Wednesday, December 23, 2009

KEINDAHAN DAN CINTA DALAM KEHIDUPAN

"Pada tangga kehidupan kita dapat mendaki, setiap kehidupan hanyalah satu detik saja. Satu perkara harus dilakukan dalam waktu yang sangat singkat ini ialah membuat dunia senang kerana kita berlari di arena."

Memberikan keindahan dan cinta ke dalam kehidupan adalah jauh lebih berharga daripada menaruh wang ke dalam saku orang lain. Orang begitu asyik dengan pencarian penghidupan (nafkah) sehingga mereka tidak mempunyai waktu lagi untuk menciptakan kehidupan.

Hanya sedikit di antara kita yang menyedari tentang kehormatan luar biasa yang diberikan bagi kita kerana kita dapat hidup, keberkatan yang kita warisi, kemuliaan dan keindahan dunia yang merupakan milik kita, apabila kita menghendaki; tentang keluasan yang memungkinkan kita mampu membuat diri kita sendiri menjadi sama dengan yang kita harapkan atau tentang kekuasan yang kita miliki untuk memantapkan perdamaian untuk mengalahkan segala kepedihan dan kesediaan.

Sasaran yang hebat adalah baik. Hal ini kita perlukan supaya boleh mendapatkan prestasi besar. Ini merupakan prasyarat asas untuk mendapatkan kejayaan abadi. namun, janganlah menempuh seluruh perjalanan hidup kita dengan mata hanya tertuju pada sasaran yang jauh sehingga kita membiarkan segala panaroma manis, indah, mulia dan segar yang terdapat di dalam perjalanan hidup kita.

Sasaran besar harus terdiri dari berbagai sasaran jangka pendek iaitu sasaran-sasaran yang berada dalam jangkauan kita. Rancangan yang menyertai tujuan hidup kita juga sepatutnya selalu memberikan ganjaran terhadap usaha kita dalam bentuk keberkatan.

Setiap kita perlu membuat hidup kita juga sebaikpenghidupan atau nafkah kita. Betapa pun hebatnya milik kita, apa jadinya dengan semua yang kita bangunkan, bila tidak mengembangkan karakter, kemanusiaan, keindahan, kelembutan dan perasaan kita?

2 comments:

Unknown said...

Salam. Kehidupan yang indah ialah kehidupan yang seimbang. Seimbang antara berkarier dan berkeluarga dan seimbangan antara dunia dan akhirat. Wallahualam.

amalhaj said...

Mybabah:
Betul apa yg tuan katakan.
Ramai orang yang terpedaya oleh kehidupan dunia dan sifat "ghurur" itu amat tepat kaitannya cinta kepada dunia.
"Janganlah kamu semua tertipu oleh kehidupan dunia"
(Lukman: 33)