Wednesday, December 21, 2011

SEKALI AYO BAH SEKALI LAGI PANTEI AKAN BEGHUBAH

Kalo dalam n3 yang lepeh, ader teman boh kat blog teman tu lagu "Peghak Sentiaser Di Puncak Kecemerlangan", kali nih teman boh pulak lagu "Komuniti Berilmu Peghak Terbilang". Ini bukan ader aper-aper. Cumer mengkomer kener fikio udah manyak lagu-lagu yang bersemangat dicipta kat negeghi Peghak nih. Tukor ajer pucuk pimpinan maker tukor juger slogan. Maker ngan itu maker tukor ler pulak lagu.

SENIKATA LAGU
KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG


Permulaan berwawasan
Perak Nombor Satu
Perak Gemilang
Pemantapan
Satu hala tuju

Melahirkan generasi
Berdisiplin tinggi
Berakhlak mulia
Dan berintegrasi

ICT dan penerokaan
Tingkatkan pengetahuan
Sedia hadapi cabaran
Dunia tanpa sempadan

Daya cipta dan inovasi
Berpendidikan bestari
Komuniti Berilmu
Perak Terbilang

ICT dan penerokaan
Tingkatkan pengetahuan
Sedia hadapi cabaran
Dunia tanpa sempadan

Daya cipta dan inovasi
Berpendidikan bestari
Komuniti Berilmu
Perak Terbilang

Komuniti Berilmu
Perak Terbilang

Lepeh nih teman akan boh pulak lagu "Peghak Nombor Satu". Mengkomer kener tunggu ler. Biler teman nak tuleh? Mengkomer kener manyak-manyak bersabor. Yang pentingnyer teman akan tuleh. Jangan maghah yer.....

No comments: