Pada suatu hari, Juha sedang mandi wap di tandas awam. Sedang dia asyik berkhayal, tiba-tiba masuk seorang Pembesar dengan bertuala kerana mahu mandi wap sekali. Sambil mandi Pembesar itu berkata kepada Juha: "Wahai Juha, kalaulah kamu sekarang ini seorang hamba, berapakah harga kamu mahu jual diri kamu?".
Jawab Juha: "Murah saja, lima ringgit."
Mendengar yang demikian Pembesar ketawa terbahak-bahak seraya berkata lagi: "Apalah kami ini Juha, memang kamu tak gunalah. Kamu tahu tuala yang aku pakai ini harganya sekali ganda dari harga kamu."
Dengan tenang Juha pun berkata lagi: "Tengok, ini bermakna aku sudah bagi kamu harga yang murah sekali. Lebih murah dari tuala kamu itu."
No comments:
Post a Comment