Wednesday, June 30, 2010

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

AKAUNTABILITI DAN ISU DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

1. Objektif:-
i) Memahami maksud dan konsep akauntabiliti dalam pengurusan kewangan
ii) Memahami peranan dan tanggungjawab Pengurus Sekolah terhadap pengurusan kewangan
iii) Mengetahui dan memahami perkara-perkara yang menyalahi peraturan kewangan
iv) Mengetahui perkara-perkara yang menyebabkan tindakan surcaj dan penalti.

2. Maksud Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan Sekolah:-
Satu proses yang melibatkankan perancangan, pengagihan dan penggunaan tenaga manusia, wang tunai, barangan (aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah organisasi/sekolah.

Oleh itu, Pengurus Sekolah perlu:-
i) mematuhi Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan. Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah serta arahan dari Bahagian-Bahagian KPM: dan

ii) menyediakan sistem kawalan dalaman dan struktur organisasi yang sesuai untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

3. Pihak Yang Terlibat:-
Secara ringkasnya terdapat tiga pihak yang terlibat iaitu:-
i) Pemberi tanggungjawab
ii) Penerima tanggungjawab
iii) Bukti tanggungjawab dilaksanakan (dinilai oleh pihak ketiga seperti Bahagian Audit Sekolah, Audit Dalam, Naziran dan Jabatan Audit Negara)

4. Konsep Akauntabiliti:-
i) Memikul amanah
ii) Kecekapan dan keberkesanan tindakan
iii) Kewajipan memberi penjelasan dan keterangan
iv) Menanggung akibat

5. Tanggungjawab Pengurus Sekolah:-
i) Penyediaan Penyata Kewangan:-
Pengurus Sekolah hendaklah menyediakan Penyata Kewangan Tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang telah ditetapkan.

ii) Kemukakan Penyata Kewangan:-
Penyata Kewangan Tahunan hendaklah dihantar kepada Ketua PTJ dan seterusnya diserahkan kepada Bahagian Audit Sekolah tidak lewat daripada 31 Mac tahun berikutnya bagi tujuan pengauditan.

iii) Perlantikan Juruaudit Dalaman:-
Pengurus Sekolah perlu melantik Juruaudit Dalaman bagi tujuan mengkaji kelemahan dalam sistem Pengurusan Kewangan Sekolah. Juruaudit Dalaman hendaklah terdiri daripada guru yang tidak terlibat dalam urusan menandatangani cek bayaran.

iv) Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun:-
Pengurus Sekolah hendaklah melantik Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun bagi membantu Pengurus Sekolah:-
* mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan dan akaun mengikut peraturan yang berkuatkuasa meliputi pengurusan perbelanjaan, perakaunan, pungutan dan tunggakan hasil, penyediaan dan pembentangan Penyata Kewangan dan Laporan Tahunan sekolah.

* meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap Laporan Audit.

* merancang latihan untuk kakitangan yang mengurus hal-hal kewangan

Ahli-Ahli terdiri daripada:-
- Pengerusi (Pengurus Sekolah)
- Setiausaha (KPT/PT Kewangan)
- Ahli pula terdiri daripadsa semua Penolong Kanan/Ketua Bidang/Ketua Panitia/Juruaudit Dalam/Guru Prasekolah/Guru Pendidikan Khas/Pegawai lain yang sesuai.

Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

v) Pemeriksaan Mengejut:-
Pengurus Sekolah atau Juruaudit Dalam hendaklah mengadakan pemeriksaan mengejut secara berkala terhadap peti besi atau wang tunai, setem atau barang-barang lain yang berharga.

Pemeriksaan hendaklah dijalankan tidak kurang dari sekali dalam enam bulan dan hasil pemeriksaan hendaklah direkodkan dalam Buku Pemeriksaan Mengejut (Am 28). Butiran yang perlu dicatat adalah:-
* tarikh dan masa pemeriksaan
* nama pegawai yang bertanggungjawab menyimpan wang tunai dan setem
* amaun wang dan setem yang diamanahkan kepadanya
* hasil pemeriksaan
* tandatangan dan jawatan pegawai pemeriksa

vi) Perlantikan Pemverikasi Stok dan Pegawai Pemeriksa:-
Pengurus Sekolah hendaklah menamakan secara bertulis sekurang-kurangnya dua orang sebagai Pemverikasi Stok dan Pegawai Pemeriksa (pegawai tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan stor) dan mengemukakan nama-nama tersebut kepada Pegawai Pengawal melalui PPD untuk tujuan perlantikan.

