Saturday, December 31, 2011

SELAMAT DATANG 2012 DAN SELAMAT TINGGAL 2011

Kiter tinggeikan tawon 2011 dan sambot pulak kedatangan tawon 2012. Tawon berganti tawon, aderker kiter akan beghobah ato kiter ikut melakukan "Transformasi" seperti maner pemimpin kiter laong-laongkan?

Situasi macam nih memang semadang ajer berlaku di kalangan bebudak sekolah. Biler kiter nyebok ajer nyebot "transformasi", maka bebudak udak lamer melakukan "transformasi" itu. Malam nih pon biler reramei pegi tempat-tempat tertentu nak nyambot tawun baghu, akan berlakuler "transformasi" juger. Kalo bebudak sekolah lakukan "tranformasi" dalam tandeh awam, maka akan lebih hebat "transformasi" biler mengkomer beghimpon reramei campor adok jantan betiner.

Teman peghatikan ramei oghang muder-muder udah muler ngaler ke pekan besor awei pepagi lagi. Idak kigherler demer pegi pekan maner aseikan kat situ ader oghang nyambot tawon baghu. Ader yang nyambornyer kat Kolompor, kat Ipoh, Kat Koter Baghu dan len-len bandor lagi. Biler udah berkumpui reramei jantan betiner kat situ, maker memacam ceghiter boleh berlaku.

Tuesday, December 27, 2011

SUNGA SIPOT YANG KAYER NGAN LAMPU ISYAGHAT

Skang nih kat pekan Sunga Sipot dah ader 12 buah lampu isyaghat. Kigher-kigher sepanjang jalan mulai daghi Taman Makmor h. ingger ler ke Kampong Koboi ader 10 lampu isyaghat. Satu lagi ngaler ker TF Super Market. Dah Jadi sebelas. Yang ke 12 dekat ngan Jabatan Perhutanan Sunga Sipot. Lepeh sikit TF Supermarket.

Baghu-baghu nih, teman nengok jalan masok ke Kampong Tersuson Kledang Utamer pon udak ndak dipasang lampu isyaghat. Memang betui kat situ kalo idak ader lampu isyaghat memanjang ayo ler keter berbaghis nunggu nak kluor dari Kampong Tersuson Kledang Utama tuh. Nak kluor pon punyernyer payah. Gitu juger kalo mengkomer nak masuk.

Pader teman, Sunga Sipot nih kigher hebat jugak ler. Udah ler pekan kecik ajer. Kigher-kigher panjang pekan ini beh kughang 4 kilometer ajer. Tapi, kalo mengkomer nengok pader lampu isyaghatnyer ader 12. Pastu pulak tuh, lampu isyaghatnyer ader bermeter. Teman ghaser ler, kat tempat-tempat len meghacon lampu isyaghat bermeter nih. Kecuali ler kat bandor-bandor besor cam Kolumpor tuh.

Monday, December 26, 2011

MOH KITER NAEK BUKIT CAMERON HIGHLANDS

Kalo mengkomer pegi ke Cameron Highlands. Kalo mengkomer nak meli sayor ker. Bunger ker. Tea ker. Atort aper-aper ajer yang dijuel kat situ. Mengkomer idak payah pegi kat maner-maner pasor ato beghenti kat maner-maner geghei tepi jalan. Mengkomer pegi ajer ke Mardi Cameron Highlands pastinyer mengkomer njumper aper yang mengkomer ndak meli. Kalo mender-mender yang len idak ler pulak teman nak rekomen meli kat situ. Teman maksudkan aper yang jadi pebeghet kat Cameron Highlands.

Peta kener macer nanti mengkomer sesat laghat pulak kat Cameron Highlands tuh.

Iniler yang hebatnyer kat Cameron Highlands nih. Manyak bebenor bunger nih. Bunger kebangsaan. Namernyer Bunger Ghayer.

Memacam jeneh sayor ader di tanam kat Mardi nih. Sayor tuh pulak segor-segor belaker. Idak ghogi mengkomer melinyer.

Epal pon ader kat sini weh. Sonok bebenor teman dapat nengok poko ngan buah epal. Selalunyer teman nengok epal ajer kat pasaghayer.

Anggor nih masam? Hehehe teghingat teman ceghiter hewan yang nak makan anggor tapi idak ler dier dapat lalu dijaternyer masam. Hehehe macam-macam.

Bunga-bungaan. Memang manyak bebenor bunga kat sini. ader ghoner merah. Ader ghoner kuneng. Ader ghoner kelabu. Pendek kater beghoner-ngoner macam TV ghoner tuh.

Ladang tea nih nampak daghi jauh macam nih ler. Macam ader coghak-coghak. Cantek mater memandang pulak tuh.

Daun tea nih belum dipeghoses lagi. Teman nangkap gambor daun nih kat ladang tea yeritu daghi dekat ato demer kater "closs-up". Betui idak ntah maner teman tau cakap gomen.

HUJAN HUJAN HUJAN HUJAN HUJAN HUJAN

Baghu-baghu nih teman neghei naik bukit. Teman neghei keter baghu weh. Mengkomer mesti ngater teman nak ngabor ader keter baghu. Hahahahaha. Teman neghei mawak keter Honda City oghang ghomah teman. Memang berdesup weh. Cumer janggei sikit sebab teman biaser mawak MPV. Keter tuh tinggi pastu besor pulak. Biler mawak Honda City nih ghendah udah tentuler ghaser janggei sikit.

Niat ati nak ler pusing-pusing selughuh Cameron Highlands tuh. Aperkan dayer kuaser Tuhan. Ujan sepanjang ayor. Semedang ajer ujannyer. Lebat bebenor pulak tuh. Jadik keter baghu pon dok kat parking ajer ler. Teman pulak dok memeghap kat hotel. Ngintei-ngintei celah tingkap nengok ujan tughun. Nengok gelagat oghang dalam ujan. Nyudah-nyudahnyer pekener maggi cup yang manyak teman mawak daghi ghomah.

Teman yang idak biaser ngan cuacer sejok nih aper lagi, ngeletor selughoh badan ngan cuacer kat situ. Tambah pulak ujan. Biler malam lagi ler ngeletor badan. Nak mandi pon alahai sejok benenor ayornyer. Kener pakei pemaneh ayor. Kalo idak tak payah mandi ler jawabnyer.

Wednesday, December 21, 2011

SEKALI AYO BAH SEKALI LAGI PANTEI AKAN BEGHUBAH

Kalo dalam n3 yang lepeh, ader teman boh kat blog teman tu lagu "Peghak Sentiaser Di Puncak Kecemerlangan", kali nih teman boh pulak lagu "Komuniti Berilmu Peghak Terbilang". Ini bukan ader aper-aper. Cumer mengkomer kener fikio udah manyak lagu-lagu yang bersemangat dicipta kat negeghi Peghak nih. Tukor ajer pucuk pimpinan maker tukor juger slogan. Maker ngan itu maker tukor ler pulak lagu.

SENIKATA LAGU
KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG


Permulaan berwawasan
Perak Nombor Satu
Perak Gemilang
Pemantapan
Satu hala tuju

Melahirkan generasi
Berdisiplin tinggi
Berakhlak mulia
Dan berintegrasi

ICT dan penerokaan
Tingkatkan pengetahuan
Sedia hadapi cabaran
Dunia tanpa sempadan

Daya cipta dan inovasi
Berpendidikan bestari
Komuniti Berilmu
Perak Terbilang

ICT dan penerokaan
Tingkatkan pengetahuan
Sedia hadapi cabaran
Dunia tanpa sempadan

Daya cipta dan inovasi
Berpendidikan bestari
Komuniti Berilmu
Perak Terbilang

Komuniti Berilmu
Perak Terbilang

Lepeh nih teman akan boh pulak lagu "Peghak Nombor Satu". Mengkomer kener tunggu ler. Biler teman nak tuleh? Mengkomer kener manyak-manyak bersabor. Yang pentingnyer teman akan tuleh. Jangan maghah yer.....

Tuesday, December 20, 2011

PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG DALAM PENDIDIKAN

PENGERTIAN LEGAL LITERACY
Para pendidik, pengetua, guru besar dan pegawai perkhidmatan pendidikan yang lain sentiasa terdedah kepada keadaan yang boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan dan undang-undang pendidikan. Ini adalah disebabkan mereka tidak faham, atau tidak tahu tentang peraturan dan undang-undang dalam pendidikan.

Kadang-kadang mereka terperangkap dengan arahan-arahan yang bertentangan dengan undang-undang pendidikan. Pentadbir pendidikan di sekolah khasnya pengetua dan guru besar tidak peka tentang peraturan-peraturan yang sedia ada dan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas pelajar-pelajar. Kejahilan pentadbir dan pengurus sekolah adalah antara faktor yang dikenal pasti sebagai punca sekolah sering didakwa oleh ibu bapa. Disamping itu, mentaliti yang sedia mengambil tindakan mahkamah ke atas guru adalah unsur yang sudah meresap masuk ke dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Namun demikian, para pendidik adalah terdiri daripada mereka yang sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang. Ini terbukti daripada laporan kes-kes di mahkamah yang amat kecil bilangannya yang membabitkan para pendidik. Malah terdapat juga ibu bapa atau pelajar yang mengheret guru-guru ke mahkamah kerana 'kecuaian' yang dilakukan oleh mereka.

Profesion perguruan ini sentiasa menerima tekanan daripada orang awam dan masyarakat yang mengharapkan segala yang terbaik daripada golongan ini, dan apa sahaja yang kurang menyenangkan berlaku dalam masyarakat, sekolah, guru sentiasa dipersalahkan. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan para pendidik memberi sumbangan yang tidak sedikit dalam pembangunan negara.

Disamping itu, pegawai perkhidmatan pendidikan seharusnya celik undang-undang pendidikan iaitu legal literacy yang sepatutnya dipelajari ataupun didedahkan di maktab-maktab perguruan ataupun institusi pendidikan tinggi sebelum berkhidmat di sekolah. Dengan cara ini, mereka lebih bertanggungjawab dan bertindak mengikut peraturan semasa mendidik pelajar-pelajar di sekolah.

TANDATANGAN OPSYEN SBPA

Tandatangan Opsyen SBPA

Semua Pengetua dan Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Kangsar.

Adalah dimaklumkan bahawa tandatangan opsyen SBPA kekal pada 20 Disember 2011, sehingga kini tiada perubahan tarikh.

Sekian, terima Kasih.

Unit Perkhidmatan Tadbiran
PPD Kuala Kangsar.

Friday, December 16, 2011

SAPER KATER MESIA DAH BENGKGHAP?

Biler teman macer keghoteh habor, manyak bebenor oghang yang ngaterkan Mesia nih dah bengkghap. Demer kater, itu sebab oghang keghojer gomen idak dapat bonus dua bulan sebab keghejean udah taki mandang duet. Memacam demer kater kat keghejean nih yang keghejean Mesia nih udah bengkghap.

Camaner nak dikaterkan bengkghap biler keghejean bagi soghang mughid sekolah ghendah ngan sekolah menengah seghatuis ghengget? Camaner nak kater keghejean udah bengkhgap biler bebudak yang ngaji kat nuversiti dapat duet dalam bentuk bocer semanyak dua ghatuis ghengget? Pastu, camaner demer kater keghejean udah bengkghap kalo tiap-tiap keluarger yang gaji ketua keluargernyer tiger ghibu kebawah dapat pulak duit keghejean bagi semanyak limer ghatuis ghengget?

Satu lagi yang teman nak tegor. Camaner pulak lagi demer nak ngaterkan yang keghejean udah bengkghap kalo teman nengok baghu-baghu nih keghejean bagi bebudak yang dapat 5A ngan 7A dalam UPSR dengan sebijik laptop? Betuah badan bebudak tuh. Udah ler pandei dapat penghargean pulak daghi keghejean dgan duet pastu laptop. Dalam hei ini aper kater mengkomer?

Tuesday, December 13, 2011

SEMALAM DI TAIPING GOLF RESORT

Menghadiri taklimat mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah diadakan di Taiping Golf Resort. Taklimat bermula pada hari Isnin12.12.2011 mulai jam 8.00 pagi. Taklimat berakhir pada hari se;asa 13.12.2011 jam 4.30 petang. Ini bermakna taklimat ini dijalankan selama dua hari, Isnin dan Selasa. Malas hendaklah ulang-alik dari rumah ke tempat taklimat yang jaraknya lebih kurang 80 km sehala, maka telah ambil keputusan bermalam di Taiping Gplf Resort.


Penunjuk arah kalau ingin ke Taiping Golf Resort.

Bangunan yang begitu gagah. Terletak di tepi bukit bukau yang masih mengekalkan keindahan nya.

Bilik tidur yang begitu selesa. Tambahan pula kalau berada menghala ke padang golf, akan menampakkan keindahan semulajadi di tempat ini.

Dewan persidangan yang agak besar. Menpunyai pasarana yang kondusif. Air-Cond yang sungguh nyaman. Sistem pembesar suara yang canggih.

Dewan makan yang agak besar. Selesa terutama kepada semua peserta yang mengikuti taklimat tersebut. Bersebelahan dengan kolam mandi dan padanmg golf yang menjanjikan pemandangan yang menyejukkan mata.

Kolam mandi yang bersih. Airnya sungguh jernih. Sesuai untuk kita berendam terutama pada waktu petang.

Friday, December 9, 2011

DI MANAKAH KESOPANAN DAN KESUSILAAN KITA?

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilaimurni ini diharap dapat menyatu-padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.

Ramalan beberapa tahun lampau kini menjadi kenyataan.

Lapan nilai tersebut adalah:-
1. Budaya kecemerlangan'
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

Antara kelapan-lapan nilai tersebut, saya ingin menyentuh kepada nilai yang ketika iaitu rendah hati. Kalau dikupas lebih mendalam kita akan dapati rendah hati itu berkaitan dengan sifat yang ada pada diri seseorang. Sifat-sifat tersebut akan menjurus kepada yang positif mahupun ke arah negatif.


Apakah sikap orang yang mengaku Melayu sesuai di hadapan kaum perempuan yang sepatutnya dibela? Kemana perginya perjuang Melayu?

Melalui nilai-nilai 1Malaysia yang digariskan, rendah hati itu adalah:-
1. Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita.

2. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjukkan dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

3. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

4. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.

5. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.

Najis, kini sudah menjadi bahan mainan?

Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip itu juga membuat penekanan kepada sikap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita yang mengaku sebagai rakyat Malaysia memberi jaminan dengan ikrar yang dilafazkan untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kita kepada negara kita.

Lima prinsip Rukun Negara tersebut ialah:-
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

Apakah ada kesopanan dan kesusilaan kepada mereka yang mengaku Melayu.

Prinsip Rukun Negara yang kelima menyebut Kesopanan dan Kesusilaan. Persoalannya, adakah nilai rendah diri dalam konsep 1Malaysia dan kesopanan dan kesusilaan dalam prinsip Rukun Negara tersebut kita praktikkan? Lihat adakah mereka ini sebenarnya Melayu atau sekadar menggunakan Melayu? Ingat! Angkara siapakah jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka?

Thursday, December 8, 2011

ANAK-ANAK MERDEKA (31 OGOS 1957 - 31 OGOS 2007) - PERAK

Kater oghang len padang len balalangnyer. Len oghang len caghernyer. Mungkin bidalan tuh paling sesuei menggamborkan kehidupan seoghang lagi srikandi negagher yang dilahirkan pader 31 Ogos 1957, jam 1.05 pagi di Kampong Boyan, Tepeng, Peghak. Namernyer pon sesuei bebenor yer itu, Merdeka binti Ahmad, Segagah namernyer demikianler ngan oghangnyer yang menghoperkan satu-satunyer peserter Program Perhimpunan Anak-Anak Merdeka yang mempunyai duer keluarger besor dan mempunyai latar belakang yang berbezer.

Menughut Merdeka binti Ahmad, selang 10 haghi selepeh dilahirkan yang dier telah diseghahkan kepada keluarger angkat dan dibawer berpindah ke Kampong Batu Tiger, Temoh, Peghak. Maser ditanyer peghasaannyer biler tahu beliau diseghahkan kepader keluarger angkat, dier kater dier beghaser cukup bertuah keghaner mempunyai duer keluarger yang besor yang sayang dgan dier.

Merdeka binti Ahmad
yang bekeghojer sebagei Pembantu Tadbir di Pertubuhan Peladang Kawasan Tapah ini ngaku satu tiker dedulu tiker belum faham erti namer yang ada padernyer, dier ghaser malu sebab semedang ajer diejek oleh ghakan sebayernyer ateh namer dier yang pelik itu. Namun gitu, aghi nih, anak merdeka yang telah bergelor emak pader duer oghang anak ini beghaser amat bangga dengan namernyer.

Monday, December 5, 2011

PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN

PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN

langkah baru telah bermula
bersedia hadapi perubahan
kemuncak kecemerlangan
pasti kita akan berjaya

realisasikan impian
jadikan satu harapan
jadikan satu perjuangan
demi Perak Darul Ridzuan

integriti dedikasi
pegangan kami
berdisiplin berpengetahuan
kejayaan dalam genggaman

marilah kita bersatu
mencapai matlamat jitu
Negeri Perak sentiasa
di puncak kecemerlangan.

Apakah lagu ini akan berkekalan? Teman nanyekan soalan gini bukan aper, sebelum nih pon ader banyak lagu untuk negeri Perak khususnyer untuk warge pendidikan. Namer-namer lagunyer yang teman masih ingat yerlah "Komuniti Berilmu Perak Terbilang" dgan "Perak Nombor Satu".

