"Saranan dalam bentuknya yang tertinggi adalah daya penarik diri kita yang lebih tinggi ke arah kesedaran diri."
Akal manusia dapat digunakan untuk membuka segala jenis permasalahan. Masalah yang besar atau yang kecil. Masalah yang mendasar atau yang mulia. Penyelesaian ini adalah melalui daya saranan. Saranan ini boleh berupa kata-kata yang diucapkan oleh diri sendiri atau orang lain. Mungkin juga datang dari buku yang dibaca atau filem yang ditonton. Mungkin juga memancar dari kehadiran seorang kawan atau musuh. Dari karakter yang agung dan hero mahupun dari karakter rendah dan pengecut. Dari ratusan malahan ribuan sumber perkara ini boleh datang. Baik dari dalam mahupun dari luar. Bagaimana cara atau arah ia datang, ia akan memberi bekas yang berupa sesuatu yang baik atau buruk.
Orang yang berorientasi negatif dan orang yang pesimis akan menjadi mangsa dari saranan mereka sendiri. Kalau mereka mahu menggantikan hal yang negatif itu dengan yang positif, yang pesimis digantikan dengan optimis dan yang suram, merosakkan dan rendah digantikan dengan yang ceria, membaiki, mengangkat, maka mereka boleh menjadi pemenang dalam arena hidup dan bukanlah menjadi orang yang kalah.
Renungkan tentang kesan media massa terhadap manusia. Adakah orang yang mempersoalkan tentang peningatan kejahatan dan keresahan sosial ketika mereka membaca di muka depan surat khabar. Betapa penuhnya berita utama yang berhubungan dengan kematian, kehancuran, kengerian, bencana, kejahatan dan perang?
"Tidak diragukan lagi bahawa ramai orang yang melakukan kejahatan yang dibawa ke pengadilan dan mendapat hukuman. Hukuman seharusnya juga diberikan kepada orang-orang yang telah mempengaruhinya untuk melakukan kejahatan itu".
Saranan ketidakmurnian yang diberikan oleh bahan bacaan, filem dan berbagai majalah sia-sia bertanggungjawab atas jumlah besar pembaziran yang memberikan impian-impian kosong dan hidup yang lintang pukang.
Saranan diri yang merupakan bentuk daya saranan yang lain, boleh dimiliki secara berkesan sebagai lawan bagi "kempen kerosakan" yang dilakukan oleh sejumlah pengarang, penulis dan pembuat filem.
No comments:
Post a Comment