Sunday, December 7, 2008

INSAN DI JALANAN

suatu jalanan di hujung senja
matahari masih merah
germerlapan neon
malam hampiri
burung
terbang riang
pulang ke sarang
di tepi jalanan itu
ada insan berjalan
dengan hati yang terkata
teruskan atau berhenti saja
suatu perjalanan di hujung senja
matahari sudah pun mengundur diri
kegelapan malam disuluh oleh purnama
kicauan burung kini tiada lagi
deruan kereta masih ada
insan yang dijalanan
terus berjalan
suatu jalan
di hujung senja
tiada lagi matahari
bulan sebagai ganti
neon terus bercahaya
bersama lampu minyak tanah
menampakkan muka untuk bersua

1 comment:

Hanep SaMaRaS said...

salam....suke bc ayt d ata tu...

byk mksud yg trsirat....