vii) Penyediaan Rekod/Dokumen Kewangan Untuk Pengauditan:-
Bagi tujuan pengauditan Penyata Kewangan, Pengurus Sekolah hendaklah:-
* Menyedia dan mengemukakan semua rekod/dokumen kewangan kepada Bahagian Audit Sekolah
* Memberi penjelasan atau maklumat yang diperlukan
* Membenar dan memberi kerjasama semasa pengauditan/pemeriksaan dijalankan

viii) Jawapan Kepada Laporan/Pertanyaan Audit:-
Pengurus Sekolah hendaklah memberi jawapan terhadap laporan atau pertanyaan Audit dalam tempoh satu bulan dari tarikh laporan atau pertanyaan Audit

6. Kesalahan Yang Boleh Dikenakan Surcaj:-
Surcaj boleh dikenakan kepada Pengurus Sekolah jika:-
i) gagal mengutip dan menguruskan kutipan yang dipertanggungjawabkan

ii) telah membuat pembayaran menggunakan wang awam dengan cara tidak teratur dan tidak dijamin kesempurnaannya

iii) telah menyebabkan berlakunya kekuranganatau kehilangan wang awam/harta benda kerajaan

iv) gagal menyelenggara akaun dan rekod kewangan dengan sempurna dan teratur

v) gagal membuat pembayaran atau telah menangguhkan pembayaran wang awam kepada yang berhak menerima

7. Penalti:-
Akta Pendidikan 1996 - Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002
i) denda tidak lebih RM5,000.00
ii) penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali

8. Isu Penemuan Audit:-
Berdasarkan kepada pengauditan terhadap Penyata dan Pengurusan Kewangan Sekolah, didapati kelemahan-kelemahan berikut sering ditemui dan pelanggaran kepada Peraturan Kewangan ini boleh menyebabkan sekolah mendapat Sijil Audit Berteguran.
i) Ada Laporan Khas
ii) Rekod kewangan tidak diselenggarakan
iii) Rekod kewangan tidak dikemaskinikan
iv) Pungutan tidak diserahkan ke pejabat
v) Pungutan lewat dibankkan
vi) Pungutan tidak diperakaunkan
vii) Pungutan tidak dibankkan
viii) Resit tidak dikeluarkan bagi pungutan (kecuali terimaan dari JPN/KPM)
ix) Pungutan tanpa kelulusan _ Surat Pekeliling Pentadbiran Bahagian Pendaftaran Sekolah dan Guru Bilangan 2/92
x) Pungutan yuran dan pelbagai yuran lain yang tidak menepati perjenisan yuran yang dibenarkan
xi) Mengeluarkan resit sementara
xii) Akaun Belum Terima (ABT)
xiii) Kekurangan murid/penghuni asrama antara tuntutan asal (1 Oktober) tahun lepas dan (1 Julai) tahun semasa - Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 5/2002
xiv) Pembayaran tanpa menggunakan baucar
xv) Bayaran tanpa dokumen sokongan
xvi) Perolehan tidak menggunakan Pesanan Sekolah
xvii) Pembayaran bil tahun lalu (tidak diisytihar sebagai ABB) pada tahun semasa tanpa kelulusan
xix) Bayaran menggunakan cek tunai/buka palang (kecuali PWR)
xx) Perakuan penerimaan bekalan/perkhidmatan tidak dilengkapkan pada Pesanan Sekolah
xxi) Perbelanjaan tanpa kelulusan
xxii) Perolehan tanpa sebutharga
xxiii) Akaun Belum Bayar (ABB)
xxiv) Peruntukan berbaki tinggi di mana baki PCG semasa lebih 10%
xxv) Kumpulan Wang Terkumpul berbaki tinggi
xxvi) Perbelanjaan daripada peruntukan PCG mata pelajaran tidak mengikut maksud yang ditetapkan
xxvii) Kumpulan Wang Terkumpul berbaki defisit
xviii) Wang di bank berbaki defisit
xxix) Lain perkara yang dibangkitkan seperti di BAS 08 (Senarai Semak Pengurusan Kewangan)

9. Kepentingan Akauntbiliti Pengurusan Kewangan
i) Perancangan cekap dan berkesan
ii) Elakkan kekurangankutipan hasil
iii) Pembaziran sumber kewangan, tenaga dan masa
iv) Elakkan rasuah dan penyelewengan
v) Elakkan tindakan mahkamah dan surcaj

10. Sebab-sebab Wujud Kelemahan:-
i) Kurang penglibatan pihak pengurusan atasan dalam hal-hal pengurusan kewangan
ii) Tiada penyeliaan dan pengawasan terhadap pegawai dan kakitangan
iii) Pegawai awam kurang mahir/latihan
iv) Kawalan dalaman lemah
v) Peraturan/arahan tidak disimpan atau dikemaskini
vi) Sengaja melanggar arahan kerana kepentingan diri

11. Kesan Tiada Akauntabiliti:-
i) Mengurangkan hasil kerajaan
ii) Tunggakan hasil terus meningkat
iii) Perbelanjaan melebihi pendapatan
iv) Harta awam sukar dikesan
v) Penyelewengan
vi) Tidak adil untuk pembayar cukai

12. Cadangan/Syor:-
i) Ketua Jabatan perlu:-
* memahirkan diri
* melakukanpemantauan dan penyeliaan
* menanamkan nilai murni dan integriti kepada kakitangan
* tindakan segera kepada laporan dan pemerhatian Audit
* amanah dan telus

Monday, June 28, 2010

MELONTAR KEBODOHAN DAN KEJAHILAN

"Hanya orang-orang yang tidak tahulah yang meremehkan pendidikan."

Penghinaan umum untuk kemanusiaan adalah kebodohan dan kejahilan. Seluruh penderitaan di dunia dalam suatu bentuk atau bentuk yang lain berasal dari satu sumber, ketidaktahuan. Manusia telah mengalami keadaan miskin, jahat, keras, takut dan khuatir, namun masih enggan mengakui bahawa semua keburukan itu berasal dari ketidaktahuan.

Sembilan belas dari dua puluh orang tidak tahu tentang kemampuan mereka sendiri kerana mereka tidak mempelajari diri mereka sendiri dengan minat secukupnya. Ungkapan lama, "kenalilah dirimu", tidak diikuti, maka mereka tergelincir dan mereka hanya sampai pada kesedaran bahawa mereka nampaknya tidak boleh maju. Sekolah mereka tidak mengajarkan rumusan untuk hidup berjaya dalam masa-masa kesukaran.

Hampir semua orang meninggal dunia tanpa pernah mengenali diri sendiri. Kegagalan sekolah dan institut pengajian tinggi untuk mengajarkan dasar-dasar praktikal untuk berjaya adalah suatu penghinaan bagi peradaban kita dan merupakan ancaman bagi kewarasan kita.

Kita hidup dan mati tanpa menemui segala kemungkinan yang ada di dalam diri kita masing-masing. Kita memiliki sebidang tanah, kita membangun sebuah pondok dan membuat sebidang kecil kebun namun kita tidak tahu tentang keluasan dataran yang ada di dalam diri kita. Kita gagal menjadi Columbus terhadap jiwa kita sendiri.

Dengan menjalani hidup yang dibayangi ancaman atom, dalam masa yang diganggu oleh kerusuhan politik dan perkauman, dengan ketakutan akan hancurnya perekonomian, dengan meluasnya kemerosotan moral dan tumbuhnya penyelewengan hukum dan peraturan maka paling diperlukan di dunia ini melebihi segala sesuatunya adalah suatu revolusi intelektual.

Pemuda masa kini harus diberi dasar yang baik iaitu dengan suatu asas prinsip kejayaan yang berguna untuk menghadapi badai kehidupan. Kesejahteraan umat manusia di masa akan datang bergantung pada hal ini. Ketidaktahuan harus digantikan oleh pengetahuan dan pemahaman terhadap diri sendiri.

Sunday, June 27, 2010

MATLAMAT KECEMERLANGAN

KECEMERLANGAN POTENSI DIRI
Manusia yang cemerlang ialah mereka yang berupaya menjana potensi diri sehingga ke tahap yang optimum. Ciri-ciri orang yang cemerlang ialah mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang cemerlang. Itulah sebabnya dalam Falsafah Pendidikan Negara keempat-empat aspek ini perlu diseimbangkan kecemerlangannya.

Berikut adalah penilaian tahap kecemerlangan diri untuk dikongsikan bersama. Penilaian ini boleh dijadi sebagai panduan untuk menilai kecemerlangan diri:-

1. Sihat

a) Keadaan persekitaran mempengaruhi prestasi kerja
b) Perlu mengambil ubat pada setiap hari secara rutin
c) Perlukan rehat yang secukupnya sebelum bekerja
d) Mampu bertugas seperti yang dijadualkan
e) Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa sahaja

2. Bersih
a) Hanya mementingkan kebersihan diri
b) Menjaga kebersihan diri dan persekitaran
c) Mampu mengekalkan keadaan bersih yang sedia ada
d) Mempunyai isisiatif untuk meningkatkan kebersihan sesuatu tempat
e) Menjadi contoh dan rujukan kepada orang lain

3. Kukuh ekonomi
a) Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi
b) Mampu menguruskan sendiri tanggungjawab yang diamanahkan
c) Tidak mengharapkan bantuan sebarang bantuan daripada pihak lain
d) Mempunyai pelbagai kaedah untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi
e) Mampu menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan

4. Kemahiran sepadan
a) Memiliki kemahiran asas dalam bidang yang diceburi
b) Mampu menyelesaikan semua tugasan
c) Mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja
d) Menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah
e) Mampu melatih orang lain dengan kemahiran yang dimiliki

5. Gagah
a) Memerlukan bantuan untuk menghadapi masalah
b) Menerima ujian sebagai qada' dan qadar Allah swt
c) Boleh menghadapi masalah secara bersendirian
d) Mengambil iktibar dan pengajaran daripada ujian yang berlaku
e) Ujian dan cabaran dilihat sebagai peluang baru

6. Yakin diri
a) Pendapat majoriti biasanya lebih bernas
b) Lebih selesa bekerja secara berpasukan
c) Mampu memilih dan membuat keputusan sendiri
d) Mampu berhujah dalam menyatakan pendapat
e) Mampu berkata benar walaupun bertentangan dengan suara majoriti

7. Cekal
a) Perlu sokongan dan motivasi
b) Berani gagal
c) Bangkit semula daripada kegagalan
d) Mencuba bidang yang sama sehingga berjaya
e) Mampu melatih dan menyakinkan orang lain supaya menjadi cekal

8. Sedia berubah
a) Setelah benar-benar terdesak
b) Tiada peningkatan dalam prestasi
c) Mengikut perubahan dan perkembangan semasa
d) Jika wujud peluang yang baik
e) Menjadi peneraju bidang baru yang berpotensi

9. Mampu mengubah
a) Menyuruh ke arah kebaikan
b) Benci melihat kemungkaran
c) Menegak kebenaran dengan nasihat
d) Mencegah kemungkaran dengan kuasa
e) Sanggup menanggung risiko demi menegakkan kebenaran

10. Tenang
a) Menghadapi konflik secara bersahaja
b) Tidak terpengaruh dengan unsur-unsur provokasi
c) Tidak terganggu dengan keadaan persekitaran
d) Mampu berfikir dan bertindak semasa kecemasan
e) Membantu orang lain menghadapi keadaan cemas

11. Bertaqwa
a) Berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat
b) Menyerah hasil usaha kepada Allah swt
c) Yakin setiap qada' dan qadar ada hikmah tersendiri
d) Mengambil iktibar daripada perkara yang berlaku
e) Redha dengan segala ketentuan Allah swt

12. Waspada
a) Memastikan segala prosedur dipatuhi
b) Memastikan segala larangan dijauhi
c) Berhati-hati dalam semua tindakan
d) Mengambil kira semua faktor yang berkaitan
e) Menjangka cabaran yang bakal berlaku

13. Positif
a) Bersangka baik dengan pihak lain
b) Mampu memaafkan kesalahan orang lain
c) Yakin setiap masalah ada jalan penyelesaian
d) Mencari hikmah disebalik kegagalan mencapai matlamat
e) Menjadikan cabaran sebagai peluang meneroka bidang baru

14. Sabar
a) Berlapang dada dalam menjalani kehidupan
b) Taat melakukan segala perintah Allah swt
c) Patuh meninggalkan segala larangan Allah swt
d) Tabah menghadapi segala ujian dan dugaan
e) Cekal menyelesaikan segala permasalahan

15. Istiqamah
a) Sentiasa bersemangat melakukan perkara kebaikan
b) Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti berfaedah
c) Menyempurnakan setiap tugasan dan amanah
d) Sentiasa memberikan nilai tambah pada kerja yang dilakukan
e) Istiqamah meningkat potensi diri

16. Pemikiran bijak
a) Yakin setiap penyakit ada ubatnya
b) Kesilapan adalah satu pengajaran
c) Mampu melihat kebaikan dalam setiap perkara
d) Memanfaatkan semua kejadian untuk kebaikan
e) Pertolongan Allah swt untuk pejuang-pejuang di jalan-Nya

17. Berikan peneyelesaian
a) Sediakan payung sebelum hujan
b) Mampu menggambarkan keadaan masa akan datang
c) Menyediakan perancangan jangka panjang
d) Meneroka bidang baru yang berpotensi'
e) Menjangka cabaran baru dan bersedia menghadapinya

18. Cinta akan ilmu
a) Memilki koleksi bahan bacaan
b) Suka kepada majlis ilmu'
c) Menyebarkan ilmu yang dimiliki
d) Berkarya menghasilkan ilmu
e) Sanggup merantau demi mencari ilmu

19. Celik sejarah
a) Mengetahui sejarah bangsa dan negara
b) Mengetahui sejarah Islam
c) Menjadikan sejarah sebagai iktibar
d) Mengelak kesilapan yang sama berulang
e) Berusaha mencipta sejarah baru

20. Berwawasan
a) Melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif
b) Mencungkil kelebihan dan potensi yang tersembunyi
c) mampu memanfaatkan segala sumber yang wujud
d) Boleh menyelesaikan masalah dengan pelbagai kaedah
e) Mampu menghasilkan kerja yang mempunyai nilai tambah

Saturday, June 26, 2010

KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI! MANER SUARE MENGKOME?

