Thursday, June 17, 2010

SISTEM ADALAH PENENTU KEJAYAAN

"Sungguh sangat tidak beruntung
kalau seseorang yang tidak memiliki akal yang cukup logik
dan cukup kuat untuk menyempurnakan sebuah program."


Sistem adalah penentu kejayaan. Kita semua seharusnya merancangkan tugas sehari-harian dan menyempurnakan rancangan itu dengan baik. Ada ramai orang yang kelihatan sibuk mundar mandir tetapi sebenarnya tidak bertujuan. Sistem akan menghasilkan keberkesanan maksima dengan usaha minima.

Dalam perniagaan yang tidak memiliki sistem pengurusan yang kemas, kita melihat orang orang terus sibuk mencari itu dan ini. Banyak waktu dan wang yang terbuang sia-sia untuk pencarian yang tidak ada kesudahannya. Yang membezakan seseorang usahawan profesional dengan orang yang mencari penghidupan dengan berjualan terletak pada rancangan sistematik.

Separuh dunia bergantung tanpa tujuan iaitu menjalani suatu kehidupan tanpa rancangan. Kehidupan yang berjaya memerlukan rancangan dan tujuan. Kejayaan dalam dunia perniagaan memerlukan perancangan, peraturan dan sistem. Sistem mempunyai peranan besar dalam setiap usaha kita.

Kerja yang salah arah dan tanpa sistem akan membuat semua usaha menjadi tidak berkesan. Sedangkan perancangan teliti dan sistem berkesan akan sangat membantu dalam membuat suatu kemajuan dan kemungkinan untuk dicapai.

Waktu dan tenaga para pekerja yang diarahkan dengan bijak atau sebaliknya terbuang sia-sia. Ianya akan menentukan apakah suatu perniagaan akan menghasilkan wang atau sebaliknya akan membuang wang.

Susunan meja kerusi dan berbagai kelengkapan kerja lain harus sdemikian rupa sehingga tenaga yang tersis-sia dapat dikurangi seminima mungkin. Belajar tentang waktu dan gerak seringkali mengungkap perlunya meningkatkan kaedah.

Sistem adalah bahasa alam. Segala sesuatu menjadi tempat waktu sesuai dengan rancangan. Ia bermula sejak berpucuknya tanaman sehingga gugurnya daun. Manusia akan menjadi sendirian seandainya ia cuba melawan hukum alam tentang peraturan. Orang yang menjadi pemenang di arena kehidupan mengetahui bahawa sistem adalah penentu kejayaan.

No comments: