Sunday, June 6, 2010

SENYUMAN MENANDAKAN KEBAHAGIAAN?

"Sungguh mudah untuk menjadi menyenangkan iaitu pada saat hidup yang mengalir seperti nyanyian, tetapi manusia yang berhargalah manusia yang boleh tersenyum ketika segalanya menjadi musnah. Ingatlah, ujian bagi hati adalah masalah dan ia datang bersama waktu. Senyum yang begitu berharga adalah senyum yang bersinar di tengah tangisan."

Senyum itu satu sedekah. Begitulah yang selalu diungkap apabila kita ingin menggalakkan orang senyum. Ini termasuklah kempen "senyum selalu". Rupa-rupanya senyum ini adalah salah satu rahsia yang berharga agar kejayaan dapat bertahan lama. Selain itu kemampuan tambahan untuk tetap bertahan lama dalam ujian adalah kemampuan untuk tersenyum dan mempertahan fikiran positiff.

Kita lihat dan cuba menganalisa sebuah ungkapan lama. Ungkapan ini pastinya dianggap sudah biasa kepada kita semua. "Pada saat hujan, air akan mengalir". Adalah terlalu mudah bagi kita untuk kelihatan bahagia dan akan tersenyum pada saat segala sesuatu berjalan lancar baginya. Semakin tinggi nilai kebahagiaan yang kita kecapi maka semakin banyak kita tersenyum. Ini juga akan melambangkan semakin banyak "nasib baik" yang kita perolehi.

Sekiranya pula, seandainya hari itu dimulai dengan kesedihan atau keburukan senyuman tidak akan muncul. Tambahan pula ada sesuatu yang terasa tidak selesai diuruskan. Kesulitan dan masalah yang dihadapi akan menjadikan kita sebagai mangsa suasana hati kita sendiri . Pastinya pula fikiran kita akan dipenuhi dengan fikiran yang negatif.

Ingatlah bahawa keadaan mental seumpama ini akan menarik semakin banyak masalah kepada kita. Kesedihan dan semangat yang telah menjadi luntur akan merosakkan sikap kita. Situasi ini akan menghilangkan terus segala kesempatan kepada kita untuk maju. Pastinya kita akan cuba untuk mengelak daripada berlaku kepada kita.

Kejayaan hidup yang sebenarnya dapat dilihat dari wajah seseorang. Kejayaan yang sejati akan berpihak kepada orang yang tetap tersenyum walaupun dalam keadaan yang serba tidak selasai. Kemampuan kita untuk mempertahankan sikap mental yang positif dalam apa juga situasi yang berlaku merupakan petanda penguasaan diri. Ingatlah bahawa manusia itu diciptakan adalah untuk menjadi pengatur. Pentingnya menguasa diri sendiri dan persekitarannya.

Oleh itu untuk memperolehi kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan, kita adalah harus membebaskan diri kita. Kebebasan diri yang perlu kita lakukan ialah bebas dari segala musuh kejayaan, kebahagiaan dan kedamaian fikiran.

No comments: