema tuh ader teman tulehkan kat bawah nih.
1. Anak mughidnyer di nubersiti yang bernamer WAN AZIZAH
2. Anak mughidnyer kerojer di Kuale Lumpor yang bernamer ROSMAH
3. Anak mughidnyer di sekolah asrama penuh yang bernamer SAIFOL

MENGKOME FIKIO-FIKIOLER DELEMA DEME TUH NGAN KEKAWAN DEME.

Thursday, March 10, 2011

MENGKOME BACE DAN APER KATER MENGKOME?

Lelaki 39 Isteri, 94 Anak, 33 Cucu

Senangnya hati kalau beristeri dua kata P.Ramlee..tapi macamana kalau beristeri 39?

Lelaki ini merupakan pemimpin keluarga terbesar di dunia, dia mempunyai 39 orang isteri. 94 orang anak, 14 orang menantu dan 33 orang cucu.

Ziona Chana tinggal bersama keluarga besarnya tersebut di sebuah rumah yang memiliki 100 bilik dan memiliki empat tingkat, di wilayah desa Baktwang, Mizoram di India, .

“Saya berasa seperti kesayangan Tuhan. Dia memberikan saya ramai orang untuk saya rawat. Saya merasa diri saya adalah orang yang paling beruntung dengan memiliki 39 isteri dan menjadi kepala keluarga terbesar di dunia,” ujar Chana seperti dilapor Dailymail.


Dalam satu malam pun mereka boleh menghabiskan hidangan dengan 30 ayam, 60 kg kentang dan menghabiskan 100 kg beras.

Secara kebetulan, Chana juga merupakan ketua sebuah kaum yang memperkenankan para anggotanya memiliki isteri seramai mana yang dia inginkan.

Malah dia menikahi 10 wanita sekaligus dalam satu tahun, pada masa dia sedang produktif, dan dia semua isterinya semua harus bersama di asrama.

“Kami selalu berada di sekilingnya, kerana dia adalah orang yang paling penting. Dia juga merupakan lelaki yang paling tampan di desa ini,” ujar Rinkmini, salah seorang isteri Chana yang berusia 35.

Dia mengenang kembali ketika Chana melamarnya 18 tahun yang lalu, ketika itu dia sedang berjalan dan Chana melihatnya. Chana pun mengirim surat meminta dirinya untuk menikah dengannya.

Sementara isterinya yang lain, Huntharnghanki, mengatakan bahawa semua anggota keluarga sangat berdamai antara satu sama lain. Sistem keluarga yang dibangunkan berdasarkan cinta dan menghargai satu sama lain.

Chana sendiri tidak berniat untuk berhenti mencari isteri baru, dia bertekad untuk memperluas keluarganya.

“Untuk memperluaskan lagi keluarga saya, saya rela walaupun harus pergi ke Amerika Syarikat untuk berkahwin” tambahnya.

SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Mathematik Dalam Solat

Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.

Maksudnya?

Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.

Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).

Bayangkan, selama hidup, kita hanya meruangkan masauntuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia.

Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya.

Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,

”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).

Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).

Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu.

Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam.

Wednesday, March 9, 2011

APE YANG MENGKOME FIKIO?

Masih ader ker mende-mende yang camnih dalam dunia yang serbe moden nih? Kalo ngikut perkembangan Dunia Sains dan Teknologi, teman ghase idak mandang dah kaghut maghut nih, tapi kalo ngikut perkembangan Dunia Filem, masih ader lagi yang percayer. Itu ler yang nyebabkan ramei bebeno pengaghah yang suke buat ceghiter antu. Gitu juger ngan citer mistik yang lelain.

Monday, March 7, 2011

DI MANER LETAKNYER DIRI MENGKOME??

Berapa Tinggi Nilai Kita

Cerita sederhana tentang seberapa tinggi NILAI kita…

motivasi coca-cola

Ada tiga tin Coca-cola dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.

Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.

Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletak harga RM1.50.

Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.

Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin coca-cola ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.

Tin ini akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.

Dan jika ada pelanggan yang memesan coca-cola,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal ang bercampur dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.

Harganya ialah RM15.00

Sekarang isu hangatnya ialah mengapa air tin coca-cola ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?

Persekitaran Mencerminkan Harga Anda!

Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda,maka anda akan jadi cemerlang.

Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan jadi ‘kecil’.

Orang yang sama,bakat yang sama,kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA.

Apa pun apa yang paling utama ialah rezeki adalah ketentuan Qada dan Qadar Allah Taala, oleh itu berusahalah menjadi yang terbaik disamping pasrah dan memohon kepada Allah Taala.

Dan perbezaan tinggi nilai kita di sisiNYA sebenarnya ialah amalan kita.

Wallahualam

Sunday, March 6, 2011

GUGHU KENCING BERDIGHI. ADEKER MUGHID AKAN KENCING BERLAGHI?

Murid tidak suka guru, baling kereta guru dengan batu - ajaran siapa ini?
Posted on Saturday, March 05 @ 10:03:45 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Artikel Oleh: wfauzdin_ns

"JIKA kita sebagai guru sekolah yang ingin mengajar anak murid kita agar menjadi seorang yang bijak dan berdisiplin, maka sudah tentu kita juga kena tegas dan berdisplin. Apabila seseorang guru itu tegas, sudah tentu ada beberapa orang murid yang tidak suka dengan kita terutamanya murid-murid yang nakal di sekolah.

Kita sering terdengar cerita ada guru yang dipukul oleh murid dan ada murid yang bertindak ganas ke atas harta benda guru yang dibencinya. Ada guru yang keretanya dicalar atau dibaling batu dan dipancitkan tayarnya oleh anak murid yang tidak suka atau benci kepada guru tersebut. Adakah betul cara anak murid berkenaan?

Jika kita tanya Menteri Pelajaran yang juga TPM sekarang iaitu Muhyiddin, beliau ada jawapannya. Anda boleh baca tulisan saya sebelum ini tentang sikap Muhyiddin di sini. Apabila kenderaan DS Anwar dikepung dan dibaling batu oleh sekumpulan `monyet' di Kerdau baru-baru ini, wartawan meminta komen Muhyiddin. Beliau memberi komen paling `bijak' sebagai Menteri Pelajaran dan TPM iaitu perbuatan `monyet-monyet' berkenaan adalah kerana mereka tidak suka kepada DS Anwar. Lebih baik DS Anwar jangan datang situ lagi, katanya.

Itulah komen paling bijak yang beliau boleh beri. Beliau tidak minta Polis siasat atau sekurang-kurangnya menasihati sekumpulan `monyet' itu agar menjadi manusia yang bertamaddun. Jika inilah pemimpin yang kita ada, tidak pelik suatu hari nanti pelajar-pelajar kita naik tocang kerana mereka diberi nasihat yang songsang oleh Menteri seperti ini.

Mungkin kita telah dikelabukan dengan umpan kebendaan hingga kita sesat di dalam memilih pemimpin. Yang merasai kesannya adalah anak bangsa kita dan cucu cicit kita kelak. Oleh itu, marilah kita mengubahnya mulai sekarang. Jangan biarkan pemimpin seperti ini mengajar anak kita menjadi ego dan bongkak sepertinya./

wfauzdin.blogspot.com"

Saturday, March 5, 2011

APE YANG MENGKOME FIKIO?

MENGKOME BACE DAN APER KATER MENGKOME?

Muka Depan Artikel M@rhaen Surat Terbuka seorang pelajar untuk DS Rosmah Mansor

Surat Terbuka seorang pelajar untuk DS Rosmah Mansor

E-mel Print PDF

Anak muda

Surat Terbuka daripada seorang pelajar untuk Datin Seri Rosmah Mansor

Assalamualaikum Datin Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, andai diizinkanNya, Julai nanti genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansur yang saya hormati,

Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.

KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,

Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,

Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

IFF dan ISLAM

Datin Seri yang dihormati,

Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.

Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!

Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASA

Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,

Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,

Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak! (edisi Weblog M@RHAEN)

Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!