Pada suatu hari, Juha telah pergi ke sebuah bandar yang agak jauh untuk meminta sedikit pertolongan kerana dia terlalu memerlukan wang untuk membiayai keperluannya. Perjalanannya mengambil masa yang agak lama iaitu lebih kurang tiga hari tiga malam dengan berjalan kaki.
Tidak lama kemudian sampailah dia. Entah macam mana dia terserempak dengan seorang yang agak miskin di bandar tersebut. Keadaannya lebih kurang macam Juha tetapi dia berlagak seperti orang kaya. Oleh itu Juha sangkakan lelaki itu memang berharta. Dia pun memberikan kepada lelaki tersebut surat permohonan meminta bantuan kewangan. Selesai dibaca lelaki tadi pun berkata:-
"Ah, biasalah ni aku dulu pernah pernah tulis seperti apa yang telah kamu tulis ini, Jadi, di antara kita tak ada bezanya, kita ni sama saja."
Tahulah Juha bahawa lelaki tersebut sengaja mahu mempermainkannya, lalu dengan penuh marah dia pun nerkata:
"Apa kamu kata, kita ini sama saja tidak ada bezanya, tetapi ianya boleh jadi sama bila mana kamu berjalan kaki selama tiga hari tiga malam ke kampungku. Kamu rasakan kesusahan yang selama ini aku rasakan dan kamu kemudian kamu datang semula ke sini seperti mana aku datang tanpa berkasut. Maka dikala itu barulah boleh kamu katakan bahawa keadaan kita sama sahaja tidak ada bezanya."
No comments:
Post a Comment