a) Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf (tidak boleh membaca dan menulis), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh mengenal sesuatu bentuk tulisan. Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khatab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidullah, Abu Sufian bin Harb, Muawiyah bin Abi Sufian, Abban bin Said dan al-A'la bin al-Hadrami. Semuanya dari kalangan penduduk Mekah al-Mukarramah, manakala dari kalangan penduduk Madinah pula ialah Amru bin Said, Abi bin Ka'ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru.
b) Setelah Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah menggalakkan penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan perang Badar dari kalangan orang Quraish Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah. Melalui usaha ini, baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam. Akhirnya Rasulullah mempunyai lebih 40 orang penulis (kebanyakannya penulis wahyu) sebelum Al-Quran sempurna diturunkan kepada baginda.
2. TULISAN DAN PENULISAN AL-QURAN
a) Menurut bahasa Arab, perkataan Khat bererti garis memanjang pada suatu perkara dan juga cara yang paling mudah untuk menulis dengan memggunakan peralatan seperti pen, kalam dan sebagainya.
b) Terdapat perbezaan diantara Khat atau Tulisan dan Rasm. Khat adalah berhubungan dengan pembentukan huruf manakala Rasm ialah mengenai pembentukan perkataan menerusi huruf-huruf Hijaiyah.
c) Khat yang dipelajari oleh Harb bin Umaiyah dan kemudian diajar kepada orang-orang Quraisy ialah khat al-Anbari al-Khairi. Apabila khat ini diperkenalkan ke Hijaz ia dinamakan dengan nama khat al-Hijazi. Bentuk khat inilah yang telah digunakan oleh para menulis surut, penyair dan lain-lainnya. Sehinggalah kedatangan Islam bentuk khat tersebut telah digunakan dalam penulisan wahyu hinggalah ia digunakan juga pada penulisan mashaf Abu Bakar al-Siddiq dan digunakan juga pada penulisan mazhab Ithmaniah. Apabila Islam telah tersebar di serata pelusuk dunia, maka terdapat sekumpulan dari penulis-penulis Kufah yang telah mengelok dan mencantikkan lagi khat al-Hijazi. Setelah berlaku proses tersebut, khat al-Hijazi itu dinamakan dengan khat al-Kufi.
a) Menurut ahli sejarah, penulisan Al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. di mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima wahyu. Baginda mengarahkan penulis-penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat Al-Quran yang diterimanya.
b) Antara penulis wahyu Baginda s.a.w. ialah Khulafa' al-Rashidin yang empat iaitu Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq, Saiyidina Umat bin al-Khattab, Saiyidina Othman bin Affan dan Saiyidina Ali bin Abi Talib r.a. serta sahabat baginda yang lain seperti Saiyidina Zaid bin Thabit. Ubai bin Ka'ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain.
c) Oleh kerana pada masa itu ketiadaan kertas maka para penulis wahyu telah mencatatkan ayat-ayat al-Quran pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan. Catatan tersebut disalin semula oleh sebahagian sahabat walaupun kebanyakan mereka lebih mengutamakan hafazan.
4. PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAIYIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ R.A.
a) Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat telah melantik Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Padaamannya telah berlaku beberapa peperangan antaranya ialah peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam peperangan ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid. Sejarah mencatatkan sehingga 700 orang menghafaz al-Quran telah gugur syahid dalam peperangan tersebut.
b) Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khatab r.a. beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya di adakan usaha pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramai al-Qurra' yang gugur syahid
Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat lain. Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lemabaran Suhuf.
c) Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, Suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al-Khatab r.a. dan apabila Saiyidina Umar bin al-Khatab r.a. wafat, lembaran Suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummu al-Mukminin Saiyidatina Hafzah binti Umar al-Khatab r.a.
No comments:
Post a Comment