Thursday, December 3, 2009

PERSEDIAAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN

"Semua pembatasan diri terletak di fikiran dan pasukan yang melimpah terdapat di dalamnya sedang menunggu kita."

Salah satu pendapat paling menyedihkan yang ditemui merasuk otak manusia adalah pendapat bahawa tidak ada cukup persediaan dalam segala hal untuk memenuhi keperluan semua orang dan bahawa kebanyakan orang di bumi harus menjadi miskin supaya ada sedikit orang yang kaya.

Hukum Kekayaan dinyatakan sebagai hubungan yang tidak dipisahkan antara manusia dengan tenaga kreatif dunia semesta. Apabila kita menyedari sepenuhnya tentang makna hubungan ini, kita sama sekali tidak akan menginginkan lagi. Kita adalah "makhluk miskin, menyedihkan dan tidak berdaya" apabila kita mempunyai rasa terpisah dari Maha Kuasa yang menciptakan kita.

Pendapat bahawa "tidak ada persediaan yang cukup dalam segala hal untuk memenuhi keperluan semua orang" adalah pendapat yang keliru bagi semua individu mahupun umat manusia secara keseluruhan. Hal ini berasal dari fikiran yang pesimis yang dipenuhi kesuraman dan sifat mementingkan diri sendiri. Ini adalah fikiran-fikiran yang terdapat pada orang yang menyembah Tuhan tetapi tidak mengenal Tuhan dengan benar. Hal ini membuat manusia menjadi kerdil.

Maha Pencipta tidak akan memenuhi dunia dengan makhluk-Nya dan membiarkan mereka kelaparan kerana nikmat yang terbatas seakan-akan Tuhan tidak mampu mencukupi semua keperluan makhluk-Nya. Apa saja yang kita perlukan dalam hidup ini, adalah persediaan yang melimpah bagi semua orang. Maha Pencipta tidak akan memasukkan lelaki ke dunia ini tanpa menyediakan pula pasangan baginya iaitu perempuan. Hal ini bukannya merupakan suatu kebetulan tetapi hasil suatu rancangan Ilahi.

Ada sesuatu yang salah kalau orang begitu prihatin terhadap penghidupannya (nafkahnya) sehingga ia tidak dapat mengurus hidupnya. Semua pembatasan kita terletak dalam fikiran kita sendiri. Kita membuat diri kita kelaparan di tengah-tengah nikmat sebab kita dipenuhi fikiran yang tidak beres.

No comments: