Tuesday, December 8, 2009

MENCARI IDENTITI DIRI SENDIRI

"Seluruh dunia menangis: Kami menginginkan manusia. Jangan terlalu jauh dalam mencari manusia yang dimaksudkan. Anda telah memiliki manusia itu ditangan anda iaitu diri anda sendiri, diri saya, salah satu di antara kita."

Anda dan saya adalah iklan yang berjalan dan berbicara tentang makna hidup bagi kita. Setiap peribadi mempunyai ciri-ciri yang boleh disebut sebagai "tanda pengenalan". Ia merupakan ciri khas yang membezakan seseorang dengan orang lain dan sesuatu yang menjadi tanda pengenalannya. Bagaimana kita dikenali oleh orang lain? Apa tanda pengenalan kita? Kesan bagaimanakah yang kita ciptakan kepada mereka?

Adakah fakta yang penting bahawa seseorang selalu membawa kehormatan atau keaibannya? Kita menghubungkan penerimaan kita oleh masyarakat dengan kehendak orang lain dan lupa bahawa kita sebagai individulah sesungguhya yang menentukan penerimaan masyarakat. Sebelum memasuki sesebuah rumah, seseorang itu boleh bertanya terlebih dahulu kepada akalnya sendiri, apakah dirinya akan diterima dengan baik? Akal akan memberikan jawapan yang jujur dan boleh dipercayai.

Sungguh malang bahawa terdapat begitu banyak kepura-puraan dalam hal keramahan hati masa kini. Ramaim orang yang kurang 'arif dan tidak memiliki daya penarik peribadi pada diri mereka. Ini disebabkan mereka selalu mengucapkan dan melakukan perkara-perkara yang keliru. Mereka telah memberikan kesan yang mengelirukan tentang siapakah diri mereka yang sebenarnya.

Jangan biarkan diri kita dikenali sebagai "bukan siapa-siapa". Dalam diri kita terdapat kualiti menarik dan mulia yang boleh mengangkat kita lebih tinggi dari orang lain. Apakah hal ini merupakan tanda pengenalan bagi diri kita?

Pastikan bahawa hasil kerja kita dalam hidup ini merupakan suatu hasil yang besar. Ia mempunyai ciri khas atau tanda pengenalan kita. Tidak ada yang dapat menyaingi individualiti dalam hal menggambarkan kekuasaan diri kita. Telah dikatakan bahawa sumbangan terbesar bagi segala sesuatunya sebagi suatu keseluruhan adalah diri kita sendiri.

No comments: