Friday, December 9, 2011

DI MANAKAH KESOPANAN DAN KESUSILAAN KITA?

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilaimurni ini diharap dapat menyatu-padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.

Ramalan beberapa tahun lampau kini menjadi kenyataan.

Lapan nilai tersebut adalah:-
1. Budaya kecemerlangan'
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

Antara kelapan-lapan nilai tersebut, saya ingin menyentuh kepada nilai yang ketika iaitu rendah hati. Kalau dikupas lebih mendalam kita akan dapati rendah hati itu berkaitan dengan sifat yang ada pada diri seseorang. Sifat-sifat tersebut akan menjurus kepada yang positif mahupun ke arah negatif.


Apakah sikap orang yang mengaku Melayu sesuai di hadapan kaum perempuan yang sepatutnya dibela? Kemana perginya perjuang Melayu?

Melalui nilai-nilai 1Malaysia yang digariskan, rendah hati itu adalah:-
1. Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita.

2. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjukkan dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

3. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

4. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.

5. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.

Najis, kini sudah menjadi bahan mainan?

Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip itu juga membuat penekanan kepada sikap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita yang mengaku sebagai rakyat Malaysia memberi jaminan dengan ikrar yang dilafazkan untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kita kepada negara kita.

Lima prinsip Rukun Negara tersebut ialah:-
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

Apakah ada kesopanan dan kesusilaan kepada mereka yang mengaku Melayu.

Prinsip Rukun Negara yang kelima menyebut Kesopanan dan Kesusilaan. Persoalannya, adakah nilai rendah diri dalam konsep 1Malaysia dan kesopanan dan kesusilaan dalam prinsip Rukun Negara tersebut kita praktikkan? Lihat adakah mereka ini sebenarnya Melayu atau sekadar menggunakan Melayu? Ingat! Angkara siapakah jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka?

2 comments:

a.samad jaafar said...

apa yang deme bagi itulah lambang hati deme.. alangkah buruk sikap puak ini..terlalu membodek sampai terlupa nilai moral.. mamak ni kalau membodek mmg lain mcm gamoknye cikgu..

kalau bagi kuih 'taik itik' boleh kot yak...

amalhaj said...

nengok dlm gambor macam "kucing tidor" pon ader..... tp kalo "kucing tido" mesti LGE suker..... tp demer tuh betui2 Melayu ker?