Bantah lesen judi bola

Oleh Azmi Md Deros, Ismail Mat, Abdul Razak Raaff, Abdul Halim Yusof, Amin Ridzuan Ishak dan Zanariah Abd Mutalib

2010/06/25

Pemuda, Puteri UMNO desak batal syor benarkan pertaruhan

TAWAU: Dua sayap UMNO – Pergerakan Pemuda dan Puteri – serta beberapa badan perhubungan UMNO negeri, semalam membantah cadangan supaya kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bola sepak di negara ini.

Pengeluaran lesen itu menurut mereka hanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada masyarakat serta tidak menjamin aktiviti bookie haram dapat dihapuskan.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, berkata berdasarkan pandangan akar umbi dan menyaksikan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras gejala judi itu, pergerakan itu berpendirian kerajaan tidak seharusnya mengeluarkan lesen berkenaan.

“Selepas hampir beberapa minggu kita meminta pandangan ahli akar umbi dan melihat usaha PDRM membanteras gejala judi melalui penguatkuasaan dalam tempoh seminggu ini, kita membantah jika kerajaan mahu mengeluarkan lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini.

“Kita berharap apa yang kita dengar menerusi berita kenyataan pihak swasta bahawa kerajaan sudah bersetuju (mengeluarkan lesen), adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen berkenaan,” katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tawau, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan di sini, semalam.

Selain itu, Khairy berkata, MCA dan MIC juga mengakui judi bukanlah perkara yang disokong masyarakat Cina dan India di negara ini dan mereka tidak menganggapnya sebagai satu budaya.
"Rakan-rakan dalam MCA dan MIC juga berpendapat mengapa kita menggalakkan perkara ini (judi) dengan mengesahkannya menerusi pemberian lesen. Daripada pandangan mana-mana budaya atau kaum di Malaysia, mereka tidak setuju, lebih-lebih lagi yang beragama Islam,” katanya.

Isu lesen judi pertaruhan bola sepak ini timbul apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menyatakan ada cadangan daripada kerajaan untuk meluluskan lesen judi sukan ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Sementara itu, Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pengeluaran lesen berkenaan tidak akan membantu membanteras sindiket judi pertaruhan bola sepak haram biarpun aktiviti berkenaan akan dilesenkan.

“Ini disebabkan asal judi itu sendiri sama ada untuk bola sepak atau perkara lain adalah sama sekali tidak dibenarkan oleh mana-mana agama, sama seperti arak dan zina.

“Langkah mengeluarkan lesen pertaruhan judi bola sepak sama sekali tidak diperlukan untuk membendung kegiatan itu,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau turut meminta kerajaan memberi penerangan lebih jelas mengenai isu itu supaya rakyat dapat mengetahui status sebenar.

Selain itu, beberapa Badan Perhubungan Umno negeri turut membantah cadangan kerajaan mengeluarkan lesen judi itu, selepas Badan Perhubungan Umno Perak menyatakan pandangan yang sama sebelum ini.

Di ALOR SETAR, Badan Perhubungan Umno Kedah sebulat suara mahu kerajaan tidak meluluskan lesen perjudian bola sepak berkenaan kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah sosial.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shafie Apdal yang turut dihadiri semua Ketua Umno Bahagian, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri, baru-baru ini.

“Kita membincangkan dengan panjang lebar dan berpendapat pengeluaran lesen itu bukan saja akan memberi kesan kepada masyarakat bukan Melayu, malah orang Melayu dan beragama Islam yang akan terdorong untuk bertaruh,” katanya.

Di KUALA TERENGGANU, Badan Perhubungan UMNO Terengganu meminta kerajaan menghentikan terus rancangan mengeluarkan lesen judi itu bagi mengelakkan isu itu terus dipolitikkan pihak tertentu sekali gus menjejaskan imej kerajaan Barisan Nasional (BN).

Setiausahanya, Datuk Tengku Putera Awang, berkata umum mengetahui niat sebenar kerajaan adalah baik untuk memastikan pengawalseliaan yang teratur bagi mereka yang bukan Islam, namun ia kini sudah terlalu dipolitikkan.

Sementara itu, di KUANTAN, Wanita dan Puteri UMNO Pahang menyatakan pendirian yang sama sejajar dengan perjuangan parti untuk menjaga kepentingan umat Islam dan dan memelihara kesucian agama Islam.

Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Rosni Zahari, berkata pergerakan itu berharap kerajaan boleh mendapatkan hasil pendapatan daripada sumber lain yang halal bagi tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat.

Di GEORGETOWN, Pergerakan Wanita Umno Pulau Pinang juga menyifatkan pengeluaran lesen berkenaan akan mencalarkan imej Malaysia sebagai negara Islam.

Wednesday, June 23, 2010

BUDAYA WARISAN BANGSA (2)


BUDAYA SURVIVALISME DALAM KHAZANAH MELAYU
Setiap bangsa memliki bahasa yang menjadi medium perhubungan dan komunikasi antara mereka dan juga pihak luar. Salah satu daripada cabang bahasa ialah peribahasa iaitu ayat yang mempunyai susunan yang tetap dengan pengertian tertentu yang mengandungi teladan, sindiran dan pengajaran. Peribahasa dapat digolongkan kepada beberapa jenis iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah, bandingan atau kiasan dan kata-kata hikmat.

Setiap bangsa mempunyai perobahasa masing-masing yang dapat mencerminkan atau melambangkan watak dan ciri-ciri bangsa tersebut. Contohnya kita boleh meneliti kewujudan ciri-ciri budaya survivalisme dalam khazanah Melayu menerusi beberapa peribahasa berikut:-

1. Mujahadah (Bersungguh-sungguh):-

a) Biar putih tulang, jangan putih mata (Lebih baik mati daripada menanggung malu)
b) Berpantang maut sebelum ajal (Berusaha selagi ada peluang)

2. Berani menghadapi risiko:-
a) Kalau takut dialun ombak, jangan berumah di tepi pantai (Kalau takut menanggung risiko, jangan buat pekerjaan yang mencabar)
b) Bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora (Setiap orang tidak sunyi daripada membuat salah dan silap)

3. Pemikiran positif:-
a) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (Setiap matlamat boleh dicapai jika berusaha)
b) Selembab-lembab punting di dapur, ditiup menyala juga (Sesuatu pekerjaan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh lambat-laun berhasil juga)

4. Waspada:-
a) Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis (Selalu berwaspada dan berhati-hati)
b) Hilang bahasa lenyaplah bangsa (Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakaim lagi maka lamat-laun hilanglah bangsa itu, hilang budi bahasa dan darjat diri)

5) Komitmen:-
a) Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah (Selama masih hidup mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserah kepada hukum Tuhan)
b) Garam dikulum tidak hancur (Seseorang yang teguh menyimpan rahsia)

6. Yakin:-
a) Tak gerun beliung memandang kempas besar tersergam tinggi) Orang yang kecil tetapi pintar tidak takut takut akan lawan yang besar)
b) Hati hendak, semua jadi (Jika ada kemahuan, semua kerja yang kita lakukan akan berhasil)

7. Berpandangan jauh:-
a) Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak (Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu)
b) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian)

8. Strategik:-
a) Cermat masa banyak, jimat masa sedikit (Selalu berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu)
b) Biar miskin asal cerdik, tertawan juga orang kaya (Kepintaran itu melebihi kekayaan)

9. Kreatif:-
a) Tiada rotan akar pun berguna (Menggunakan apa yang ada walaupun bukan yang terbaik)
b) Kalau pandai meniti buih, selamat badan ke seberang (Seseorang yang bijak akan berhati-hati menyelesaikan sesuatu perkara)

10. Proaktif:-
a) Sediakan payung sebelum hujan (Membuat persediaan awal)
b) Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina)

11. Gigih:-
a) Kalau tidak dipecahkan ruyung), manakan dapat sagunya. (Tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah.
b) Ulat dalam batu pun hidup juga (Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan)

12. Kental:-
a) Patah sayap bertongkat paruh (Terus berusaha tanpa putus harap).
b) Berhati-hati waja, berurat kawad

13. Sabar:-
a) Gengam bara api biar sampai jadi arang. (Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan)
b) Alah bisa tegal biasa (Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya, pengalaman praktis lebih baik daripada teori)

14. Tiada pengorbanan:-
a) Biar luka di dada jangan luka di belakang (Biar kalah sesudah melawan daripada kalah kerana melarikan diri.
b) Biar mati ditangkap harimau, jangan mati digigit anjing (Kalah di tangan orang yang lebih kuat lebih baik daripada kalah di tangan orang yang lemah)

Himpunan beberapa contoh peribahasa ini membuktikan bahawa budaya survivalisme telah wujud dan diamalkan oleh bangsa Melayu sejak sekian lama. Oleh itu, tidak timbul pertikaian atau persoalan sama ada konsep survivalisme ini sesuatu yang baru atau asing kepada bangsa Melayu. Perbezaan yang wujud mungkin hanya ada pada istilah atau perkataan tetapi dari segi nilai dan konsep.

Tuesday, June 22, 2010

BUDAYA WARISAN BANGSA (1)

APAKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI BUDAYA?
Prasyarat untuk membolehkan kita menjadi sesuatu perkara sebagai satu budaya ialah kita memahami secara mendalam konsep serta pengertian istilah budaya itu sendiri.

Secara ringkasnya ciri-ciri budaya adalah seperti yang berikut:-

1. Berakar umbi:-
Sesuatu perkara dianggap sebagai budaya apabila menjadi amalan bangsa tersebut dalam tempoh yang lama. Tempoh masa yang telah direntasi secara tidaklangsung akan menjadikan amalan tersebut mengalami proses kematangan. Hanya amalan yang telah berakar umbi diamalkan oleh sesebuah bangsa akan mampu dikekalkan hingga ke hari ini.

2. Amalan ramai:-
Perkara yang diamalkan oleh keseluruhan anggota bangsa tersebut atau sebahagian besar daripadanya akan dianggap sebagai budaya mereka. Jumlah atau bilangan orang yang mengamalkannya menjadi salah satu bukti bahawa amalan tersebut difahami dan didukung oleh keseluruhan atau sebahagian besar bangsa tersebut.

3. Berkekalan:-
Keupayaan sesuatu perkara untuk diamalkan oleh bangsa tersebut secara berterusan dan berkekalan menjadi salah satu faktor mengapa dianggap sebagai budaya. Amalan tersebut akan diwarisi daripada satu generasi kepada generasi seterusnya sehingga menjadi amalan yang berkekalan. Keupayaan sesuatu perkara untuk kekal diamalkan menunjukkan amalan tersebut mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.

4. Diwarisi:-
sesuatu amalan akan dianggap sebagai budaya jika amalan itu mampu untuk diwarisi oleh generasi baru. Proses penerimaan generasi baru terhadap amalan tersebut menunjukkan bahawa budaya tersebut mempunyai nilai yang bersifat kontemporasi yang membolehkannya menyerap perubahan masa dan zaman. Bak kata pepatah, "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".


5. Nilai baik:-
Sesuatu amalan akan dianggap sebagai budaya sekiranya amalan tersebut mempunyai nilai baik. Syarat ini secara jelas menunjukkan bahawa perkara yang tidak mempunyai nilai baik akan terkeluar daripada kategori budaya walaupun memenuhi ciri-ciri budaya yang lain. Maksudnya, amalan tersebut perlu selari dengan fitrah manusia dan membawa faedah serta manfaat kepada manusia.

6. Difahami:-
Hanya amalan yang difahami oleh sebahagian besar atau keseluruhan bangsa tersebut akan dianggap sebagai budaya. Kefahaman terhadap amalan tersebut membolehkan pengamalnya tahu dan jelas akan matlamat serta tujuan sesuatu amalan itu dijadikan sebagai budaya. Kefahaman inilah yang akan mendorong mereka mempertahankan dan memperjuangkan budaya tersebut.

7. Mempunyai identiti sendiri:-
Sesuatu amalan yang dianggap sebagai budaya perlu mempunyai identitinya yang tersendiri. Identiti ini bukan sahaja boleh menjadi kemegahan sesuatu bangsa, malahan akan mendorong bangsa tersebut memberikan komitmen sepenuhnya untuk mengamalkan budaya tersebut. Hal ini juga akan menjadi bukti bahawa amalan atau budaya itu adalah milik bangsa tersebut.

8. Dipengaruhi oleh agama:-
Selain mempunyai nilai baik, sesuatu amalan hanya dianggap sebagai budaya sekiranya dipengaruhi oleh agama. Bangsa Melayu contohnya, perlu memastikan amalan yang dilakukan bertepatan dengan syariat Islam untuk membolehkan amalan tersebut dianggap sebagai satu budaya.

9. Menjadi kebanggaan:-
Amalan yang dianggap sebagai budaya mestilah menjadi kebanggaan bangsa tersebut. Hal ini membolehkan amalan tersebut dipraktikkan secara sukarela tanpa ada sebarang pakasaan. Semua lapisan masyarakat bangsa tersebut akan mempraktikkannya dengan penuh kemegahan.

Ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas perlu dijadikan sebagai ukuran dan panduan dalam usaha kita untuk menjadikan survivalisme sebagai budaya yang merangsang kecemerlangan bangsa.

Sunday, June 20, 2010

PASTINYA 12 JAM ITU LEBIH LAMA.

Dawos kecewa jadi mangsa penerbangan lewat
Jun 19, 10 3:04pm

Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit, melahirkan kekecewaan terhadap prestasi syarikat penerbangan negara berikutan pembatalan dan kelewatan jadual penerbangan.

Beliau yang lewat ke majlis makan malam penghargaan bagi Persidangan Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) di Kuching, malam semalam berikutan kelewatan jadual penerbangan selama 30 minit dari Miri ke Kuching, berkata isu kelewatan jadual penerbangan memberi impak negatif kepada industri pelancongan negara.

