Berpura-pura adalah keburukan yang menyerupai penyakit barah yang boleh membinasakan keperibadian serta menghancurkan karakter seseorang. Ramai orang yang menyedari bahawa mereka tidak seperti yang mereka harapkan. Kesedaran seperti ini benar-benar akan menyingkirkan kepercayaan diri dan penghargaan diri, sedangkan tanpa perkara tersebut kejayaan, kebahagiaan dan kedamaian akal bukanlah perkara yang tidak mungkin.
Kita tidak dapat membangun hidup dengan prestasi yang berharga. Bila pada saat yang sama kita juga mengolah pengaruh-pengaruh yang memerosotkan moral seperti menipu, tidak jujur dan tidak ikhlas. Asas utama keperibadian yang menarik adalah ketulusan dan kesejatian. Ketidakjujuran dalam berbagai bentuk akan merosakkan sifat-sifat baik yang lain. Tidak ada yang dapat menggantikan kesejatian.
Hakikat dari semua pencapaian berharga adalah ketulusan. Beberapa orang memang berhasil mengumpul banyak wang tanpa ketulusan tetapi kejayaan abadi tetap bergantung pada perkara ini. Kalau kita mahu mencapai sesuatu dalam hidup, terlibat dalam urusan dunia dan menjadi orang yang bermakna maka kita memerlukan keteguhan hati untuk menjadi diri sendiri.
Muslihat adalah petanda dari kelemahan. Hal ini menutup kesalahan dan kekurangan. Hal ini seringkali menciptakan suatu perangkap yang memberikan jalan untuk melarikan diri. Satu pembohongan seringkali memerlukan satu pembohongan lain sebagai usaha untuk menutup pembohongan yang pertama. Dalam jangka panjang, kebenaran selalu mengalahkan pembohongan. Pembohongan tidak boleh selama-lamanya ditutup.
Jadilah diri sendiri selalu dan dengan berbuat demikian hidup menjadi mudah untuk dijalani. Jadikan ketulusan dan kesejatian sebagai bahagian mendasar dalam hidup anda dan orang lain akan mempercayai kepada anda tetapi yang paling baik dari semua itu adalah:
"Anda akan mempercayai diri anda sendiri".
No comments:
Post a Comment