Monday, September 7, 2009

APA KATE MENGKOME?

Mengkome nengok lori nih angkut barang bukan ade penutup pun bior je lori tuh tercango. Kirenye patung tumbang dan jatuh ke atas jalan raye, sape yang susah nanti? Tentu le kreter atau kenderaan yang ngikut belakang lori ni.
Motosikal yang diletakkan merate-rate kat kaki lima kedai menyusahkan oghang ramei nak lalu lalang. Lokasi ini dekat ngan "bus stand" tentu ganggu oghang nak naik bas.
Depan Public Bank Sunga Siput ni memangnyer semedang oghang letak kreter atau nunggu dalam kreter. Mengkome tak nampak ke kat situ ade garisan kuning memanjang? Pastu halang pulak oghang nak letak motosikal deme tuh.
Kat depan Maybank Sunga Siput nih memang sebuk memanjang. Tak kire le ari gaji ke idak. Sebabnye, mengkome nengok kreter kaler putih ni boleh parking tepi jalan kluar dari Maybank tuh. Ini menghadang kreter yang kluar dari Maybank tuh. Itu pasai jem memanjang kat situ.
Ini lagi baguih. Boleh parking kat petak yang tertulis "bas sahaja". Ini memang keras kepale punye oghang. Bile deme letak kreter kat sini, bas Ipoh - Kuale Kanso tak ade pilihan melainkan turunkan dan naikkan penumpang tengah2 jalan raye. Padan muke mengkome. Boleh jem sepanjang pekan Sunga Siput tuh weh.

Bior betul mengkome oiii. Teman peronah berenti kejap kat line kuning nunggu kawan beli surat habo. Polis datang terus saman, Hebat jugak yer polis Sunga Siput nih. Pastu teman tak berani lagi nak nunggu2 kat line kuning. Tapi, kreter ni teman nengok dah lebih satu jam letak kat situ. Takde pulak polis datang kluar saman. Nasib...nasib... pade hel polis ade meronde2 dekat situ.
Insiden ini berlaku kat depan Petronas Sunga Siput. Sebuah lori boleh parking kat tengah jalan nak masuk ke Petronas tuh. Banyak le kreter terpakse lalu ikut jalan lain bile nak isi minyak kat Petronas tuh. Jalan tuh pulak sempit jadi jem ler. Kalo ade roti boleh le teman colekkan ngan jem tersebut. Baru ler best. Mengkome jangan dok tambah2 jadi best giler pulak. Ini akan merosakkan bahasa Melayu.
Kreter ini pulak boleh diletakkan tengah jalan. Maksud teman luar dari petak parking. Perbuatan mengkome macam ni boleh menghalang lalulintas sebab jalan beso dah jadi sempit.

No comments: