Thursday, December 31, 2009

ADEKER MENGKOME BEGINI NYAMBUTNYER?

SERANGAN BERANI MATI

TUNGAU
"kutu yang halus seperti tuma yang kebiasaannya terdapat pada ayam atau kera"

BETAPA LUASNYA NERAKA

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami dan semua orang Islam dari 'azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH, AMIN.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: "Jibrail datang kepada Nabi s.a.w. pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya.
Maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: ‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’

Kemudian Jibrail terdiam kerana segan kepada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku. Apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.’

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis. Nabi s.a.w. lantas masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar-keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan meminta kepada Allah.

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini akan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahu'alam.

ADEKE MENGKOME BEGINI?

Setiap manusia mempunyai berbagai-bagai pemberian (nikmat) dari Allah s.w.t. Pemberian-pemberian asas yang biasanya diperolehi oleh setiap orang adalah kesihatan, penglihatan, pendengaran dan berbagai-bagai lagi pemberian semula jadi yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Selain daripada itu sebagai seorang anggota masyarakat sudah tentu ia memperolehi beberapa kemudahan yang jika dihitung maka sudah tentu ia akan mendorong seseorang itu untuk "bersyukur" atau "berterima kasih". Sikap suka berterima kasih dapat memberikan kesedaran tentang banyaknya sumbangan yang diperolehi daripada orang lain.

Oleh itu, sebagai seorang yang telah menerima nikmat dan pemberian, maka adalah wajar ia mengucapkan syukur. Rasa kesyukuran yang dilafazkan itu boleh menggerakkan seseorang itu untuk melipatgandakan usahanya dalam sesuatu bidang pekerjaan.

Sikap bersyukur ini amat penting dimiliki oleh semua anggota perkhidmatan awam. Adanya perasaan syukur terhadap nikmat kerja yang diberikan oleh Allah s.w.t. ini akan menjadikan kita lebih tabah menghadapi sebarang pekerjaan, tidak mudah mengeluh, gelisah atau naik radang terhadap masalah-masalah yang dihadapi dan menunjukkan reaksi yang negatif kepada setiap perkara yang tidak menyenangkan dalam pekerjaannya.

KISAH DAN TELADAN

Dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w., Baginda sentiasa memberikan contoh yang baik bagaimana menghargai jasa-jasa pembantu rumah sebab mereka itu bukanlah hamba. Dalam rumah tangga Baginda sendiri terdapat beberapa orang pembantu rumah yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Antara mereka itu ialah Anas Zar Al-Ghifari, Nu'aim bin Rabi'ah, Ummu Aiman, Khaulah, Salmah dan beberapa orang lagi.

Mereka semuanya turut menolong menguruskan keperluan keluarga Rasulullah s.a.w. dengan penuh kesetiaan. Begitu juga keluarga Rasulullah s.a.w. menghargai mereka dengan dengan penuh kasih sayang.

"Wahai anakku," itulah panggilan Rasulullah s.a.w. apabila berkata atau menyuruh Anas bin Malik kerana dia termasuk yang paling kecil umurnya. Kadang-kadang Baginda sediakan waktu untuk memberi pengajaran kepada mereka hingga mereka banyak mengetahui hadis dan ilmu agama. Malah kedudukan mereka cukup tinggi dalam masyarakat kerana merekalah orang yang paling banyak mengetahui hal -hal dalam rumah tangga Rasulullah s.a.w.. Mereka sangat amanah memegang rahsia, sekiranya ada sesuatu yang dianggap rahsia.

"Ya Allah, Engkau berilah Anas rezeki, anak yang soleh dan berkatilah hidupnya," doa Rasulullah s.a.w. kepada Anas bin Malik. "Siapa yang hendak melihat rendah hati Isa bin Mariam maka lihatlah kepada Abu Zar Al-Ghifari," demikianlah tingginya perhargaan Rasulullah s.a.w. kepada beliau.

Rasulullah s.a.w. bersyukur kepada Allah s.w.t. atas khidmat pembantu-pembantu rumah Baginda. Sebagai tanda syukur, Baginda telah memberi layanan yang baik dan Baginda tidak pernah berkasar, apa lagi menyakiti hati mereka.

KEJAYAAN ADALAH JEJAK ORANG TERDAHULU

"Tidak ada jalan yang lebih pasti untuk mencapai kejayaan dari mengikuti jejak daripada orang yang telah berjaya dalam menempuh perjalanan sebelumnya."

Pelbagai tajuk yang telah kita baca sepanjang tahun 2009 ini mengandungi pengetahuan mengenai kesihatan, kemakmuran dan kebahagiaan melalui akhbar, majalah dan juga penulisan dari blogger. Apa yang diharapkan kita semua telah menambahkan pengetahuan yang berguna untuk kehidupan kita seharian.

Dalam satu kajian memberi kefahaman tentang peningkatan diri yang berjudul "ssuccessful achievement", ada dihuraikan rahsia-rahsia kejayaan dan berbagai ajaran dari lebih lima ratus orang paling berjaya di dunia. Dalam satu program yang berkaitan dengan keselamatan, kita akan dapat membaca tentang tulisan-tulisan dan catatan asli dari orang-orang terkemuka ini. Ini seperti belajar dengan arahan dari guru-guru yang hebat.

Kadang-kadang sesuatu pengalaman kejayaan manusia walau pun telah lama berlalu akan menjadi suatu dorongan kepada kita untuk berjaya. Mungkin kita tidak menemui mereka yang menjadi pendorong tetapi melalui pembacaan, tontonan dan sebagainya adalah memadai untuk kita memperluaskan pengetahuan kita.

Apabila kita telah menemui diri kita sendiri yang mana terdapat dalam kumpulan yanga memiliki hasrat yang membara untuk maju maka kita akan melihat kembali mereka yang telah pun menjadi pendorong kepada kita. Belajar melalui pengalaman dan tidak patah semangat apabila adanya kegagalan adalah menjadi perkara utama kepada kita.

Wednesday, December 30, 2009

APE YANG MENGKOME NAMPAK?

TAKLIMAT DI TAIPING GOLF RESORT

NILAI DALAM KEBERSIHAN

Kebersihan merupakan satu ciri yang perlu wujud dalam kehidupan manusia yang menjalankan semua urusan. Ia merangkumi aspek rohani dan jasmani. Islam menekankan "kebersihan" pakaian, bangunan dan kawasan. Disamping itu kebersihan juga perlu dalam urusan-urusan pemilikan harta dan pentadbiran. Konsep kebersihan yang menyeluruh ini merupakan salah satu "nilai" yang sangat penting untuk diamalkan kerana dari kebersihan ini akan terbentuklah persekitaran dan masyarakat yang sihat.

Pegawai Tadbir yang menjalankan segala urusannya dengan bersih sudah tentu akan dihormati dan disegani. Sebaliknya pegawai yang rasuah, mementingkan diri dan sebagainya akan dipandang jijik dan hina. Dari segi fizikal pula kebersihan sangat diperlukan. Ia dapat menjauhkan penyakit dan menyenangkan mata memandang. Ada tempat kerja pula memerlukan tahap kebersihan yang sangat tinggi untuk mempastikan hasil yang memuaskan seperti bilik makmal bahan radiaktif, bilik-bilik makmal yang lain , bilik rawatan dan sebagainya.

Kerja-kerja pejabat seperti penyediaan laporan, minit mesyuarat, kerja-kerja percetakan juga seharusnya dilaksanakan dengan bersih dan kemas. Keadaan ini boleh membantu meninggikan produktiviti kerana suasana pejabat yang kotor dan kerja-kerja yang tidak kemas boleh membuntukan fikiran dan mengganggu kelancaran kerja.

Oleh itu, kebersihan dalam semua aspek sangat-sangat diperlukan bagi semua kumpulan kerja yang ingin berjaya.

KISAH DAN TELADAN

Imam Al-Bukhari meriwayatkan bahawa pada suatu hari datang seorang hamba Khalifah Abu Bakar As-Siddiq membawa makanan untuk dihidangkan kepada baginda. Setelah baginda selesai memakannya, hamba itu berkata kepadanya: "Tahukah tuan dari mana saya ambil makanan ini, wahai Khalifah Rasulullah s.a.w.?".

Lantas Khalifah Abu Bakar r.a. bertanya: "Dari mana engkau ambil makanan ini?".

Hamba itu pun menjawab: "Pada zaman jahiliah dahulu saya pernah menyamar sebagai seorang tabib dan mengubat orang sakit. Pada hari ini ia berjumpa dengan saya dan memberi kananan ini."

Apabila mendengar kata-kata daripada hambanya itu, Khalifah Abu Bakar r.a. pun memasukkan tangannya ke dalam mulut hingga baginda muntah untuk mengeluarkan makanan yang baru dimakan sebentar tadi. Khalifah Abu Bakar pun menyatakan: " Demi Allah, seandainya makanan itu tidak keluar dengan cara tersebut nescaya aku akan mengeluarkan dengan cara yang lain. Ini kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Setiap tubuh yang membesar dari makanan haram maka patutlah ia disentuh oleh api neraka."

TERPIKAT KEPADA KEJAHATAN

"Mula-mula manusia dikejutkan oleh dosa, lalu perkara itu menjadi menyenangkan, kemudian dipermudahkan , seterusnya menakjubkan lalu menjadi sering, kemudian terbiasa dan lalu dipastikan."

Tidak ada seorang pun dapat menjelaskan falsafah tentang berminat kepada kejahatan, untuk melakukan kesalahan atau bergelumang dengan dosa. Sudah menjadi candu bagi orang yang boleh menerimanya. Mereka terpikat kepada kejahatan, walaupun mereka tahu perkara itu merosakkan. Umpama burung yang terpikat dan dipatuk oleh ular, padahal burung itu tahu bahawa reptilia itu adalah musuhnya yang boleh membunuhnya.

Daya pikat dosa dan godaan untuk melakukan yang silap, nampaknya mematikan pancaindera dan melemahkan keinginan. Akibatnya terhadap orang yang menyerah kepadanya adalah sama dengan kesan dadah pada mangsa. Mangsa-mangsa amat mengetahui dengan baik bahawa perkara itu adalah musuh mereka, nahawa perkara itu memerosotkan kemampuan mereka serta akan membunuh perkara terbaik dan termulia pada diri mereka, namun mereka tetap juga tertarik.

Kebahagian yang sejati tidak mungkin terjadi jikalau terjadi pelanggaran terhadap hukum alam yang suci. Periksalah diri kita sendiri dan kita tidak akan dapat menyembunyikan kebenaran bahawa kejayaan yang berterusan hanya boleh diperolehi dengan berbuat baik. Tunduknya kesedaran kepada perbuatan salah adalah sesuatu yang lebih parah daripada kesenangan yang ditimbulkan oleh otak yang diracuni ubat-ubatan kerana pancaindera kita dikuasai oleh nafsu. Orang yang melanggar hukum-hukum alam, cepat atau lambat harus membayarnya dengan harga yang mahal.

Bagi pelajar sekolah menengah, universiti atau orang dewasa yang tidak matang sedang mencari kenikmatan. Adalah seharusnya mereka cuba untuk berfikir tentang apa yang harus mereka bayar kalau mendapat kenikmatan itu. Mereka juga perlu berfikir tentang kehilangan apa yang bakal menimpa dan tentang apa yang terjadi pada diri mereka, sebab mereka tidak akan menjadi orang yang sama seperti sebelum melakukannya. Kenikmatan yang sebarangan adalah kematian bagi kejayaan abadi, kebahagiaan dan kedamaian fikiran.

Tuesday, December 29, 2009

MENGAPAKAH INI HARUS TERJADI???

APE YANG MENGKOME NAMPAK?

SIFAT PAHLAWAN DALAM KEHIDUPAN

"Pada suatu hari kita akan mendapat kenyataan bahawa perbuatan cinta yang kecil-kecil, yang ditempah secara tidak sedar ketika kita melalui jalan kita adalah sesuatu yang lebih besar dalam memberi bantuan dan masih akan terus bersinar lebih terang dalam hidup, dibandingkan dengan perbuatan-perbuatan termasyhur yang kita fikir telah membuat hidup lebih agung dengan perbuatan itu."

Ketika kita mendengar perkataan "pahlawan", kita cenderung berfikir tentang seseorang yang telah mencapai kemenangannya di medan pertempuran. Kita tidak menyedari bahawa dalam pertempuran besar kehidupan setiap kita juga mempunyai kesempatan yang tidak terhitung untuk melakukan hal-hal yang utama suatu tindakan kepahlawanan setiap hari.

Adalah suatu tindakan yang utama, kalau seorang usahawan telah berlaku jujur dalam hubungannya dengan sesama mereka walaupun mengakibatkan kekalahannya terhadap saingan perniagaannya. Juga adalah tindakan yang utama kalau seorang siswa atau siswi berhasil mempertahankan kemurniannya sementara anak-anak sekitarnya menjadi kucar-kacir dengan kehidupan mereka yang tidak bermoral. Hal-hal ini sama utamanya dengan kepahlawanan di medan pertempuran.

Sifat pahlawan adalah kemenangan cemerlang jiwa terhadap tubuh, terhadap ketakutan, ketakutan terhadap kemiskinan, terhadap penderitaan, terhadap sakit, terhadap kesepian dan terhadap kematian. Tidak ada kebaikan tanpa sifat "hero". Sifat hero adalah penumpuan yang mulia dari keteguhan hati.

Marilah kita bersungguh-sungguh dalam keputusan kita untuk menciptakan hidup, untuk membangunkan manusia. Untuk mencapai kemenangan diperlukan nilai-nilai pahlawan dan keteguhan pahlawan. Tindakan pahlawan boleh kita penuhi dalam kehidupan sehari-hari di rumah dan di tempat kerja dan ketika kita bermain, seperti juga di medan perang.

Pahlawan terbesar dalam hidup jarang diceritakan di suratkhabar. Mereka jarang menciptakan berita utama di muka hadapan surat khabar atau menarik perhatian secara meluas. Ke"pahlawan"an tidak disediakan bagi para pencari nama, melainkan akan ditemui dalam kehidupan yang dipenuhi dengan berbagai perkara kecil-kecil, biasa dan sehari-hari iaitu tindakan baik dan kesediaan membantu.

Monday, December 28, 2009

APE KATE MENGKOME?

Agama Islam telah menentukan beberapa amalan fardhu yang melatih bukan sahaja aspek-aspek fizikal tetapi juga kejiwaan. Kesemua amalan-amalan tersebut adalah diasaskan kepada "disiplin" tertentu yang mesti dipatuhi apabila sesuatu kerja dijalankan. Umpamanya apabila kita hendak mengerjakan sembahyang maka ia hanya boleh dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Boleh dikatakan seluruh isi Al-Quran mengandungi perintah-perintah dan larangan-larangan yang merupakan "disiplin". Ini menunjukkan bahawa manusia tidak boleh melepaskan dirinya daripada "disiplin" dan sebaliknya kehidupan tanpa "disiplin" akan berakhir dengan huru hara dan kacau bilau.

Dalam tugas sehari-hari di pejabat-pejabat, patuh kepada "disiplin" sangatlah penting. Tanpa "disiplin", tugas-tugas akan menjadi kacau bilau dan kerja tidak selesai. Arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan hendaklah dipatuhi oleh anggota bawahan. Sikap hormat menghormati antara sesama pekerja dan pegawai akan menambah kemesraan dalam jabatan dan meningkatkan semangat untuk mematuhi "disiplin" pejabat.

Kepatuhan terhadap "disiplin" menjadi sangat penting kepada pekerja-pekerja dan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam semua bidang khususnya dalam bidang-bidang yang sensitif seperti menjaga "rahsia kerajaan" dan mengendalikan makmal-makmal perubatan serta bahan-bahan kimia yang merbahaya. Oleh itu "disiplin" sangat penting dalam semua hal.

KISAH DAN TELADAN

Pada zaman Rasulullah s.a.w. seorang lelaki dari Bani Umair datang ke rumah Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, bolehkah saya masuk?"

Rasulullah pun memanggil khadamnya dan berkata: "Pergilah kamu kepada lelaki itu dan katakan kepadanya: Hendaklah kamu berkata; "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"

Maka khadam itupun pergilah kepada lelaki tersebut dan berkata: "Rasulullah s.a.w. memberitahu kepadaku kalau kamu hendak masuk hendaklah kamu katakan begini" Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"

Lelaki tersebut telah melakukan apa yang telah diajarkan oleh khadam itu kepadanya. Rasulullah s.a.w. pun mengizinkannya masuk.

Ini adalah contoh disiplin yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya apabila hendak memasuki rumah orang lain

QUEENSBAY MALL PENANG

APE YANG MENGKOME NAMPAK?

Sunday, December 27, 2009

MENGKOME FIKIO LE SENDIRI

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi ia merupakan nasihat yang baik untuk dibaca.
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya.

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA
Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu’" maka tunaikanlah.

KELIMA
Apabila mengatakan, "Maaf’"tenunglah matanya.

KEENAM
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KETUJUH
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KELAPAN
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEMBILAN
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KESEPULUH
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KESEBELAS
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEDUA BELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETIGA BELAS
Berpeganglah kepada tiga R
1. Rasa hormat pada diri sendiri
2. Rasa hormat kepada orang lain
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KEEMPAT BELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KELIMA BELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEENAM BELAS
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KETUJUH BELAS
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

ADEKE MENGKOME BEGINI?

Keindahan dalam masyarakat manusia ialah kerana adanya "budi mulia". Kemuliaan budilah yang membezakan manusia dari kehidupan yang liar. Berbudi bukanlah suatu yang dapat dibuat-buat. Ia merupakan hasil terakhir bagi pembentukan peribadi dan jiwa sejak kecil lagi. Oleh itu untuk melahirkan pekerja-pekerja yang berbudi mulia bukanlah mudah. Ia memastikan usaha giat dilakukan bagi membentuk peribadi tersebut.

Terdapat pelbagai cara dilakukan untuk membentuk peribadi tersebut. Antara caranya ialah dengan memberi ceramah-ceramah agama dan pendidikan moral kepada pekerja tersebut. Berbudi mulia yang meliputi aspek-aspek pertuturan, tingkah laku, berpakaian, tindak tanduk dan cara melayan tetamu sangatlah penting dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.
Orang ramai mengharapkan perkhidmatan yang mesra dari pegawai-pegawai tersebut kelak akan dianggapoloeh orang ramai sebagai sikap kerajaan terhadap rakyat.

Oleh itu, sikap yang positif, lemah lembut dan berbudi bahasa dalam melayani orang ramai ketika memberi perkhidmatan sangat penting dan menjadi suatu kewajipan. Dalam perkhidmatan kesihatan pula sikap budi mulia dan lemah lembut jururawat atau doktor menjadi ubat yang mujarab kepada pesakit yang sedang menderita.

KISAH DAN TELADAN

Sayidina Hasan bin Ali adalah cucu Rasulullah s.a.w. Beliau amat disayangi oleh Baginda. Sebab itulah Sayidina Hasan r.a. dididik dengan budi pekerti yang mulia lagi terpuji. Sikapnya ramah, penyantun, rendah hati dan dermawan.

Pada suatu hari ketika Sayidina Hasan r.a. duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang seorang lelaki Badwi lalu melemparkan kata-kata yang kurang sopan kepadanya dan kepada ayahandanya Sayidina Ali bin Abi Talib r.a.

Sayidina Hasan r.a. tidak menunjukkan rasa marah atau membalas terhadap perbuatan lelaki itu bahkan menyuruh pelayan rumahnya membawa sedikit wang perak lalu diberikan kepada lelaki tersebut seraya berkata:
"Tuan, maafkan saya kerana hanya inilah sahaja yang saya miliki. Jika ada yang lebih saya tidak akan sembunyikan dari kamu."

Sikap dan layanan daripada Sayidina Hasan r.a. itu akhirnya berjaya melembutkan hati Badwi tersebut. Tiba-tiba Badwi itu menangis di hadapan Sayidina Hasan r.a. dan berkata:
"Wahai cucu Rasulullah s.a.w. Maafkan aku kerana berlaku kasar kepadamu. Sebenarnya aku berbuat demikian hanyalah untuk menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu Rasulullah s.a.w. yang amat aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau sebenarnya cucu Rasulullah s.a.w. . Sesungguhnya engkau mempunyai budi pekerti yang mulia sekali."

Demikianlah satu contoh keindahan sudi yang dimiliki oleh Sayidina Hasan bin Ali r.a. Beliau bersabar walaupun dilemparkan dengan kata-kata yang kurang baik oleh Badwi tersebut.

Saturday, December 26, 2009

KREATIF NYER MENGKOME

MOTOSIKAL DARI JAM TANGAN

CORAK KEPEMIMPINAN YANG BIJAK

UNSUR-UNSUR KEPEMIMPINAN YANG BAIK
1. Pemimpin harus bersedia untuk belajar kerana kepemimpinan itu boleh dipelajari dari latihan dan pengalaman.

2. Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik bagi organisasinya.

3. Pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja dengan menjadikan kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar.

4. Seseorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan yang baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu yang tersendiri. Kebiasaannya pemimpin yang baik jarang berkasar dengan orang-orang bawahannya.

5. Pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Masa bertugas dan masa di luar tugas. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal0hal tugas di mana juga dia berada.

6. Dalam sesuatu organisasi terdapat berbagai jenis manusia. Ada yang malas, ada yang rajin, ada yang boleh diharap, ada yang tidak boleh diharap dan sebagainya. Pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat ini dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.

7. Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang dengan orang-orang bawahan dalam sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan sahaja.

8. Pemimpin yang baik mempunyai banyak pengalaman mengenai tugas dan manusia.

9. Pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang-orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas keopada mereka.

10. Pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah bila berhadapan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia akan menggunakan cara lain. Dia selalu bersikap positif.

KEINDAHAN ALAM

TAHU BAHASA BURUNG

Suatu ketika Juha menunjukkan keahliannya sebagai orang yang mampu menguasai bahasa burung-burung.

Raja telah mendengar kehebatan Juha. Pada Suatu hari raja membawanya pergi memburu di dalam hutan. Dalam perjalanan mereka telah berjumpa sebuah dinding rumah yang runtuh dan terdapat seekor burung hantu sedang membuat sarang di atasnya.

Maka bertanyalah raja kepada Juha, "Cuba engkau katakan, apa yang sedang diucapkan oleh burung hantu itu?".

"Ia menyatakan," kata Juha, "Jika raja tidak berhenti menyusahkan rakyatnya, maka kerajaannya akan segera runtuh seperti sarangku ini."

Friday, December 25, 2009

BERSATU MENENTUKAN KEMENANGAN

Islam amat menggalakkan umatnya supaya bekerja dengan penuh muhibbah, kasih sayang dan kemesraan di antara pekerja dengan pekerja dan pekerja dengan majikan di dalam semua jenis lapangan perkhidmatan , asalkan ia tidak melanggar hukum-hukum syarak.

Hubungan seperti ini dapat kita lihat iaitu yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan Khalifah Al-Rasyiddin semasa menjalankan pentadbiran dalam masyarakat berbilang kaum dan agama yang telah dapat melahirkan kerjasama, tolong menolong dan kasih sayang yang amat erat di kalangan mereka.

Hubungan sesama manusia dalam menjalankan semua jenis perkhidmatan untuk kebajikan bersama adalah diberi nilai yang tinggi dan bagi orang Islam ianya dianggap sebagai satu ibadah.

KISAH DAN TELADAN

Pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah telah berlaku satu peperangan antara orang-orang Islam dengan orang-orang Kafir di sekitar Kota madinah. Peperangan ini dikenali di dalam sejarah Islam sebagai perang "Ahzab" yang bererti gabungan dari beberapa golongan orang-orang kafir untuk menumpaskan Islam dan umat Islam. Perang ini juga dikenali sebagai perang "Khandak" yang bererti parit. Ini disebabkan salah satu dari strategi perang dalam peperangan ini ialah dengan menggali sebuah parit di sekitar Kota Madinah.

Sebelum terjadi peperangan ini Nabi Muhammad s.a.w. telah bermesyuarat dengan para sahabat mengenai strategi perang. Salman Al-Farisi yang mengusulkan kepada Rasulullah s.a.w. supaya menggali sebuah parit yang dalam dan lebar di sebelah utara Kota Madinah manakala bahagian lain dikawal sewajarnya dan usul Salman ini diterima.

Parit yang besar dan dalam digali dengan segera. Kaum muslimin bekerjasama berganding bagu melaksanakan tugas ini. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri ikut serta menyumbangkan tenaga sehingga benteng pertahanan Kota Madinah selesai dibina. Kemudian berlakulah peperangan. Allah s.w.t. telah memberi kemenangan kepada pihak muslimin.

BEBERAPA KELEMAHAN KEPEMIMPINAN

Di dalam kepemimpinan terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki agar ia mendatangkan kekuatan dalam kepemimpinan itu sendiri. Kelemahan kepemimpinan itu hanya boleh diatasi oleh kepemimpinan itu sendiri melalui reaksi atau tindakbalas orang bawahan.

Antara kelemahan kepemimpinan adalah:
1. Satu kesilapan yang sering berlaku ialah seseorang pemimpin itu tidak mahu mengambil, memula atau menggerakkan sesuatu inisiatif. Pemimpinlah sepatutnya yang terkehadapan mendahului orang-orang yang dipimpin.

2. Pemimpin tidak mengambil tindakan yang cepat jika timbul masalah. Ramai pemimpin yang membiarkankan masalah itu begitu sahaja dengan harapan ianya akan hilang atau luput dengan sendirinya.

3. Pemimpin selalu menekankan kepada "siapa" yang betul. Sepatutnya penekanan hendaklah kepada "apa" yang betul.

4. Pemimpin tidak menggunakan kedudukan jawatan rasminya sebagai penyatu kumpulan. Sebenarnya salah satu fungsi jawatannya ialah menyatukan kumpulan orang-orang yang di bawahnya.

5. Pemimpin tidak mahu berkongsi maklumat (yang tidak sensitif) dengan orang-orang bawahannya. Adalah penting bagi mereka ini mengetahui tindakan-tindakan yang akan diambil berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi.

6. Pemimpin tidak berfungsi seperti yang diharapkan oleh kumpulannya. Kalau seseorang ketua itu bertindak berlainan dengan apa yang diharapkan, orang bawahan akan melihatnya sebagai tidak boleh diharap, lemah, tidak tetap pendirian atau orang yang suka memanipulasikan orang lain.

Thursday, December 24, 2009

MENOLAK YANG MEMBERI

Salah seorang sahabat Juha gemar sekali mengumpulkan wang sebanyak-banyaknya. Oleh itu ia cepat sekali menjadi kaya tetapi sangat kedekut.

Suatu petang si kedekut berjalan dengan sahabat-sahabatnya, termasuklah Juha. Ketika melewati tepi sungai, si kedekut telah tergelincir dan jatuh ke dalam sungai. Sahabat-sahabatnya berlari untuk menolongnya. Salah seorang di antara mereka membongkok sambil menghulurkan tangannya.

"Cepat berikan tangan kamu. Nanti kamu akan aku tarik ke atas."

Tetapi si kedekut enggan menghulurkan tangannya. Tak lama kemudian Juha pun datang lalu membongkokkan badannya ke tepi sungai.

"Terimalah tangan aku ini kawan dan aku akan mengangkat kamu naik ke atas," kata Juha pula.

Kali ini si kedekut baru mahu bergerak dan menghulurkan tangannya. Setelah itu ia pun diangkat ke atas.

"Ah, kamu seperti tak mengerti sifat sahabat kita ini," kata Juha kepada sahabat-sahabatnya yang lain. "Jika kalian berkata 'berikan' kepadanya, pasti ia akan diam saja tak mahu menghulurkan tangannya. Cuba kalian katakan 'terimalah wahai kawanku' pasti ia akan mahu menerimanya."

ADEKE PEMIMPIN MENGKOME BEGINI?

Amanah merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisar di sekitar AMANAH yang telah diletakkan ke atas dirinya.

Manusia tidak tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan AMANAH yang telah dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan. Salah satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakkan.

Setiap orang adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerana itu adalah satu AMANAH yang dipikulkan kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan AMANAH kepada Tuhannya, dirinya, keluarganya, majikannya, negaranya dan masyarakat seluruhnya.

KISAH DAN TELADAN

Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah salah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika baginda sedang tekun menyiapkan kerja rasminya dalam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, baginda pun memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang digunakan oleh baginda ketika baginda bekerja pada malam itu.

Puteranya merasa hairan lalu bertanya: "Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang?"

Khalifah Umar pun menjawab: "Benar katamu wahai anakku tetapi engkau harus ingat, lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk bekerja sebentar tadi adalah kepunyaan kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga."

Kemudian baginda menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka baginda pun berkata kepada puteranya: "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda."

MATI MANUSIA MENINGGALKAN NAMA

"Dan ketika arus yang mengalir jiwa telah berlalu, kesedaran masih merasakan kehadirannya; ada di suatu tempat yang sunyi, dalam gambaran ingatan dan pemikiran berharga, yang tidak akan mati dan tidak boleh dihancurkan."

Sejarah tidak mendatangkan masalah kekuasaan yang dimiliki manusia atau kekayaan yang disimpan atau dipunyai seseorang. Satu-satunya perkara yang dipersoalkan oleh sejarah tentang diri manusia yang telah meninggal dunia adalah, "Siapa dia?" dan "Apakah yang dilakukannya untuk kemanusiaan?"

Ujian bagi kerja kita dalam hidup terletak pada nilai kelangsungannya. Hanya perkara-perkara yang kita lakukan untuk kepentingan kemanusiaanlah yang akan terus dikenang dan disanjung. Sumbangan yang kita berikan untuk membuat dunia ini menjadi tempat yang lebih baik untuk dihuni adalah kenangan abadi tentang diri kita.

Memiliki material yang kita tinggalkan tidak peduli betapa besarnya wang yang kita kumpul akan segera jatuh ke tangan orang lain dan kita melupakannya. Semua itu tidak lagi bernilai bagi kita. Kita tidak lagi berhubungan dengan segala perkara yang kita tinggalkan dalam alam material.

Dunia mendirikan tanda peringatan bagi orang yang telah meningkatkan kemanusiaan, orang yang dengan karakter dan tingkah lakunya telah memberikan pengaruh terhadap orang-orang sekelilingnya. Orang yang telah memberikan sumbangan bagi peningkatan nilai-nilai manusiawi.

Dunia tidak mendirikan apa-apa bagi orang yang hanya berhubungan dengan dunia untuk kepentingan dirinya sendiri. Kalau kita tidak melayani minat orang lain, kalau kita tidak melakukan sesuatu untuk mengangkat kemanusiaan menjadi sedikit lebih tinggi, untuk membuat peradaban sedikit lebih maju, maka dengan cepat kita akan dilupakan. Dunia memberikan cintanya dan menyimpan kenangan tentang semua orang yang memberikan sumbangan bagi kemanusiaan.

Wednesday, December 23, 2009

KUASA SEORANG PEREMPUAN

* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita:
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama:
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw bermaksud: "Doa ibu itu lebih cepat makbul.”
Orang bertanya: "Kenapa ya Rasulllah ?”
Jawab baginda: “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw bermaksud:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan: semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”

KEINDAHAN DAN CINTA DALAM KEHIDUPAN

"Pada tangga kehidupan kita dapat mendaki, setiap kehidupan hanyalah satu detik saja. Satu perkara harus dilakukan dalam waktu yang sangat singkat ini ialah membuat dunia senang kerana kita berlari di arena."

Memberikan keindahan dan cinta ke dalam kehidupan adalah jauh lebih berharga daripada menaruh wang ke dalam saku orang lain. Orang begitu asyik dengan pencarian penghidupan (nafkah) sehingga mereka tidak mempunyai waktu lagi untuk menciptakan kehidupan.

Hanya sedikit di antara kita yang menyedari tentang kehormatan luar biasa yang diberikan bagi kita kerana kita dapat hidup, keberkatan yang kita warisi, kemuliaan dan keindahan dunia yang merupakan milik kita, apabila kita menghendaki; tentang keluasan yang memungkinkan kita mampu membuat diri kita sendiri menjadi sama dengan yang kita harapkan atau tentang kekuasan yang kita miliki untuk memantapkan perdamaian untuk mengalahkan segala kepedihan dan kesediaan.

Sasaran yang hebat adalah baik. Hal ini kita perlukan supaya boleh mendapatkan prestasi besar. Ini merupakan prasyarat asas untuk mendapatkan kejayaan abadi. namun, janganlah menempuh seluruh perjalanan hidup kita dengan mata hanya tertuju pada sasaran yang jauh sehingga kita membiarkan segala panaroma manis, indah, mulia dan segar yang terdapat di dalam perjalanan hidup kita.

Sasaran besar harus terdiri dari berbagai sasaran jangka pendek iaitu sasaran-sasaran yang berada dalam jangkauan kita. Rancangan yang menyertai tujuan hidup kita juga sepatutnya selalu memberikan ganjaran terhadap usaha kita dalam bentuk keberkatan.

Setiap kita perlu membuat hidup kita juga sebaikpenghidupan atau nafkah kita. Betapa pun hebatnya milik kita, apa jadinya dengan semua yang kita bangunkan, bila tidak mengembangkan karakter, kemanusiaan, keindahan, kelembutan dan perasaan kita?

STAIL/GAYA KEPEMIMPINAN

Melalui teori kepemimpinan kita akan dapat melihat keadaan manusia yang berbagai jenis dan juga berbagai ragam. Oleh itu, keadaan pemimpin juga begitu yang mana stail atau gaya kepemimpinan mereka juga beraneka bentuk. Untuk memudahkan secara kasar terdapat dua stail atau gaya kepemimpinan yang popular iaitu stail atau gaya autokratik dan stail atau gaya demokratik.

1. Stail Autokratik:
Seseorang autokratik percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin. Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa soal.

2. Stail Demokratik:
Pemimpin bersorak demokratik biasanya membincangkan sesuatu hal dengan orang bawahannya. Dia juga menurunkan kuasanya kepada mereka dan memberi kelonggaran untuk membuat sesuatu keputusan mengikut kebijaksanaan mereka.

Implikasi-Implikasinya:
Walaupun kedua-dua stail atau gaya kepemimpinan ini begitu popular namun begitu ia tetap mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Stail autokratik dapat mempastikan tugas-tugas yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna oleh mereka yang dipertanggungjawabkan tetapi orang-orang bawahan yang diarahkan ini mungkin tidak mengetahui mengapa sesuatu itu dibuat. Ini menyebabkan minat dan semangat bekerja mereka lemah. Mereka pula akan mengikut sahaja arahan, walaupun yang dibuat itu ternyata salah. Akhirnya apabila ada apa-apa kesilapan, mereka akan lepad tangan dan tidak mahu bertanggungjawab. ketualah yang memikul beban itu. Itulah sebabnya stail autokratik itu dikritik. Di suatu pihak ia menyenangkan pemimpin tetapi di pihak yang lain ia memberi kesempatan untuk orang mengelakkan diri dari tanggungjawab, tidak berinisiatif dan tidak kreatif.

Stail demokratik pula biasanya boleh memberansangkan orang-orang bawahan kerana mereka merasakan diri mereka dihargai dan dipercayai. dengan itu mereka akan bekerja dengan lebih dedikasi. Walau bagaimanapun stail ini pun ada kelemahannya. Orang-orang bawahan yang diberi tugas mungkin tidak dapat dan tidak mahu membuat sesuatu keputusan yang diharapkan dan diperlukan. Ia juga tidak menjamin tugas dibuat dengan lebih banyak atau lebih baik.

Adalah dipercayai oleh ramai penyelidik bahawa pemimpin yang menggunakan stail demokratik mempunyai orang-orang bawahan yang merasa lebih berpuas hati dengan tugas-tugas mereka, Tetapi kepuasan hati tidak menjamin apa yang mereka lakukan akan memberi penghasilan yang lebih banyak. Begitu pula pemimpin autokratik mungkin mempunyai orang-orang bawahan yang merasa tidak puas hati tetapi ini tidak bermakna penghasilan mereka akan berkurangan.

Berikutan dari itu timbul satu pernyataan yang selalu dikemukakan mengenai kejayaan seseorang pemimpin. Apakah yang membentuk pemimpin? Adakah pemimpin menempa sejarah atau sejarah membentuk pemimpin? Tidak ada sesiapa yang boleh memberi jawapan yang jelas dan tepat. Dalam banyak hal dan keadaan, sifat-sifat yang ada pada seseorang pemimpin itu berinteraksi dengan keadaan sekeliling bagi menentukan keberkesanannya.

Kedua-dua stail itu boleh berkesan kalau kena caranya. Bagitu pula sebaliknya. Pemimpin boleh memilih stail mana yang sesuai untuk diri mereka atau boleh juga memilih ciri-ciri yang baik dari keduanya dan mempraktikkannya di mana yang sesuai. Mungkin yang baik ialag stail dipilih mengikut keadaan.

Dalam situasi yang sebenar iaitu yang berlaku secara harian, stail kepemimpinan tidaklah ketat (rigit) berada pada satu-satu tahap, sama ada demokratik atau autokratik. Ia kebiasaannya berada dalam satu "kontinuum" antara kedua-duanya.

Situasi dan Kesesuaian
Walaupun tidak ada stail yang terbaik bagi menghadapi sesuatu situasi, pemimpin boleh memikirkan tindakan yang paling sesuai untuk sesuatu keadaan.

Contohnya:-
1. Situasi kritis:
Dalam keadaan kritis, stail autokratik biasanya sesuai. Keputusan yang tepat dan tegas diperlukan. Situasi yang memerlukan kepakaran memerlukan stail kepemimpinan yang juga seorang pakar perlu bersikap mengarah kerana orang lain tidak tahu.

2. Situasi kerja harian:
Dalam situasi itu stail demokratik adalah sesuai, Dalam apa jua keadaan, paling penting ialah kebijaksanaan pemimpin untuk menilai keadaan dan pembuat keputusan. Kebijaksanaan ini adalah berdasarkan ilmu yang diperolehi secara formal atau tidak formal dan selaras dengan pemikiran. Kalau ini dibuat, kesilapan dapat dikurangkan.

Tuesday, December 22, 2009

AKU LUPA DAN DIA PUN LUPA

Pada suatu ketika dahulu Juha telah dikenali ramai sebagai seorang yang alim dan ahli hadis. Maka pada suatu hari orang ramai pun telah pergi je rumah Juha beramai-ramai untuk mengujinya: "Wahai Syeikh Juha, kami sudah lama mendengar yang kamu ini seorang yang alim dan juga seorang ahli hadis tetapi kami tak pernah dengar pun kamu membaca sepotong hadis di depan khalayak?".

Maka Juha pun berkata dengan penuh tenang: "Demi Allah, apa yang kamu katakan itu memang betul. Dan sesungguhnya kalau kamu ingin tahu bahawa tidak ada seorang pun yang telah mendengarnya hadis seperti mana yang telah aku mendengarnya sendiri dari seorang sahabat yang bernama Ikrimah. Hadis tersebut beliau riwayat terus daripada Rasulullah s.a.w."

Lalu orang ramai pun bertanya: "Kalau begitu kamu bacakanlah kepada kami hadis tersebut kerana kami mahu mendengarnya".

Tanpa berlengah Juha pun mula membaca: "Sesungguhnya Ikrimah bin Ibnu Abbas r.a. telah meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: "Dua perkara yang tidak sepatutnya ada pada diri orang mukmin." " lalu Juha berhenti di situ.

Orang ramai pun tidak berpuas hati lalu bertanya lagi: "Apa dia dua perkara tersebut? Beritahulah kami!"

Juha berfikir sebentar lalu berkata: "Oh, aku minta maaflah sebab aku terlupa yang pertama."

Orang ramai pun berkata: "Tidak mengapalah yang pertama kamu lupa tetapi kami ingin tahu pula apa yang kedua?"

Berkata juha penuh tenang: "Oh, yang kedua itu si Ikrimah pula yang terlupa."

WALKING AROUND YOUR SCHOOL

WAYS adalah akronim yang bermaksud "Walking Around Your School" atau berjalan sekeliling kawasan kawalan masing-masing. Pengurusan secara ini mempunyai persamaan dengan model pengurusan:
1. Management By Walking About (MBWA).
2. Management By Walking Around (MBWA).
3. Management By Walking Around And Listening (MBWAL).

Kaedah WAYS memberi peluang kepada pentadbir melihat sendiri, mendengar dan belajar sesuatu dari orang yang melaksanakan tugas yang ditetapkan. Dengan itu pentadbir dapat membuat keputusan dengan cepat dan tepat terhadap sesuatu masalah yang dihadapinya.

Prinsip WAYS adalah:-
1. Lakukan kepada semua orang bawahan kita.
2. Lakukan sekerap yang mungkin bagi membolehkan kita berhubung dengan semua orang bawahan kita.
3. Lakukan seorang diri supaya hubungan lebih akrab dan jujur dalam mendapatkan sebarang maklumat.
4. Tidak cepat terpengaruh dengan komen negatif tentang seseorang.
5. Banyak bertanya untuk mengetahui sejauh mana tugas dijalankan secara jujur. Pertanyaan biarlah dengan kaedah ingin belajar.
6. Lihat dan dengar. Kita dapat melihat reaksi mereka ketika bercakap dan ini memberi peluang kepada kita setakat manakah minat dan motivasi mereka terhadap kerja.
7. Kongsi visi dan misi anda bersama-sama mereka. Tanyakan juga visi mereka dan sama-sama mempengaruhi mereka ke arah visi dan misi organisasi.
8. Cuba lakukan tugas mereka dengan membantu menunjukkan cara melakukan sesuatu tugas dengan baik.
9. Bawakan berita-berita baik seperti pujian terhadap tugas-tugas yang telah dilaksanakan.
10. Berjenaka supaya orang bawahan dapat bekerja dalam suasana yang menyeronokkan dan tidak dalam keadaan tegang.
11. Lihat kepada kejayaan yang telah dilakukan. secara spontan berikan penghargaan ke atas kejayaan cemerlang yang diberikan.
12. Jangan terlalu kritikal. Tegur secara baik sesuatu kesalahan yang dilakukan di tempat yang sesuai.

KERAGUAN ADALAH PENGKHIANAT

"keraguan kita adalah pengkhianat dan membuat kita kehilangan sesuatu yang baik yang sebenarnya boleh kita miliki kerana kita menjadi takut untuk cuba mendapatkannya."

Telah dikatakan bahawa, "semua orang boleh memulainya, tetapi hanya orang yang bertindak seterusnya yang boleh mencapai penamat." Kebanyakan orang yang bersungguh-sungguh di tingkat sederhana atau biasa akan boleh mendapatkan kejayaan yang besar apabila mereka mengenali dri sendiri. Oleh itu, mereka perlu menutup serapat-rapatnya pintu keraguan kerana keraguan itu adalah "pengkhianat".

Terdapat berjuta-juta orang yang memiliki cita-cita hebat dan telah membuat ketetapan hati untuk melaksanakan cita-cita itu tetapi mereka menjadi mangsa keraguan sendiri yang membuat mereka tidak pernah memulakannya. Mereka hanya menunggu, tidak mampu membuat permulaan kerana keraguan ini tetap menghalang di hadapan pintu ketetapan hati mereka. Mereka sepatutnya berani "membakar jambatan di belakang mereka" agar mereka dapat meneruskan perjuangan menuju ke tempat tujuan.

Pada permulaan karier, sungguh menakjubkan kalau kita mempunyai kepastian dalam fikiran bahawa kita akan menjadi penakluk dalam kehidupan. Kita akan menjadi raja di alam mental kita dan tidak menjadi hamba dari musuh mana pun yang boleh merosakkan diri kita. Kita akan memilih jalan yang paling bijaksana dan bahawa kita bersedia untuk terus menempuh perjalanan menuju sasaran kita. Kita tidak mempedulikan kesulitan yang bagaimana yang menghalang di tengah jalan dan tidak pedulikan apa atau siapa pun yang menghalang jalan di depan kita. Jangan biarkan hal ini mengganggu permulaan usaha kita dan membuat kita menjadi kerdil, padahal makhluk dalam diri kita menunggu kita bertindak. Kepercayaan, kepastian diri adalah kawan yang boleh membunuh pengkhianat itu iaitu keraguan.

Keraguan menimbulkan penundaan, mengganggu keputusan dan menyebabkan kita terumbang-ambing. Apabila kita mendapatkan fakta-faktanya, biasakanlah untuk mengambil keputusan yang pasti. Untuk mengubah "nasib buruk" kita, singkirkan keraguan.

BILA JANUARI DATANG LAGI

Monday, December 21, 2009

BERI POKET MINUM

Suatu hari Juha menghadiri majlis perkahwinan. Salah seorang daripada tetamu di majlis itu bukan sahaja makan makanan yang disediakan dengan banyaknya, malahan ia memasukkan pula makanan tersebut ke dalam poket bajunya yang cukup besar untuk dibawa pulang. Ketika itu, Juha melihat betapa rakusnya orang itu, ia dengan segera mengambil cerek berisi air teh. Dalam diam-diam dari celah samping orang itu, Juha menuangkan air teh ke dalam poket yang penuh dengan makanan itu.

Orang itu sedar apa yang dikerjakan oleh Juha. Ia berdiri dan dengan marah ia berkata:
"Hoi! Apa yang sedang kamu lakukan? Mengapa pula poket baju aku kamu tuang dengan air teh?".

"Maaf saudara. Aku tidak bermaksud buruk. Sebentar tadi aku lihat terlalu banyak makanan ditelan oleh poket saudara, maka aku khuatir poket saudara akan kehausan. oleh itu aku berikan minuman secukupnya."

TEORI-TEORI KEPEMIMPINAN

Kepemimpinan adalah berasal dari perkataan pemimpin. Manakala pemimpin pula adalah berasal dari perkataan pimpin. Pemimpin adalah bermaksud orang yang memimpin (memegang tangan, membimbing, mendidik, mengasuh dan melatih). Dari perkataan pimpin tersebut diberi penambahan di awal dan di akhir perkataan pimpin tersebut maka akan lahirlah pelbagai perkataan yang akan memberi maksud ada sedikit kelainan.