"Saya sangat kecewa dengan masalah kelewatan jadual penerbangan kerana ia akan menjejaskan persepsi pelancong dan ketibaan pelancong ke negara ini," katanya.

Selain kelewatan jadual penerbangan, Dawos berkata, beliau turut menerima aduan daripada pelancong berhubung perubahan dan pembatalan jadual penerbangan tanpa notis.

"Ketika saya berada di Lapangan Terbang Miri semalam, saya melihat pelancong yang sepatutnya berlepas dari Miri ke destinasi pelancongan Mulu sudah dimaklumkan bahawa penerbangan dibatalkan dan tanpa diberikan alasan. Pelancong sangat kecewa," katanya.

Dawos berkata, satu perjumpaan dengan syarikat penerangan iaitu Malaysia Airlines (MAS) dan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia untuk mencari jalan bagi meningkatkan perkhidmatan mereka bagi mengurangkan masalah penerbangan lewat.

- Bernama

Itu baru 1/2 jam, teman nih peronah jadi mangsa sampai 12 jam........

Thursday, June 17, 2010

SISTEM ADALAH PENENTU KEJAYAAN

"Sungguh sangat tidak beruntung
kalau seseorang yang tidak memiliki akal yang cukup logik
dan cukup kuat untuk menyempurnakan sebuah program."


Sistem adalah penentu kejayaan. Kita semua seharusnya merancangkan tugas sehari-harian dan menyempurnakan rancangan itu dengan baik. Ada ramai orang yang kelihatan sibuk mundar mandir tetapi sebenarnya tidak bertujuan. Sistem akan menghasilkan keberkesanan maksima dengan usaha minima.

Dalam perniagaan yang tidak memiliki sistem pengurusan yang kemas, kita melihat orang orang terus sibuk mencari itu dan ini. Banyak waktu dan wang yang terbuang sia-sia untuk pencarian yang tidak ada kesudahannya. Yang membezakan seseorang usahawan profesional dengan orang yang mencari penghidupan dengan berjualan terletak pada rancangan sistematik.

Separuh dunia bergantung tanpa tujuan iaitu menjalani suatu kehidupan tanpa rancangan. Kehidupan yang berjaya memerlukan rancangan dan tujuan. Kejayaan dalam dunia perniagaan memerlukan perancangan, peraturan dan sistem. Sistem mempunyai peranan besar dalam setiap usaha kita.

Kerja yang salah arah dan tanpa sistem akan membuat semua usaha menjadi tidak berkesan. Sedangkan perancangan teliti dan sistem berkesan akan sangat membantu dalam membuat suatu kemajuan dan kemungkinan untuk dicapai.

Waktu dan tenaga para pekerja yang diarahkan dengan bijak atau sebaliknya terbuang sia-sia. Ianya akan menentukan apakah suatu perniagaan akan menghasilkan wang atau sebaliknya akan membuang wang.

Susunan meja kerusi dan berbagai kelengkapan kerja lain harus sdemikian rupa sehingga tenaga yang tersis-sia dapat dikurangi seminima mungkin. Belajar tentang waktu dan gerak seringkali mengungkap perlunya meningkatkan kaedah.

Sistem adalah bahasa alam. Segala sesuatu menjadi tempat waktu sesuai dengan rancangan. Ia bermula sejak berpucuknya tanaman sehingga gugurnya daun. Manusia akan menjadi sendirian seandainya ia cuba melawan hukum alam tentang peraturan. Orang yang menjadi pemenang di arena kehidupan mengetahui bahawa sistem adalah penentu kejayaan.

BEIJING! APA YANG AKU NAMPAK











Monday, June 14, 2010

BEIJING YANG BERBUNGA-BUNGA










MEMORY OF CLIMBING THE GREAT WALL





In the northern part of the vast land of China there lies the Great Wall which stretches from east to west, winding over mountains, across grasslands and through deserts in numerous twists and turns. Spanning a total of 5,660 kilometers, it starts from the banks of the Yalu River in the east and meanders toward the Qilian and Tianshan Mountains in the west. Its gigantic proportions of construction, long history and great magnificencehave made it known throughtout the world and brought it the reputation as one of the world's seven wonders in the madievel times. Morever, as the American astronaut Neil Armstrong who manned the spacecraft "Apollo" put it, the Great Wall is one of the two construction projects on the earth that can be seen clearly from space. While the United Nations named it one of the world's cultural heritages in 1987, the imposing Great Wall has long been the symbol and soul of China.

Monday, June 7, 2010

ADAKAH ANAK-ANAK KECIL INI YANG BERMAIN API?









Sunday, June 6, 2010

REDUP MATA MEMANDANG