Tuesday, December 30, 2008

WARNA-WARNI KEHIDUPAN

Hidup ini memangnya penuh dengan warna-warni. Kalau mekeme lihat warna-warni tersebut memang akan nampak ada kecantikan. Mekeme akan terpegun dengan kecantikan dari warna-warni yang mekeme tengok. Tapi adeke mekeme sedo apabila seorang bayi itu dilahirkan ibarat sehelai kain puteh. Mekeme le yang nak mencorakkan nyer dengan macam-macam rupe warna. Mekeme nak banyakkan warne hitam ke, merah ke, hijau ke, apa-apa ke itu adalah mekeme punya pasai. Mekeme nengok warna-warni pelangi itu sungguh menawan. Mekeme akan cuba lukiskan warna-wani pelangi tersebut agar ianya nampak cantik dan sejuk mata memandang. Dalam teknologi pun warna-warni memainkan peranan. Dulu masa mekeme nonton TV bayo sekupang atau dua kupang dan pakai generater, TVnya itam putih. Jenuh mekeme berlonggok depan TV itam puteh dah jadi pesta pulak tu. Tambah pulak kalo ade criter melayu ke, gusti ke, tinju siaran langsung ke. Maka riuh rendah le suara mekeme bila dah berlonggok depan TV. Le ni pun masih mekeme berlonggok depan TV tapi TVnyer dah ader kaler. Pastu tengok kat layo beso, memang puas ati. Mekeme akan duduk berjam-jam kat restoren nasi kando ker, masakan siam ke, gerai-gerai nasi ayam ker, di mana aje mekeme boleh berlonggok nengok TV kaler yang betul2 menarik perhatian mekeme untuk menonton TV yang pakai layo beso. Itu le lebihnyer bila semenyer dah berwarna-warni. Begitule dengan idup mekeme yang penuh dengan warna-warni iaitu yang sronok, sedeh, gembire dan macam-macam lagi warna-warni kehidupan.

SEBAB LU KAYA - dari isuhangat.blogspot.com

Assalamualaikum.. Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!Wah!!! Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta...Harta juta-juta...buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat tinggi la....sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?...Atau memang taknak campur dengan masyarakat?...Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta...harta juta-juta...tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?...Sebab apa?...SEBAB LU KAYA!!..Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan...ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???... Nasi bungkus lu orang buang ..nasi bungkus ape standard....Sebab apa?... SEBAB LU KAYA!!Gua lagi tambah sakit hati bila ada RELA dan penyelamat datang nak jenguk...nak tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...Sebab apa lu jadi macam ni??SEBAB LU KAYA!!Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh ribu..!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa??? SEBAB LU KAYA!!!Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!...ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa?? SEBAB LU KAYA!!Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu tanah persendirian...lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman??..Sebab apa?..SEBAB LU KAYA!!!Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu kene ingat...ada yang lagi MAHA KAYA!!!!LU PIKIR LA SENDIRI!!

SEMBAHYANGLAH ANDA SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGKAN

Kalau dulu kat mane2 semejid pasti boleh teman nengok papan tanda "sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan". Tapi, kemane pegi papan tanda tu yer? Patutnya papan tanda tuh dibanyakkan agar teman, mike atau mekeme yang nengok dan baca papan tanda itu ada le rasa segroyo sikit. Ada rasa nak semayang semedang. Rasa sikit pun jadile jangan tak ade rasa langsung. Kalau teman tak silap, papan tanda tersebut hanya terpacak ke tepi atau jalan masuk ke semejid kat negri pegrak ajer. Ntah betul idak pun teman rase ajer sebab teman tak penah nengok pun kat semejid negri lain. Teman pun heran gak nape le perkara yang baik macam tuh boleh dihapuskirakan. Sepatutnya dibanyakkan lagi bio sepanjang jalan ade papan tanda yang tertulis "sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan". Bila kite segroyo semedang kita rasa insaf kita akan semayang. Lame2, semayang tu dah jadi kebiasaan. Bila masuk waktu seme akan sembahyang. Tak kire le semayang kat umah berjemaah ngan keluarga ke, semayang kat semejid ke, semayang kat suro ke atau semayang kat mane2 pun boleh asalkan bersih dan ngadap ke kiblat.

Monday, December 29, 2008

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH


BULAN MUHARAM

Peristiwa-peristiwa penting:1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.Pada 10 Muharam juga telah berlaku:Nabi Adam bertaubat kepada Allah.Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.Hari pertama Allah menciptakan alam.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.Hari pertama Allah menurunkan hujan.Allah menjadikan 'Arasy.Allah menjadikan Luh Mahfuz.Allah menjadikan alam.Allah menjadikan Malaikat Jibril.Nabi Isa diangkat ke langit.

Sunday, December 28, 2008

DOA AWAL TAHUN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alm, salawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekelian. Ya Allah, Engkaulah yang abadi, yang qadim (sediakala) dan yang awal. Dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kepemurahan-Mu yang sejati, tahun yang baru ini tiba kepada kami. Maka kami pohonkan kepada-Mu keterpeliharaan daripada syaitan yang direjam, para penolongnya dan tentera-tenteranya, dan kami pohonkan pertolongan menghadapi nafsu yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan pertolongan untuk bergiat dengan amalan yang dapat menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan, wahai yang paling mengasihi di antara yang mengasihani. Moga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w Nabi yang ummi, ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam.

DOA AKHIR TAHUN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, salawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekelian. Ya Allah, apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakannya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal Engkau berkuasa untuk menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakai-Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redha dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala, maka kami pohonkan ya Allah, wahai Tuhan yang pemurah dan empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah daripada kami dan janganlah diputuskan harapan kami terhadap-Mu, wahai Tuhan yang pemurah. semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam.

KAMPUNG TERSUSUN

Kat DUN Lintang nih ada banyak kampung tersusun. Kampung Tersusun Kledang Utama Fasa 1 dan Fasa 2. Kampung Tersusun Salak Utara, Kampung Tersusun Sungai Sejuk dan Kampung Tersusun Besi Api. Teman tengok yang dapat semuanya orang yang ade ghumah. Dapat lagi tapak ghumah. Yang tak der tapak ghumah deme tak sio bagi. Ade pulak tuh dapat 5, 6 tapak ghumah. Hebatnyer deme tuh, bayar premium baru 2K ke 3K. Bila dapat geran jual pulak kat sape2 yang nak beli dalam 25K ke 30K. Untung beso deme. Baru setahun dah dapat hasil yang lumayan jual tanah tapak ghumah kat kampung tersusun.
Kampung Tersusun Kledang Utama nih sepatutnya lebih beso lagi. Tapi atas kuasa bekas YB aruah Datuk dulu, kampung tersusun dah jadi milik pemaju buat taman perumahan kini dah jadi Taman Kledang 1 dan 2 dekat jalan kereta api. Itu ghumah panjang (teres). Ghumah sebuah-sebuah (banglo) yang nak beli kene beli tanah dulu. Rega dia pun fuyoooo mahe beno sampai 20K lebih. Beli pulak kat pejabat tanah. Pastu baru pemaju buat ghumah banyak pulak yang terbengkalai.
Kampung Tersusun Salak skrang nih pun bukan pemilik asal. Banyak tanah ghumah kat situ dah tuko milik. Dengo criter pemilik asal dah jual lebih 25K. Huh untung deme yang dapat tanah tu. Itu baru dapat 1 lot. Kalo dapat berlot-lot tentu berlot-lot juge duit yang dapat. nampak gaya kroni juge yang jenuh dapat lot tanah.
Kita pegi pulak kat tanah yang penah diminta dijadikan Kampung Bahagia Tambahan. Mule2 dulu rame ler anak-anakKampung Bahagia yang isi borang mohon tanah lot itu. Ntah cammana, lepas ke pemaju pulak tanah yang nak dijadikan Kampung Bahagia Tambahan itu. Meleleh ayo lio orang melayu kat Kampung Bahagia. Pemaju buat pulak ghumah 2 setengah tingkat. Sape yang sanggup beli?

Saturday, December 27, 2008

PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Bilik darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di sinilah, warga pendidikan menunjukkan kebolehan dan keupayaan melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria dan menarik membolehkan murid mengikuti P & P dengan mudah dan berkesan.
Bentuk P & P yang sesuai akan dapat menarik minat dan tumpuan dapat diberi kepada murid yang lemah, sederhana tanpa meninggalkan murid yang cerdas. Oleh itu pengurusan bilik darjah yang tersusun rapi dan terkawal akan menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan P & P berkesan dalam kalangan murid. P & P yang berkesan memerlukan suasana yang selesa, ceria, selamat dan tenteram di dalam bilik darjah.
3 CABARAN GURU DALAM BILIK DARJAH
1. Bilangan murid yang ramai
2. Objektif P & P tercapai @ tidak
3. Peruntukan masa yang terhad

BIDANG PENGAJIAN PGSR

16 BIDANG PENGAJIAN
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Cina
3. Bahasa Tamil
4. Pendidikan Islam
5. Pendidikan Khas Pembelajaran
6. Pendidikan Khas Pendengaran
7. Pendidikan Khas Penglihatan
8. Pendidikan Pemulihan
9. Pendidikan Prasekolah
10. Pendidikan Jasmani
11. Pendidikann Sains
12. Pendidikan Matematik
13. Reka Bentuk dan Teknologi
14. Pengajian Sosial
15. Pendidikan Seni Visual
16. Pendidikan Muzik

PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

INFO
Tempoh Pengajian : 4 tahun
Mod Kursus : Kursus Dalam Cuti
Tempat : Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terbabit
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS MEMOHON PGSR
- Warganegara Malaysia
- PPP Bukan Siswazah di bawah kelolaan KPM
- Umur tidak lebih 45 tahun pada tarikh kemasukan
- Telah disahkan dalam jawatan
- Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti
- Memiliki Diploma Perguruan atau Sijil Guru
- Pemohon yang sedang berkursus KSPK atau KDP 14 minggu tidak dibenarkan memohon
- Telah membuat pengisytiharan harta tifak lebih 5 tahun
KEUTAMAAN
- Pengalaman lebih 5 tahun
- Pernah ikuti kursus peningkatan profesional yang sesuai
- Aktif dalam aktiviti pendidikan
- Ada sumbangan ilmiah dan hasilkan bahan
- Sihat tubuh badan
- Punyai rekod prestasi cemerlang 3 tahun terkini

CARI..... CARI...... CARI..... DAN BERI

Untuk beri ilmu kepada anak murid, guru perlu ada ilmu. Jika guru sekomit aje ilmunye macam mane le nak beri ilmu tuh kat murid. Tambah plak dunia tanpa sempadan la ni. Mungkin ilmu murid lebih banyak dari ilmu seorang guru. Contohnye ilmu ICT. Bebudak la nih lebih pandai guna alat ICT dari guru.
La nih guru perlu lebih bersedia untuk beri ilmu pada murid. Tapi kekadang tuh cian gak guru nih bila nak tambah ilmu terpaksa tinggai suami, isteri dan anak2 deme tuh. Kekadang tuh ade gak guru yangt amik langkah paling drastik. Guna duit sendiri nak tambah ilmu. Kepada sape lagi nak ngadu arap duit gaji le bayar yuran pengajian. Ade yayasan guru pun sunyi sepi tanpa berita. Dulu kalo guru dapat ijazah dapat le 1K itupun jenuh mohon. Ade gak guru yang ditolak permohonan oleh yayasan. Alasannya mudah terlepas tarikh. Tapi, yang herannya pulak berita yayasan seperti buletin tak penah nampak.
Le nih ade pulak program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Dengo citer puluhan K yang mohon tapi nak ambik 3K aje. Nape tak bukak lebih banyak tempat lagi? Cian yang tak dapat tempat. Kene tunggu tawaran lain plak. Nih dah jadi result UPSR ler. Tiap tahun puluhan K dapat 5A dan 7A tapi tempat tak mandang. Cian bebudak luar bando, SBP tak dapat, SMKA pun leboh. Tiap tahun gah result 5A dan 7A ramai, tapi mane nak letak deme yang tak dapat tempat tuh. Ada perancangan ker?

KEMANA DIRI NAK DIBAWA

Selepas aje pemilihan kat bagian, macam2 citer kita dengo tang UMNO nih. Citer tu tak kan abis sampai le bulan 3 nanti bila pemilihan dijalankan di peringkat Pusat. Naper beriye2 beno deme nak amik ketua bagian tentu ade duit dibalik undi heheheheh. Pastu plak beriye-riye nak rebut N7. Ni pun ade duit sebalik undi nih.
Kat Sungai Siput nih ketua bagian nye org baru. Datuk plak tuh. Datuk nih dah lama aktif dalam UMNO. Tentu le Datuk nih menang, sebab aruah abang Datuk nih pun Datuk gak. Pastu bekas YB plak tuh. UMNO Sungai Siput nih dah macam ade dinasti plak nampak gayenyer. Aruah bekas YB dulu bina istana beso kat lereng masjid. Fuyoooo memang hebat. Adiknyer yang Datuk ketua bagian nih bina aper plak ntah ler. Tapi Datuk ketua bagian yang baru nih memang kaye. Mane dapat duit jangan tanya teman. Kete mewah ajer 4, 5 bijik. Siap nombor tungge plak tuh. Nombor 1 ade nombor tungge lain pun ade. Memang hebat. Untung bebeno le sape2 yang jadi pengikut setia Datuk ketua bagian nih.
Ciannyer Datuk YB pulak tuh kalah. Jadi YB Datuk kat sini tak pegang ketua bagian lagi. Begitu jugak dgan barisan kepimpinan semua orang Datuk ketua bagian yang baru. YB Datuk nak kemana nak larikan diri? Bila dah kalah tuh, macam2 plak citer dari Datuk YB. Datuk YB kata UMNO tak terima dia ler. UMNO dah tak nak akuler. UMNO dah tolak terlentang ler. Macam2 ler bunyi citernyer. Ade juga dengo sampai nak kuar parti. Watpe cakap ajer, bikin sekali la baru cakap selupa bikin. Apa lagi kluar ler cepat2.

Thursday, December 25, 2008

TELUK RUBIAH

24DISEMBER2008
Teman tiba kat Teluk Rubiah Beach Resort jam 3.00 petang. Teman lihat dah ramai member2 teman dah sampai bersama dengan keluarga masing2. Alhamdulillah, akhirnya teman sampai jugak kat sini untuk bersantai bersama rakan sekeroja. Pukul 4.00 petang ada perjumpaan. Habis perjumpaan pukul 6.00 petang. Bersiap untuk makan malam. sonok nyer makan malam tepi pantai dengan angin bertiup sepoi2 bahasa. Pukul 10.00 malam abis sahaja makan malam teman terojon ke laut. Mandi laut malam, sonok gak jadi bebudak bila dapat ayo.
25DISEMBER2008
Pagi lepas ajer berkudap dengan nasi lemak campo bihun, tengok deme buat persiapan untuk sukaneka. Rajin bebeno deme tuh maklumler orang muder. Teman nih tolong ler sikit2 mana yang larat. Masa sukaneka tuh sonok gak tengok bebudak tuh. Sonok semedang deme tuh. Teman main bola tampo. Lepas tuh terojon lagi ke laut mandi tengah ari pulak. Lepas makan tengah ari, ade sampai hadiah. Pastu teman tinggalkan Teluk Rubiah untuk balik ke ghumah jam 1.30 petang. Alhamdulillah semuanyer selamat. Kepada semua kekawan tahniah kerana berjaya menjayakankan hari keluarga dengan cemerlangnya.

Wednesday, December 17, 2008

JALAN RAYA

Heran sungguh teman bila lalu ikut jalan raya yang ada dua atau tiga lorong ni. Gomen buat jalan tiga lorong untuk mudahkan perjalanan. Deme yang bawak slo tuh ikut lorong kiri. Ini idak, bawa dah le slo sesangat bawa pulak ikut lorong paling kanan. Camne nak potong? Nak potong ikut lorong kiri, nanti kene saman pulak. Kalo tak potong ikut kiri, ngeko ajer ler teman. Makan asap[sedut asap free) Pemandu bawa perlahan kat lorong paling kanan ni patut kene dende. Ini yang potong kiri kene plak. Mengapa jadi begitu?

Monday, December 15, 2008

PROSES KERJA

PROSES KERJA PENDAFTARAN ASET ALIH KERAJAAN
Langkah 1
Terima aset oleh Kementerian/Jabatan/PTJ bersama-sama dengan punca maklumat:-
a) Aset yang dibeli:-
i) Pesanan Rasmi Kerajaan
ii) Nota Serahan
iii) Invois
iV) Dokumen Kontrak
v) Kad Jaminan
vi) Manual Pengguna
vii) dokumen lain yang berkaitan
b) Aset Sewa Beli:-
i) Surat Ikatan Perjanjian
ii) Dokumen lain yang berkaitan
c) Aset diterima dari sumber lain:-
i) Salinan daftar jika terima secara pindahan
ii) Surat kelulusan menerima hadiah
iii) Salinan Sijil Lucuthak
d) Aset yang belum pernah berdaftar
i) Maklumat di fizikal aset
ii) Sumber lain berkaitan
Langkah 2
Tentukan kumpulan aset mengikut:-
a) Harta Modal
b) Inventori
Langkah 3
Sediakan Daftar Harta Modal KEW.PA-2 dan Daftar Inventori KEW.PA-3 oleh Pegawai Aset di Kementerian/Jabatan/PTJ
Langkah 4
Kemaskini Senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan Senarai Daftar Inventori KEW.PA-5.
Senarai daftar ini hendaklahdikemukakan seperti berikut:-
a) Jika senarai disediakan olej PTJ, kemukakan kepada Jabatan/Ibu Pejabat
b) Jika senarai disediakan oleh Jabatan/Ibu Pejabat, kemukakan kepada Kementerian
Langkah 5
Cop Pengesahan pendaftaran hendaklah dibuat ke atas punca maklumat yang berkaitan bagi aset yang telah didaftarkan
Langkah 6
Labelkan nombor siri pendaftaran berserta perkataan" Hak Kerajaan (HMK) pada aset
Langkah 7
Tempatkan aset di lokasi yang telah ditentukan
Langkah 8
Kemaskini Senarai Aset (KEW, PA-7)
lANGLAH 9
Senarai daftar aset

CARTA ALIRAN

CARTA ALIRAN PENDAFTARAN ASET ALIH KERAJAAN DI PERINGKAT KEMENTERIAN /JABATAN/PTJ
1. Terima aset bersama punca maklumat
2. Tentukan kumpulan aset
3. Sediakan Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan Daftar Inventori (KEW.PA-3)
4. Kemaskini Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4) & Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5)
5. Cop pengesahan pendaftaran pada punca utama
6. Labelkan nombor siri pendaftaran pada aset
7. Tempatkan aset di lokasi
8. Kwmaskini Senarai Aset (KEW.PA-7)
9. Simpan daftar aset

KAU KU RINDU

namamu terukir di sudut hati
tanda aku menyayangi
tanda aku mengasihi
tanda aku menyintai
keayuan wajahmu
umpama rayuan
umpama cumbuan
dalam jiwa
wajahmu terpahat di sudut hati
tanda aku kesepian
tanda aku kerinduan
tanda aku kesunyian
suara manja mengusik jiwa
suara manja menyentuh diri
bagai tidak boleh berpisah lagi
matamu sayu
bibirmu delima
santun penggoda
manja penawan
lambai jemari
umpama menari
lambai jemari
umpama belaian

HADIRMU

hadirmu dikala sepi
tika sendirian menangisi trajidi
tika kesayuan meregut kesucian
hadirmu membawa penawar
bersama belaian hati yang lara
sembuh luka yang terukir
hadirmu jiwa segar kembali
bagai matahari yang menyinari
di waktu pagi
indah, berseni dan mendamai hati

Sunday, December 14, 2008

TPA BAB B - PENDAFTARAN

3. OBJEKTIF
pendaftaran aset adalah bertujuan untuk
a) mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dabkemaskini
b) memudahkan pengesanan dan pemantauan
c) membolehkan keadaan aset diketahui
d) memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian aset
4. TEMPOH PENDAFTARAN
Setiap aset hendaklah didaftarakan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh mengesahan penerimaan
5. PENDAFTARAN ASET HADIAH
Aset yang diterima secara hadiah bagi tujuan pameran dan latihan/pembelajaran tidak perlu didaftarkan. Walau bagaimanapun Kementerian/Jabatan/PTJ hendaklah mewujudkan satu senarai daftar aset berkenaan bagi tujuan rekod
6. PENDAFTARAN ASET LUCUTHAK
6.1 Aset lucuthak hendaklah didaftarkan jika Kementerian/Jabatan berkenaan bercadang menggunakannya
6.2 Aset lucuthak yang telah dikategorikan di bawah akta tertentu adalah menjadi tanggung jawab Pegawai Pengawal untuk menentukan tindakan yang diambil ke atas aset berkenaan bagi maksud tersebut sahaja
7. PUNCA MAKLUMAT
Bagi mendaftar aset, dokumen berikut boleh dirujuk:-
7.1 Aset yang dibeli:-
a) Pesanan Rasmi Kerajaan
b) Nota Serahan
c) Invois
d) Dokumen Kontrak
e) Kad Jaminan
f) Manual Pengguna
g) Dikumen lain yang berkaitan
7.2 Aset yang disewa beli:-
a) Surat Ikatan Perjanjian
b) Dokumen lain yang berkaitan
7.3 Aset yang diterima daripada sumber lain:-
a) Salinan daftar jika aset diterima secara pindahan
b) Surat kelulusan menerima hadiah mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa berserta maklumat lengkap aset berkaitan
c) Salinan Sijil Lucuthak bagi aset yang diterima berikutan Perintah Lucuthak oleh Mahkamah
7.4 Aset yang belum berdaftar:-
Sekiranya tiada punca maklumat seperti di para 7.1, 7.2 dan 7.3, pendaftaran hendaklah berasas kan maklumat di fizikal aset berkenaan atau sumber-sumber lain yang berkaitan

TANAH JERLUS

Le ni ntah aper2 ngan macam2 citer berlaku. Mungkin ikut musim kut? Bila musim ulo sawe cam2 citer ulo sawe kuar di media. Bila citer keracunan, berjujus-jujus citer bab keracunan. Hai ntah ler. kekadang tuh cam takcaya ajer bende nih boleh berlaku.
Skang nih musim citer tanah runtuh. Media2 asyik tumpu pada tanah runtuh kat tempat org kaye duduk. Tapi sengap aje bila aper2 berlaku kat tempat orang miskin. Tengok ape jadi dengan deme yang mangsa tsunami? Tengok pulak deme yang jadi mangsa ribut. Mangsa banjir? Ape jadi dengan macam2 lagi mangsa.................
Kat Sungai Siput (U) ni, satu kejadian tanah jerolus telah berlaku. Dia dinamakan tanah jerolus dan tak dinamakan tanah runtuh sebab tak berlaku di atas atau tepi Gunung Kemuning atau pun atas dan lereng Bukit Singa. Mengkeme tahu ker kat maner Bukit Sunga tuh hah? Ia juge tak berlaku kat lereng Banjaran Kledang. Banjaran Kledang kat sini pun dah abis kene tarah oleh saper yerk?
Dia nih berlaku kat tanah pamah ajer. Itu sebabnyer digelor tanah jerolus. Bila tanah pamah, yang kite terlintas hanyale bekas lombong. Kat Sungai Siput (U) nih memang luas kawasan lombong. Tambah pulak lombong palong. Memang seroyo nengok ke bawah. Dia nih berlaku kat Taman Kledang 1 dan 2. Dua2 tuh dekat dgan jalan kereta api utara selatan. Bukan Lebuh Raya Utara Selatan. Mungkin digegor dek keretapi yang lalu tu kut? Sape punya projek tuh? Semua orang Sungai Siput (U) mesti tahu.
Tanah jerolus kat Taman Kledang 1 dan 2 nih melibatkan rumah teres. Bukan rumah orang kaye yang ade banglo (bukan bangla tau). Ini umah orang biasa ajer. Arwah Sudirman kata orang biasa basikal tua. Bab nih nak disalahkan sape pulak yerk? Kalau kat Bukit Antarabangsa tuh deme seme salahkan kerajaan negeri skang nih (Pakatan ler tuh). Mane ade jalan camtu. Sapa yang lulusklan projek tuh? Srupe cam kat Taman Tersusun 1 dan 2 nih. Jawab ler sendiri.

TPA BAB A - PENERIMAAN

BAB A - PENERIMAAN
Pegawai Penerima ialah pegawai yang diberi tanggungjawab untuk menerima dan mengesahkan
aset yang diperolehi
Pegawai Bertauliah ialah pegawai yang memilih kepakaran dalam bidang tertentu
1. OBJEKTIF
a) memastikan setiap aset diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan
b) menentukan kualiti dan kuantiti sebenar mengikut pesanan
c) memastikan aset diterima dalam keadaan yang baik, sempurna dan selamat untuk digunakan
2. PERATURAN PENERIMAAN
a) aset yang diterima perlu dibuat pemeriksaan denganteliti bagi memastikan ia menepati spesifikasi yang ditetapkan
b) pemeriksaan teknikal oleh pegawai-pegawai kerajaan yang bertauliah hendaklah dilakukan apabila perlu mengikut kaedah yang bersesuaian
c) Langkah-langkah berikut hendaklah dipatuhi semasa menerima aset:-
i) menyemak butiran di dalam dokumen yang sah bagi memastikan aset yang diterima adalah betul
ii) aset hendaklah diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji serta merta sebelum disahkan penerimaannya
iii) sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan dengan serta merta maka dokumen tersebut hendaklah dicatatkan "diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji"
iv) setelah disemak dan diperiksa, pegawai aset/penerima adalah bertanggungjawab menyediakan Borang laporan Penerimaan Aset Alih Kerajaan KEW.PA-1 jika terdapat kerosakan atau perselisihan
v) Borang KEW.PA-1 yang telah disahkan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan hendaklah dihantar dengan serta merta kepada agen penghantaran atau syarikat pembekal
vii) Pegawai Penerima hendaklah memastikan bahawa aset diterima berserta dengan Surat Jaminan daripada pembekal yang mengesahkan bahawa mutunya menepati spesifikasi seperti dalam perjanjian pembelian
vii) Pegawai Penerima hendaklah memastikan aset yang diterima disertakan manual penggunaan dan penyelenggaraan, jika ada

WAJAHMU

wajahmu
terukir manja bersama purnama
ku tatapi dan ingin ku belai
agar kerinduan yang menghampiri
dapat dikikisi bersama sepinya diri
namun terkulai layu
jiwa terus merindu
jari jemariku kaku
merintihnya hati yang pilu
bersama sedu
airmata mengalir lesu di pipiku
wajahmu
sering bermain dalam tidurku
namamu
sering diungkap di bibirku
untuk melepaskan rindu
mengapa?

Friday, December 12, 2008

KALAU RUNTUH

Bukit Antarabangsa memang dah jadi isu antarabangsa

TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (TPA)

PENDAHULUAN
1. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) ini adalah tatacara menguruskan Harta Modal dan Inventori meliputi;
Bab A - Penerimaan
Bab B - Pendaftaran
Bab C - Pengunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
Bab D - Penyelenggaraan
Bab E - Pelupusan
Bab F - Kehilangan dan Hapuskira
2. Aset bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan kerajaan yang dibeli atau disewa dengan wang Kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan.
3. Aset Alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan.
4. Aset Alih terbahagi kepada dua (2) kumpulan iaitu:-
4.1 Harta Modal
a) Aset Alih yang harga perolehan asalnya RM1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) dan ke atas setiap satu atau
b) Aset Alih yang memerlukan penyelenggaraan secara berjadual tanpa mengira harga perolehan asal. Penyelenggaraan secara berjadual merujuk kepada aset yang memerlukan penyelenggaraan seperti yang disyaratkan di dalam manual/buku panduan pengguna
4.2 Inventori
a) Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan barjadual
b) Perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa mengira harga perolehan asal
5. Harta Modal dan Inventori mengandungi kategori yang ditetapkan seperti berikut:-
5.1 Kategori bagi Harta Modal ialah:-
i) Loj/Jentera Berat
ii) Kenderaan
iii)Peralatan/Kelengkapan ICT/Telekomunikasi/Penyiaran/Perubatan/Pejabat/ Makmal/ Bengkel/Dapur/Sukan
5.2 Kategori bagi Inventori ialah:
a) Nilai perolehan asal kurang daripada RM1,000 dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual:-
i) Peralatan/Keengkapan CT/Telekomunikasi/Penyiaran/Perubatan/Pejabat/ makmal/ Bengkel/Dapur/Sukan
b) Tanpa mengira nilai perolehan asal:-
i) Perabot
ii) Hamparan, Hiasan dan Langsir
iii) Pinggan Mangkuk
6. Istilah dan perkataan yang diguna pakai dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPR) hanyalah bagi maksud pengurusan aset alih Kerajaan sahaja.

Thursday, December 11, 2008

APA KHABAR SAYANG?

apa khabar kau sekarang?
lama sungguh tak bersua muka
apakah kau juga merindui?
atau cuma diri ini yang mengenal erti sepi
kalau engkau menjadi bunga
pastinya aku menjadi tangkainya
kalau engkau menjadi layang-layang
pastinya aku menjadi talinya
kau dan aku
mengapa berjauhan?
apa khabar sayang?
masihkah ada rindu dalam hati
masihkah ada sepi dalam diri
walaupun kita masih berjauhan
aku tetap mengutuskan doa
agar Ilahi
tidak memisahkan kau dan aku

Wednesday, December 10, 2008

KEMUDAHAN PEGAWAI AWAM

Kemudahan Perjalanan Pertukaran dan Berkursus
Kemudahan Perjalanan Pertukaran dan Berkursus ialah elaun-elaun yang meliputi;
a) Elaun Perjalanan Lenderaan
b) Elaun Penginapan
c) Elaun Lojing Derebar
d) Elaun Makan

Tuesday, December 9, 2008

TATA KELAKUAN DAN TATATERTIB

PERATURAN DAN URUSAN TATA KELAKUAN DAN TINDAKAN TATATERTIB
Kelakuan
* Taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong, negara dan kerajaan
dilarang / tidak boleh
* membelakangkan tugas demi kepentingan diri
* berkelakuan memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidkmatan awam
* kurang cekap / berusaha
* berkelakuan tidak jujur, tidak amanah atau tidak bertanggungjawab
* ingkar perintah
* cuai melaksanakan tugas
* menjalankan pekerjaan luar tanpa kebenaran
* berpakaian menjolok mata
* penyalahgunaan dadah
* menerima dan memberi hadiah kepada mana pihakjika hadiah itu ada kaitan dengan tugasnya atau tidak sepadan dengan maksud hadiah itu
* mengisytiharkan harta yang kurang lengkap
* menyelenggarakan taraf hidup yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian lain yang sah
* meminjam wang di bawah sesuatu obligasi kewangan kepada mana-mana orang, kecuali daripada bank, syarikat insurans, koperasi tau syarikat kewangan yang diluluskan
* keterhutangan wang yang serius
* penglibatan diri dalam pasaran komoditi atau sekuriti
* mengadakan aktiviti mengelola atau mengambil bahagian dalam mana-mana perjudian atau loteri
* menerbit atau menulis buku, majalah atau karya tanpa kebenaran
* membuat pernyataan awam tanpa kebenaran
* bertindak sebagai penyunting bagi surat khabar dan sebagainya
* pegawai dalam kumpulan Pengurusan Tertinggi dan kumpulan Pengurusan Profesional mengambil bahagian aktif dalam politik
* pegawai dalam Kumpulan Sokongan melibatkan diri secara aktif dalam politik tanpa kebenaran
* ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu
Hukuman Tatatertib
a) memberi amaran
b) mengenakan denda
c) melucutkan hak emolumen
d) menangguh pergerakan ngaji
e) menurun gaji
f) menurun pangkat
g) buang kerja
Tindakan Tatatertib Biasa di Peringkat Sekolah;
1. Guru Besar sediakan laporan salahlaku pegawai / anggota
2. Hantar Laporan ke Lembaga Tatatertib Perkhidmatan, JPN melalui PPD
3. Serahkan surat pertuduhan kepada pegawai / anggota yang berkenaan dan minta suratbela diri dalam tempoh 21 hari
4. Hantar ulasan berdasarkan surat bela diri daripada pegawai / anggota kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan
5. Terima surat pemberitahuan keputusan tindakan tatetertib daripada Lembaga Tatatertib dan serahkannya kepada pegawai / aanggota berkenaan
6. Jika pegawai didapati tidak bersalah
7. Jika pegawai didapatitidak bersalah, kes ditutup
8. jika pegawai didapati bersalah, pegawai boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari
9. jika tidak ada surat rayuan, Guru Besar / Pengetua hendaklah melaporkan kepada Lembaga tatatertib dan jika ada surat rayuan, tindakan selanjutnya proses adalah sama seperti proses tindakan tatertib yang dinyatakan di atas.

PENGURUSAN PERSONEL PERKHIDMATAN AWAM

PERATURAN PENGAMBILAN DAN PERLANTIKAN
* Jawatan untuk warganegara sahaja
* Pengambilan bukan warganegara dengan syarat-syarat berikut;
a) Tiada calon warganegara yang layak
b) Dengan kebenaran khas kerajaan secara kontrak atau sementara dalam tempoh masa yang terhad
* Pengambilan boleh dipertimbangkan daripada;
a) Permohonan dari bekas pegawai yang berhenti dengan kebenaran khas Suruhanjaya
b) Bekas pegawai yang ditamatkan jawatan kerana tidak lulus peperiksaan atau sebab dasar mengurangkan kakitangan dalam masa dahulu
c) Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan yang lain
d) Syarat umur ditentukan mengikut kalendar Gregory
e) Semua jawatan kosong dalam Kumpulan Pengurus dan Ikhtisas, Kumpulan Kerja dan Separa Ikhtisas, serta Kumpulan Perkeranian dan Teknik dikehendaki diiklankan oleh Suruhanjaya sekurang-kurangnya dalam sebuah surat khabar
f) Jawatan yang hendak diisi oleh pegawai yang sedang berkhidmat, iklan boleh diedarkan secara Surat Pekeliling kepada jabatan-jabatan yang berkenaan
g) Jawatan dalam Kumpulan Rendah dan Buruh Kasar, Iklan boleh dipamerkan di papan kenyataan jabatan disamping salinannya dikirim kepada Pejabat Pekerjaan yang berdekatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan
h) Pegawai yang boleh disahkan dalam jawatan asalnya tetapi gagal mendapat pengesahan dalam jawatan baru, boleh dipertimbangkan menerimanya balik jawatan asalnya dengan syarat tertentu
i) Pegawai kontrak yang ingin sambung kontraknya boleh dipertimbangkan jika perkhidmatan nya masih diperlukan
j) Pegawai boleh ditukarkan mengikut syarat-syarat pertukaran
k) Pegawai dipinjam harus mengikut syarat khas
PROSES URUSAN PENGAMBILAN DAN PERLANTIKAN
- Ketua Jabatan kemukakan jumlah kekosongan jawatan kepada Suruhanjaya
- Setelah lulus, Ketua Jabatan sediakan iklan untuk disiarkan dalam Surat Khabar/Pekeliling
- Pengurusan pilih calon yang layak melalui ujian bertulis / temuduga
- Suruhanjaya sampaikan tawaran jawatan kepada calon yang berjaya bersama Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat yang berkenaan
- Ketua Jabatan hantar surat Penerima Jawatan berserta dengan Sijil Akuan Doktor dan Surat Sumpah Calon serta tarikh pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas
TEMPOH PERCUBAAN DAN PENGESAHAN DALAM JAWATAN
* Seseorang pegawai yang dilantik dalam perkhidmatan biasanya dikenakan tempoh percubaan dan hanya boleh disahkan dalam jawatannya selepas tempoh percubaan
* Tempoh percubaan boleh dilanjutkan atas pertimbangan Suruhanjaya Perlanjutan Tempoh Percubaan
* Pengesahan jawatan adalah dilakukan mengikut suatu sistem tertentu
PROSES PENGURUSAN PERJAWATAN DAN PENGESAHAN JAWATAN GURU DALAM SEKOLAH
1. Urusan pengagihkan lulusan Diploma Pendidikan dari Maktab Perguruan / Universiti ke sekolah
2. Lulusan Diploma Pendidikan ditempatkan di sekolah sebagai guru sandaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah
3. Guru sandaran dipanggil menghadiri temuduga selepas mengikut prosedur permohonan jawatan yang diiklankan
4. Jika berjaya, guru sandaran dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (siswazah / Lepasan Diploma) dalam percubaan
5. Guru menghadiri kursus induksi dengan sokongan Pengetua / Guru Besar
6. Surat dan dokumen-dokumen dihantar ke Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri untuk permohonan pengesahan jawatan
7. Surat perlantikan dan pengesahan diuruskan dan dihantar kepada guru dari Kementerian Pelajaran dengan persetujuan pihak JPA melalui Jabatan Pelajaran Negeri
PENAMATAN KERJA
* Pegawai perkhidmatan boleh ditamatkan kerja dengan sebab-sebab berikut;
a) Memberi kenyataan kesihatan dan sumpah palsu
b) Gagal disahkan dalam jawatan selepas tempoh percubaan
c) Melanggar syarat-syarat perkhidmatan
* Notis menamatkan kerja satu bulan diberi kepada pegawai sementara / bukan berpencen jika berkhidmat kurang 1 tahun dan 3 bulan jika berkhidmat lebih daripada 1 tahun
* Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan pegawai tersebut dengan serta merta tanpa diberi sebab dengan membayar sebulan gaji kepadanya
* Pegawai yang telah disahkan dalam jawatan dan ingin meletakkan jawatan hendaklah memberi notis berhenti kerja sebulan terlebih dahulu atau membayar sebulan gaji pengganti notis
* Notis berhenti kerja bagi pegawai kontrak hendaklah mengikutm syarat-syarat dalam kontrak
* Pegawai yang ada ikatan dengan kerajaan dikehendaki menyelesaikan segala urusan ikatannya sebelum notis berhenti kerja diluluskan
PERSARAAN
* Berikut menyatakan umur-umur bersara pilihan dan wajib bagi pegawai kerajaan;
Lelaki - 40 tahun (bersara pilihan) - 58 tahun (bersara wajib)
Perempuan - 40 tahun (bersara pilihan) - 58 tahun (bersara wajib)
* seseorang pegawai perempuan yang berkahwin dan telah disahkan dalam jawatan boleh disarankan bersara bila-bila masa jika didapati mengganggu kecekapannya dalam tugas yang dijalankan
PERATURAN URUSAN PERSARAAN WAJIB / PILIHAN
* Permohonan harus dibuat dalam masa 12 bulan lebih awal
* Permohonan guru hendaklah dapat borang permohonan daripada JPN
* Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan sokongan Ketua Jabatan
* Salinan-salinan dokumen yang hendak disertakan ialah surat beranak bagi anak-anak di bawah umur 21 tahun, gambar pasport pegawai, sijil nikah, sijil KWSP, cukai pendapatan, KP pesara isteri / suami, pinjaman perumahan / kenderaan dan nombor akaun bank

GURU DAN KOMUNITI

Cemerlangnya seseorang guru itu tidak terbatas kepada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan. Ia juga akan diukur kepada kualiti peribadi yang tinggi menjadi ikutan, rujukan dan contoh kepada pelajarnya. Ketinggian kualiti peribadi guru boleh dijadikan pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan.
Kejayaan bangsa dan negara adalah dari pembinaan modal insan. Tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan dalah modal insan yang dijadikan teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Insan yang menjadi modal atau aset negara ini juga mesti berani berlumba, membina prestasi serta memiliki merit hingga dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa. Oleh itu, kejayaan sesebuah negara itu adalah bergantung kepada modal insannya.
Untuk mencapai agenda tersebut, pendidikan menjadi wahana utama. Pelajari semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Warga pendidik merupakan golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina generasi masa depan negara. Untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi perlu diteruskan manakala hal ehwal kebajikan mereka mereka perlu dipelihara sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kejayaan bahawa pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yang berkesan.
Generasi yang ingin kita lahirkan ialah generasi yang mengamalkan pendidikan sepanjang hayat, menguasai lebih daripada satu bahasa dan berbudaya ilmu tinggi kerana dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan, kekuatan sesebuah negara bergantung kepada keupayaan penduduknya menjana daya intelektual.
Tugas guru menjadi semakin sukar kerana perkhidmatannya berkait rapat dengan personaliti dan hubungan kemanusiaan. Semua pihak yang tebabit dengan pendidikan iaitu masyarakat, ibu bapa, kerajaan dan pelajar sebenarnya meletakkan harapan tinggi kepada guru. Namun begitu ada masanya guru dibiarkan sendirian merealisasikan harapan itu. Profesion keguruan terbuka luas untuk kritikan sesiapa sahaja. Guru dibiar terumbang-ambing dalam arus deras reformasi yang melanda orientasi, metodologi dan teknologi pendidikan.
Guru mestilah mampu mengimbangi antara kehendak masyarakat dengan tanggungjawab hakikinya sebagai pendidik iaitu meningkatkan potensi profesionalismenya dan pada masa yang sama menangani rutin pentadbiran yang dihadapinya serta memaksimakan pembelajaran anak didiknya.

HADAPI PELAJARAN UNTUK KECEMERLANGAN

CARA-CARA MENGHADAPI PELAJARAN UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN
1. Buat persediaan dari awal dan jangan menunggu hingga saat-saat terakhir untuk mengulang kaji pelajaran
2. Memberikan tumpuan kepada guru semasa pengajaran kerana anda mungkin tidak dapat mengikuti pelajaran jika hanya bersembang
3. Elakkan diri daripada tabiat ponteng sekolah kerana hal yang sedemikian hanya akan merugikan diri sendiri
4. Bertanya kepada guru jika mempunyai masalah dalam pelajaran
5. Belajar secara berkumpulan serta berbincang dengan rakan-rakan tentang topik-topik yang susah
6. Menjaga kesihatan dengan tidur yang cukup dan mengambil makanan seimbang
7. Menyertai kelas tambahan
8. Membuat latihan kendiri di rumah
9. Menetapkan matlamat harian tentang apa yang perlu dikaji pada setiap hari
10. Melayari internet yang berkaitan dengan pendidikan
11. Sebagai seorang beragama banyakkan solat dan doa

PENDIDIKAN KHAS

JAWATANKUASA
1. Jawatankuasa Pendidikan Khas
2. Jawatankuasa Kokurikulum Pendidikan Khas
3. Jawatankuasa Program Inklusif
4. Jawatankuasa Disiplin Pendidikan Khas
PERJAWATAN GURU PENDIDIKAN KHAS
Perjawatan Guru Pendidikan Khas adalah satu perjawatan tambahan dan tidak termasuk di dalam perkiraan bilangan guru asas sekolah.
Jumlah Guru Pendidikan Khas = 1.5 guru X Bilangan Kelas
Jumlah guru pendidikan khas adalah satu jawatan sepenuh masa dan tidak boleh digunakan sebagai guru ganti di kelas aliran perdana.
BILANGAN KELAS PENDIDIKAN KHAS
Perkiraan bilangan kelas pendidikan khas adalah seperti berikut;
Bilangan Kelas Pendidikan Khas = Jumlah Murid/6.5 murid
MESYUARAT
1. Mesyuarat Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Integrasi
2. Mesyuarat Pemuafakatan Dengan Ibu Bapa/Penjaga
PERJAWATAN PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
Perjawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas (DG44) untuk Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah menengah dan Perjawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas (DGA32) untuk Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah rendah telah diluluskan pada tahun 2008. Kelayakan perjawatan ini adalah tertakluk kepada pengredan sekolah yang ditentukan oleh Bahagian Sumber Manusia.
Rujuk Surat Siaran Jabatan Pelajaran Perak; J.Pel.Pk.SULIT/4773/(18) bertarikh 27 November 2007
PERJAWATAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS
Penyelaras Pendidikan Khas (untuk sekolah tanpa perjawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas) dilantik secara dalaman dari kalangan guru-guru pendidikan khas oleh pihak pentadbir sekolah berpandukan beberapa kriteria yang berikut;
1. Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan khas
2. Daya kepimpinan
3. Perwatakan
4. Komitmen atau kesungguhan
5. Kekananan
6. Sokongan dari guru-guru pendidikan khas yang lain
7. Sokongan dari pihak pentadbir sekolah
Cadangan nama guru pendidikan khas yang akan dilantik menjadi Penyelaras Pendidikan Khas hendaklah dipanjangkan ke Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri. Surat perlantikan akan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
Perjawatan Penyelaras Pendidikan Khas boleh digantikan dengan penyelaras baru berdasarkan sebab-sebab berikut;
1. tidak mampu melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawabnya dengan baik
2. tidak mematuhi arahan/pekeliling
3. mendapat aduan bertulis daripada guru-guru (terutama di kalangan guru-guru pendidikan khas) atau pihak pentadbir sekolah atau ibu bapa / penjaga atau pihak luar dan apabila disiasat serta didapati aduan itu berasas.
PERJAWATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) PENDIDIKAN KHAS N17
Perjawatan Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas telah diluluskan oleh Bahagian Sumber Manusia pada tahun 2007. Perjawatan ini telah diisi di sekolah-sekolah secara berperingkat. Perkiraan bilangan PPM Pendidikan Khas adalah seperti berikut;
10 murid Pendidikan Khas = 1 perjawatan PPM
Perkiraan bilangan PPM di atas adalah tertakluk kepada pindaan.
Rujuk lampiran 1 untuk senarai tugas Staf Sokongan Bukan Guru (Pelajaran) - Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 (Integrasi Pendidikan Khas).

Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA

labbaikallahummalabbaik,
labbaikalasharikalakalabbaik,
innalhamda,
walnikmata,
lakawalmulk,
lasharikalak.
"hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-MU, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

INSAN DI JALANAN

suatu jalanan di hujung senja
matahari masih merah
germerlapan neon
malam hampiri
burung
terbang riang
pulang ke sarang
di tepi jalanan itu
ada insan berjalan
dengan hati yang terkata
teruskan atau berhenti saja
suatu perjalanan di hujung senja
matahari sudah pun mengundur diri
kegelapan malam disuluh oleh purnama
kicauan burung kini tiada lagi
deruan kereta masih ada
insan yang dijalanan
terus berjalan
suatu jalan
di hujung senja
tiada lagi matahari
bulan sebagai ganti
neon terus bercahaya
bersama lampu minyak tanah
menampakkan muka untuk bersua

KECEMERLANGAN SEKOLAH

Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada daya usaha semua gurunya kerana tugas guru adalah untuk membangunkan insan dan membimbing pelajar dari segi sosial, budaya dan akhlak.
Terdapat lima faktor yang boleh menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Faktor-faktor tersebut adalah;
1. Guru Besar sebagai nakhoda sekolah sentiasa memastikan setiap kegiatan kurikulum dan kokurikulum berjalan lancar. Selain itu, ia hendaklah boleh mengawal masalah disiplin pelajar dengan berkesan disamping melaksanakan wawasan dan misi yang digariskan bersama guru.
2. Semua guru sentiasa komited dengan tugas yang diberikan sama ada dalam kurikulum mahu pun kokurikulum. Semua guru berfungsi sebagai guru disiplin serta memiliki akhlak danj sahsiah yang tinggi yang akan menjadi contoh dan teladan kepada setiap pelajar.
3. Semua pelajar melibatkan diri dengan aktif dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum. Pelajar mestilah menumpukan perhatian kepada akademik untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan pada masa sama menjalin hubungan baik dengan guru, berakhlak dan berbudi pekerti tinggi.
4. Ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pula memastikan tiada gejala negatif di kalangan pelajar. Mereka mesti memberi kerjasama erat kepada pihak sekolah dalam menjayakan program akademik dan kokurikulum. Mereka menjadi mata dan telinga kepada sekolah bagi mengawasi masalah disiplin, ponteng dan gejala penyalahgunaan dadah.
5. Persekitaran sekolah mestilah mempunyai ciri sekolah dalam taman, tenang, selamat dan sesuai sebagai tempat untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, disamping kemudahan seperti makmal komputer serta pusat sumber sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan dan rujukan.
Jika kelima-lima faktor ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, sekolah akan mencapai kecemerlangan yang berterusan dalam kurikulum dan kokurikulum. Sehubungan itu, guru memainkan peranan penting dalam memupuk nilai murni serta membangunkan sekolah. Nilai murni perlu disebarkan melalui pendidikan dalam bentuk amanat dan pesanan dalam pelbagai perkara dan situasi.

Saturday, December 6, 2008

DISIPLIN DAN KESUNGGUHAN BEKERJA DALAM ISLAM

Disiplin dan kesungguhan adalah merupakan aspek penting dalam kehidupan. Kedua-dua aspek ini perlu seiring dan sejalan dan tidak boleh dipisahkan. Ibarat irama dan lagu andai dipisahkan maka tempanglah ia. Begitulah disiplin dan kesungguhan kita bekerja sebagai umat Islam.
Disiplin boleh dimaksudkan sebagai panduan, peraturan atau undang-undang. Disiplin sekiranya dipatuhi akan memudahkan kita melaksanakan apa saja aktiviti. Manakala kesungguhan pula adalah sebagai ketekunan atau ketaatan kita apabila melakukan sesuatu kerja. Kesungguhan kita bekerja akan menjadikan kerja tersebut dapat disiapkan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.
"sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun".
Dari hadith Nabi Muhammad SAW yang tersebut di atas, dapat difahamkan bahawa ketekunan yang berdasarkan kepada disiplin itu memang dituntut oleh Islam.
Pentingnya disiplin dan kesungguhan dalam kehidupan tidak dapat dinafikan, baik terhadap Allah SWT (Agama), terhadap diri keluarga, terhadap masyarakat dan terhadap negara.
Disiplin Terhadap Allah SWT (Agama)
Ini adalah merupakan disiplin dan kesungguhan yang amat tinggi kerana Allah SWT punca dan matlamat segala-galanya. Untuk merealisasikan disiplin terhadap Allah SWT mudah sahaja iaitu melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Ini merangkumi sebagai "ibadah". Ibadah ini terbahagi kepada dua iaitu ibadah langsung dan nibadah secara tidak langsung. Dalam ibadah, pelbagai disiplin perlu dijaga, Ini termasuklah disiplin masa, disiplin tempat kerja, disiplin tingkah laku dan sebagainya.
Disiplin Terhadap Diri dan Keluarga
Islam memang menitikberatkan disiplin terhadap diri dan keluarga kerana dengan adanya disiplin, seseorang itu atau sesebuah keluarga itu akan mendapat kejayaan hidupnya. Mengenai diri, Islam menggesa umatnya supaya mendisiplinkan diri dengan sifat-sifat terpuji, berakhlak mulia, jujur, amanah, adil dan sebagainya.
Disiplin Terhadap Masyarakat
Pengertian masyarakat merangkumi skop yang amat luas termasuk jiran tetangga, rakan sebaya dan seterusnya masyarakat Islam seluruhnya. Dalam hal ini walau bagaimanapun perhatian akan diberikan kepada aspek-aspek ekonomi dan sosial.

MODAL INSAN

CIRI-CIRI MODAL INSAN
Salah satu daripada enam teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah pembangunan modal insan. Ia adalah merupakan teras yang kedua dalam PIPP. Untuk pembangunan modal insan ini tumpuan utama adalah kepada peranan dan tanggungjawab guru dan sekolah yang akan melahirkan insan-insan mengikut acuan PIPP itu sendiri. Insan yang akan dihasilkan nanti mestilah boleh menjadi aset kepada negara.
Terdapat empat ciri yang penting modal insan yang dihasratkan atau yang ingin dilahirkan melalui pelaksanaan PIPP. Empat ciri penting tersebut adalah;
1. Insan ini adalah merupakan pelajar yang mempunyai keseimbangan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Mereka ini percaya kepada Tuhan dan setia kepada raja dan negara. Insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi, berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai murni. Mereka juga mestilah berkeyakinan tinggi, berketrampilan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
2. Insan ini juga mestilah sebagai pekerja yang berkualiti, berintegriti dan mempunyai minda kelas pertama. Memiliki minda peneroka, berfikiran kritis dan kreatif, berilmu pengetahuan luas dan sentiasa dahagakan ilmu. Mempunyai kemahiran yang tinggi disamping menguasai kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Insan yang berfikiran terbuka, berprinsip, reflektif serta sanggup menghadapi risiko. Mereka ini mestilah mampu berkomunikasi dengan berkesan dan sentiasa sanggup ke hadapan untuk mencipta teknologi yang bermutu tinggi.
3. Melahirkan insan sebagai pengendali yang global yang berdaya saing tinggi, berdaya tahan, menguasai pelbagai bahasa terutama bahasa Inggeris. Disamping itu penguasaan bahasa antarabangsa yang lain adalah digalakkan. Mereka ini akan terus berpegang teguh kepada jati diri sebagai rakyat Malaysia dan mempunyai identiti yang positif dan tersendiri.
4. Insan yang merupakan warganegara yang bertanggungjawab, bersikap patriotik dan berbudi bahasa. Warganegara yang komited, berlaku adil serta berjiwa penyayang. Mereka ini juga mestilah sanggup mencurahkan bakti dan boleh menjadi seorang pemimpin yang berkesan kepada keluarga, komuniti dan negara.

KAU YANG KU RINDU

suaramu yang mengasyikkan
ketawamu yang menghiburkan
senyummu yang mendebarkan
apakah aku mula tertawan?
jelinganmu yang manja
menusuk di jiwa
gayamu yang menawan
menikam di hati
renunganmu
menggoda diri
tingkahmu yang lembut
membuat hatiku terus terpaut
apakah aku mula tertarik?
ingin bersamamu
tiap detik dan ketika
agar luka di hati ini
dapat sembuh kembali

BAYARAN TAMBAHAN BERKOCAK LAGI?

Pada awal tahun 2008, isu bayaran tambahan telah mendominasikan permasalahan di sekolah. Walaupun isu ini dianggap "ibarat air yang berkocak di dalam cawan" bagi sebilangan komuniti namun, ianya perlu dikaji dengan lebih halus dan teliti, Tindakan yang sewajarnya perlu diambil agar isu seperti ini tidak akan berulang kembali. Kementerian Pelajaran seharusnya mengambil perhatian yang serius agar isu ini tidak lagi menghantui ibu bapa, sekolah dan kementerian itu sendiri. Semua pihak tertanya-tanya, mengapakah isu ini begitu hangat diperdebatkan sehingga tuding menuding antara satu sama lain. Di sini berlakulah "bangau oh bangau" yang tiada penghujungnya.
Isu ini menjadi lebih panas apabila ada pihak yang berkepentingan mempolitikkannya. Janganlah sekadar inginkan sokongan dan "populariti", isu ini menjadi percakaran sesama sendiri. Menjadi mangsanya adalah kita sendiri. Oleh itu demi bangsa dan negara, semua pihak perlu berkorban dan dapat menangani isu ini dengan lebih berhemah. Jangan kita pertaruhkan isu ini sehingga menjatuhkan maruah kita sendiri.
Tahun 2009 bakal menjelang tiba. Detik dan ketikanya tahun 2008 akan meninggalkan kita. Apakah isu bayaran tambahan ini akan berkocak kembali? Pasti isu ini akan bergelora kembali apabila ibu bapa menghadapi hari pertama persekolahan anak-anak mereka. Apakah Kementerian Pelajaran masih lagi inginkan isu ini dimainkan semula? Keputusannya adalah di tangan orang-orang penting di kementerian tersebut. Sekolah dan ibu bapa hanya akan menunggu irama yang akan didendangkan untuk menentukan rentak tarian yang bakal dipersembahkan.
Dalam isu ini, sewajarnya perbandingan perlu dibuat oleh komuniti terutama ibu bapa. Bayaran tambahan yang "diwajibkan" oleh Sekolah Harian (SH) dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) patut dibuat perbandingan. Terdapat jurang yang terlalu dalam antara kedua-dua jenis sekolah ini dalam menentukan bayaran tambahan. Persoalannya, mengapa ibu bapa dan komuniti langsung tidak mempertikaikan jumlah bayaran tambahan yang dikenakan oleh SBP tersebut? Mengapa ibu bapa yang anak mereka ditawarkan belajar di SBP sanggup menjelaskan bayaran tambahan walaupun tinggi jika dibandingkan dengan SH?
Selain SBP, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) juga telah meletakkan bayaran tambahan lebih tinggi dari SH. Mengapa ibu bapa yang menganggap diri mereka berpendapatan rendah masih mampu membiayai bayaran tambahan anak-anak yang belajar di MRSM? Apatah lagi suatu ketika dulu pelajar-pelajar MRSM ini tidak disediakan kemudahan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Mengapa masih ada ibu bapa yang sanggup membeli buku teks untuk anak-anak mereka disamping mengeluarkan wang untuk bayaran tambahan? Mengapa komuniti terutama media tidak memainkan isu ini yang dijangka akan lebih hangat lagi?
Memang, tidak ada masalah yang tidak boleh diatasi. Dalam menangangi isu ini, mengapa pihak yang tertentu sahaja yang dipersalahkan? Begitu juga dengan jalan penyelesaian, mengapa pihak tertentu juga yang perlu merungkai ikatan permasalahan ini? Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga sewajarnya memainkan peranan penting bagi menangani isu ini. Tindakan yang profesional perlu diambil agar dapat menjamin keputusan yang menjanjikan menang-menang (win win) dicapaikan. Pihak media pula diharapkan tidak lagi memainkan isu ini di setiap ruang yang menjadi peluang kepada mereka.

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN KHAS

Faktor yang menentukan kejayaan pendidikan murid berkeperluan khas;
1. dasar pendidikan
2. kurikulum
3. modul pengajaran
4. kepakaran guru dan perjawatan
5. kemudahan infrastruktur dan peralatan
Dalam usaha untuk menyediakankan faktor-faktor di atas, pelbagai isu yang perlu ditangani dengan bijak dan profesional. Antara isu yang memberi kesan besar kepada keberkesanan program Pendidikan Khas ialah komitmen pelbagai pihak yang signifikan dengan pendidikan murid berkeperluan khas. Dalam isu ini semua pihak wajar memainkan peranan dengan lebih berkesan.
1. ibu bapa - wajar komited dan pastikan anak mereka mendapat intervensi sewajarnya melalui kerjasama yang mantap antara rumah dengan sekolah.
2. kaunselor - memainkan peranan untuk memastikan murid dan ibu bapa mereka sentiasa bermotivasi meneruskan intervensi yang dirancang.
3. guru - elemen penting dalam keberkesanan program Pendidikan Khas dan perlu memiliki kemahiran dan kepakaran tertentu bergantung kepada jenis kecacatan murid yang dilatih.
4. komuniti - perlu prihatin untuk mengenali murid berkeperluan khas terutama rakan sebaya yang normal perlu menjadi pendorong utama yang boleh meransang motivasi murid ini.
Bagi Jabatan Pendidikan Khas (JPK), cabaran yang dihadapi adalah untuk menyebarluaskan fakta berkaitan peluang pendidikan murid berkeperluan khas yang disediakan oleh kementerian. Bagi ibu bapa dan masyarakat perlu diperjelaskan agar mereka ini lebih memahami tentang peluang dan keperluan pendidikan murid tersebut.

Thursday, December 4, 2008

ADALAH AKU

cintaku padamu
adalah sesejuk embun pagi
kasihku padamu
adalah sejernih air dikali
sayangku padamu
adalah seperti air yang mengalir tanpa henti
rinduku padamu
adalah seperti ombak memukul pantai

PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Program Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas boleh ditakrifkan sebagai;
1. Suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan dan kecacatan pendengaran.
2. Suatu program percantuman yang dijalankan di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran.
3. Suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
Kementerian yang bertanggungjawab terhadap Pendidikan Khas di Malaysia
1. Kementerian Pelajaran
2. Kementerian Pengajian Tinggi
3. Kementerian Kesihatan
4. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
5. Kementerian Sumber Manusia
Perakuan 169
Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran menjadi titik tolak kepada penekanan yang lebih jelas terhadap perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan itu menyatakan, "dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat, adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu daripada pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah diteruskan."
Akta Pelajaran 1961 ada menyatakan tentang dasar Pendidikan Khas di Malaysia. Bagi tujuan pelaksanaan pula, Kementerian Pendidikan mengadakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 iaitu melalui semakan Akta Pelajaran 1961 dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.
Kategori Pendidikan Khas
1. Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran
2. Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan
3. Program Pendidikan Khas Integrasi
Program Pendidikan Khas Prasekolah
Program ini juga disediakan untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun yang berada dalam situasi ketiga-tiga kategori di atas. Bagi program 1 dan 2 disediakan di sekolah khas manakala program 3 di sekolah biasa yang mempunyai program integrasi.
Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional
Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional disediakan untuk ketiga-tiga kategori murid berkeperluan khas. Program bagi kategori bermasalah penglibatan dan pembelajaran hanya bermula pada 2004.
Program Pendidikan Inklusif
Program ini mirip kepada konsep integrasi berfungsi. Dilaksanakan dalam dua cara;
1. inklusif penuh
2. inkulsif separa
Kurikulum
Pendidikan bagi murid berkeperluan khas adalah sebahagian daripada perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Murid-murid berkeperluan khas diberi pendidikan dengan menggunakan kurikulum yang sama dengan murid-murid normal. Bagaimanapun, terdapat pengubahsuaian yang dibuat di mana perlu di dalam kelas dan disokong dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik supaya mereka memperolehi pencapaian yang optimum.

PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Integrasi bagi tujuan memantapkan pengurusan dan pentadbiran program pendidikan khas di sekolah.
Jawatankuasa Pendidikan Khas
Penasihat:-
Guru Besar
Pengerusi:-
Penyelaras Pendidikan Khas
Naib Pengerusi:-
Penolong Kanan Pentadbiran
Setiausaha:-
Guru Pendidikan Khas
Bendahari:-
Guru Pendidikan Khas
Jawatankuasa:-
Guru Bimbingan
Semua Guru Pendidikan Khas
Guru Pemulihan Khas

TANGKAI CINTA

di pulau itu
termeteri sebuah cinta
hatimu hatiku bertakhta
dalam singgahsana waspada
namun sebuah badai ternganga
mengigit tangkai cinta
memisahkan
dua manusia
dua jiwa
maka terlerailah
tangkai cinta

PPSMI MEMANG WAJAR DIKAJI SEMULA

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein baru-baru ini mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini bukan penentu sama ada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diteruskan atau tidak, sebaliknya akan turut mengambil pandangan perbagai pihak, termasuk cendekiawan, ahli akademik dan orang ramai.
Pengumuman itu menggambarkan keterbukaan serta kesediaan Kementerian Pelajaran untuk menerima pelbagai pendapat dan pandangan dalam isu yang hangat diperkatakan sejak peringkat awal idea untuk melaksanakannya lagi.
Sama seperti mana-mana program lain, kita merasakan memang wajar untuk kementerian membuat kajian semula terhadap pelaksanaan PPSMI. Jika Terbukti program ini memberi kesan dan impak yang positif, sudah tentu pelbagai pihak bersedia memberi sokongan untuk meneruskannya. Jika sebaliknya, sudah sewajarnya pendekatan baru dicari dalam menangani isu ini.
Lagi pun bukanlah pertama kali kementerian berbuat demikian. Jika kita masih ingat, tidak lama dulu Kementerian Pelajaran pernah memansuhkan subjek Alam dan Manusia yang ada mengandungi komponen sains, sejarah, kajian tempatan dan kesihatan, selepas tujuh tahun ia diajar di sekolah. Keputusan itu dibuat selepas mendapati guru ketika itu tidak berupaya untuk mengajar komponen sains di dalam subjek berkenaan. Berikutan itu, Kementerian Pendididkan membuat keputusan memansuhkan subjek berkenaan dan memperkenalkan semula subjek Sains di sekolah.
Kita percaya banyak pihak, terutama dalam kalangan pendidik sendiri, menyambut baik sikap terbuka dan kesediaan kementerian untuk berbuat demikian. Sebagai golongan yang terbabit secara langsung pada peringkat pelaksanaan, golongan pendidik tidak seharusnya diketepikan untuk memberi pandangan dan input hasil pengalaman mereka melaksanakan program itu selama ini.
Memandangkan mereka yang melaksanakannya, maka sudah tentu guru lebih mengetahui dengan tepat mengenai tahap pencapaian pelajar. Dengan itu, ia membolehkan kementerian mendapat input sebenar mengenai kekuatan dan kelemahan program PPSMI selama ini.
Bahkan kita percaya dengan sikap terbuka sedemikian, berdasarkan pengalaman mereka, guru sudah tentubersedia untuk mengemukakan pandangan dan cadangan bagi memantapkan pengajaran subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di sekolah.

Wednesday, December 3, 2008

KECEMERLANGAN DIRI

Untuk mencapai kecemerlangan empat perkara dalam diri kita perlu dicemerlangkan. Empat perkara tersebut seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):-
"Pendidikan di Malaysia adala suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara".
JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK
Dalam FPK, empat perkara yang perlu diseimbangkan bermula dengan Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan diri keempat-empat perkara tersebut perlu dicemerlangkan. Untuk kecemerlangan diri, kita perlu cemerlangkan dulu jasmani, emosi, rohani dan intelek (jeri). Saya ikut turutan jeri untuk memudahkan warga pendidik yang telah menjadi kebiasaan menggunakan turutan ini.
CEMERLANG JASMANI
Seseorang yang cemerlang jasmaninya akan mengamalkan gaya hidup sihat. Mereka akan menjaga pemakanan dengan baik dengan mengambil makanan yang seimbang dan berzat. Jasmani mereka tidak akan dicemari dengan kegiatan yang negatif seperti pil khayal, arak, dadah dan rokok. Mereka juga akan menjauhi diri dari HIV dan AIDS. Untuk kelihatan sihat dan cergas, mereka melakukan senaman. Jasmani yang sihat menjanjikan otak pun akan sihat.
CEMERLANG EMOSI
Cemerlang emosi juga mengawal tingkah laku sesorang. Emosi yang cemerlang bermaksud seseorang itu dapat mengawal dan menangani emosi ke arah yang positif. Seorang majikan pada hari ini sanggup memaki hamun pekerja bawahan hanya atas kesalahan yang kecil. Ini adalah merupakan kes marah yang melampau. Seorang anak sanggup membunuh ibunya atas emosi yang tak terkawal seperti cemburu atau menidakkan kemahuannya. Seseorang yang sedang bersedih perlu mengawal emosinya agar jangan terlalu bersedih sehingga melupakan dirinya tanpa diurus.
CEMERLANG ROHANI
Rohani merupakan jiwa atau dalaman diri kita. Orang Islam yang mematuhi ajaran agamanya adalah untuk kebersihan rohaninya. Sebarang tuntutan agamanya mesti didahului seperti rukun islam dan rukun iman. Taat dan menghormati ibu bapa juga menunjukkan seseorang itu ke arah cemerlang rohani. Seseorang yang inginkan cemerlang rohaninya perlu berusaha menambahkan ilmu pengetahuan, mengamalkan amalan sunat serta mendampingi orang-orang 'alim. Perkara wajib perlu dilakukan dan haram mesti dijauhi agar cemerlang rohani dapat diperolehi.
CEMERLANG INTELEK
Intelek boleh disamakan maksudnya dengan minda. Oleh itu seseorang yang cemerlang intelek menandakan mindanya adalah cemerlang. Cemerlang intelek bukanlah bererti seseorang itu mencapai kecemerlangan dalam akademiknya semata-mata. Ia mempunyai kecemerlangan dalam pemikiran dan keilmuan. Seseorang yang cemerlang inteleknya akan meletakkan dirinya bebas tanpa kongkongan atau terpengaruh dengan sesuatu budaya yang negatif. Cemerlang intelek membantu perkembangan kehidupan seseorang. Matlamat hidup yang positif adalah menjadi fokus utama kepada orang yang cemerlang inteleknya. Cemerlang intelek boleh diperolehi melalui pengalaman, bacaan dan amalan. Cemerlang intelek membuat seseorang itu mempunyai identiti dan berpersonaliti.
"mereka yang tidak mempunyai keupayaan serta tiada kecemerlangan diri diibarat seperti kerbau yang ditarik hidungnya."

Tuesday, December 2, 2008

LIKU-LIKU KEHIDUPAN

kedengaran
deburan ombak yang menghempas diri
bersama
desiran bayu membelai pepohon
melambai-lambai penuh kesyahduan
diiringi
suara unggas bersama melodinya
sang burung dengan iramanya
menyusup sayup di sana
di lembah genting kepayahan
di puncak gunung keperitan
di dasar laut kesusahan
dan
terdampar dikehijauan rumput
disirami embun dinihari
namun akan punah
bersama sinaran matahari pagi

PULAU RU SEBATANG

1 DISEMBER 2008
Selepas sarapan pagi kami menaiki bas menuju ke SK Pulau Ru Sa (SKPR) Perkataan Ru dengan perkataan Sa itu saya jarakkan supaya kita tahu sejarah asal usul Pulau Rusa. Kalau dilihat pada papan tanda "SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU RUSA", terbayang difikiran bahawa asal usul tempat itu adalah sebuah pulau yang banyak rusa. Namun, jangkaan itu meleset sama sekali apabila Encik Abdul Raki bin Abdullah, Guru Besar SKPR memberi ucapan aluan dan taklimat kepada kami. Sekarang barulah kami tahu bagaimana asal usul nama Pulau Rusa itu diperolehi. Terima kasih Cikgu Abdul Raki.
PENGURUSAN RMT
Pengurusan RMT yang berkesan telah meletakkan SKPR dikenali seluruh pelusuk Malaysia. Apabila kami sampai sahaja di SKPR, kami terus di bawa ke kantin sekolah. Di sini kami lihat ada sudut Pengurusan RMT. Di sini ada menu, peraturan, kad nama penerima, pinggan mangkok dan pelbagai yang berkaitan. Susunan dan cara pengagihan menjadikan pengurusan RMT SKPR berjaya dan berkesan selaras dengan matlamat RMT itu sendiri. Semua guru terlibat pada setiap hari mengikut giliran bertugas di sudut RMT ini. Mereka ini terlibat dalam pengagihan makan dan minuman, catatan fail-fail, disiplin penerima dan sebagainya. Aliran kerja RMT yang dipamerkan menampakkan pengurusan RMT di SKPR yang berjaya dan mencapai kecemerlangan. Usaha dan langkah oleh warga SKPR ini sepatutnya ditiru untuk dipraktikkan di semua sekolah.
PENGURUSAN SBT
SKPR mempunyai "Kiosk SBT". Murid-murid yang terlibat dengan SBT akan berada di kiosk ini untuk menerima makanan (sama seperti RMT). Semua fail yang berkaitan dengan SBT akan dikemaskinikan oleh guru-guru SBT dan ditempatkan di kiosk ini. Pencapaian murid dalam SBT yang dipamerkan akan memberi motovasi kepada mereka untuk lebih cemerlang. Pengurusan makanan di kiosk dibuat ala cafe menjadikan suasana di situ lebih selesa dan menyelerakan. Penerima RMT dan SBT ditatang bagai minyak penuh melalui pelbagai aspek. Menu, umpamanya dibuat seperti menu di restoren. Oleh itu, pelajar sentiasa datang awal pagi untuk menerima RMT dan SBT pada waktu tengah hari. Kantin SKPR juga adalah sangat "kondusif". Apabila berada di dalamnya seolah-olah berada di sebuah hotel empat bintang.
"TAHNIAH DAN TERIMA KASIH SKPR"

SK KUALA BESUT

30 NOVEMBER 2008
Kami (Warga Pendidik dari PPD Kuala Kangsar) sampai di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, Terengganu (SKKB) pada jam 3.45 petang, terlewat 45 minit dari masa yang diprogramkan. Untuk sampai ke sekolah ini ada pelbagai alternatif jalan raya. Jalan yang menuju ke SKKB terbentang luas ibarat "lebuh raya" yang selesa. Sepatutnya kami dapat menepati masa tetapi kami berasa bersalah kerana membuat warga pendidik SKKB yang diketuai oleh Guru Besarnya Encik Che Husin bin Ismail resah, goyah dan pasrah menanti. Memang benar, penantian itu satu penyiksaan. Terima kasih warga pendidik SKKB kerana penuh setia dan sabar menanti.
AIR MELAUT DI MANA-MANA
Perjalanan kami yang sepatut lancar telah bertukar menjadi perjalanan yang penuh berliku. Berliku bukan penuh dengan onak yang berduri atau dipenuhi dengan jurang yang dalam lagi mengancam, tetapi ianya dengan air yang menengelami. Itulah kehendak Allah SWT. Manusia sebagai hambaNya hanya boleh merancang tetapi hanya Allah SWT sahaja yang akan menentukankan sama ada perancangan manusia itu tepat, sipi atau pun tersasar.
3K KEBANGSAAN
Liku-liku yang berair yang kami kami harungi rupa-rupanya di dalamnya mendatangkan hasil yang amat berbaloi. Bukan kelah, bukan jelawat dan juga bukan patin tetapi lebih dari itu. Bas yang membawa kami mengharungi air berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk SKKB. Betul kata orang tua-tua, "cinta pandang pertama" dan "tak kenal maka tak cinta". Di pintu masuk SKKB sahaja kami telah terus jatuh cinta. Badan yang letih menjadi segar. Wajah yang suram menjadi ceria, suara yang berbisik menjadi nyaring dan pergerakan yang terbatas menjadi lancar. SKKB telah membuat kami jatuh cinta.
PENGANUGERAHAN/PENGIKTIRAFAN SKKB
2000 - Anugerah Harapan Pertandingan Keceriaan & Keselamat Terengganu
2001 & 2002 - Johan Daerah Pertandingan 3K Kategori Sekolah Rendah
2003 - Johan Negeri Pertandingan 3K Kategori Sekolah Rendah
2004 - Naib Johan Anugerah Kualiti Pengarah Pelajaran Terengganu
2004 - Ketiga Kebangsaan Program Inisiatif Meningkatkan 3K Sekolah Rendah
2006 - Johan Kebersihan Sekolah dan Kawasan Angkat Komuniti Setempat
2006 & 2008 - Peringkat Akhir Pertandingan Sekolah Lestari (Anugerah Alam Sekitar)
2008 - Johan Kebangsaan Pertandingan 3K Sekolah Rendah
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH WARGA SKKB

Saturday, November 29, 2008

PROFESION KEGURUAN - CABARANNYA

KES 1
Seorang guru yang mengajar di kelas pendidikan khas telah ditendang dan dipukul dengan kerusi oleh seorang pelajarnya.
KES 2
Seorang guru wanita telah diarah untuk bersara atas sebab-sebab kesihatan selepas diserang oleh pelajar yang berusia 13 tahun. Guru tersebut mengalami gangguan, tekanan dan trauma akibat serangan itu.
KES 3
Seorang guru lelaki yang berhemah dan dihormati telah ditahan dan dituduh atas kesalahan penderaan seksual ke atas pelajarnya. Beliau telah berkhidmat lebih 20 tahun. Akibat daripada ditahan selama 3 bulan, pengalaman tidur dalam penjara, publisiti pihak media dan dihalang kembali bekerja telah menyebabkan guru tersebut mengalami trauma yang teruk, walaupun akhirnya tuduhan tersebut telah ditarik balik. Beliau berpendapat anggapan tidak bersalah tidak bermakna terhadapnya.
SEKOLAH BOLEH DIDAKWA?
Peranan sekolah adalah untuk mendidik manusia (pelajar) sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sekolah akan cuba merealisasikan hasrat FPK tersebut di mana untuk seimbangkan kecemerlangan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek setiap pelajar.
Justeru itu, sekolah-sekolah akan terdedah kepada umum iaitu mendapat perhatian dari semua pihak. Ini termasuklah perhatian daripada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan yang boleh menyebabkan sekolah didakwa. Lagi pun dalam senario sepserti ini ragam dan tingkahlaku manusia telah diinterpretasi secara berbeza.
MINIMUMKAN DAKWAAN
Pengurus sesebuah sekolah perlu meminimumkan dakwaan dengan mengambil inisiatif dan tindakan-tindakan yang sewajarnya:-
1. Peka dan memahami segala dokumen rujukan dalam membuat tindakan
2. Mengambil langkah proaktif bagi menjamin keselamatan pelajar sepanjang masa
TINDAKAN SIVIL TERHADAP GURU
1. Serangan (assault)
A, seorang guru sekolah, pada menjalankan budi bicaranya dengan munasabah sebagai guru, telah menyebat B, salah seorang daripada muridnya. A, tidaklah menggunakan kekerasan jenayah terhadap B, kerana sungguhpun A, bermaksud hendak menyebabkan ketakutan dan kegusaran, ia tidak menggunakan kekerasan dengan menyalahi undang-undang.
2. Hentaman) (battery)
3. Salah Tahan (false imprisonment)
SYARAT UNTUK BERJAYA DIDAKWA
1. Tahanan lengkap
2. Tiada peluang lepaskan diri
DALEHAN DALAM TINDAKAN TORT
1. Volenti non fit injuria:-
Seseorang yang telah memberi kebenaran untuk diperlakukan sesuatu ke atas dirinya tidak boleh kemudiannya mengadu mengenai hal itu.
2. Kebenaran:-
Hukuman munasabah disiplinkan murid
PRINSIP UNDANG-UNDANG JENAYAH
1. Seksyen 76:-
Seseorang itu tidak boleh dihukum kerana dia telah menjalankan tugasnya di sisi undang-undang.
2. Seksyen 88 dan 92:-
Apa-apa perbuatan/tindakan yang dilakukan demi untuk kepentingan seseorang itu adalah dibenarkan oleh undang-undang jenayah. Sama ada kebenaran atau tidak daripada orang itu.



Friday, November 28, 2008

IBU TUA

gegak gempita merata
menyakiti gegendang telinga
bersama tangisan seorang ibu tua
meratapi penuh hiba minta dikasihani
pisang sesikat yang didiami
kini menyembah bumi
angkara kerakusan
manusia yang berkuasa
kini bukan manusia lagi
ibu tua jatuh tanpa sedarkan diri

PERUNDANGAN DALAM PENDIDIKAN

CABARAN
Seiring dengan perkembangan terkini dunia pendidikan, warga pendidik menghadapi pelbagai cabaran yang wajar mereka hadapi. Cabaran utama yang dihadapi adalah yang melibatkan tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Mereka juga menghadapi cabaran dari ibu bapa yang kebelakangan ini begitu mudah mengambil tindakan mahkamah terhadap pendidik apabila berlaku sesuatu kes.
Warga pendidik sekarang merasakan profesion yang mereka ceburi terdedah kepada pelbagai risiko dan liabiliti. Untuk mengelakkan risiko dan liabiliti ini, warga pendidik sewajarnya bersedia memperkemaskan diri dengan pengetahuan yang munasabah tentang hak dan tanggungjawab mereka.
Pengetahuan yang munasabah yang perlu ada memadai dengan langkah-langkah berjaga-jaga. Manakala hak dan tanggungjawab, warga pendidik perlu tahu perbuatan yang boleh dilakukan dan perbuatan yang patut dielakkan.
MENGAPA TINDAKAN MAHKAMAH?
1. Berlakunya perkembangan kesedaran dikalangan orang ramai tentang hak asasi seseorang individu
2. Orang ramai telah berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan mereka terutama dalam bidang undang-undang pendidikan
3. Kemajuan sosial ekonomi masa kini juga banyak mempengaruhi orang ramai mangambil tindakan mahkamah
4. Perkembangan teknologi maklumat dapat mempengaruhi tindakan ibu bapa kepada warga pendidik di sekolah
5. Ibu bapa telah sedar terhadap peranan, batasan dan tanggungjawab guru dan pentadbir
6. Orang ramai berpendapat bahawa setiap invidu berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama
SUMBER UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Perlembagaan Persekutuan
2. Kanun Prosedur Jenayah
3. Akta Pendidikan 1996
4. Akta Kanak-Kanak 2001
5. Pekeliling-Pekeliling Berkaitan
6. Kes-Kes Mahkamah Yang Telah Diputuskan dan lain-lain
AKTA PENDIDIKAN 1996
Melalui Akta Pendidikan 1996 penekanan dibuat akan membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni selaras dengan perkembangan dunia yang berdaya saing tinggi, bersifat global dan memfokuskan teknologi maklumat.
Disamping itu, akta ini telah mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Usaha ini akan meletakkan negara ini setanding dan setaraf dengan negara-negara maju di dunia.
PERBEZAAN PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG
Terdapat perbezaan pemakaian undang-undang bagi sekolah-sekolah di Malaysia:-
1. Pemakaian undang-undang Sekolah-Sekolah Bantuan Kerajaan adalah tertakluk kepada undang-undang awam
2. Pemakaian undang-undang Sekolah Persendirian pula tertakluk kepada undang-undang persendirian yang mana hubungan kontrak adalah antara pihak sekolah dengan ibubapa dan kewajipan berjaga-jaga sekolah terhadap murid di dalam tort.

INILAH DIA

riuh bergemuruh di sana
di pinggir kota raya kota batu
jentolak meratah pondok usang
terjerembap ke muka bumi
tanpa simpati tanpa berperi
di situ ia berseorangan
di situ ia bersendirian
tiada kawan
tiada jiran
tiada belas
tiada kasihan
dan tiada kemanusiaan
seduan terus memanjang
berpanjangan tiada keruan
wajah yang bengis ketawa garang
seduan sayu semakin lesu dan terus layu
tiada guna pujuk dan rayu pada mereka itu
aku dan dia punyai dua wajah bersama dua jiwa
pasti tidak sama pasti tidak serupa kerana kita berbeza

BERKENALAN DENGAN UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN

Undang-Undang Pendidikan Di Malaysia
Undang-Undang ialah Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan untuk memerentah sesebuah masyarakat. Bagi undang-undang pendidikan pula ia bermaksud suatu sistem peraturan yang mengawal tingkah laku ahli masyarakat yang terlibat dalam bidang pendidikan.
Sumber Undang-Undang Di Malaysia
1. Parlimen adalah merupakan pertubuhan perundangan yang mempunyai kuasa tertinggi
2. Undang-Undang Diperingkat Persekutuan yang telah dibentuk atau digubal atau dipinda oleh parlimen (akta)
3. Undang-Undang Diperingkat Negeri terdapat dua bidang iaitu enakmen dan ordinan:-
a) Enakmen adalah merupakan undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri di negeri masing-masing
b) Ordinan adalah merupakan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen antara 1945 - 1957
Bidang Yang Terletak Di bawah Kuasa dan Kawalan Parlimen
Terdapat lima bidang yang diletakkan di bawah kuasa dan kawalan parlimen:-
1. Pertahanan
2. Keselamatan Dalam Negeri
3. Undang Sivil dan Jenayah
4. Sistem Komunikasi
5. Pendidikan
Perundangan Subsidiari
Perundangan subsidiari adalah merupakan pengisytiharan, peraturan, perintah, pengumuman undang-undang tempatan atau instrumen lain yang dibentuk sebagai ordinan, enakmen atau pihak berkuasa yang berkemampuan secara teknikal untuk mengendalikan undang-undang secara terperinci.
Kategori Undang-Undang Di Malaysia
Terdapat dua kategori undang-undang di Malaysia iaitu Jenayah dan Sivil:-
1. Jenayah adalah merupakan kesalahan-kesalahan yang dilaku seperti membunuh, merompak dan kesalahan seksual
2. Sivil yang berkaitan dengan tort
Undang-Undang Tort
Tort adalah dari perkataan Latin "tortus" yang bermaksud salah. Undang-undang tort ini adalah berkaitan dengan -kesalahan-kesalahan "sivil" dilakukan secara sengaja atau pun kecuaian. Peruntukan yang terkandung dalam undang-undang tort ialah ganti rugi bagi kecederaan peribadi dan kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian.
Undang-undang tort juga melindungi kepentingan-kepentingan berikut:-
1. reputasi
2. kebebasan peribadi
3. Hak milik kepada tanah
4. menikmati harta
5. kepentingan komersil
Remidi Dalam Undang-Undang Tort
Terdapat dua jenis remidi dalam undang-undang tort iaitu ganti rugi dan injunksi
1. Ganti rugi adalah merupakan sejumlah wang yang diberi oleh mahkamah sebagai pampasan untuk tort
2. Injunksi adalah merupakan remidi dalam bentuk arahan mahkamah yang ditujukan kepada orang tertentu sama ada menghalangkannya daripada melakukan atau meneruskan sesuatu tindakan (injunksi larangan) atau mengarahkannya melakukan sesuatu tindakan (injunksi mandotori).

Thursday, November 27, 2008

UNTUK RENUNGAN

Katakanlah matahari terbit dari barat,
pasti dunia bergoncang hebat.
Katakanlah bintang dan purnama
merehatkan diri di malam hari,
Pasti dunia akan terus kelam.
Katakanlah air mengalir ke hulu,
pasti dunia akan terus tenggelam.
Katakan hujan tiada selamanya,
pasti dunia akan kegersangan.
Katakanlah manusia terus bercakaran,
pasti banyak mayat yang bergelimpangan.
Katakanlah manusia bukan manusia lagi,
pasti tiada ertinya cinta, cita dan airmata.

Wednesday, November 26, 2008

PELAJAR CEMERLANG

Untuk mencapai kecemerlangan setiap pelajar perlulah mengenali diri sendiri dan mempunyai hubungan yang positif dengan rakan sebaya, ibu bapa, guru-guru, masyarakat dan komuniti setempat. Disamping itu, hubungan yang positif juga perlu pelajar amalkan semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
1. Hubungan pelajar dengan rakan sebaya:-
Kewujudan Kumpulan Rakan Sebaya perlu dilibatkan dengan pelbagai aktiviti terutama dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua dan seorang setiausaha dan mempunyai identiti tersendiri. Mereka ini akan menghindarkan diri dan kumpulan mereka dari perkara yang negatif.
2. Hubungan pelajar dengan ibu bapa:-
Hubungan yang erat antara ibu bapa dan pelajar (anak) adalah penting. Di rumah, ibu bapa adalah guru dan sewajarnya mereka boleh membuat pemantauan aktiviti anak-anak mereka semasa di rumah. Ibu bapa yang cemerlang akan sentiasa memantau setiap pergerakan anak-anak mereka. Tumpuan dan perhatian serta kasih sayang yang ibu bapa berikan akan menjadi-kan anak-anak akan lebih cemerlang.
3. Hubungan pelajar dengan guru-guru:-
Guru adalah merupakan ibu bapa di sekolah. Sehubungan itu, guru bukan sahaja mengajar malahan mereka akan memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada setiap pelajarnya. Pelajar pula sewajarnya mengambil peluang yang positif dari guru-guru mereka. Hubungan pelajar dengan guru yang positif akan mewujudkan situasi yang kondusif semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini akan menjadikan rasa ingin berjaya dalam diri pelajar itu. Budaya cemerlang akan dapat dipupuk dikalangan mereka.
4. Hubungan pelajar dengan masyarakat:-
Masyarakat sekarang sewajarnya membuang terus pepatah "jangan menjaga tepi kain orang" demi untuk kecemerlangan bangsa. Perkara yang positif wajar diambil tau oleh semua ahli dalam masyarakat agar hubungan antara pelajar dengan masyarakat dapat dipadukan. Apabila setiap ahli dalam masyarakat mengambil tahu hal pelajar-pelajar, perkara-perkara yang negatif dapat dihalang dan ini akan menyelamatkan pelajar dari terjerumus ke arah perkara-perlkara yang tidak diingini. Hubungan yang mantap antara kedua ini akan mewujudkan keselesaan antara mereka dan dapat menjadikan budaya ingin cemerlang tersemat dalam diri mereka.
5. Hubungan pelajar dengan pengajaran dan pembelajaran:-
Apabila hubungan pelajar dengan pengajaran dan pembelajaran adalah baik, maka pelajar itu akan membawa diri mereka ke arah kecemerlangan. Setiap pelajar itu ada kelemahan mereka sendiri. Sehubungan itu, setiap pelajar wajar tahu untuk mengatasi kelemahan yang mereka hadapi. Gunakanlah peluang yang terbaik ini dengan melakukan hubungan yang semaksima mungkin dengan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang waras akan menggunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan mereka dan ini adalah landasan yang terbaik untuk menuju kecemerlangan.
Apabila kelima-lima perhubungan ini dapat dilakukan dengan berkesan, pelajar-pelajar akan dapat menerima manfaatnya. Jadikan setiap hubungan itu kepada perkara-perkara yang positif agar ia dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar yang cemerlang.