Apabila kita memperkatakan tentang kepemimpinan maka sudah pasti banyak teori yang dikemukakan mengenainya. Terdapat teori-teori yang berasaskan sifat peribadi manusia yang mana dilihat pada "karisma" seseorang. Mereka ini dianggap mempunyai sifat-sifat peribadi tertentu yang dianggap sebagai pemimpin besar yang dapat menempa sejarah. Lagi pun terdapat anggapan bahawa sifat-sifat peribadi tertentu sahaja yang boleh menyebabkan kejayaan kepemimpinan.

Teori-teori seperti ini pada suatu ketika dahulu diterima oleh ramai orang kerana dilihat sebagai munasabah apabila didapati ramai pemimpin-pemimpin besar dunia mempunyai sifat-sifat peribadi dan kebolehan istimewa yang boleh menarik ramai orang menjadi pengikut mereka. Namun begitu teori-teori ini tidak dapat memberi penjelasan kepada persoalan-persoalan yang timbul apabila kajian-kajian mendalam dibuat mengenai kepemimpinan. Didapati sifat-sifat peribadi manusia seperti yang dinyatakan itu tidak semestinya menyebabkan sesuatu kepemimpinan itu berjaya.

Apabila teori-teori yang berasaskan "karisma" ini didapati lemah, timbul pula teori-teori kepemimpinan yang diasaskan kepada perhubungan manusia iaitu perhubungan antara pemimpin dengan orang bawahan. Teori-teori ini ingin menerangkan bahawa kelakuan dan perlakuan pemimpin boleh memberi kesan kepada kepuasan hati dan pelaksanaan tugas orang bawahan.

Kajian-kajian dibuat untuk mengenal pasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang besar mempengaruhi orang bawahan;
1. Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientasition).
2. Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang bawahan (human-relations orientation).
Kajian-kajian di atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Oleh itu, pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat ke atas tugas dan orang bawahannya.

Satu lagi teori yang agak popular ialah Teori X dan Teori Y yang disarankan oleh Doughlas McGregor. Secara mudah, teori ini membuat dua set anggapan terhadap manusia.

Teori X menganggap bahawa:
1. Pekerja adalah semulajadinya malas dan akan mengelak dari bekerja kecuali dipaksa.
2. Pekerja tidak mempunyai cita-cita atau tidak mahu memikul tanggungjawab, sebaliknya mereka suka diarah dan dikawal.
3. Pekerja tidak mempunyai motivasi untuk menjayakan matlamat organisasi.
4. Pekerja hanya dirangsangkan untuk bekerja oleh keperluan-keperluan psikologi dan keselamatan mereka sahaja.

Teori Y menganggap bahawa:
1. Pekerja melihat kerja sebagai suatu perkara semulajadi, suatu perkara semulajadi, suatu perkara biasa sama seperti bermain dan lain-lain, kalau keadaan kerja itu baik. Manusia akan hanya menganggap kerja sebagai beban kalau pengalaman bekerjanya di masa lampau tidak menyenangkan.
2. Pekerja sememangnya mencari dan mahukan tanggungjawab kerana ia membawa kepada kepuasan jiwa.

Apa yang hendak diberitahu oleh McGregor ialah cara memimpin boleh menentukan perlakuan orang bawahan. Jika pemimpin menganggap orang bawahannya malas dan tidak bertanggung jawab maka orang ini lama kelamaan akan bersikap begitu. Sebaliknya jika pemimpin menganggap orang bawahannya sebagai manusia yang matang dan bertanggung jawab, maka mereka akan bersifat demikian.

Walaupun teori-teori kepemimpinan yang dibicarakan itu berbeza dari segi pendekatan, isi dan kesimpulan, semuanya mirip menyatakan ada satu sahaja yang terbaik untuk memimpin orang bawahan. Masing-masing mengemukakan cara mereka. Ada yang menyatakan kejayaan pemimpin bergantung kepada "karisma" seseorang. Ada yang menyatakan kejayaannya bergantung kepada kelakuan dan perlakuan yang tertentu. Ada pula yang menyatakan kejayaan bergantung kepada anggapan pemimpin terhadap orang bawahannya.

Apabila dilihat semua teori tersebut mempunya kelemahan masing-masing, timbul pula diantara yang banyak, satu kumpulan nteori yang agak popular, yang lebih menarik pandangan ramai disebabkan perbincangannya lebih dekat dengan keadaan dunia semasa yang beranekaragam. Teori-teori ini dinamakan Teori-Teori Kepemimpinan Mengikut Situasi (Situational Leadership Theories). Teori-Teori ini bermula dengan anggapan bahawa keadaan yang berbeza memerlukan cara memimpin yang berbeza, jika keberkesanan ingin diwujudkan. Rasionalnya ialah kepemimpinan yang berkesan bukan suatu yang nyata yang boleh wujud tersendiri dengan bentuk yang sama tetapi ianya bergantung kepada beberapa faktor lain, berupa manusia dan alam sekitar, yang saling berinteraksi dan saling mempengaruhi

Intipati kepada teori-teori tersebut ialah:
1. Cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan orang bawahan. Orang bawahan yang matang kurang memerlukan penyeliaan, manakala mereka yang kurang matang memerlukan arahan dari ketua.
2. Cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza. Cara yang paling baik hendaklah mengambil kira faktor-faktor penting sebelum sesuatu keputusan dibuat.
3. Tidak ada hanya satu sahaja cara pemimpin yang paling baik. Keberkesanan seseorang pemimpin bergantung kepada alam sekitar yang berupa manusia dan keadaan.
4. Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalan kepada orang bawahan untuk menghasilkan sesuatu yang paling baik.

SUDAH BIASA AKAN SENANG

Ada seorang peniaga tua meninggal dunia dan telah mewariskan wang yang cukup banyak kepada anak lelaki satu-satunya.

Namun kerana anak itu bodoh, dalam sekejap masa saja habislah wang peninggalan orang tuanya itu. Tentu sahaja setelah kawan-kawan rapatnya mengetahui bahawa ia sudah miskin, mereka pun meninggalkannya. Ketika ia benar-benar miskin dan sebatang kara, pergilah ia berjumpa Juha yang dikenali bijak dan dapat menolong sesiapa pun yang sedang mengalami kesusahan.

"Wang saya sudah habis dan kawan-kawan saya telah meninggalkan saya." Kata lelaki itu. "Tolong ramalkan apa yang akan terjadi kepada saya sekarang."

"Oh! Jangan khuatir." Jawab Juha. "Segalanya akan beres kembali. Tunggu sahaja beberapa hari, kamu akan senang dan bahagia melebihi sebelumnya."

Lelaki itu amat gembira mendengar kata-kata itu. "Jadi, daya akan menjadi kaya raya?", tanyanya.

"Oh, tidak. Bukan itu maksud aku. Kamu salah tafsir. Maksud aku ialah dalam waktu yang tidak lama lagi kamu akan terbiasa menjadi orang miskin dan terbiasa pula tidak mempunyai teman."

Sunday, December 20, 2009

TANJUNG BUNGAH KE TELUK KEMANG