"Kita harus mengenal diri kita sendiri agar dapat mengetahui kekuasaan kita dan kalau kita sudah mengetahui kekuasaan kita barulah kita dapat menggunakannya dengan bijaksana dan sepenuhnya."
Setiap kita dilahirkan dengan otot memenuhi seluruh tubuh kita. Kita dilengkapi dengan banyak jenis otot lentur dan liat ini. Kebanyakan orang tetap lemah kerana tidak mempelajari cara mengembangkan otot mereka. Hanya dengan penggunaan pelbagai otot itulah kita boleh tumbuh kuat secara fizikal. Sudah menjadi hukum alam bahawa sesuatu yang tidak kita gunakan akan cenderung menjadi rapuh. Oara atlit telah terlatih untuk menggunakan dan mengembangkan otot mereka. Dengan berbuat begitu, mereka mendapat kekuatan dan daya dari otot itu sehingga tubuh mereka menjadi kuat dan penuh daya.
Di dalam diri setiap kita terdapar sumber daya yang tersembunyi yang mampu membuat kita berkuasa di dunia. Pada waktu dilahirkan, kita dilengkapi oleh Maha Pencipta yang Maha Bijaksana dengan akal yang mempunyai potensi tidak terbatas. Kalau kita mengharapkan akan mendapat kekuatan dan daya dari akal kita, maka seperti juga pada otot, kita harus menggunakan dan mengembangkan akal kita masing-masing.
Sebenarnya, sama ada pada orang berjaya mencapai kejayaan mahupun yang tidak, terdapat banyak bahan kejayaan yang tersembunyi di dalam diri masing-masing seperti sumber daya yang tersembunyi dan harta yang terpendam. Dalam berbagai tingkat, kejayaan adalah berkaitan dengan penemuan diri. Untuk mendapatkan kejayaan abadi, kita harus terlebih dahulu menemui diri sendiri. Salah satu tragedi besar dalam peradaban kita adalah kenyataan bahawa ilmu mengenai cara menemukan diri sendiri tidak diajar di rumah dan juga tidak menjadi sebahagian dari kurikulum akademik.
Urusan manusia yang utama seharusnya adalah mempelajari cara untuk mengenal diri sendiri. Begitu juga cara untuk mengerahkan dan menggunakan daya yang diberikan oleh Maha Pencipta kepada seluruh umat manusia.
No comments:
Post a Comment