Aper yang teman peghatikan sejak dedulu lagi, lagu ngan cogankater pasti akan bertukor bile tiap kali pengarahnyer bertukor. Memasing cuber untuk mereka cogankater ngan lagu baghu yang boleh menaikkan semangat mughid-mughid serta gughu-gughunyer. Timboi pulak solan, apakah lagu ngan cogankater tuh boleh menaikkan semangat? Bolehkah ianyer membuat satu peghubahan dalam pencapaian? Mengkome fikioler sendighi.

Friday, December 2, 2011

ANAK-ANAK MERDEKA (31 OGOS 1957 - 31 OGOS 2007)

Lepas sembahyang Jumaat, saya berpeluang untuk mengemas buku-buku yang berselerak di pejabat. Dalam masa mengemas tersebut, saya terjumpa sebuah buku yang bertajuk "Anak Merdeka, 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2007. Ini bermakna sudah lebih kurang empat tahun buku ini berada di pejabat saya. Memang banyak buku-buku bacaan di rak-rak buku dalam pejabat saya ini. Kebanyakan buku-buku tersebut yang menjurus kepada pengurusan dan pentadbiran. Ini termasuklah Pekeliling-Pekeliling dan Akta, terutama yang berkaitan dengan pendidikan.

Buku "Anak Merdeka, 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2007" ini terhasil selepas Program Perhimpunan Anak-Anak Merdeka. Program ini merupakan salah satu acara dalam kalendar Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara di bawah Kementerian Penerangan. Program ini bertujuan untuk menyedarkan rakyat Malaysia terutama generasi muda tentang betapa patriotiknya dan bangganya rakyat terhadap Kemerdekaan Negara. Atas rasa bangga mereka sehingga ada yang mengabadikan perkataan "Merdeka" dan "Malaysia" pada nama anak-anak mereka.

Terdapat 60 orang "Anak-Anak Merdeka" yang tersenarai dalam buku ini. Antara mereka yang menarik perhatian saya ialah Wang Merdeka. Wang Merdeka adalah satu nama yang unik dan menarik. Tambahan pula nama tersebut diberikan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Itulah yang paling istimewa buat insan yang bernama Wang Merdeka.

Satu dan istimewa. Itulah gambaran yang tepat diberikan kepada Wang Merdeka, yang merupakan anak merdeka. Anak kelahiran Batu Pahat yang dilahirkan ketika negara meraikan hari kemerdekaan. Nama tersebut mungkin kedengaran agak pelik namun memahat sejarahnya yang tersendiri kerana nama itu telah diberikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

SENANGNYER NDAK JADIK KAYER LER NIH

Kat bawah nih teman boh limer keping gambor yang teman teghimer melalui facebook. Sebenornyer teman teghimer lebeh daghi limer. Untok jimatkan ghuang jadik teman boh ler limer ajer. Mengkomer jangan ler pulak maghah sebab idak dapat nengok manyak gambor duit. Ader duit keghoteh limer puluh. Ader duit keghoteh seghatuih. Hebat bebenor oghang yang ngatornyer. Teman ghaser oghang yang ngantor tuh pon dah kayer-ghayer. Walopon limer keping gambor tapi ceghiternyer samer ajer. Mengkomer macer kat bawah sekali tuh. Pastu boleh ler mengkome fikio ngan buat komen. Teman nak fikio soghang-soghang susah jugak.







Pada mulanya rasa ragu2, tapi tk kisah la hanya RM100.00 aje Kalau hilang pun takla ralat sangat. Tapi adakah anda percaya slimberryxtreme sebenarnya dpt menjana pendapatan tambahan Tak perlu jual barang pun Hanya kenalkan LINK sykt sahaja.. Duit mengalir ke dalam akaun hampir setiap hari Hebat dan excellent slimberryxtreme Anda tunggu apa lagi..... Hanya daftar dan jadi paid member . Segala-galanya slimberryxtreme yang uruskan anda hanya perlu kenalkan LINK shj. Ingat syarat2nya!!! HANYA memperkenalkan link sahaja. Panduan dan tips akan dberikan.Komisen hari-hari 100% dan bonus mingguan dari syarikat terus ke acc bank anda. Jika rajin kenalkan link hari pertama join pun dah dapat pulangan modal. Berminat?? Segala2nya di sini: www.ik.my/cashon9 *** shari sy blh dpt rm300-500 itu pun hanya 3-4 jam jer sy login fb shari...hanya dengan kenalkan LINK shj…sy nikmati komisen 100% dan komisen mingguan dlm USD dari sykt…bersyukur sgt2 ler sbb jumpa program nih..mula2 tak percaya jg ..bila dah sertai ini ler hasil yg sy dpt..mudah sgt2 sbb hanya online internet (facebook) sahaja.

GHOMAH KIUT TEPI OPEH TEMAN KEGHOJER

Tiap aghi teman memandang kat situ. Ntah ngaper semedang ajer mater teman ngaghah ke situ. Idak ler teman tahu aper ker penyebabnyer kat situ tuh boleh menaghek pandangan teman. Nak katerkan comel boleh jugak ianyer memang comel. Nak dikaterkan cantik, idak pulak sebab ghopernyer biase-biase ajer. Nak dikaterkan pandei bergayer, jugak idak teman ghaser sebab ianyer biase-biase ajer. Ntah ngaper mater teman suker bebeno nengok ke aghahnyer.

Gambor ghomah nih teman tangkap ikot tingkap pejabat tempat teman keghojer. Jadik memang semedang ajerler teman nengok ke aghah ghomah nih. Tapi, idakler teman penghonah nengok saper-saper yang duduk kat ghomah nih. Demer kater oghang bujang. Kalo oghang bujang pon tentu demer kluor ghomah jugak. Ini idak semedang ajer ghomah ini bergedop. Ghomah yang ader oghang duduk, ader kalernyer pintu ngan tingkap ghomah nih terbeghongeh.

Thursday, December 1, 2011

HANYER YANG MENGERTI AJER YANG AKAN MENGERTI

Aghi nih teman dapat nyumper gambor-gambor yang teman ghaser penoh dgan seninyer. Gambor-gambor nih bukan ajer secagher dilokeh ato pon ditangkap gambornyer ngan kamera. Mengkomer nengok ler gambor-gambor yang teman paporkan. Pastuh mengkomer boleh ler nileikan betaper hebatnyer oghang yang mneghaseikan gambor-gambor itu.

TWILIGHT PUNYER PASEI AYO BAH PON KENER GHANDOK

Semalam 29 aghi bulan sebelas, aghi selaser. Balek ajer daghi tempat keghojer udah lebeh pukui enam petang. Ader pulak yang ngajak nengok wayang. Demer bukan idak faham ngan teman nih. Kalo masok ajer panggung wayang tuh, teman teghuis mengholoh. Udah teman jadikan pangung wayang tuh hotel pulak. Ater udah teman katerkan tadi masuk ajer teghuis mengholoh.

Camner pon udah diajak dek demer, teman pon pegi ler jugak. Janji lepeh maghrib teghuis kluor g Ipoh. Nengok wayang kat JJ. Seghonok bebenor ler demer tuh dapat nengok wayang. Kluor daghi ghomah pului 7.45 malam. Jalan mudah, teman idak ikut jalan biaser tapi ngikot jalan menghaler ke leboh ghayer. Udah masok ajer leboh ghayer Utagher - Selatan, nak kluor ajer kat Ipoh Utagher punyer ler panjang keter berbagheh nak kluor.

Teman fikio punyer fikio, teghingat nak kluor ikut Ipoh Selatan. Berdesop keter teman ngaler ker susor kluor Ipoh Selatan. Susor kluor nih ngaler ke Tambon. Kalo kluor ikot Ipoh Utagher ngaler ke Tasek. Tut-tut dalam berdesop tuh tetiber ajer teman mandang ke depan udah berbagheh juger kat situ. Kali nih teman idak ndak mikio lagi. Teman ngikut ajer keter-keter yang jalan udah ngesut-ngesut tuh. Nak kluor ajer ngikut susur tuh makan maser sejam setengah. Punyer ler hangin satu badan.

Ghoper-ghopernyer betui-betui simpang kluor susur Ipoh Selatan tuh ayo bah. Keter-keter yang ghendah teman nengok idak beghani meghandok ayo bah tu. Teman yakinkan dighi teghuis ghandok ayo bah tuh dgan bantuan bebeghaper oghang yang ngunerkan lampu selait nunjok aghah nak kluor. Alhamdulillah, teman dapat kluor daghi ayo bah tuh ngan selamat. Pastu laju ajer ngaler ke JJ. Sibbaik ader tiket. Jadik teman pon check-in pukui 10.30. Haghap mengkomer faham maksud "check-in" teman tuh.