Malaysia tidak patut dibangunkan dalam bidang ekonomi sahaja. Ia mseti menjadi negara yang maju sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan juga kebudayaan. Kita mesti maju dalam erti kata perpaduan nasional dan sosial, dalam erti kata ekonomi kita, dalam erti kata keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa dan keyakinan.
Kita ada sepuluh tahun lagi untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Pada masa itu, Malaysia boleh menjadi negara bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin. Mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur.Menpunyai masyarakat yang penyayang. pemerintah yang adil dalam pengagihan ekonomi, progresif dan makmur. Malaysia akan mempunyai penguasaan yang sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental.
Tidak akan lahir atau wujudnya Malaysia yang maju sepnuhnya sehingga kita akhirnya mengatasi sembilan cabaran strategik yang kita hadadapi sejak kelahiran kita sebagai negara merdeka.
CABARAN DALAM WAWASAN 2020
PERTAMA
Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hiodup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
KEDUA
Cabaran kedua adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri. bangga dengan apa yang ada dan dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak menyalah kepada sesiapa dan dihormati rakyat negara lain.
KETIGA
Cabaran ketiga yang sering kita hadapi adalah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang. Demokrasi Malaysia yang berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
KEEMPAT
Untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. Melalui warganegaranya yang kukuh dalam nilai agama dan kerohanian serta didorong oleh tahap etika paling tinggi.
KELIMA
Untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, yang mana rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka. Pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.
KEENAM
Cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. Masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang kehadapan. Ia bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga sebagai penyumbang kepada tamadun saintifik danm teknologi masa depan.
KETUJUH
Masyarakat yang penyayang dan budaya menyayangi dilahirkan. Sistem sosial yang dilahirkan yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri. Kebajikan insan tidak hanya berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
KELAPAN
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini adalah masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama. Wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat delam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
KESEMBILAN
Cabaran ini adalah untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Kita sudah lama berusaha untuk mencapai matlamat berkenaan. Sembilan matlamat utama yang dinyatakan tidak semestinya menjadi keutamaan kita untuk tiga dekad akan datang. Sebenarnya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada satu-satu masa itu,
Bila dilihat hubungkaitnya dengan pendidikan, ternyata Wawasan 2020 selaras dengan kehendak Dasar pendidikan Negara dansejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
No comments:
Post a Comment