Wednesday, September 30, 2009

IBADAT HAJI - UMRAH DAN ZIARAH

2. WUQUF DI ARAFAH
Wuquf ialah berada di bumi Arafah walau satu saat sekali pun dari masa gelincir matahari hari ke 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari yang ke 10 Zulhijjah. seelok-eloknya berada di sana sebahagian hari ke 9 Zulhijjah dan sebahagian malam ke 10 Zulhijjah.
SUNAT-SUNAT WUQUF
Sunat-sunat di masa wuquf itu banyak, di antaranya suci dari hadas dan kekotoran, banyak membaca al-Quran,istighfar, talbiah dan doa kerana diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermakdud:-
"Tidak ada hari yang lebih ramai Allah s.w.t. melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada hari Arafah (hari wuquf) dan sesungguhnya Allah menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta berfirman apa yang dikehendaki oleh mereka?"
3. TAWAF BAITULLAH
Tawaf ialah mengelilingi Kaabah dengan syarat-syaratnya.
a. Jenis-jenis Tawaf:-
1. Tawaf Ifadah - ialah tawaf bagi mereka yang balik dari Arafah iaitu tawaf rukun kepada mereka yang mengerjakan haji (dinamakan tawaf rukun umrah begi mereka yang mengerjakan umrah)
2. Tawaf Qudum - ialah tawaf selamat datang ke Makkah mengunjungi Baitullah. Bagi mereka yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran disunatkan tawaf qudum
3. Tawaf Sunat - iaitu tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai
4. Tawaf Nazar - iaitu tawaf yang dinazarkan
5. Tawaf Wada' - ialah tawaf selamat tinggal. Ia wajib dilakukan apabila seseorang itu hendak meninggalkan Makkah kerana menghormati dan memuliakan Baitullah Al-Haram.
Kelima-lima jenis tawaf ini samalah juga dengan tawaf rukun tentang syarat-syarat dan cara-cara mengerjakannya.
b. Syarat-Syarat Tawaf:-
1. Suci daripada dua hadas (hadas besar dan kecil)
2. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf
3. Menutup aurat sebagaimana dalam sembahyang
4. Hendaklah dimulakan pada sudut Al-Hajar Al-Aswad dan berniat tawaf jika tawaf itu Tawaf Qudum, Nazar, Sunat atau Wada' (tidak wajib berniat pada tawaf haji atau umrah)
5. Sewaktu berjalan tawaf, Baitullah hendaklah sentiasa berada di sebelah kiri
6. Berjalan itu dengan bertujuan tawaf. Tidak sah tawaf sekiranya berjalan dengan tujuan lain seperti hendak mencari kawan atau sebagainya
7. Cukup tujuh keliling dengan yakin
8. Tawaf itu hendaklah dilakukan dalam masjid dan diluar dari bahagian Kaabah seperti Hijr Ismail dan Shazarwan (tembok yang dijadikan bingkai di kaki Baitullah, kerana ia termasuk di dalam bahagian Kaabah)
c. Di antara perkara-perkara sunat semasa mengerjakan tawaf:-
1. Keadaan tawaf itu berjalan kaki (kecuali bagi mereka yang uzur bolehlah diusung)
2. Berittiba' (menjadikan tengah kain selendang di bawah ketiak kanan dan kedua-dua hujungnya di atas bahu kiri, tinggal bahu kanan terbuka) bagi lelaki yang mengerjakan tawaf haji atau umrah. Yang diikuti selepas dengan sa'ie (dan makruh ittiba' dalam sembahyang)
3. Melakukanramal (berlari-lari anak dengan memendekkan langkah, tidak melompat) bagi lelaki pada keliling yang pertama, kedua dan ketiga iaitu pada tawaf yang ada sa'ie selepasnya.
4. Melakukan Istilam iaitu menjabat al-Hajar al-Aswad dengan tapak tangan kemudian mengucupnya. Kalau tidak dapat, disunatkan isyarat dengan tangan sahaja dari jauh, kemudian kucup tapak tangan. begitu juga sunat Istilam Rukun Yamani tetapi tidak sunat mengucup rukun tersebut. Hanya sunat mengucup tapak tangannya sahaja. Bagi orang perempuan tidak sunat melakukan Istilam kecuali ketika lapang dan jika tidak tidak, memadai dengan isyarat sebagaimana di atas.
5. membaca zikir dan doa yang warid
6. Berturut-turut tujuh pusingan tawaf itu
7. Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk
8. Sembahyang sunat dua rakaat setelah selesai tawaf dan sunat pula sembahyang di belakang Maqam Ibrahim

APA BEZANYE 10A1 DENGAN 5A?

Pemegang PhD palsu perosak imej ilmuwan
Oleh Dr Jerniri Amir
Berita Harian - Rencana 30 September 2009
manusia gila gelaran jejas reputasi tokoh, sarjana tulen

Seseorang perlu melakukan penyelidikan, pembacaan yang luas dan mendalam jika ingin mencapai tahap pendidikan tertinggi.

Rencana yang ditulis oleh Dr. Jeniri Amir ini menjelaskan bagaimana susah payahnya untuk mendapat sesuatu kedudukan bukan sahaja dalam bidang akademik malahan juga dalam bidang sosial. Namun begitu dewasa ini kita lihat betapa mudahnya untuk kita mendapatkan dan memang menjadi perebutan untuk memiliki atau mendapatkannya. Situasi ini akan menimbulkan pertikaian dan sering diperbahaskan oleh umum. Ketidakjujuran pada diri sendiri adalah punca kepada permasalahan ini timbul. Begitu juga apabila menganggap diri sendiri lebih baik akan membuat seseorang itu meletakkan diri jauh ke lembah kehinaan, apabila kedudukan seseorang itu dipertikaikan.

Itu di peringkat tertinggi di mana semua orang yang gilakan glamour ini akan berusaha sedaya upaya untuk memiliki kedudukan tersebut. Manusia seperti ini sanggup menghabiskan wang berpuluh-puluh ribu ringgit asalkan apa yang ingin dimiliki menjadi kenyataan. Manusia akan sedaya upaya melobi dengan wang ringgit malahan dengan apa cara sekali pun asalkan dapat gelaran Datuk dan sebagainya. Mereka akan berasa megah apabila di awal nama mereka tercatat "Dr." atau pun "Datuk" dan sebagainya. Mengapa gelaran "Datuk" begitu glamour dalam masyarakat Malaysia?

Perkara seperti ini bukan sahaja berlaku di peringkat tertinggi malahan yang menjadi mangsa situasi ini adalah pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka ini sering kali dihantui oleh rakan-rakan mereka yang berkelulusan rendah dan sederhana dalam kemasukan pelajar ke IPTA atau pun IPTS. Sewajarnya pihak kementerian melihat perkara ini secara menyeluruh bukan hanya sekadar berkata peluang untuk melanjutkan pelajaran terbuka luas dengan menafikan pelajar-pelajar lepasan SPM yang cemerlang.

Bayangkan betapa sedih dan pilu serta rasa tersisih bagi pemegang 10A1 SPM apabila tidak dipanggil untuk temuduga perguruan Program Pelajar Cemerlang (PPC) bagi pengajian luar negara sedangkan rakannya yang tidak mendapat A1 atau A2 dalam subjek-subjek sains dipilih untuk temuduga dan akhirnya mendapat tempat di IPT luar negara. Apa bezanya mereka?

Bayangkan betapa sedih dan pilu serta rasa tersisihnya bagi pemegang 10A1 SPM apabila tidak ditawarkan untuk pengajian perubatan di luar negara sedangkan rakannya yang hanya memegang 4 atau 5 A dalam SPM telah berada di Mesir untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Apa bezanya mereka?

Bayangkan betapa sedihnya dan pilu serta rasa tersisihnya bagi pemegang 10A1 SPM apabila tidak dipanggil temuduga dalam bidang kejuruteraan untuk universiti dalam dan luar negara sedangkan rakannya yang mendapat hanya 6 atau 7 A SPM telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di universiti dalam dan luar negara. Apa bezanya mereka?

Lihatlah dan berilah peluang kepada mereka yang cemerlang terlebih dahulu sebelum memberi peluang kepada mereka yang lain yang kurang cemerlang. Disamping itu, berilah penajaan kepada mereka yang cemerlang terlebih dahulu sebelum memberi penajaan kepada yang kurang cemerlang. Dalam aspek ini kita tidak mahu akan keluar kata-kata:- "dapat 10A1 pun tak ada makna" dari mulut pelajar yang cemerlang tersebut.

Pelajar cemerlang ini bukan semuanya datang dari keluarga yang berada. Ada antara mereka yang datang dari keluarga sederhana dan ada yang datang dari keluarga miskin. Berilah peluang kepada semua yang cemerlang tidak mengira latar belakang keluarga mereka. Apabila kita memberi bantuan atau sumbangan bukan sahaja bererti kita membantu atau menyumbang kepada keluarga mereka. Perkara utama dalam aspek ini ialah kita menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan yang telah dicapai oleh pelajar berkenaan.

Sekiranya peluang-peluang atau tempat yang istimewa untuk menyambung belajar ini tidak diberi kepada pelajar yang cemerlang akan menjadikan pelajar yang akan datang tidak mempunyai semangat untuk cemerlang. Daya saing akan luntur dan modal insan yang akan menjadi aset negara akan terbantut perkembangannya. Peluang untuk belajar di tempat yang istimewa ini akan dibolot oleh mereka yang mempunyai banyak wang. Kroni-kroni pihak tertentu juga akan dapat menyambar peluang ini. Kadang-kadang pencapaian yang diperolehi dalam SPM tidak melayakkan mereka berada di tempat seperti itu. Namun begitu, melalui komunikasi kroni peluang pelajar cemerlang tertutup.

Kita selalu dan akan berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar kita dalam peperiksaan. Pencapaian cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM akan disanjung dan dipuji. Adakah melalui sanjungan dan pujian itu dapat menjadi satu penghargaan kepada mereka? Adakah dengan menyiarkan berita tersebut melalui media akan dapat menjanjikan masa depan mereka berjaya? Adakah dengan mengumpul mereka yang cemerlang dalam satu majlis merupakan satu pengikhtirafan yang selaras dengan pencapaian mereka? Bayangkan mereka bertungkus lumus berusaha, berdoa dan bertawakkal untuk mencapai kecemerlangan dan apabila berhasil akan keluar kata-kata mereka, "apa bezanya 10A1 dengan 5A?

ANAK-ANAK PERLU MENDAPAT KEBAHAGIAAN

Sungguh sama mudahnya untuk mengajar anak agar menjadi positif dan melihat arah hidup yang terang seperti juga kita melatih mereka untuk menjadi negatif yang dipenuhi ketakutan dan kekhuatiran, melihat ke arah gelap dan suram dari segala sesuatunya.
Para siswa seni yang hidup berjaya semestinya mengajarkan kepada anak-anak mereka bahawa kecekapan, kejayaan, panjang usia, pengaruh dan kekuasaan di dunia sangat bergantung kepada kebahagiaan dan kepada keharmonian mental.
Para orang tua tidak menyedari luka parah yang mereka timbulkan pada kehidupan anak-anak mereka ketika mereka sentiasa menekan kudrat anak-anak untuk mencintai kesenangan. Dengan berbuat begitu, para orang tua telah menekan kemampuan mental dan moral anak-anak mereka. Anak-anak yang tidak pernah mendapat kesenangan tidak akan dapat meningkat dengan cukup cepat. Pokok-pokok yang tidak berbunga tidak akan berbuah. Bermain adalah sangat penting bagi perkembangan yang sempurna bagi anak-anak seperti sinar matahari yang sangat penting bagi perkembangan tanaman agar sempurna.
Awan kekhuatiran dan kedukaan bukanlah milik anak-anak kita. Kegembiraan, keindahan, semangat dan kekuatan adalah keperluan mereka. Dengan penggalian yang sempurna terhadap kemampuan keceriaan sejak usia awal, maka hampir tidak akan ada batasan dalam kemungkinan untuk memperindah dan memperkaya keperibadian mereka. Pada masa anak-anak, akal masih mudah dibentuk. Dengan mudah akal diasah dan dibentuk. Pada saat seseorang mencapai usia remaja "tanah liat yang mudah dibentuk itu mula mengeras". Ketepatan yang dibuat pada masa itu sulit diubah dalam masa-masa seterusnya.
Hal utama yang hakiki dalam mempersiapkan anak untuk menjalani kehidupan, tentunya adalah pembentukan kebiasan ceria dengan melatih akalnya untuk selalu melihat ke tempat terang.

Tuesday, September 29, 2009

T'SHIRT YANG UNIK


PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN
Alhamdulillah kita telah tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan yang lalu. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita itu. Di samping itu juga adalah diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu kembali Ramadhan 1431Hijrah akan datang.
Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang lebih bertakwa. Inilah adalah intipati dari Ramadhan. Kelazatan berpuasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkatan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun. namun begitu, apakan daya ia datang hanya sebulan saja. Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang untuk meneruskan puasa selepas 1 Syawal.
Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa selama 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal ini. Selain untuk mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan lalu. Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa sunat selama 6 hari dalam bulan Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha'kannya di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat.
Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita kepada Allah s.w.t. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Ini tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?
Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.
Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) nama Allah, hati kita tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah ianya untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti.
Jika hati menyintai nabi dan para ulama', insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah, sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.
"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

IBADAT HAJI - UMRAH DAN ZIARAH

1. NIAT IHRAM
Iaitu niat masuk mengerjakan haji atau umrah atau kedua-duanya sekali. Sesiapa yang berbuat demikian maka ia dianggap sudah berihram dan haramlah ke atasnya melakukannya setengah-setengah perkara yang sebelum ihramnya diharuskan seperti memakai pakaian yang bersarung bagi lelaki, menutup muka dan kedua tapak tangan (pergelangan tangan) bagi perempuan, menebang atau mencabut pokok di Tanah Haram dan lain-lain daripada perkara pantang larang dalam ihram.
Niat Ihram Haji tertakluk kepada cara haji yang akan dikerjakan.
A. Cara-cara mengerjakan haji
Para ulama' bersependapat bahawa cara mengerjakan haji itu ada tiga iaitu:-
1. Haji Ifrad
2. Haji Tamattu'
3. Haji Qiran
1. Haji Ifrad:-
Mengerjakan haji dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan umrah
2. Haji Tamattu':-
Mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan haji. Kemudian dikerjakan haji dalam tahun itu juga. Cara ini dikehendaki seseorang itu berniat ihram umrah sahaja dan ditunaikan segala rukun-rukun serta wajib-wajibnya. Apabila tiba waktu haji hendaklah ia berihram haji pula. Cara ini dikenakan dam mengikut syarat-syaratnya.
3. Haji Qiran:-
Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan-bulan haji dengan mengerjakan amalan-amalan haji sahaja atau berniat mengerjakan umrah sahaja tetapi sebelum tawaf ia berniat mengerjakan haji.
Peringatan:-
1. Mengikut pendapat Mazhab Syafi'ie, Haji Ifrad adalah lebih afdal dengan syarat hendaklah dikerjakan umrah di dalam tahun itu juga.
2. Terdapat setengah bakal-bakal haji berniat ihram haji (Haji Ifrad) tetapi mengikut perbuatan orang yang berniat ihram umrah seperti ia bercukur atau bertahallul selepas Sa'ie sebagaimana orang yang mengerjakan umrah. Ini hendaklah dijaga dan diambil perhatian supaya jangan sampai ibadat hajinya tidak sempurna.
B. Memakai Pakaian Ihram:-
Sebelum seseorang itu berniat ihram di Miqat hendaklah ia memakai pakaian ihram. Bagi lelaki ialah dua helai kain lepas (tidak bercantum), sehelai dipakai untuk menutupkan auratnya di antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Disunatkan berwarna putih.
Pakaian ihram bagi perempuan pula hendaklah menutup semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan (pergelangan tangan hendaklah terbuka sebagaimana di dalam sembahyang).
C. Sebahagian daripada sunat-sunat sebelum berihram ialah:-
1. mengerat kuku
2. menanggalkan buku ketiak, ari-ari, mengandam misai, janggut dan rambut
3. mandi sunat ihram
4. memakai minyak rambut dan bau-bauan
5. memakai pakaian ihram berwarna putih
6. sembahyang sunat ihram
7. membanyakkan bacaan talbiah slepas berniat
Setelah sempurna memakai pakaian ihram bolehlah berniat untuk mengerjakan haji atau umrah atau kedua-duanya sekali bagi orang yang mengerjakan Haji Qiran
Perhatian:-
Perempuan yang di dalam haid atau nifas boleh bermiat haji atau umrah atau kedua-duanya
D. Perkara-perkara yang dilarang semasa berihram:-
Sebaik sahaja seseorang itu berniat haji atau umrah maka wajiblah menjaga pantang larang ihram seperti berikut:-
1. menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti memakai songkok, serban dan sebagai-nya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah batang pokok atau payung (bagi lelaki).
2. memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya seperti seluar, baju kemeja, sarung kaki (bagi lelaki)
3. menutup muka (bagi wanita)
4.memakai sarung tangan (bagi lelaki dan wanita)
5. memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedutnya ke dalam gidung (bagi lelaki dan wanita)
6. memakai minyak pada kepala atau janggut (bagi lelaki dan wanita)
7. menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan (bagi lelaki dan wanita)
8. mengerat atau membuang kuku (bagi lelaki dan wanita)
9. memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah haram (bagi lelaki dan wanita)
10. memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal (bagi lelaki atau wanita)
11. bersetubuh
12. melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat
13. akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.

HAIWAN PALING POPULAR DI SELANGOR

Pasei lembu kat Selangor nih, teman nengok bukan ajer baru2 nih ajer. Maksud teman baru2 nih yelah mase Kerajaan Pakatan Rakyat ni, tapi memang dah lame kisah lembu2 nih di Selangor yelah mase jaman Kerajaan umNO lagi. Kisah2 lembu nih yang memulekannyer juge oleh oghang umNO gak. Mengkome nengok yang muler kluor he lembu nih ketua pembangkang Selangor le nih. Sape yerk? Aik mengkome tak tahu ker atau pure2 tak tahu?
Memule sekali pasai Khir Toyo tak puas ati kat Khalid MB skang nih sedekah lembu. Khir Toyo komplen Khalid maner ade duit nak beli lembu2 tuh. Sian Khalid oghang semekin rupernye kamu. Ini bukan teman kate, Khir Toyo yang kate. Pastu pulak Khalid balas balik criter lembu jugak mase Khir Toyo jadi MB. Pastu senyap sekejap. Khir Toyo nih memang oghang kaye di Selangor. Mengkome tak cayer, mengkome nengok rumah die beso mane? Tinggi mane? Luas mane? Kat maner? Di mane2?
Pastu kluor pulak kesah deme ngusong kepale lembu? Ngan banggenyer deme pegang telinge lembu tuh dan bawak ke SUK Selangor. Tambah hebat lagi deme2 yang ngusong kepale lembu tuh digelor "wira melayu". Memang hebat. Pastu pulak jadi anak angkat menteri polis pulak tuh. Bile bapak angkat dah jumpe, tambah ek le deme2 tuh.
Baru2 nih pulak deme ngusong lagi. Kali nih deme ngusong seme sekali. Dari kepale hingge ke ekor lembu. Dari belakang hingge ke kaki lembu. Sampa nyawe lembu tuh pun deme usong. Memang hebat oghang Selangor nih yer? Teman kate bukan seme oghang Selangor yerk. Siap ngusong ngan lori. Manyak pulak tuh. Untung lembu2 tuh dah diberi penghormatan yang tertinggi sampa bawak ke SUK Selangor.
Bukan ajer deme2 tuh semedang jer ngusong lembu. Deme2 tuh dah panda buat demontrasi pulak. Dulu deme kate bukan budaye deme macam tuh buat demontrasi. Sekarang deme buat pulak camne deme2 nih. Udah ludah jilat balik. Dah kentut cium pulak. Dah berak, aper yer? Ikut suke mengkome ler nak ngusong lembu ker?, ngusong kambing ker? tambah pulak paling bagus kalo mengkome ngusong2 tuh ngan senyum kambing ajer.
Mane pegi mengkome yang suke buat demontrasi dulu? Skrang nih dah abis pose, ape lagi. Kan ker Najib dah bagi 'green light' boleh kumpul kat stadium. Ini peluang baik. Biorle deme2 tuh ngune jalan raye untuk demo. Siap bawak lori lagi. Tak ganggu jalan ker? Tak teman pun tak faham. Mane satu boleh? Mane satu tak boleh? Mengkome fikiole sendiri.

Monday, September 28, 2009

SUARA - NILAI KOMERSIAL YANG TERSENDIRI

Banyak perpecahan dalam hidup disebabkan oleh nada suara. Tidak selalu isi ucapan seseorang yang menggambarkan sikap perasaannya terhadap orang lain, tetapi bagaimana gaya mengucapkannya yang lebih banyak memberikan gambaran. Bukan kata-kata yang kita ucapkan tetapi nada suara ketika kita berbicaralah yang membuat haiwan kesayangan kita menghampiri atau menjauhi.
Pelajaran disiplin diri yang baik bagi setiap anggota keluarga melahirkan kesepakatan tentang larangan berbicara dengan suara menengking. Banyak ketidakbahagiaandalam rumah yang boleh dihindarkan dengan kebiasan ini. Baik di dunia perniagaan mahu pun pada masyarakat, kebiasan ini sungguh baik. Di mana pun, suara yang menyindir, menusuk, kurang disenangi dan tidak harmoni tidak akan diterima.
Suara boleh dijadikan ukuran keadaan mental si pembicara. Bukan hanya kualiti suara yang dimaksudkan tetapi juga nadanya. Ada perbezaan besar dalam nada seseorang yang ragu dan bimbang dengan orang yang mempunyai keyakinan diri. Nada suara orang yang mempercayai diri terdapat tekanan suara yang menunjukkan kuasa dan sehingga menimbulkan perhatian, minat dan hormat bagi pendengarnya.
Marilah kita membuat keperibadian mempersona yang kita miliki digambarkan dalam nada suara anda. Ini merupakan faktor hakiki dalam komunikasi. Di dalam dunia perniagaan, suara yang sedap didengar dan air muka mempunyai nilai komersial tersendiri.
Suara yang menyenangkan adalah salah satu sifat dari keperibadian yang menarik. Hanya sedikit orang yang pernah diajarkan tentang nilai sebuah suara. Sekolah-sekolah akademik jarang sekali mengajar pelajar mengenai cara memperolehi suara yang berkesan. Pelajaran berguna tentang ini boleh ditemui dalam Seccessful Achievement pada bahagian 'Personality as a Success Asset'.
Marilah kita membuat suara kita selalu kedengaran bersahabat dan penuh untuk membantu.

TIGA ALAT, TIGA MASA DAN TIGA GENERASI

Mengkome yang mude2 nih memang kenai bebeno dgan alat kat atas nih. Bende Allah nih mengkome dok pangge "laptop" dan ade yang pangge "notebook". Ape2 pun mengkome pangge bende tuh tetap aje same. Skrang nih cukup mudah nak dapat bende nih, ase ade aje duit. "Ade duit seme boleh jadi" itule kate2 Mat Periwire karya aruah Rejabhad dalam majalah kartun Gile2 yang jumpe lepas teman selongkor kotak khazanah abang2 teman. Best jugak majalah kartun zaman dulu2 yer? Abang2 teman beli zaman tok kaduk, teman tumpang bace le nih.
Bende ini jugak gitu popular mase bende Allah kat atas sekali belum kluor. Zaman dulu kalo ade bende nih dah kire bagus. Mase tuh deme kate rege dia aje dah ribu2. Kalo macam teman nih mane nak ceroko duit nak beli die yerk? Camne pun teman beli jugak bende ni mase mule teman nak masuk IPT dulu. Apehenyer nak buat assignment. Mase kat IPT manyak pulak deme lecturer tu bagi assignment. Ade yang buat sendiri, ade yang kumpulan beso (5 oghang lebih satu kumpulan dan ade yang kumpulan kecik berdue atau bertige satu kumpulan)

Bende nih memang canggih bebeno. Canggih pade zaman die ler. Le nih nak cari bende nih pun payah bebeno. Kat sekolah pun dah tak mandang bende nih. Bende nih sebenonyer ade dua jenis. Satu pake leterek dan satu lagi idak pake leterek. Yang pake leterek tuh canggih sikit boleh padam tulisannye, itu pun tak boleh lame. Sesape yang ade bende nih, mengkome simpan le jadi barang antik. Ler nih teman jenuh menceroyenyer sebab teman nak nengok sesangat akhirnyer dapat jugak teman tangkap gambonyer. Boleh le kongsi ngan sesape yang nak berkongsi.

SURAH YUNUS

Surah ini turun di Mekah dan mengandungi 109 ayat. Surah ini menjelaskan kedudukan kitab al-Quran dan pembohongan orang mursyrik tentang diri Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menerangkan tentang alam semesta sebagai tanda kebesaran Penciptanya, serta pembalasan hari kiamat dan sunnah Allah terhadap orang kafir.
Dijelaskan pula tentang kekuasan Allah serta kelemahan para sekutu yang mereka sembah, juga diulangi tentangan kepada mereka untuk membuat satu surah al-Quran. Allah dalam surah ini menghibur nabi kerana tentangan yang dia hadapi seperti yang dihadapi oleh para rasul yang lain iaitu Musa, Harun dan Yunus. Dia tidak perlu berdukacita.

ITULAH KEBESARANNYA

Ari raye pose tahun ni teman pegi ler merayap ntah kebun sape pun ntah. Maklumle dah lame bebeno teman nih tak balik kampung. Sebenonye teman semedang ajer balik kampung. Yang merayap tuh sebenonyer teman dah lame tak buat. Kali ni bile ade sikit mase teman pun ambik peluang pegi ke kebun abang nombor dua teman. Nak kate kebun idak juge sebab teman pegi nih betui2 kat belakang rumah die.

Dalam mase teman dok merayap tuh, teman tertengok ade pokok rembutan yang tengah berbuah. Teman ceroye jugak buahnya dan nampak le buahnye dah masak, tapi teman heran jugak sebab pokok yang same ade buah dah masak bebeno, ade yang sedang khero, ade yang mude dan ade yang tengah berputik. Itu dalam satu pokok, bukannyer pokok lain-lain. Kalo pokok lain2 tentu teman tak heran.

Fikio punye fikio, ape pulak teman nak heran yerk? Itu seme kan ke kejadian Penciptanya. Allah Yang Maha Besar yang boleh menjadikan semenye itu. Kalo Allah nak jadikan ape2 pun itu adalah hak Dia Yang Maha Agong. Jadi teman pun tak jadi heran bebeno kerane teman fikiokan itu adele kejadian yang dilakukan oleh Allah.

IBADAT HAJI - UMRAH DAN ZIARAH

PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH
Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah al-Haram dalam bulan haji keraja mengerjakan tawaf, sa'ie dan wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
HUKUM HAJI DAN UMRAH
Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka, berkuasa sama ada lelaki atau perempuan. Begitu juga dengan hukum umrah adalah wajib sama seperti hukum haji.
SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH
Syarat wajib haji dan umrah adalah sama iaitu:-
1. Islam - Tidak wajib dan tidak sah ke atas orang kafir dan murtad (wal'iyazubillah).
2. Baligh (cukup umur) - Tidak diwajibkan mengerjakan haji ke atas kanak-kanak dan jika ia mengerjakan adalah sah tetapi tidak menggugurkan haji fardhunya
3. Berakal - Tidak wajib ke atas orang gila dan tidak sah haji jika dilakukan
4. Merdeka - Hamba abdi tidak diwajibkan mengerjakan haji tetapi sah dan mendapat pahala jika dilakukan
5. Berkuasa mengerjakan haji dan umrah, ia terbahagi kepada dua bahagian:-
Pertama:- Berkuasa dengan sendirinya iaitu:-
a. Berkuasa membayar tambang menambang dan segala perbelanjaan bagi mengerjakan haji hingga selesai dan balik ke tempatnya
b. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya
c. Ada kenderaan pergi dan balik
d. Aman di dalam perjalanan pergi dan balik seperti tidak ada peperangan, perompak, penyamun dan musuh yang mengancam keselamatan diri atau hartanya atau tidak ada penyakit yang berkangkit yang membahayakan tubuh badan
e. Sihat tubuh badan
f. Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah
Bagi wanita ditambah dua syarat lagi:-
a. Dengan izin suami atau wali
b. Hendaklah ia ditemani oleh suami atau mahramnya (orang yang haram nikah dengannya) atau yang thiqat (perempuan yang dipercayai)
Mahram dalam Ibadat Haji Sunat dan Umrah Sunat
Harus bagi seorang perempuan menunaikan Haji Sunat atau Umrah Sunat tanpa ditemani mahram dengan syarat-syarat tertentu mengikut Qaul Muqabilul Asah. Di antara syarat-syaratnya:-
a. Memastikan tidak adanya fitnah dan keselamatan diri terjamin
b. Sekiranya bernazar, bukan mengada-adakan alasan nazar untuk menunaikan haji
Kedua:- Berkuasa dengan pertolongan orang lain adalah:- bagi mereka yang sudah mencukupi syarat-syarat dari segi kewangan untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya sendiri disebabkan oleh uzur dan sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua umurnya, yang telah putus asa tidak dapat pergi menunaikan fardhu haji maka bolehlah digantikan dengan orang lain untuk mengerjakan haji itu nagi dirinya. Begitu juga dengan orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak mengerjakan haji maka terhutanglah fardhu haji ke atasnya sehingga warisnya atau yang menerina wasiatnya menyelenggarakan hutang hajinya itu dengan upah yang berpatutan atau sukarela (Badal haji).
SYARAT-SYARAT WAKIL ATAU ORANG YANG MENGAMBIL UPAH HAJI (BADAL HAJI)
1. Ia telah pun menunaikan fardhu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya
2. Hendaklah melakukan ibadat haji untuk seorang sahaja bagi satu musim
3. Is mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikannya atau pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya sesuatu miqat hendaklah ia berihram pada migat yang ditentukan itu, jika tidak ditentukan mana-mana miqat maka harus bagi orang yang mengambil upah itu berihram pada miqat yang dilaluinya.
Bagi orang yang berada di Makkah mengambil upah haji maka wajib ia keluar ke miqat yang dihajikannya atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya. Maka sekiranya ia berihram daripada miqatnya (di Makkah) nescaya berdosa dan wajib dikenakan dam, inilah Qaul yang muktamad oleh Syeikh Ibni Hajar dan Ramli.
Bagi pendapat Al-Jamalul Tabari adalah diharuskan berihram di Makkah dengan tiada dikenakan dam dan dikurangkan upahnya.
4. Ia hendaklah seorang yang cukup keahliannya bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan menyenpurnakannya seperti ia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.
Adapun dalil yang membolehkan mengerjakan haji untuk orang lain di antaranya yang bermaksud:-
"Daripada Laqit bin Amir, bahawa ia telah mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata, "Bahawa bapa hamba seorang yang telah tua dan tidak berdaya menunaikan haji dan umrah dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah. Sabda s.a.w.:"Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya." "
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)
RUKUN DAN WAJIB HAJI
Rukun Haji:-
1. Niat Ihram
2. Wuquf di Arafah
3. Tawaf
4. Sa'ie
5. Bercukur atau bergunting
6. Tertib pada kebanyakan rukun
Wajib Haji:-
1. Niat Ihram di Miqat
2. Bermalam di Muzdalifah
3. Melontar Jamrah Al-Aqabah
4. Bermalam di Mina
5. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
6. Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam masa ikram
RUKUN DAN WAJIB UMRAH
Rukun Umrah:-
1. Niat Ihram
2. Tawaf
3. Sa'ie
4. Bercukur atau bergunting
5. Tertib
Wajib Umrah:-
1. Niat Ihram di Miqat
2. Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam masa ihram
PERBEZAAN RUKUN DAN WAJIB HAJI DAN UMRAH
Rukun haji dan umrah itu adalah pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah (sekiranya salah satu daripada rukun haji dan umrah itu tidak dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa maka ibadat haji dan umrahnya tidak sah).
Adapun perkara-perkara wajib haji dan umrah itu ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan kedua-dua ibadat itu, sebaliknya jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya maka haji dan umrah itu sah tetapi wajib ke atasnya dam serta berdosa jika ditinggalkan yang wajib itu dengan sengaja.

Saturday, September 26, 2009

DAIL 100 = 100 KALI PUKUL TALIPAUN

TM - TERUS MERAPU
Ari nih dah masuk ari ke lapan internet kat umah teman meragam. Dah jenuh teman pukul talipaun kat nombor 100 tuh. Asyik-asyik amoi komputer yang bercakap sorang-sorang (itu kalo teman tak nak dengo, tapi terpakse juge teman dengo). Dah le tuh pulak berejam-rejam terpakse teman nunggu. Balik-balik:-
Satu - Bahasa Malaysia (mengkome kene tukar pade Bahasa Melayu sebab mane ade Bahasa Malaysia)
Dua - Bahasa Inggeris
Udah teman tekan satu kluor lagi suare amoi komputer yang ngabo ape pilihan seterusnyer yang teman nak buat:-
Satu - bla bla bla bla bla
Dua - bla bla bla bla bla
Tiga - bla bla bla bla bla
Empat - bla bla bla bla bla
Lima - bla bla bla bla bla
Jadi teman pun tekan bagian yang teman nak ngabokan kerosakan internet teman tuh. Sementara teman nunggu tuh, deme pun sebok ngabo macam2 perkare lagi yang berkaitan dengan kerosakan, gangguan le, ape2 ler, ntah ape2 ler, Bende tuh bukannyer teman nak dengor. Teman cume nak ngabo yang internet kat umah teman nih dah lame tak boleh pake yang mengkome pegi ngabo yang bukan2 tuh neper.
Pastu lulak kluor suare amoi ke, terune ke komputer kut sebab same ajer ulang-ulang cakapnyer. Teman pun hepi bebeno terus teman cakap yang internet dah tak boleh pake tapi mete aje tak didengornye cakap teman. Alih2 deme kate teman tak beri maklumat aper2 kat deme tuh. Teman rase macam bodoh bebeno teman ni di main2kan deme.
Teman pukul talipaun lagi nombor 100, pun macam itu jugak gaye deme tuh layan oghang macam teman nih. Udahle lame nunggu, asyik2 suare komputer yang melayan teman. Pastu deme tu pulak nyebok memanjang, ade ajer keroje deme. Oii mengkome tuh syarikat beso weh. Satu dunia mengkome kongker takkan ler masalah macam nih pun kene nunggu beari-ari. Leteh teman oiiii. Last2 nyer teman juge kene beralah, pegiler teman ke cc pasei nak up date blog ni. Mengkome terus kaye tapi mengkome taknak jage oghang yang macam teman nih.

Friday, September 25, 2009

NAPER SUKER NYEMBOR CAT?

Tuduh PAS dalang simbah cat adalah berniat jahat - PAS Perak
Nazri Abdullah Thu Sep 24, 09 10:27:09 am MYT
IPOH, 24 Sept: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.

Oghang umNO memang baik belake. Ase ade keroje macam oghang tak berake mesti oghang PAS yang buat. Tanah Kampung Bahagia Tambahan lepas ke cine oghang PAS yang kasi. Kampung Tersusun Kledang juge dah buat perumahan yang boleh seme bangse duduk juge PAS yang lelong. Tanah dekat ngan Kampung Sentose pun PAS dah kasi cine. Hebat jugak PAS nih yerk?
Bile gambo deme kene sembor ngan cat pun oghang PAS yang buat. Teman ingat gambo mantan Ketua Pemude Sunga Siput (Zamri Abdullah) kene sembo cat merah dulu pun oghang PAS yang buat yerk?. Teman ingat lagi gambo tuh terdetak kat simpang ospital, kat trafic light jalan lintang abis kene sembo cat merah, hish oghang PAS nih tak ade keroje lain ker asyik nak nyembor cat ajer? Cat tuh pulak deme amik dari mane yerk?
Heheheheheh Mat Pakeh..... Mat Pakeh...... hang dah sampa pengujung dah. Ujung segale2nye Mat Pakeh oiiii..... hang buat macam nih pun Najib tak akan calon hang lagi PRU13 nanti. Tapi hang pun tak ghalat pun sebab dah jadi YB berpenggal-penggal. Mesti ade kumpul rete sebab teman nengok rama mantan2 YB umNO nih kaye-kaye.
Belum jadi YB pun dah keter beso, itu baru jadi ketua bagian. Siap ngan nombo plet tunggel kat keter deme tuh. Kalo dulu kalo gune plet tunggel mesti deme kate keter raje, tapi le nih idak rupernyer. Alahai.........

HAJAR ASWAD

BEBERAPA PERISTIWA HAJAR ASWAD
Hajar Aswad telah melalui beberapa peristiwa sepanjang kewujudannya di muka bumi ini, yang menyebabkan ianya menjadi pecah dan hancur. Antara peristiwa yang menyebabkan Hajar Aswad menjadi pecah dan hancur ialah:-
1. Kesan daripada kebakaran yang pernah berlaku di Ka'bah, sewaktu pemerintahan Quraisy dan pemerintahan Abdullah bin Az-Zubair pada tahun 64Hijrah. Hajar Aswad telah retak menjadi tiga bahagian lalu Ibnu Az-Zubair menmgikatnya dengan perak. Beliau merupakan orang yang pertama melakukan perkara tersebut.
2. Peristiwa Al-Qaramithah iaitu salah satu cabang Syiah Isma'iliyyah Al-Batiniyyah yang telah mencabut Hajar Aswad pada tahun 317Hijrah dan membawanya ke Al-Ahsa' Arab Saudi (dalam sirah disebut Hajar), tetapi kemudian ianya dikembalikan pada tahun 339Hijrah.
Pada Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah tahun 317Hijrah) Abu Tahir Al-Qurmuthi bersama 900 orang pengikutnya telah melakukan keganasan di Makkah khasnya di dalam Masjidil Haram. Mereka telah membunuh para jemaah haji dan mencampakkan mayat mereka ke dalam telaga Zamzam. Lebih 30,000 orang telah dibunuhnya.
Mereka telah mencabut Hajar Aswad dan membawanya ke negeri mereka dengan tujuan untuk menarik orang ramai ke sana untuk mengerjakan haji, sebagaimana Abrahah telah membina Ka'bah di negerinya. Maka tempat Hajar Aswad telah menjadi kosong selama 22 tahun. sehingga tahun 339Hijrah, Sanbar bin Al-Hasan Al-Qurmuthi telah menghantar kembali Hajar Aswad ke tempatnya, selepas binasanya Abu Tahir.

MAT SALLEH


GUGURNYA PAHLAWAN BANGSA
(MAT SALLEH)

Lagu:- Abdul Aziz bin Abdul Rahman
Lirik:- Idris bin Talib

Tambunan daerah lahirnya pejuang
pahlawan Sabah mengimbau sejarah
Mat Salleh pahlawan bukan sebarang
Inggeris ditentang demi maruah

Kita mengempur tentera penjajah
kita bakarkan panji penderhaka
kita adalah bangsa yang merdeka
kita juga bangsa yang bermaruah

Pualu Gaya dan Ambong pun diserang
kubu pun dibina Inggeris pun berang
menyusun gerakan memburu pahlawan
serangan menggila kota ditawan

gugurnya dikau dari persada dunia
duhai pejuang bangsa yang sangat mulia
jasamu dikenang kami sentiasa
gugurmu sebagai pahlawan bangsa

SURAH AT-TAUBAH (PENGAMPUNAN)

Surah ini turun di Madinah pada tahun kesembilan. Surah yang mengandungi 129 ayat ini dimulai dengan ketentuan Allah, bahawa Dia melepaskan orang yang musyrik untuk tidak diberi petunjuk. Kemudian dijelaskan tentang bulan-bulan haram, perjanjian dengan kaum musyrik yang harus ditaati kecuali kalau mereka yang melanggarnya. Dasar mendekati diri kepada Allah adalah iman kepada-Nya dan ia menjadi sempurna kalau Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada orang lain.
Juga terdapat keterangan tentang umat Islam dalam peperangan Hunain; serta diharamkannya orang kafir masuk ke Mekah. Dalam surah ini ada perintah untuk berperang melawan ketamakan Yahudi dan beberapa ketentuan tentang kewajipan berperang. Selain itu ada larangan solat terhadap jenazah orang munafik kerana sikap mereka yang selalu menunjukkan permusuhan.
Keterangan lain adalah tentangorang Arab Badwi dan sikap mereka terhadap agama. Secara tegas disebutkan bahaya masjid yang didirikan untuk memecah-belah kaum muslimin serta keterangan orang yang bersedia melakukan taubat nasuha. Surah ini diakhiri dengan peringatan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. diutus tidak untuk menyengsarakan tetapi merupakan kasih sayang Allah.

Thursday, September 24, 2009

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL - ISU KRITIKAL

PENDIDIKAN - ISU KRITIKAL
Pendidikan begitu kritikal dan sudah menjadi agenda sejagat, penentu kepada kemajuanbangsa dan pilihan pertama dan utama bagi semua keluarga. Fenomena ini begitu genting di negara membangun dan maju hingga didapati perlu diwujudkan beberapa organisasi yang berangkai untuk memajukan pendidikan di peringkat sekolah dan pendidikan tinggi. Persaingan dengan negara-negara lain menuntut kita melakukan anjakan dalam pembangunan modal insan dari segi keupayaan dan intelek. Justeru, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan telah menetapkan "Pembangunan Modal Insan Kelas Pertama" sebagai satu daripada lima teras utama ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020.
Sesungguhnya kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung pada kualiti sistem pendidikan dan terasnya ialah aktiviti instruksional atau pengajaran dan pembelajaran. Potensi persepakatan dan bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) ternyata masih belum berjaya dan belum dimanfaatkan secara optimum. Pengajaran berkualiti tinggi masih diharapkan oleh sistem dan dengan mewujudkan guru cemerlang akan mendorong guru menjadi instruksional experts yang sukar dipertikaikan. Sebagi contoh kaedah mengajar secara berpasukan atau collaborative teaching masih belum menjadi satu budaya. Masih ramai guru mengajar mengikut kehendak urutan dan cadangan dalam sukatan pelajaran, berorientasikan peperiksaan tanpa mencerna kehendak klien atau murid serta tidak menepati konsep pengajaran berpusatkan murid.
Mereka kelihatan bekerja dalam dunia masing-masing terutama dalam pengajaran. Fenomena ini memberi kesan secara langsung kepada pengurusan kurikulum di bilik darjah. Menurut Laporan Jemaah Nazir, terdapat guru-guru yang mengajar tanpa set induksi, pengajaran tidak berpusatkan murid, perancangan strategik didapati tidak sistematik, kualiti pengajaran guru masih pada tahap sederhana, pengajaran disampaikan tanpa mengira pengetahuan sedia ada pada murid, kurang pemantauan dan sistem pentaksiran yang longgar. Hal ini mungkin disebabkan tanggapan bahawa guru yang mengajar kelas peperiksaan seperti Tahun Enam, Tingkatan Tiga, Tingkatan Lima dan Enam Atas bertanggungjawab terhadap keputusan peperiksaan. Jika keputusan peperiksaan baik, mereka akan disanjung atau sebaliknya.
Tanggapan ini membuktikan kesepakatan kerja dan tanggungjawab dalam P & P kelas-kelas peperiksaan belum wujud dengan sempurna sedangkan hasil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah.
Bahkan antara pengajaran di sekolah menengah dan rendah juga harus berkait. Justeru, kepimpinan instruksional perlu ditekankan agar dapat menjurus kepada misi sekolah bagi mencapai hasil P & P yang berkualiti.
Pemimpin sekolah yang berkualiti sudah tentu menjadi teraju utama di sekolah yangterbilang. Sebagai pemimpin, seharusnya dapat mengatur strategi berdasarkan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan wawasan 2020. Dalam konteks inilah kepimpinan instruksional yang melibatkan unsur keilmuan dan proses penyampaian ilimu dalam P & P, penterjemahan dan pengoperasian kurikulum dan pembangunan kumpulan, seharusnya difahami dan sekali gus diamalkan oleh semua pihak dan peringkat kepimpinan sekolah. selain itu, guru berkualiti sewajarnya mempu memiliki kemahiran sosial dan interpersonal yang baik, berjaya menjalin kerjasama dengan ibu bapa murid dan ahli masyarakat serta mampu menyumbang ilmu demi pembangunan dan kemajuan sekolah. Elton Mayo, seorang pakar sosiologi bidang penyelidikan di Harvard Graduate School dalam kajiannya mendapati corak kepimpinan yang mesra disamping perhatian berat pihak pengurusan mempunyai hubungan signifikan terhadap pencapaian matlamat dan produktiviti tinggi.
Hubungan baik ini akan dapat membendung gejala sosial dalam kalangan murid dan seterusnya dapat mengurus murid secara bersepadu khususnya yang melibatkan disiplin murid dan akhirnya memberi sumbangan kepada pembinaan modal insan.
Ramai pengkaji (Brookover & Lezotte, 1982; Duke, 1983; Edmonds, 1979 dan Kroeze, 1984) menekankan tentang kepentingan peranan pengetua dan guru besar sebagai pemimpin instruksional. Walau bagaimanapun, tinjauan literatur berkaitan isu ini mendapati kepimpinan instruksional jarang dipraktikkan (Flath, 1989). Stronge (1988) mendapati pengetua dan guru besar menumpukan 62.2% daripada masa mereka kepada isu-isu pengurusan sekolah dan hanya 6.2% daripada masa mereka difokuskan kepada isu-isu yang berkaitan program pendidikan di sekolah. Stronge juga mendapati bahawa walaupun seorang pengetua dan guru besar melaksanakan pelbagai tugas setiap hari, hanya 11% daripada tugas-tugas tersebut berkait rapat dengan kepimpinan instruksional.
Hallinger (1989) berpendapat bahawa keadaan ini berlaku kerana kurang atau tiada persediaan untuk meningkat dan menyokong kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam bidang kepimpinan instruksional. Justeru imej kepimpinan instruksional wujud hanya sebagai retorik profesional dan seringkali tidak dipraktikkan. Berlin, Kavanagh dan Jensen (1988) merumuskan bahawa jika sekolah-sekolah ingin meningkatkan prestasi, pengetua dan guru besar tidak wajar membenarkan tugas-tugas harian menghalang mereka daripada memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional. dapatan ini disokong oleh kajian Findley & Findley (1992) yang menyatakan keberkesanan sesebuah sekolah terhasil daripada ciri-ciri kepimpinan instruksional pengetua dan guru besar sekolah tersebut. Flath (1989) menyatakan kajian-kajian tentang sekolah berkesan mendapati pengetua dan guru besar sebagai tunggak utama dalam mewujudkan keadaan-keadaan yang menjurus kepada sekolah berkesan.

BERPAKAIAN MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN

Pakaian yang rapi dan baik adalah merupakan sebahagian yang hakiki dari penampilan peribadi kita. Penampilan peribadi adalah salah satu sifat dari keperibadian yang menyenangkan, maka penting bagi kita untuk tetap mengingatkan peraturan umum mengenai cara berpakaian.
Kita tidak boleh mengemukakan pendapat tentang karakter dan selera orang hanya dengan melihat pakaiannya. Namun, cara berpakaian yang keterlaluan akan memberi kesan tentang pemahaman yang keliru pada diri orang yang berkaitan. Orang yang mempunyai selera yang baik, akan berhati-hati mengelakkan beberapa karakter tertentu mengenai pakaiannya. Dia tentu sentiasa bersih demi dirinya sendiri, namun juga bagi orang lain. Ia akan berpakaian seperti juga dalam percakapannya. Sesuai dengan selera dan bentuk yang umum di tempat yang didatanginya.
Apabila ia berpakaian lebih baik daripada orang lain, maka ia akan dikatakan sebagai pesolek, sebaliknya kalau ia berdandan lebih buruk dari orang lain, ia akan dikatakan pula tidak pandai menguruskan diri. Kemungkinan ia akan ditolak. Disamping itu juga cara kita berpakaian akan mempengaruhi kesan orang lain tentang umur kita. Kita perlu berpakaian secara rapi apabila kita bersama orang lain yang berpakaian rapi. Kita berpakaian sederhana ketika orang lain juga sederhana.
Cara kita berpakaian juga perlu untuk menampakkan keselesaan kita. Kadang-kadang kita kita tidak selesa apabila berpakaian tertentu dan tidak berasa senang. Bagaimana pun kita perlu berpakaian dengan baik dan sesuai kepada kita dan juga majlis atau acara yang kita hadiri.
Ketika kita sudah berpakaian dengan baik untuk hari yang hendak kita jalani, janganlah kita memikirkan hal lain. Kita jangan ada keraguan atau ketakutan terhadap apa yang kita pakai. Kita perlu ada keyakinan dan perlu bersahaja seolah-olah kita tidak menjadi tontonan sama sekali.
Sikap bersederhana dalam hal berpakaian seperti juga dalam hal yang lain. Bersederhana adalah cara yang paling baik. Berpakaian mesti selalu rapi, bersih dan tidak berlebihan. Hindarilah pemakaian pakaian yang kaku, terlalu nipis atau ekstrim, berkedut dan slekeh. Paling utama, kita sebagai orang Islam, berpakaianlah dengan cara Islam iaitu menutup aurat.

IBADAT HAJI - UMRAH DAN ZIARAH

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W. MENGERJAKAN HAJI
Junjungan Rasulullah s.a.w. telah menunaikan fardhu haji sekali semasa hayatnya. Haji ini dinamakan "Hajjatul Wada" iaitu haji selamat tinggal kerana selepas haji itu tidak berapa lama baginda wafat. Baginda telah berangkat dari kota Madinah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah 10Hijrah, bersama sekalian isterinya, sahabat-sahabatnya seramai lebih kurang 90,000 orang.
Kota Madinah diserahkan di bawah jagaan dan pengelolaan Abu Dujanah Al-Ansari. Angkatan baginda sampai di Zulhulaifah (Bir Ali) lalu berhenti semalam. Pada keesokan harinya baginda dan kaum muslimin memakai ihram dan berniat haji serta mengucap talbiah.
Kita bolehlah menggambarkan bagaimana kegembiraan, kesyukuran dan kehebatan rombongan haji yang begitu padu dan cemerlang. Seramai lebih kurang 90,000 orang (menurut sesetengah riwayat lebih dari itu) yang turut serta diketuai sendiri oleh semulia-mulia dan seagung-agung makhluk di atas muka bumi ini iaitu Rasulullah s.a.w.. Bergemuruhlah bunyi talbiah sepanjang-panjang jalan daripada Madinah hingga ke Makkah.
Baginda dan rombongan masuk ke Makkah mengikut Thaniah Kada iaitu sebatang jalan dekat dengan perkuburan Ma'ala pada pagi Ahad 4 Zulhijjah. Tatkala terpandang Kaabah yang mulia baginda berdoa yang bermaksud:-
"Ya Allah Ya Tuhan kami, tambahkanlah Batullah dengan kemuliaan dan kebesaran, kehebatan dan kebajikan."
Kemudian rombinganbaginda masuk ke dalam Masjidil Haram lalu tawaf tujuh kali. Sembahyang dua rakaat di belakang Makam Ibrahim dan minum air zamzam. Kemudian bersa'ie di antara Safa dan Marwah tujuh kali. Apabila baginda naik ke Bukit Safa lalu baginda mengucap yang bermaksud:-
"Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa yang melaksanakan janji-Nya dan menewaskan segala pasukan musuh Islam dengan keesaan-Nya."
Pada 8 Zulhijjah, baginda pun berangkat pula ke Mina lalu bermalam semalam. Pada keesokan harinya (9 Zulhijjah) Rasulullah s.a.w. bersama kaum Muslimin ke Arafah dan di sana baginda berkhutbah. Di antara ucapan baginda yang bermaksud:-
"Wahai sekalian manusia, dengarlah percakapanku ini, kerana aku tidak tahu boleh jadi aku tidak lagi berjumpa kamu selepas tahun ini di tempat wuquf ini buat selama-lamanya."
Dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w. juga bersabda ketika baginda wuquf di Arafah yang bermaksud:-
"Ini adalah Arafah dan ia tempat wuquf dan Arafah itu semuanya tempat wuquf."
Dan sabda baginda lagi tatkala berhenti di Quzah Sabihah di Muzdalifah yang bermaksud:-
"Ini adalah tempat mabit dan mana-mana sahaja bumi Muzdalifah adalah tempat mabit."
Kemudian baginda menyembelih korban di Mina dan baginda bersabda yang bermaksud:-
"Ini adalah tempat sembelih korban dan di mana-mana tempat di Mina adalah tempat korban."
Kemudian Rasulullah s.a.w. menyempurnakan semua ibadat hajinya. Diikuti kesemua ibadat-ibadat dan amalan itu oleh pengikutnya seperti yang difardhukan oleh Allah s.w.t. dalam ibadat haji, bermula daripada wuquf di Arafah, bermalam di Muzdalifah. melontar jamrah-jamrah di Mina, tawaf di Baitullah dan baginda menerangkan apa yang halal dan apa yang diharamkan sewaktu mengerjakan haji.
Selepas itu, Rasulullah s.a.w. kembali ke Madinah. Haji ini juga dinamakan sebagai "Hajjatul Wada", Hajjatul Balagh, Hajjatul Islam, Hajjatuttamam wal kamal (iaitu haji yang sempurna dan lengkap) kerana pada hari itulah turunnya firman Allah s.w.t yang bermaksud:-
"Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu."
(Al-Maidah: 3)

DOL SAID


Makam Dol Said

DOL SAID
Lagu:- Hishamuddin Md. Zahari
Lirik:- Idris Talib

Demi Naning tercinta
daerah bermaruah
tanah pusaka warisan bangsa
bermandi darah melawan penjajah

Dol Said gah menentang
bayar ufti disanggah
mengundang marah Inggeris menyerang
Dol Said cekal pertahankan bangsa

walau kau tewas pahlawanku
namun jasamu dikenang
maruah bangsa kekal terbilang
walau terbuang namamu dijulang

HAJAR ASWAD

SEJARAH HAJAR ASWAD
Ketika Nabi Ibrahim a.s. membina Ka'bah dan sampai di tempat Hajar Aswad, Nabi Ibrahim a.s. meminta Ismail a.s. agar mengambil seketul batu yang boleh dijadikan sebagai tanda tempat permulaan tawaf. Lalu Ismail a.s. pergi mencarinya, tiba-tiba datang malaikat Jibrail membawa Hajar Aswad kepada Nabi Ibrahim a.s.. Allah s.w.t. telah menyimpannya di bukit Abi Qubais ketika berlakunya taufan Nabi Nuh dan berfirman kepada Jibrail:
"Apabila engkau lihat khalili (kekasih-Ku) membina rumah-Ku maka keluarkanlah ia kepadanya."
Apabila Ismail a.s. kembali bersama seketul batu, baginda mendapati bapanya telah meletakkan Hajar Aswad di situ. Dia terus bertanya: "Wahai bapaku, siapakah yang telah membawa batu ini kepadamu?''. Lalu Ibrahim menjawab: "Ianya telah dibawa kepadaku oleh orang yang tidak mengharapkan batu yang dibawa olehmu, ia telah dibawa oleh Jibrail".
Semasa Quraisy membina Ka'bah, setiap kabilah telah dibahagikan satu penjuru Ka'bah. Apabila sampai binaan ke tempat Hajar Aswad mereka mula berbantah. setiap kabilah mendakwa mereka lebih berhak untuk meletak Hajar Aswad di tempat asalnya, sehingga mereka bersumpah untuk berperang sekiranya mereka tidak dapat meletakkannya.
Akhirnya mereka membuat keputusan bahawa, orang yang akan memutuskan perkara ini ialah orang yang pertama memasuki masjid ini dari pintu Bani Syaibah. Orang pertama yang memasuki pintu tersebut ialah Rasulullah s.a.w.. Apabila melihatnya mereka bersetuju untuk menjadikannya sebagai hakim dalam permasalahan tersebut. Mereka memberitahu Rasulullah s.a.w. yang berumur 35 tahun pada ketika itu dan terkenal dengan gelaran 'Al-Amin'.
Rasulullah s.a.w. mengambil sehelai kain dan meletakkan Hajar Aswad di atasnya. kemudian Rasulullah s.a.w. mengarahkan setiap wakil dari setiap kabilah untuk mengangkatnya hingga sampai ke tempatnya dan Rasulullah s.a.w. mengambil Hajar Aswad dengan tangan baginda yang mulia dan meletakkan ia di tempatnya.
Hajar Aswad merupakan batu yang tertanam di penjuru Ka'bah yang sangat penting kerana ia adalah sebagai tanda permulaan dan akhir tawaf. Asalnya ia merupakan satu ketul batu sahaja tetapi sekarang sudah pecah menjadi 8 kepingan batu kecil. Kepingan yang terbesar sebesar sebiji tamar, ianya tertanam di batu besar lain yang dilingkungi dengan sebuah penutup yang diperbuat daripada perak.
Menurut Sheikh Mohd Tahir Al-Kurdi (meninggal dunia tahun 1400H):
"Yang jelas daripada Hajar Aswad pada zaman kita (pertengahan abad 14 Hijrah) yang kita sentuh dan kita kucup merupakan lapan kepingan batu kecil yang mempunyai saiz berbeza. Kepingan yang terbesar adalah sebesar sebiji tamar, Perpecahan Hajar Aswad kepada beberapa kepingan kecil ini adalah disebabkan oleh angkara khianat yang dilakukan oleh beberapa golongan penjahat pada masa yang lalu.
Semenjak 50 tahun dahulu (pada awal abad 14 Hijrah) bilangannya adalah sebanyak 15 keping. Kemudian ianya semakin berkurangan disebabkan oleh proses baik pulih yang dilakukan terhadap lingkungan Hajar Aswad. Bahagian-bahagian batu kecil dan sudah hancur telah diuli semula dengan lilin dan kasturi. Kemudian ia diletakkan semula di tempatnya. Warnanya bertambah hitam kerana terlalu banyak air wangi diletakkan ke atasnya."
Perhatian:-
Berdasarkan maklumat ini, pada masa sekarang bukan semua batu berada dalam lingkungan perak adalah Hajar Aswad. Hajar Aswad adalah 8 keping batu kecil yang berada di dalamnya. Sesiapa yang ingin mengucup Hajar Aswad maka dia hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan batu tersebut. Wallahua'lam.
Renungan:-
Rasuah bukan sahaja dilakukan untuk kepentingan dalam bisnis, malahan ianya berlaku dalam ibadat dan dilakukan di hadapan Ka'bah. Sesiapa yang ingin mengucup Hajar Aswad bolehlah membayar sebilangan wang kepada orang-orang yang tertentu yang sentiasa mencari peluang dan mangsanya adalah kita yang terlalu inginkan mengucup Hajar Aswad tersebut.

Wednesday, September 23, 2009

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL - PENGENALAN

PENGENALAN
Kepimpinan merupakan satu proses menggembleng tenaga insan ke arah pencapaian matlamat organisasi. Gaya kepimpinan seseorang pengurus amat penting bagi menentukan dan menjamin keberkesanan sesebuah organisasi. Disamping itu, sikap pemimpin berkenaan dalam menjalankan kegiatan mentoring dan minatnya mencari jalan untuk membangunkan kerjaya pekerjanya membawa petanda pemimpin tersebut berorientasikan pencapaian tinggi serta memiliki bakat sebagai seorang pengurus yang cemerlang. Dalam kontek institusi pendidikan, Pengetua dan Guru Besar menjadi mentor utama dalam menggerakkan aktiviti instructional atau pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tindakan proaktifnya membuat Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia serta guru-guru dapat bersama-sama berkongsi pengalaman dan tanggungjawab ke arah mencapai kecemerlangan visi dan misi institusi berkualiti yang sekali gus akan memperkukuhkan kepimpinan instruksional di sekolah.
Kepimpinan instruksional dilihat dapat mempengaruhi perkembangan bidang pedagogi iaitu sains pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mengalami perubahan yang dinamik, positif dan relevan dalam menghadapi cabaran-cabaran hasil daripada dunia yang sentiasa berubah bagi menghasilkan outcome sejajar dengan kehendak target clientele dalam sistem pendidikan untuk melahirkan murid yang berdaya saing dan berkualiti serta dapat menempa sejarah yang unggul serta mampu mencapai kejayaan cemerlang ke tahap terbilang.
Dalam usaha mewujudkan kepimpinan instruksional yang berkesan, pengetua dan guru besar seharusnya mampu mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme untuk semua tenaga pengajar secara berterusan disamping menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan guru agar standard dan kualiti pengajaran guru sentiasa berada di tahap yang tinggi. Selanjutnya hal ini bukan sahaja memberi impakm kepada peningkatan produktiviti yang boleh meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa malah yang lebih penting bagi menarik modal dan teknologi asing. Kita harus mempergiat usaha-usaha mempertingkatkan kualiti dalam bidang pendidikan kerana pendidikan merupakan sumber utama dan daya penggerak penting dalam pencapaian matlamat Wawasan 2020. Pendidikan dapat menyumbang ke arah mewujudkan tenaga kerja mahir dan sebagai satu-satunya sumber penawaran guna tenaga, disamping melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab bagi menjamin kaharmonian dan kemakmuran negara.
Justeru, melalui kepimpinan instruksional Kementerian Pelajaran sedang giat mewujudkan satu standard nasional yang jelas ke arah pembaikan yang berterusan bagi menempa kemajuan yang signifikan dalam membentuk satu sistem pendidikan yang mementingkan kualiti bagi mencapai tahap minda kelas pertama menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pelan tindakan bagi pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia 2006 - 2010 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2006 merupakan wadah terbaik bagi anjakan paradigma sistem pendidikan negarake arah pembinaan modal insan kelas pertama sebagai pemangkin kepada Wawasan 2020 serta merupakan teras kedua Misi Nasional yang menjadi penentu kejayaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK - 9).
Pengetua dan Guru Besar seharusnya memastikan pelan strategik ini berjaya sepenuhnya dan sekiranya kita gagal, kita sebenarnya turut menyumbang kepada era kegagalan dan kejatuhan bangsa Malaysia pada masa mendatang.

IBADAT HAJI - UMRAH DAN ZIARAH

HIKMAH DAN KELEBIHAN HAJI
Haji ialah syariat yang dibawa oleh Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s.. Fardhu haji diwajibkan kepada umat Islam pada tahun kelima atau keenam Hijrah, tetapi mula dilaksanakan ibadat ini pada tahun kesembilan Hijrah dan pada tahun itulah Rasulullah s.a.w. mengarahkan Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. mengetuai satu rombongan umat Islam srsatuuoaya mengerjakan haji.
Ibadat haji adalah syariat agama Islam yang utama disamping amat banyak pula mengandungi rahsia dan hikmat. Di antara hikmat yang dapat diselami ialah bertujuan:-
1. Melatih umat Islam yang berada di alam ciptaan Allah ini supaya bersatu haluan dalam mempertingkatkan syiar Islam, berganding bahu untuk menegakkan agama Allah juga supaya perhubungan di antara masyarakat Islam terjalin lebih erat, lebih mesra lagi tanpa mengira warna kulit biarpun berlainan percakapan, adat resam dan kebudayaan sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran yang bermaksud:-
"Wahai umat manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan puak supaya kamu berkenalan di antara satu sala lain. Sesungguhnya semulai-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah sangat-sangat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)."
(Al-Hujrat: 13)
2. Tegasnya ibadat haji merupakan lambang perpaduan umat Islam supaya sentiasa berada dalam ikatan yang kukuh bagi menghadapi cabaran-cabaran dunia yang beraneka ragam yang boleh disifatkan sebagai cuba menodai dan menjatuhkan maruah umat Islam serta kesucian agamanya.
Umpamanya di Padang Arafah dengan jelas didapati semangat perpaduan dan persaudaraan umat Islam erat sekali di antara sesama manusia, tidak kira raja, rakyat jelata miskin atau kaya sama sahaja taraf mereka dan semuanya berpakaian seragam bersama-sama mengabdikan diri kepada Allah Rabul Alamin Yang Maha Esa dan Agung.
3. Manakala melontar pula adalah melambangkan tanda kesucian ronahi dalam memperhamba kan diri dan kesabaran terhadap perintah-perintah Allah supaya penganut-penganut Islam menjadikannya sebagai teladan di atas pengorbanan Ani Allah Ibrahim a.s. sewaktu menyembelih anaknya Nabi Allah Ismail a.s. sebagai korban. Maka betapa sabarnya Nabi Allah Ibrahim menerima ujian dari Allah s.w.t. disamping itu pula syaitan dengan segala tipu daya dan helah mencuba untuk memperdayakannya. Namun begitu Nabi Allah Ibrahim a.s. berjaya juga dalam menempuh ujiannya, lalu dilontarnya syaitan dengan bersungguh-sungguh hati dan kita diperintahkan supaya melakukan ibadat itu sebagai lambang ketaatan yang tidak berbelah bagi.
4. Begitu juga sa'ie yang mencerminkan peristiwa Siti Hajar iateri Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berlari berulang-alik di antara Safa dan Marwah kerana mencari air di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang untuk minuman anaknya Nabi Allah Ismail a.s. yang baru lahir sehingga terpancar air zamzam dari bumi yang diberkati. Peristiwa ini boleh menanam semangat perjuangan ke dalam jiwa setiap umat Islam supaya terus berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
5. Manusia adalah makhluk Allah yang paling istimewa sekali berbanding dengan makhluk-makhluk lain kerana dikurniakan kepadanya akal dan nafsu. Dengan ini manusia akan beroleh darjah yang paling tinggi sekiranya ia menggunakan akalnya itu dengan sempurna. Tetapi sebaliknya pula ia akan menerima padah yang amat menyedihkan kalau hawa nafsu dapat mempengaruhinya, walau bagaimanapun manusia itu sentiasa terdedah kepada salah silap dan kesilapan menjadi perkara yang tidak dapat dielakkan melainkan sesiapa yang dipelihara oleh Allah. Oleh yang demikian, salah satu jalan untuk memohon keampunan dosa itu dan segera kembali ke jalan Allah yang diredhai ialah dengan menunaikan fardhu haji menurut hadith yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bersabda Rasulullah yang bermaksud:-
"Daripada Abi Hurairah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.: "barangsiapa menunaikan haji ke Baitullah sedangkan ia tiada melakukan persetubuhan dan perkara-perkara yang dilarang maka bersihlah ia dari dosanya seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Hadith daripada Abi Hurairah r.a. bersabdaRasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
"Daripada Abi Hurairah r.a. sabda Rasullah s.a.w.: "Dosa yang berlaku di antara dua umrah adalah dihapuskan dan tidak ada balasan bagi haji yang mabrur (haji yang diterima) melainkan syurga."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

TOK JANGGUT


WIRA KAMPUNG JERAM
(TOK JANGGUT)
Lagu: Md. Sallehuddin Shah Zainal
Lirik: Ruzila Mohd. Yusoff

Suci hati jitu jiwa, peribadi yang mulia
Berperibadi mulia ilmu agama di dada
dari keluarga panglima, mahir bersilat senjata
tulus niat bela warga, luluh hati lihat derita (2x)
penjajah menjadi dalang petualang hancurkan bangsa
bangkitlah semangat juang, anak watan Kampung Jeram

Sayangnya dianggap durhaka, Sultan sendiri hilang percaya
hasrat yang mulia menjadi sengketa
pertempuran, peperangan

kampung Merbuk Pasir Puteh, dijadikan medan tempur
hilang nyawa bukan halangan
agar maruah bangsa tak tercalar (3x)

akhirnya rebah ke bumi Kampung Pupuh jadi saksi
semangat tak pernah mati, terus hidup di sanubari
Tok Janggut dalam kenangan. dalam jiwa rakyat Kelantan
Melayu juangnya jitu, jiwanya tak pernah luntur
semangat keperwiraan, bangsa Melayu gah dijulang

AKHLAK GAMBARAN KESOPANAN INSAN

Yang paling hakiki untuk menyenangkan orang lain adalah akhlak, yang merupakan hasil dari pembawaan dan perasaan yang baik. Akhlak adalah perhatian atau gambaran kesopanan terhadap orang lain.
Tidak akan terlihat dari luar tanda-tanda diri yang menunjukkan kesopanan sejati, bila di dalam diri seseorang tidak ada asas moral yang kuat. Akhlak berasal dari dalam, dari hati, namun bentuk luar akhlak itu dibuang-buang, maka semangat dan faktor dalam akhlak itu akan ikut hilang.
Ada dua jenis akhlak, salah satunya mengatakan, "lihatlah, betapa sopannya saya" sedangkan yang satunya berkata, "saya akan membuatnya bahagia". Yang terakhir inilah jenis akhlak yang benar. Jika kita lihat, sikap yang membuat kesan yang sama dengan keindahan keperibadian, sesuatu yang memberikan semacam kegembiraan dan membuat kita memperbaiki diri.
Dalam pengalaman yang wajar dikenang, hal itu lebih baik daripada sekadar keindahan, sehingga keindahan itu malahan terasa berlebihan. Orang-orang yang memiliki sikap itu tentunya diilhamkan oleh hati yang baik. Tidak ada sikap atau tingkah laku yang lebih baik daripada sikap orang yang suka menyenangkan orang lain dan bukan sebaliknya menyakiti orang-orang di sekitarnya.
Setiap orang mempunyai nilai tersendiri di dunia ini sesuai dengan yang ditunjukkan dan dengan tingkah lakunya, seseorang berharap untuk dihargai. Hal ini nerupakan sesuatu yang perlu direnungkan. Inilah pemikiran hari ini yang baik. Bila seseorang bertindak berbeza, maka memang masuk akal bila ini akan menjadi ciri istimewanya yang membuat dirinya dikenali. Betapa baiknya bila kesantunan, akhlak, sikap baik yang merupakan ciri istimewa itu menjadi kualiti hati dan akal yang kita pamerkan melalui perbuatan. Hal ini lebih baik diperlihatkan daripada dipendamkan.

Tuesday, September 22, 2009

IBADAT HAJI - UMRAH DAN ZIARAH

DALIL WAJIB HAJI DAN UMRAH
1. Dalil daripada Al-Quran:-
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
"Dan serukanlah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai-bagai jalan (seruk rantau) yang jauh.
Supaya mereka menyaksikan berbagai-bagai perkara yang mendatangkan berbagai-bagai faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban) dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah dan yang fakir miskin.
Kemudian hendaklah mereka membersihkan diri mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu."
- (Al-Hajj: 27 - 29)
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji (dengan) mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat suatu pun) dari sekalian makhluk."
(Ali-Imran: 97)
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah."
(Al-Baqarah: 196)
2. Dalil daripada Hadith:-
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
"Diriwayatkan oleh Ibni Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:- Dibinakan Islam atas lima rukun iaitu mengucap dua kalimah syahadat (pengakuan dan penyaksian bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah), mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
"Daripada Abi Hurairah r.a. berkata ia bahawa Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada kami dengan bersabda: "Wahai sekalian manusia sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas kamu haji maka hendaklah kamu menunaikannya. Maka seorang lelaki bertanya: " Adakah tiap-tiap tahun ya Rasulullah?" Rasulullah diam tidak menjawab, orang itu mengulangi pertanyaan hingga tiga kali, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika saya menjawab 'Ya' tentu menjadi wajib dan jika telah menjadi wajib kamu tidak dapat melaksanakannya. Biarkanlah apa yang sengaja saya diamkan. sesungguhnya yang membinasakan umat-umat yang sebelum kamu itu kerana banyaknya pertanyaan mereka dan banyak mereka menyalahi nabi-nabi mereka. Kerana itu apabila aku perintahkan sesuatu kepada kamu maka kerjakanlah sekuat-kuat tenagamu dan apabila aku melarang kamu dari melakukan sesuatu maka tinggalkanlah."
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
"Daripada Zaid bin Sabit r.a. berkata ia: "Telah bersabda Rasulullah s.a.w. mengerjakan haji dan umrah itu dua fardhu yang hanya sekali sahaja (bagi seseorang Islam yang cukup syarat) bolehlah engkau kerjakan mana satu dahulu (sama ada haji ataupun umrah)."
(Diriwayatkan oleh Dailami)
"Daripada Saidina Ali r.a. berkata ia, sabda Rasulullah s.a.w. "Barang siapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak menunaikan haji (hingga ia mati dengan tidak ada keuzuran baginya) maka tidak ada halangan baginya mati sebagai Yahudi atau Nasrani (dari segi seksanya) kerana Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yang bermaksud:- "Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji. (Dengan) mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya'.
(Diriwayarkan oleh Tirmizi dan Baihaqi)

ADAKAH IANYA SUATU PERSOALAN?

Dulu, hati yang aku miliki ini tidak mudah 'sensitif'. Meskipun berkali-kali, perasaan aku tersentuh, namun dapat aku kawal diri ini agar tidak mudah 'sensitif'. Kini, kekuatan aku mengawal diri aku sudah sampai ke penghujungnya. Perasaan yang 'sensitif' yang begitu payah ujud, tiba-tiba meletus dan menghamburkan laharnya di seluruh tubuh aku. Mengapa ini boleh terjadi? Mungkinkah 'persoalan' yang tiba-tiba mendadak itu, menjadi puncanya? Mungkinkah itu pencetusnya?
'Persoalan' yang terlalu berat bagi aku untuk memikulnya ini, benar-benar telah menghantui seluruh jiwa aku. Apakah 'persoalan' itu benar-benar ujud? Masakan laut itu bergelora tanpa ombak dan badainya. Justeru, terfikir dalam hati aku, 'persoalan' itu mungkin sekali pasti ujud. "Persoalan' itu patut aku mempercayainya. Meskipun 'persoalan' itu masih lagi terlalu samar dan tidak layak bagi aku untuk mempercayainya, namun ianya terlalu berat untuk aku melupainya kerana ianya ujud dari sumber yang terlalu sukar untuk aku menangkisnya. Jutaan terima kasih aku hadiahkan pada 'situasi' yang telah mendedahkan pada aku suatu 'misteri' yang begitu pahit dan ujud tanpa kerelaan aku.
Malu, sedih dan pilu terus membuak dengan perasaan geram. 'Persoalan' yang terperam dalam lubuk hati aku, telah menyentuh maruah aku sebagi seorang insan. Aku kini seperti binatang jalang yang menjijikkan. Jiwa aku selama ini tenang, bergelora kini dipukul badai dan gelombang.
Aneh, 'situasi' terlalu cepat mengubah emosi dan sentimen seorang insan. Begitu juga dengan 'persoalan' ini. manusia terlau cepat melupakan kejujuran dan keikhlasan. Walaupun ianya terpalit pada janji-janji yang sungguh suci. Mengapa?
Bila difikir-fikirkan, terasa terlalu ingin aku menyahut 'persoalan' yang menimbul ini. Terasa bagaikan aku akan mengambil suatu keputusan yang wajar demi 'persoalan' ini. Namun, kewarasan bagi lagi menguasai aku. sesuatu 'persoalan' itu boleh diselesaikan melalui kedamaian bagi membuahkan suatu keputusan. Adalah wajar, 'persoalan' ini dibereskan antara yang menimbulkan 'persoalan' dengan yang menerima 'persoalan'. Aku rasakan ini adalah lebih adil dan saksama.
Kini, aku dalam penantian. Penyelesaian harus dilakukan. Aku pohon 'persoalan' tidak meresap dan menular lebih jauh. Bagi aku, biarlah 'persoalan' ini menjalar dan terus membunuh jiwa aku ini sahaja. Tidak kepada insan lain yang turut terbunuh atau terkorban dalam 'persoalan' yang sungguh berbisa ini. Oh! Tuhanku, jauhilah 'persoalan' ini dari terus menyemarak dalam jiwa insan lain. Biarlah aku sahaja yang menanggungnya.
Masa berlalu dengan jiwa semakin gelisah. Aku mula membisikkan susuatu yang menjijikkan. Kepercayaan yang disemai mulai layu. Kejujuran yang mula menguntum mulai pudar tanpa seri dan wanginya. Aku mulai mengenal erti keliru. Keliru dengan kejujuran yang aku paparkan. Keliru dengan keikhlasan yang aku dambakan. Apakah aku berdosa oh Tuhanku, dalam tanggapan yang sering bergolak dalam hati aku? Oh! Tuhanku, berikan kekuatan, tetapkanlah keimanan. Terlalu sukar untuk aku mencari titik-titik penyelesaian bagi merungkai 'persoalan' ini. Ketenangan semakin pupus. Kedamaian mulai menjauhi. Apakah aku akan dapat mengejar dan mendakap kembali ketenangan, kesyahduan dan kedamaian itu? Hanya Engkau sahaja oh! Tuhanku, yang Maha Mengetahui.
Ibu yang tercinta. Andainya kau mengetahui 'persoalan' ini, maka remuk luluhlah hatimu. Batapa hinanya anakmu ini dengan 'persoalan' ini. Tapi ibu, kalaulah aku dapat terus memendamkannya, aku percaya, kau tentu dapat turut memendamkannya. Biarkanlah ianya terpendam dan melahirkan karat-karat yang boleh menikam jiwa. Cuma apa yang aku pinta, biarlah 'persoalan' ini pergi jauh dan tidak menghampiri dirimu, ibu. Terlalu pahit untuk kau telan, ibu. Oh! Tuhanku, Engkau jauhilah 'persoalan' ini dari menghantui jiwa ibu. Aku tak mahu hati ibu terguris lagi.
Padamu yang tersayang. Hati aku akan terguris lagi andainya 'persoalan' ini benar-benar ujud dan lahir dari bibirmu. Bagimu, mungkin 'persoalan' ini tiada risikonya tapi tidak bagi aku. Risikonya terlalu menyulitkan dan menakutkan. Andainya 'persoalan' ini benar-benar ujud, jujurlah untuk menceritakannya. Ikhlaskanlah untuk memaparkannya. Aku tetap bersedia untuk menerimanya. Itu adalah hak peribadimu, meskipun aku akan merasakan bahawa aku adalah insan yang paling malang dan yang paling hina dalam 'persoalan' ini.
Tuhanku, mengapakah menjadi kelaziman, jujur dan ikhlas itu menjadi mangsa? Mungkinkah itu merupakan suatu cabaran? Atau suatu Rahmat dari-Mu? Memang menjadi adat dan amalan, kejujuran dan keikhlasan itu terlalu kuno pada yang moden. Namun tidak pada aku yang meletakkan kejujuran dan keikhlasan sebagai tanda kejujuran. Kesetiaan akan lahir melalui kejujuran. Bagi aku di sinilah benih-benih kebahagiaan akan berputik untuk kebahagiaan dan kesejahteraan.
Akhirnya, kalaulah 'persoalan' ini tidak pernah ujud dalam dirimu, pastinya kau tahu bagaimana ianya boleh timbul. Apakah ada insan yang lidahnya boleh memutarkan kata-kata? Apakah ada insan yang ingin menyakiti hati aku? Walau bagaimanapun, aku terlalu mengharapkan 'persoalan' ini dapat diselesaikan tanpa adanya insan lain. Janganlah ada insan lain yang sama menumpang 'persoalan' ini. Bagi aku, setiap apa juga keputusan yang lahir dari 'persoalan' ini, ianya adalah cuma untuk kita berdua sahaja.

BAITULLAH (KA'BAH)

Kemusnahan Ka'bah Di Akhir Zaman
Terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang mengesahkan bahawa Ka'bah akan dimusnahkan pada akhir zaman nanti.
Diriwayatkan daripada Abu Huraira r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:-
"Ka'bah akan dimusnahkan oleh 'Zu As-Suwaiqatain (lelaki yang berkaki kurus) dari Habsyah (Ethiopia)."
Juga diriwayatkan bahawa Ali r.a. berkata yang bermaksud:-
"Lakukanlah tawaf di rumah ini (Ka'bah) sebanyak mungkin sebelum kamu dihalang dari melakukannya. Seolah-olah aku dapat melihatnya (Seorang lelaki dari Habsyah) dengan kepala dan telinga yang kecil, menghancurkan (Ka'bah) dengan cangkulnya."
Manakala diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkata yang bermaksud:-
"Seolah-olah aku dapat melihatnya, hitam dan berkaki pengkar (tempang), dia meruntuhkan batunya (Ka'bah) satu demi satu."
Sa'id bin Sam'an berkata bahawa dia mendengar Abu Hurairah r.a. memberitahu Abu Qatadah r.a. bahawa dia telah mendengar Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:-
"Sumpah taat setia akan dilakukan kepada seorang lelaki di antara Rukun dan Maqam dan tidak ada seorang pun yang akan melanggar kesucian Rumah ini kecuali kaumnya sendiri. Apabila mereka melanggarinya, jangan dipersoalkan lagi akan kemusnahan kaum Arab. Kemudian datang kaum Habsyah yang akan memusnahkannya sama sekali sehingga ia tidak mungkin akan dibina kembali dan merekalah yang akan mengeluarkan harta perbendaharaannya."
Hadis-hadis ini tidak pula bercanggah dengan hadis 'Aishah r.a., sabda Rasulullaj s.a.w. yang bermaksud:-
"Satu pasukan tentera akan menyerang Ka'bah dan apabila mereka tiba di satu kawasan lapang, bumi akan menelan mereka semua daripada yang pertama dan yang terakhir."
Al-Hafiz Ibnu Hajar -rahimahullah- berkata yang bermaksud:-
"Ini menjelaskan bahawa akan berlaku beberapa serangan ke atas Ka'bah.pada suatu masa Allah s.w.t. akan musnahkan mereka sebelum mereka sampai kepadanya. Adakalanya Allah s.w.t. membiarkan mereka melakukannya. Apa yang jelas daripada hadis bahawa peristiwa meruntuhkan Ka'bah ini berlaku mutakhir daripada hadis mereka ditelan oleh bumi."

Monday, September 21, 2009

KHADAM KA'BAH (AGHAWAT)

Muawiyah bin Abi Sufyan ialah orang pertama yang melantik golongan hamba untuk berkhidmat di Masjidil Haram, kemudian diikuti oleh khalifah lain selepasnya.
Kemudian jawatan tersebut bertukar kepada golongan lelaki yang dikasi kemaluannya. Alat kelamin mereka telah dimatikan semasa kecil pada ketika mereka tidak mengetahui apa-apa. Mereka ini dijadikan dijadikan sebagai khadam yang berkhidmat di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi.
Golongan ini dikenali dengan nama "Agha" ertinya ialah lelaki yang mempunyai kemewahan dan kuasa semasa mereka berkuasa di dalam Masjidil Haram. Bagi orang Malayu di Makkah, mereka ini dikenali dengan nama "sepotong".
Mereka mempunyai jawatan dan pangkat. Biasanya orang lama akan menjadi ketua. Mereka memakai pakaian khas iaitu jubah dengan kopiah keras serta memakai bengkung di panggang. Golongan ini sudah semakin pupus sekarang. Kebanyakan tugas mereka telah digantikan dengan petugas yang berkhidmat dengan syarikat Bin Ladin dan lain-lain

SURAH AL-ANFAAL (HARTA RAMPASAN PERANG)

Surah ini mengandungi 75 ayat dan diturunkan di Madinah. Dalam surah ini diterangkan tentang perjuangan Rasulullah s.a.w. menentang pencerobohan kaum kafir Musyrikin dan kejayaan di dalam perang Badar. Dalam surah ini juga diterangkan cara membahagikan harta rampasan perang itu dan perkara-perkara yang berhubung dengan peperangan dan perdamaian.
Akhirnya dalam surah ini diperintahkan supaya orang Islam sentiasa bersiap sedia dengan kekuatan pertahanan dan dengan kekuatan berbagai jenis senjata yang dapat disediakan untuk menentang pencerobohan musuh.

Sunday, September 20, 2009

MUZIUM AL-HARAMAIN

Kerajaan Arab Saudi telah membina sebuah muzium yang dikenali dengan nama, Mathaf Al- Haramain Asy-Syarifain. Ia terletak bersebelahan dengan dengan kilang Kiswah Ka'bah. Di muzium ini tersimpan barang-barang lama yang berada di dalam Ka'bah seperti pintu, kunci serta tiang Ka'bah yang dibina pada tahun 65H dan lain-lain.

GEMA TAKBIR DI PAGI INI


gema takbir aidilfitri di pagi ini
menyusuk di jiwa dan meresap di hati
ramadhan pergi aidilfitri pengganti
silih berganti setiap kali

gema takbir aidilfitri di pagi ini
tanda kemenangan tanda keriangan
tanda bersyukur tanda keinsafan
dari hamba-hambamu ya Ilahi

gema takbir aidilfitri di pagi ini
akan berkumandang di setiap pelusuk bumi
hamba-hambamu Ilahi terus memuji
kebesaran-Mu yang Esa ya-Rabbi

gema takbir aidilfitri di pagi ini
mengingatkan kepada yang telah pergi
mereka semakin menjauhi
dan aku semakin mendekati

gema takbir aidilfitri di pagi ini
kaki terus melangkah pergi
ibu dan ayah yang sudah tiada lagi
hanya pusaramu aku berada di sisi

gema takbir aidilfitri di pagi ini
terus berkumandang di sana sini
Ya Allah Ya Tuhan Yang Mengasihi
Kau ampunkanlah dosa ibu bapaku ini